SELAMAT MEMBACA..Jangan lupa tinggalkan komen atau cadangan agar Mya boleh buatkan cerita lebih menarik okeh!datang lagi...sayang korang...(^_*)

Jom follow blog Mya.... ;)

Thursday 11 October 2012

CERPEN : Sesuci Cinta Airish Marshanda



SESUCI CINTA AIRISH MARSHANDA
“Apa? Kau ingat aku nak sangat ke kahwin dengan kau? Kau yang gatal sangat setuju nak kahwin dengan aku tu kenapa?”
Airish diam. Wajah lelaki yang sedang menyinga itu tidak berani dipandang.
“Airish Marshanda! Aku cakap dengan kau sekarang ni. Boleh tak tolong bagi respon? Ingat aku suka sangat ke bercakap dengan dinding?” soal suara itu lagi.
Airish mengetap bibir kuat. Menahan tangisan yang bila-bila masa saja akan pecah. Sudah genap tiga tahun usia perkahwinan mereka. Dia yang pada mulanya menolak kerana sayangkan zaman remajanya menerima semuanya dengan sepenuh hati. Tapi dia sendiri tidak tahu dimana silapnya. Lelaki yang bergelar suami itu langsung tidak seperti seorang suami kepadanya.
“Airish Marshanda!!!” pekik lelaki itu agak kuat.
Terangkat bahu Airish mendengar nama penuhnya dipekik sebegitu rupa. Wajahnya diangkat.
“Kalau iye pun, tak payahlah terpekik macam tu. Saya tahulah nama saya tu sedap. Tapi tak payahlah sampai nak biar semua jiran-jiran dengar.” Tegur Airish lembut.
Senyuman sinis terhias dibibir lelaki berkemeja kuning cair itu.
What? Sedap? Nama kau sedap? Nonsense! Kalau kau dengar apa yang aku cakap tadi, jawablah! Tak payah tunjuk muka bodoh kau tu!” bentak lelaki itu lagi.
“Awak ni balik kerja, nak marah-marah saya kenapa? Apa lagi salah saya kali ni?” Airish sendiri sudah bosan. Bosan dengan layanan yang diberikan oleh lelaki di depannya itu.


3 tahun yang lepas....
“Mak tak kira Airish! Mak tak setuju!”
“Tapi mak...”
“Takde tapi-tapi lagi! Bila mak dah cakap mak tak setuju, sampai bila-bila pun mak takkan setuju. Tu keputusan mak.” Puan Zaiton berkeras. Wajah anak tunggalnya itu dipandang seketika cuma.
“Mak.... Janganlah macam ni. Airish mintak sangat mak pertimbangkan balik apa yang Airish mintak tu.” Pujuk Airish Dania lembut. Tangan Puan Zaiton yang sudah berdiri didepannya digoncang lembut. Berharap benar dia agar wanita itu setuju dengan kehendaknya kali ini.
“Mak....”
“Mak tetap tak setuju Airish. Kamu tak faham ke?” bulat mata Puan Zaiton merenung wajah bujur sirih yang masih tidak jemu memujuknya itu.
Airish menghembus nafas perlahan. Kepalanya sarat memikirkan bagaimana lagi cara untuk dia memujuk wanita di depannya itu.
“Airish nak sangat pergi sana mak. Airish belum pernah lagi pergi pulau tu. Bolehlah mak...”
Puan Zaiton mendengus. Geram juga hatinya dengan telatah anak gadisnya itu.
“Airish janji Airish akan jaga diri elok-elok. Airish selalu ingat pesan mak tu. Airish pun takkan mintak duit dengan mak. Airish dah lama kumpul duit semata-mata nak pergi sana. Bolehlah mak...” pujuknya lagi.
“Mak tak kisah pasal duit Airish. Mak cuma bimbangkan kamu tu hah. Entahlah. Hati mak ni rasa tak sedap. Tak payah pergilah Airish.” Puan Zaiton cuba berlembut. Belas juga hatinya melihat anaknya itu begitu beria-ria hendak mengikut teman-teman sekolahnya bercuti ke Pulau Perhentian. Tapi entahlah. Dia bimbangkan keselamatan anak gadisnya itu.
“Takpelah kalau macam tu. Nak buat macam mana. Nampaknya bukan rezeki Airish nak pergi sana. Airish nak masuk bilik dululah. Nak solat.” Ujar Airish lemah. Dia bingkas bangun dan berlalu ke bilik tidurnya. Air mata yang hampir gugur dikesat dengan hujung jari. Dia kecewa dengan keputusan emaknya itu.
Puan Zaiton sekadar memandang. Dia tahu anak itu kecewa dengan keputusannya. Tapi dia terlalu bimbangkan keselamatan Airish jika dibiarkan pergi bercuti ke sana.


“Wah! Cantiknya pemandangan kat sini! Tengok air laut tu. Cantiknya!” jerit Airish kuat. Lebar senyuman dibibirnya melihat keindahan pemandangan didepan matanya saat itu.
“Betullah Rish! Memang betul cakap Cikgu Majid kan? Kat sini memang cantik. Pasir dia putih, halus. Memang cantik sangat-sangat. Tak rugi kita datang sini kan?” sambut Nana pula.
Lima lagi teman mereka turut mengangguk laju. Bersetuju benar dengan kata-kata Airish dan Nana. Masing-masing sudah tidak dapat berkata-kata. Terlalu teruja melihat keindahan Pulau Perhentian.
Langkah kaki mereka laju menuju ke salah satu chalet. Usai urusan pendaftaran, masing-masing tidak sabar lagi merehatkan badan didalam bilik.
“Nah! Ni kunci bilik korang. Rehat-rehatlah dulu. Penat naik bas dari KL pun tak hilang lagi kan? Nanti petang baru kita keluar jalan-jalan ek?” ujar Nana sambil menghulur kunci bilik kepada Fiona.
Tiga daripada mereka menuju ke salah satu bilik. Empat lagi ke bilik yang lain.
“Eh! Korang pergilah masuk dulu. Aku tertinggal purse kat kaunter tadi. Aku nak pergi ambik kejap. Nanti aku datang.” Ujar Airish tiba-tiba.
Belum sempat menunggu jawapan daripada yang lain. Airish terus berlari menuju ke ruangan pendaftaran. Tiba-tiba....
“Aduhh!” pekiknya agak kuat. Perlanggaran yang agak kuat membuatkan dirinya terdorong kebelakang dan terjatuh.
Airish menahan rasa. Wajahnya sudah berkerut menahan sengal. Punggungnya digosok perlahan.
“Adik. Adik tak apa-apa ke?” soal satu suara.
Airish mengangkat wajah. Seorang lelaki berpakaian kemas berdiri betul-betul di depannya. Tangan yang dihulur oleh lelaki itu untuk membantunya bangun dipandang.
Lelaki itu melemparkan senyuman manis.
“Adik ok ke? Mari saya bantu adik bangun.” Ujarnya lembut.
“Errr... Saya ok. Takpe. Saya boleh bangun sendiri.” Ujar Airish perlahan. Dia bingkas bangun. Walaupun punggungnya masih terasa sengal-sengal, tapi sengaja diabaikan. Bukan boleh dilayan sangat sakit ni. Nanti makin menjadi-jadi pulak. Bisik hati Airish.
“Maaflah saya terlanggar encik tadi. Saya tak perasan. Nak cepat.” Ujar Airish laju. Wajah lelaki yang masih tersenyum di depannya itu dipandang. Sebenarnya dia segan. Dia perasan anak mata lelaki bertubuh kurus tinggi itu sedari tadi asyik melekat pada wajahnya.
“Man! Cepatlah! Kita dah lewat ni! Jangan dilayan sangat budak tu. Makin dilayan, makin menjadi-jadi perangainya. Tak senonoh. Berlari tak tengok kiri-kanan. Nak kata budak kecik, dah besar panjang.” Ujar satu suara tidak jauh dari tempat mereka berdua berdiri.
Airish cuba mengintai wajah empunya suara tersebut. Tapi dihalang sedikit oleh lelaki kurus didepannya itu.
Sorry ye encik. Saya memang tak sengaja tadi.” ujar Airish sekali lagi.
“Kejaplah!” jawab lelaki kurus itu.
“Adik. Sebenarnya adik bukan langgar abang. Orang yang adik langgar tadi, tu. Kawan abang tu. Maaf ye dik. Kawan abang tak sengaja langgar adik tadi.” tambah lelaki bernama Man itu lagi.
“Oh! Iye ke? Takpelah. Encik cakaplah kat kawan encik yang sombong lagi bongkak and perasan tua bangka tu, cakap kat dia, si budak  perangai tak senonoh ni minta maaf sebab berlari tak tengok kiri kanan tadi. Lagipun kat sini takde trafic light. Saya tak berhentilah. Ingatkan takde orang nak lalu tadi.” Ujar Airish panjang lebar. Sengaja suaranya dikuatkan sedikit. Dia yakin. Lelaki berbaju kemeja biru lembut dan bertali leher belang-belang itu dengar apa yang diucapkannya.
“Man! Cepatlah! Jangan dilayan sangat budak-budak tak reti bahasa ni. Makin lama, makin teruk pulak perangai budak-budak zaman sekarang. Hish! Apa nak jadilah dengan mereka semua tu.” Bidas lelaki itu pula.
Airish mula rasa panas. Sakit hatinya bila mendengar kata-kata lelaki tersebut. Sudahlah punggungnya masih lagi rasa berdenyut-denyut. Ditambah lagi dengan kata-kata pedas lelaki yang entah datang dari mana itu.
“Encik Man! Boleh tepi sikit tak? Saya tak boleh nak fokus kalau cakap tak pandang muka orang yang berlawan cakap dengan saya.” Ujar Airish geram. Makin bertambah sebal hatinya dengan gelagat lelaki bernama Man yang seakan tidak mahu berganjak dari terpacak di depannnya. Dia melangkah sedikit. Menghampiri lelaki berkemeja biru tersebut.
“Hello! Encik perasan tua bangka. Saya ni budak yang sudah terlalu banyak belajar tentang budi bahasa. Dan saya dah terlebih reti bahasa. Tapi bila saya jumpa encik tua bangka ni, tiba-tiba je saya jadi tak reti bahasa. Sebab encik tu yang buat saya jadi macam ni. Apa masalah encik sekarang ni hah? Encik ingat semua remaja zaman sekarang teruk-teruk ke? Encik jangan bersifat takbur, riak, sombong dan segala bagai lagi adik beradiknyalah. Saya minta maaf sebab dah langgar encik tua bangka tadi. Tapi saya rasa, encik tua bangka pun salah jugak. Jalan tak tengok kiri kanan jugak. So, kita sama-sama salahlah. And apa kata encik tua bangka pun minta maaf je dengan saya. Saya dengan rela hatinya akan maafkan encik tua bangka. Macam mana? Setuju?” Airish menjongket kening. Dia sendiri pun sebenarnya tak faham apa yang keluar dari mulutnya tadi. Tapi takpelah. Minta halalkan jelah.
“Apa yang kau melalut ni budak? Aku tak faham.” Balas lelaki ‘kemeja biru’ itu dengan muka blur.
“Takpelah kalau encik tua bangka tak faham. Sebenarnya saya pun tak faham apa yang saya cakap. Kalau macam tu, saya pergi dululah. Rasa macam letih je berdiri macam tiang lampu kat sini. Oklah encik. Arios amigos, saya berambus.” Ujar Airish terus berlalu meninggalkan lelaki tersebut.


 “Apa mama ni? Takkan mama yang nak carikan calon jodoh untuk Fahmi? Fahmi boleh cari sendirilah mama.”
Puan Aisyah mencebik. Wajah anak lelakinya yang sudah panjang muncungnya itu dipandang sejanak.
“Eleh! Apa Fahmi cakap? Cari sendiri?” soalnya dengan senyum sinis dibibir.
Lelaki yang terbaring senang diatas sofa berangkai di ruang tamu itu mengangguk laju.
Puan Aisyah ketawa.
“Geli tekak mama bila dengar Fahmi cakap macam tu. Tahu tak?”
“Kenapa pulak mama? Salah ke apa yang Fahmi cakap ni?”
“Bukan salah. Tapi lawak gilalah mama dengar bila anak mama yang tak berapa nak straight ni cakap macam tu.” Puan Aisyah mengekek ketawa.
Wajah Fahmi yang makin cemberut menyapa penglihatannya. Tapi tidak diendahkan. Bukan boleh dilayan sangat anak lelakinya itu.
“Bila pulak Mi buat lawak mama? Mi serius ni. Mi tak setujulah dengan cadangan mama tu. Mama. Pleaselah. Batalkan jelah semua tu. Mi tak nak.”
“Tak payah nak merengek macam tulah. Mama tetap jugak nak Mi ikut cakap mama tu. No bantahan!” tegas nada suara wanita awal 50-an itu. Fahmi kalau tak bertegas, memang sampai bila-bila akan kekal dengan statusnya sekarang.
“Mamaa....”
No!


“Weh Airish! Apesal aku tengok kau sejak balik dari pulau tu macam orang angau je? Macam bangau tak jumpa kerbau pun ada jugak. Kau ada masalah ke?” Nana duduk di depan Airish. Wajah temannya yang selalu sangat mengelamun itu dipandang pelik. Biasanya Airish memang pantang kalau kawan-kawannya mengelamun. Pasti akan dikorek rahsia mereka sepuas hatinya.
“Apa pulak kau merepek ni Nana? Aku ok jelah.”
“Ek eleh kawan! Aku kenallah kau Rish. Kau kenapa hah?”
“Takde apa-apalah Nana. Aku ok je.”
Nana diam. Tidak mahu memaksa. Dia tahu. Suatu hari nanti Airish dengan sendirinya akan membuka mulut. Tak payah dikorek. Memang dialah tempat gadis cantik itu mengadu.
“Oklah kalau macam tu. Aku nak pergi beli makanan ni. Kau tunggu aku kat sini ek? Aku belikan untuk kau sekali. Lagipun ramai sangat orang. Aku takut nanti takde tempat kosong pulak.” soal Nana lagi. Matanya liar memandang sekeliling. Memang suasana dalam restoran makanan segera itu agak sesak.
Airish mengangguk perlahan. Selepas mendengar apa yang diperkatakan oleh kedua ibu bapanya malam tadi, secara automatik nafsu makannya hilang. Lenggok Nana yang sudah semakin menjauh dipandang lama. Dia baru sahaja menginjak usia 17 tahun. Tidak sampai lagi tiga bulan dia akan menduduki peperiksaan SPM. Tapi, emaknya sudah terlebih dahulu kedepan dalam menentukan masa depannya.
“Ahh!” keluh Airish perlahan. Kepalanya sudah runsing memikirkan apa yang bakal berlaku kelak. Dia sebagai anak tidak sanggup untuk mengecewakan hasrat ibu bapanya itu. Tapi... Dia masih muda. Masih belum puas menikmati kehidupan remajanya. Dia tersepit. Hendak diluah, itu orang tuanya. Hendak ditelan, ah! Payah! Ada insan yang ditunggu dalam hidupnya. Walaupun dia tak tahu sama ada lelaki itu masih mengingatinya atau tidak. Kenangan-kenangan di pulau beberapa minggu lalu menari-nari di ruang matanya.
“Arghh!” jerit Airish perlahan. Gelas minuman yang berada di tangannya terasa ringan. Dan matanya tertacap pada baju insan di depannya yang nampak sudah bertompok-tompok dengan warna merah.
“Oh! Damm!” telinganya menangkap nada suara yang jelas bengang dengan apa yang dah terjadi itu.
Sorry. Sorry.” Ujar Airish perlahan. Dia tunduk. Wajah lelaki di depannya itu tidak berani dipandang.
Sorry? Hey! Look here! Tengok apa yang kau dah buat? Habis kotor baju aku!” suara lelaki itu makin meninggi. T-shirt putih kosongnya yang nampak semakin cantik bila ditambah dengan warna merah itu dikibar-kibar geram.
“Saya minta maaf. Saya tak sengaja.” Air jernih sudah bertakung di kelopak matanya. Dia mana pernah dimarahi seperti itu. Ditambah lagi dengan rasa malu apabila merasakan banyak mata memandang ke arah mereka berdua.
“Kau ni kan! Dahlah buat salah. Kau tak pernah ke dengar orang cakap bila minta maaf, kita kena pandang muka orang tu? Barulah nampak kau ikhlas ke tidak mintak maaf.” Bebel lelaki itu lagi.
Airish angkat muka. Perlahan-lahan matanya tertacap pada raut wajah lelaki di depannya itu.
Mulut Airish sudah terbentuk huruf O. Dengan kedua matanya bulat. Macam nak tersembul bila melihat wajah lelaki tersebut. Dia perasan. Lelaki itu juga nampak agak terkejut bila bertentang mata dengannya.
“Kau?”
“Awak?”
Kedua-duanya menyoal serentak.
Lelaki berambut ‘pacak’ itu mengeluh lemah.
“Entah apa bala lah yang kau bawak sampai setiap kali aku jumpa kau, memang nasib aku jadi malang macam ni. Kau ni memang menyusahkan hidup akulah budak!”
“Eh! Encik bajet bagus! Saya tak sengaja. Kan saya dah minta maaf. Takkan tak cukup lagi kot.” Balas Airish berani. Kalau tahulah mamat senget ni yang dia langgar, awal-awal lagi dia dah blah dah. Takde masa nak bazirkan air liur bertekak dengan encik perasan bagus nilah. Desis hatinya.
Airish bengang. Kali ini sudah entah kali keberapa mereka bertemu dan kesemuanya hanya akan mencetuskan pergaduhan antara keduanya. Teringat ketika dia bercuti ke Pulau Perhentian dulu. Memang sering kali mereka bertemu dan bergaduh. Tapi Airish sedar. Sepanjang empat hari dia disana, asyik bertemu muka, bertekak dengan mamat senget itu, naluri keremajaannya tersentuh. Debaran dan satu perasaan aneh sering menjengah setiap kali berdepan dengan ‘encik bajet bagus’ itu. Dadanya bagai nak pecah apabila anak mata coklat cair milik lelaki itu merenung tepat ke dalam matanya. Dan hingga sekarang, setiap kali terkenangkan segala kenangan itu, dadanya berdebar tidak menentu.


“Airish tak nak kenal ke dengan bakal suami Airish tu?” soal Puan Zaiton lembut. Rambut anak gadisnya yang cantik beralun itu dibelai perlahan.
Airish geleng perlahan. Entah kenapa, hatinya langsung tidak berminat itu mengenali lelaki yang sudah menjadi tunangannya seminggu yang lepas. Macam tak percaya saja. Umur baru setahun jagung, dia sudah menjadi tunangan orang.
“Kenapa ni? Airish macam sedih je ni.” Soal wanita itu lagi.
Airish angkat muka. Wajah emaknya dipandang sejenak sebelum kembali menatap skrin laptop yang sedang terbuka di atas meja.
“Mak. Kenapa Airish kena terima semua ni? Kenapa Airish tak boleh jadi macam kawan-kawan sebaya Airish yang lain? Diorang boleh je enjoy. Gembira dengan zaman remaja diorang. Tapi Airish. Airish belum pun habis sekolah lagi. Dah kena fikir soal nikah kahwin ni. Airish tak nak mak. Airish malu kat kawan-kawan Airish. Apa diorang cakap nanti bila tahu Airish dah nak kahwin.” Ujarnya sebak.
“Airish. Mak dengan ayah buat keputusan ni bukan apa. Kan kami berdua tak lama lagi nak berangkat ke Tanah Suci. Airish takde adik-beradik lain. Airish sorang je anak mak. Saudara-mara kita jauh. Mak tak nak menyusahkan mereka jenguk Airish bila kami takde nanti. Sebab tu bila Mak Cik Aisyah dan berkenan sangat dengan Airish, mak setuju je terima lamaran dia tu. Mak buat semua ni pun untuk kebaikan Airish jugak.” Pujuk Puan Zaiton lembut.
“Tapi mak. Airish boleh je tumpang rumah Nana masa mak pergi sana nanti. Tak payahlah mak susah-susah nak kahwinkan Airish. Airish muda lagilah mak. Airish nak belajar lagi.”
“Sayang. Bila dah kahwin nanti pun. Airish akan tetap boleh belajar. Mak Cik Aisyah pun dah janji yang bakal suami Airish tu takkan halang anak mak ni capai cita-cita Airish. Mak pun percayakan dia. Mak yakin dia boleh jaga anak manja mak ni dengan baik.”
Airish diam. Kata-kata pujukan emaknya itu ditelan dengan hati yang walang. Hatinya semakin berbaur. Tidak sampai dua minggu saja lagi dia akan berkahwin. Dia tidak pernah rasa teruja dengan perkahwinan tersebut. Dan dia langsung tiada hati untuk berkenalan dengan bakal suaminya. Tapi apa yang merungsingkan dirinya ialah bayang-bayang ‘lelaki itu’ masih melekat dalam benaknya.


 Keluhan berat dilepaskan. Seperti ada beban besar yang ditanggung olehnya. Tapi memang berat pun. Masih muda remaja sudah terpaksa menanggung pelbagai masalah rumah tangga. Aduh! Inilah nasib yang memang terpaksa ditempuhinya selama ini. Airish mendongak. Memandang langit yang dipenuhi bintang-bintang yang bertaburan indah.
Kemudian matanya melilau memandang ke arah pagar utama rumah teres dua tingkat yang dihuninya sejak tiga tahun lalu. Menanti kepulangan insan bergelar suami.
Dia bersyukur sangat kerana selepas perkahwinan yang tidak pernah diimpikan dalam hidupnya dulu, lelaki itu tidak pernah menghalang cita-citanya. Segalanya memang disediakan seperti yang telah diberitahu oleh ibu mertuanya dulu. Tapi, hanya satu yang sentiasa dirasai kekurangannya. Lelaki itu terlalu dingin. Langsung tidak pernah menunjukkan minat untuk berbual mesra dengannya. Entahlah. Dia sendiri tidak tahu kenapa itu yang terjadi.
Teringat kembali ketika saat dia menatap wajah lelaki yang bergelar suaminya semasa upacara pembalatan air sembahyang dulu.
“Airish sayang. Salam suami kamu nak.” Suruh emaknya lembut.
Airish diam. Tangannya yang langsung tidak berinai, sesuai dengan permintaan Airish sendiri kerana tidak mahu menimbulkan persoalan teman-temannya di sekolah nanti dipandang tanpa rasa. Sebentuk cincin platinum disarung ke jari manisnya. Memang cantik. Tapi hati Airish langsung tidak berminat. Merah padam wajahnya saat dahinya dikucup oleh sang suami.
Wajahnya didongak.
“Awak?” soal mereka berdua serentak.
Tetamu yang ada di situ turut terkejut. Hairan melihat tingkah pasangan tersebut.
“Kenapa ni??” soal Puan Zaiton pelik.
“Apa awak buat kat sini?” soal Airish kepada lelaki berbaju melayu puntih itu.
Lelaki itu tersenyum sinis. Rasa terkejut cepat-cepat dibuang jauh.
“Kau tak nampak ke apa yang aku tengah buat sekarang ni? Ni hah! Aku tengah pegang tangan isteri aku.” Balas lelaki itu sambil tangan Airish yang masih berada di genggamannya diangkat.


“Aku tak sangka, nasib malang aku berterusan sampai sekarang.”
Airish yang sedang mengeringkan rambutnya berpaling. Wajah lelaki itu dipandang lama. Dia sedar. Suasana malam pertama antara mereka berdua tidak sama dengan pasangan lain. Dia juga sedar. Lelaki itu langsung tidak berminat untuk berbual dengannya. Apatah lagi untuk bermesra seperti pasangan lain. Tapi dia tidak begitu kisahkan sangat hal tersebut. Kerana dia masih muda. Dan emaknya juga sudah berpesan agar jangan ‘nakal-nakal’ dengannya kepada lelaki tersebut. Dan dia sendiri tidak faham apa maksud kata-kata emaknya tadi.
“Apasal kau tenung aku macam tu?” soal lelaki itu dingin.
Airish pantas mengalihkan pandanganya. Dadanya yang berdebar hebat dipegang. Dari dulu, debaran yang sama dirasainya masih tidak berubah setiap kali bersama lelaki tersebut.
“Aku takkan terima kau sebagai isteri aku. Dan aku nak kau tahu yang aku hanya kahwin dengan kau sebab rasa tanggungjawab aku je. Dan seperti apa yang mak bapak kau nak, aku akan lakukan. Aku akan jaga kau lepas ni. Tapi aku takkan terima kau dalam hidup aku. Kau dengan hidup kau, dan aku denga  hidup aku. Jangan kau harap untuk nak lebih-lebih. Faham?” ujarnya tegas.
“Apa maksud awak?” soal Airish bingung.
“Kau akan duduk dengan aku. Tapi aku langsung tak sayangkan kau. Apatah lagi cintakan kau. Sampai masa nanti, aku akan ceraikan kau.” Tajam kata-kata itu menghiris hati Airish.
“Tapi....”
“Tapi apa?” soal lelaki itu agak keras.
“Saya cintakan awak.” Balas Airish laju. Entah kenapa bibirnya begitu pantas menuturkan kata-kata keramat itu.
Telinganya menangkap tawa sinis si suami.
“Kau? Cintakan aku?” jari telunjuk lelaki itu dihalakan kearah Airish dan kemudian kedadanya.
Airish angguk perlahan.
“Gila! Kau sedar tak kau tu budak-budak lagi? Masih mentah. Macam mana kau tahu kau cintakan aku? Kau faham ke makna cinta tu? Kau tak payah nak merepeklah Airish.” Balas Fahmi sinis.
“Tapi...”
“Dah! Aku tak nak dengar lagi. Aku akan ceraikan kau. Tapi bukan sekarang.”
Airish tergamam. Wajah serius lelaki itu ditatap lama.


 “Kau ni kenapa Fahmi? Aku nampak kau macam ada masalah je. Gelisah semacam ni. Apesal bro?” soal Man setelah agak lama memerhatikan tingkah rakan baiknya itu.
Fahmi mengeluh. Terasa seperti ada beban besar dibahunya sekarang. Entah kenapa, wajah Airish sering menjelma diruang matanya. Tidak kira tempat. Semuanya dihiasi wajah dan senyuman manis gadis tersebut.
Ahhh! Parah aku ni. Kenapalah muka dia je yang selalu datang ni? Desis hati Fahmi.
Terbayang-bayang Airish sedang senyum kepadanya. Dia memandang ke atas, wajah Airish yang nampak begitu cantik merenung ke dalam anak matanya, dia memandang ke pintu, wajah itu merenungnya sayu. Dan begitulah setiap masa. Sampaikan setiusahanya juga dilihat seperti Airish.
“Kau kenapa Mi?” soal Man lagi.
“Entahlah Man. Aku pun tak tahu apa masalah aku sekarang ni.”
“Cuba kau story sikit kat aku..” pujuk Man lembut.
Fahmi menggeleng beberapa kali.
Man pelik. Sudah lama mereka berkawan rapat. Boleh dikatakan setiap rahsia peribadi lelaki berusia 33 tahun itu didalam poketnya. Tapi belum pernah lagi dia melihat Fahmi berkeadaan sebegitu.
“Mi. Airish macam mana sekarang? Dah lama aku tak jumpa bini kau tu.” Soalnya cuba memancing sahabatnya itu untuk berkata-kata.
“Hah! Kenapa tiba-tiba kau sebut pasal Airish ni?” wajah Man ditenung dalam.
Hish! Kenapa mamat ni tanya pasal bini aku pulak?
Kau ada bini ke Fahmi? Soal satu suara.
Lah! Kan Airish tu bini aku! Balas hati Fahmi pula.
Sejak bila pulak kau mengaku yang Airish tu bini kau? Bukan ke selama ni kau tak mengaku ke dia tu bini kau? Kau selalu je abaikan dia. Kau tak cintakan dia. Tak sayangkan dia. Ujar suara itu seakan mengejek.
Fahmi tersentak. Rasa terpukul dengan kata-kata tersebut. Wajah Man dipandang lama.
“Aku tanya sebab kau tu kawan aku. Dia tu isteri kau. Sampai bila kau nak buat dia macam tu? Dia tu ada perasaan Mi. Jangan sampai dia sendiri bosan dengan sikap kau dan hilang sabar. Mahunya nanti dia yang lari tinggalkan kau. Baru padan dengan muka kau yang tak berapa handsome tu.”
“Kau ni sahabat aku ke apa? Sampai hati kau doakan macam tu kat aku.” Ujar Fahmi tidak senang.
“Memanglah aku sahabat kau. Dan dah jadi tanggungjawab aku sebagai sahabatlah aku nasihatkan kau ni. Aku tak nak kau menyesal kemudian hari Mi. Dah tiga tahun korang kahwin. Sampai sekarang kau masih layan dia macam tu. Perempuan ni Mi, jiwa diorang lembut. Mudah terasa, mudah sedih, kecewa dengan apa yang kita buat. Aku sampai sekarang salute giler kat bini kau tu. Entah dari mana dia dapat kesabaran tu menghadap perangai kau yang macam ni setiap hari.”
Sekali lagi terdengar keluhan dari mulur Fahmi. Dia sedar. Memang silapnya. Dulu dia sering menidakkan kehadiran Airish dalam hidupnya. Tapi kini, perasaannya sama sekali berubah. Dia kalau boleh ingin selalu ada bersama Airish. Malah, setiap malam, seringkali dia bertandang ke bilik gadis tersebut. Ketika gadis itu dalam lena.
Fahmi diam. Memang ada benarnya kata-kata lelaki tersebut. Dia tidak pernah melayan Airish dengan baik. Hanya herdikan dan amarah yang sering dihadiahkan kepada gadis tersebut. Sedangkan dia tahu, dia sepatutnya menjadi pembimbing dan pelindung kepada gadis yang baru menjengah 20-an itu.
Teringat kembali bagaimana setiap kali Airish cuba berbaik dengannya, pasti akan ada kata-kata yang menyakiti hati gadis itu.
Arghhh! Apa aku dah buat ni? Jerit hatinya.


“Kau ada masalah lagi ke Rish?” tajam mata Nana menyorot ke wajah temannya itu. Nampak sangat Airish tak stabil. Dia tersenyum. Tapi hambar. Sinar matanya yang selama ini begitu galak juga nampak seakan tak bermaya.
“Aku oklah Na. Kau tak payahlah tenung aku macam tu. Segan pulak aku.” Airish mengalihkan matanya. Tidak selesa direnung sebegitu. Dia tahu. Pasti Nana akan dapat menebak apa yang ada dalam fikirannya.
Nana mengeluh. Dia tahu. Airish cuba berpura-pura di depannya. Bukan dia tidak kenal dengan rakan baiknya itu.
“Kau tak payah nak kelentong akulah Rish. Aku dah lama kenal kau. Semua pasal kau ni hah! Ada dalam kepala aku ni. Sekali tengok kau, aku dah tau kau ada problem sebenarnya. Storylah kat aku Rish. Aku kan ‘shoulder’ kau.” Pujuk Nana lembut. Tangan Airish yang berada di atas meja digenggam erat. Cuba memberikan kekuatan.
“Aku dah letih Nana. Aku nak akhiri semua ni.” Keluh Airish lemah.
“Maksud kau?”
Wajah terkejut Nana dipandang sekilas. Nafasnya ditarik panjang. Tidak tahu macam mana lagi cara untuk membuatkan orang disekelilingnya sedar tentang apa yang bermain difikirannya, dihatinya. Dia juga impikan bahagia. Tapi entah kenapa. Seakan dirinya tak layak untuk berbahagia seperti orang lain.
“Aku nak dia lepaskan aku Nana. Aku dah letih nak hadapi semua ni seorang diri. Aku dah tak tahu macam mana lagi perlu aku buat untuk dia terima aku dalam hidupnya.” Setitis air mata mengalir lemah di pipi gebu itu.
“Rish! Aku tahu kau kuat Rish. Kau memang sayangkan dia kan? Kau cintakan dia. Dulu kau jugak yang cakap akan buat dia tunduk pada kau. Dengan cinta kau tu Rish, aku yakin, dia akan datang pada kau. Cinta kau akan buat korang bahagia Rish. Cuma kau perlu sabar je.” Pujuk Nana lembut. Dia tahu hati Airish. Dia tahu betapa kuatnya rasa cinta gadis itu pada suaminya. Tapi entahlah. Dia sendiri hairan. Kenapa lelaki seperti suami sahabatnya itu terlalu buta. Buta dalam menilai sucinya cinta Airish Marshanda.
Semua cerita tentang mereka dia tahu. Bukan salah Airish kerana menceritakan hal rumah tangganya. Dia sendiri terkejut sewaktu kali pertama mengetahui hal sebenar. Setahun lebih mereka berdua berpura-pura bahagia di depan orang lain. Bermakna setahun lebih itulah dia ditipu dan Airish memendam rasa. Ketika itu dia bertandang ke rumah pasangan tersebut. Dia mendengar kata-kata sinis yang dilemparkan kepada Airish. Dia nampak betapa air mata Airish mengalir lemah. Dan betapa mata lelaki itu begitu tajam merenung ke wajah Arisih.
Arghh! Kalau boleh ingin diajar-ajar lelaki itu. Ingin dibersihkan hati suami Airish. Ingin dibuka matanya luas-luas agar dia nampak betapa kasihnya Airish terhadap insan bergelar suami. Tapi, dia sedar. Dia bukan siapa-siapa. Dia hanya boleh menjadi pendengar, memberikan semangat kepada rakannya itu. dia tiada hak untuk masuk campur masalah mereka.
“Nana. Aku memang akan sentiasa sayangkan dia. Cintakan dia. Tapi, aku sedar. Takkan sampai selamanya aku perlu berharap. Dia tak mungkin akan terima aku Nana. Dia tak mungkin akan cintakan aku. Aku tak nak memaksa. Biarlah dia bahagia dengan pilihannya nanti. Dan aku tak nak menjadi penghalang kepadanya.”
“Aku tahu Rish. Tapi kau kena kuat. Insyaallah. Nanti dia akan balas cinta kau tu Rish. Kau cuma perlu bagi masa kat dia. Kau kuat kan Rish? Aku tahu. Kawan aku ni kuat. Kau boleh Rish.”
Wajah Nana dipandang lama. Nampak gadis itu mengangguk. Cuba memberikan keyakinan kepadanya.
“Kau bagi dia sikit lagi masa Rish. Mana tahu dia pun dah rindukan kau sekarang.” Gadis itu cuba menceriakan hatinya,
“Tak mungkin Nana. Aku kenal siapa Fahmi tu Na.” Balasnya sayu.
“Sebab kau kenallah aku suruh kau bagi masa kat korang berdua. Aku tak nak kau buat keputusan yang salah Rish. Aku sayangkan kau. Aku nak sangat kau bahagia dengan dia.”
Airish mengeluh lagi. Entah sudah berapa kali gadis itu mengeluh. Tiba-tiba jam ditangannya dipandang.
“Eh Nana! Aku kena balik dululah. Takut nanti dia sampai kat rumah, tengok aku takde. Kesian pulak.” Ujar Airish lembut.
Nana angguk. “Baliklah Rish. Bincang elok-elok. Aku sentiasa doakan yang terbaik untuk kau.” Ujar Nana ikhlas.


Fahmi memandang sekeliling. Pintu rumah ditutup perlahan. Hairan. Selalunya setiap kali dia pulang, pasti ada kelibat Airish menantinya diruang tamu. Dia menjengah ke dapur, langsung tidak ada tanda-tanda isterinya disitu. Kemudian dia beralih pula ke tingkat atas. Pintu bilik Airish dikuak. Juga tiada. Nampak keadaan bilik gadis itu kemas tak berpenghuni.
“Ish! Kemana pulak budak ni? Biasanya time-time macam ni dia dah ada kat rumah.” Soalnya sendirian.
Rambutnya diramas kuat. Debaran dihati semakin menggila memikirkan tentang Airish.
Oh damm! Entah-entah dia keluar berseronok dengan jantan lain kot! Duga hatinya.
Tubuhnya dihempas kasar diatas sofa. Sakit hati bukan kepalang mengenangkan  apa yang bermain dikepalanya kini. Cemburu! Ya! Dia cemburu. Memikirkan senyuman gembira Airish bersama lelaki lain.
Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi pintu dibuka.
Airish tergamam melihat sepasang mata sedang merenung tajam kearahnya.
“Assalamualaikum.” Ucapnya perlahan.
Bibir nipis lelaki itu nampak bergerak sedikit.
Airish terus mengatur langkah. Tidak mahu berlama disitu. Dia belum bersedia.
“Kau kemana? Waktu macam ni baru balik rumah. Memang kau selalu ke macam ni? Mentang-mentanglah aku selalu balik lambat kan?” Agak keras suara itu menjamah pendengaran Airish. Dia berpaling. Menatap wajah lelaki yang sudah berdiri tegak memandang kearahnya.
“Err....”
“Apa?” bentak Fahmi agak kuat.
“Saya keluar dengan Nana tadi. Hantar tugasan kat kolej. Lepas tu duduk borak-borak sekejap.” Balas Airish perlahan. Sumpah dia takut. Dia takut dengan kemarahan lelaki itu. Walaupun tidak sampai ke tahap mengangkat tangan, tetapi dia takut. Dari kecil dia tidak pernah dijerkah, diherdik oleh orang tuanya. Tetapi bila dengan lelaki itu, hidupnya penuh dengan jerkahan dan herdikan. Walaupun sudah biasa, tetapi dia tetap takut.
“Oh! Keluar. Borak-borak? Kau sedar tak kau siapa hah? Kau tu isteri orang. Faham tak? kau ingat elok sangat ke kau duduk melepak macam orang tak ingat dunia tu hah?”
“Sa... Saya minta maaf. Betul. Saya bukan melepak. Saya cuma temankan Nana makan. Borak-borak sekejap. Saya terus balik. Saya pun dah SMS awak tadi kan.” Airish cuba membela diri.
Fahmi terdiam. Handphonenya yang dari pagi dimatikan dikeluarkan dan dihidupkan. Memang ada SMS daripada Airish. Dia mendongak. Kelibat Airish sudah tidak kelihatan.
“Aku belum habis cakap, dia dah blah. Hish!” bisiknya perlahan. Dia kembali duduk. Cuba mententeramkan hatinya yang agak berserabut.
“Nah! Air untuk awak.” Segelas air sejuk diletakkan di depannya.
Fahmi membuka mata. Wajah Airish yang duduk bertentangan dengannya dipandang lama.
“Minumlah. Saya ada perkara nak bincangkan dengan awak.” Ujar gadis itu tenang.
Gelas air dicapai dan diteguk hingga habis. Memang itulah kebiasaan yang dilakukan oleh gadis itu setiap kali dia marah. Akan ada air sejuk yang dihulur.
“Errm.. Apa dia kau nak bincang? Aku pun ada sesuatu nak cakapkan. Penting untuk hubungan kita.” Wajah Fahmi masih serius. Dia sudah berkira-kira untuk meluahkan apa yang tersirat dihatinya. Dia tidak mahu berselindung lagi.
“Awak cakaplah dulu.” Ujar Airish perlahan. Nampak pada wajah lelaki itu, dia seakan dapat menebak apa yang bakal disampaikan. Dia takut. Ya! Memang dia takut untuk menghadapinya. Dia belum bersedia. Tapi dia sedar. Hal itu akan tetap berlaku. Mungkin bukan hari ini, mungkin esok dan mungkin bila-bila.
“Kaulah cakap dulu. Aku dengar.” Nada suara Fahmi semakin lembut.
“Awak cakap ada sesuatu tentang hubungan kita kan?” wajah Fahmi dipandang.
Lelaki itu mengangguk. Matanya langsung tidak lepas merenung ke wajah Airish. Airish tak selesa. Tapi dia tetap kuatkan hatinya.
“Cakaplah dulu.” Ujar Airish lembut. Dalam hatinya hanya tuhan sahaja yang tahu. Betapa dia belum bersedia mendengar apa yang bakal diperkatakan oleh lelaki itu.
“Ehem! Macam ni Airish. Aku rasa dah sampai masanya untuk kita...”
“Mungkin awak nak kotakan apa yang awak cakapkan dulu kan?” pintas Airish laju.
“Nak akhiri hubungan kita ni kan? So, saya rasa tak payahlah saya cakap apa yang saya nak cakapkan tadi. Saya cuma nak awak tahu yang saya dah sedia dengan semua tu. Semua tu kat tangan awak. Lafaz tu pun terletak pada awak. Bukan pada saya. Pasal parents kita, takpe. Biar saya yang selesaikan. Saya takkan salahkan awak. Dan lagi satu, tolong bagi masa kat saya dalam seminggu dua lagi. Saya nak cari rumah sewa. Awak pun tahu kan. Bukan senang nak cari rumah sewa kat sini.” Ujar Airish lancar. Wajah Fahmi langsung tidak berani dipandang. Dia takut dia lemah. Dia terus berlalu meninggalkan lelaki tersebut.
Fahmi terkesima. Apa maksud Airish?

               
Angin malam menampar lembut wajahnya. Hanya tinggal tiga hari lagi untuk Airish pergi meninggalkannya sendirian. Gadis itu sendiri memaklumkan yang dia akan berpindah. Itupun melalui nota yang dilekatkan pada peti ais.
Dia mengeluh perlahan. Betul cakap Man. Dia memang pengecut. Langsung tidak berani meluahkan rasa hatinya kepada Airish. Tapi bukan salahnya. Airish sendiri yang menjauhkan diri darinya. Nampak jelas gadis itu langsung tidak mahu bersua muka dengannya lagi. Apa-apa sahaja hanya dimaklumkan melalui nota yang dilekatkan pada peti ais.
Sungguh dia rindu. Rindu menatap wajah cantik itu. Mata gadis itu yang bersinar ceria membuatkan hatinya turut ceria. Tapi dia sedar. Dia sudah terlambat. Hati Airish sudah terlalu banyak disakitinya. Mungkin cinta gadis itu bukan untuknya lagi. Saban hari merindui Airish. Membuatkan dirinya semakin lemah.
Fahmi melangkah lemah ke dalam rumah. Terasa badannya sudah menggigil kesejukan. Tubuhnya juga semakin lesu. Tekaknya sakit. Dia langsung tidak dapat menelan sebarang makanan. Ditambah lagi dia memang tidak berselera untuk menjamah hidangan yang disediakan. Dia hanya perlukan seseorang. Dan orang itu seakan semakin jauh darinya.
Tubuhnya dibaringkan diatas sofa. Perlahan-lahan matanya semakin memberat. Bayangan Airish hilang entah kemana.


Airish membuka mata perlahan. Tiba-tiba lenanya terganggu dek rasa dahaga. Air yang diletakkan di dalam biliknya sudah kehabisan. Dalam rasa malas dan mengantuk masih bersisa, dia melangkah juga ke dapur. Ruang tamu yang sudah gelap dipandang sekilas. Belum sempat jarinya memerik suis lampu dapur, tiba-tiba telinganya menangkap satu suara.
“Airishhh.... Rishh...”
Airish tergamam. Suara itu terlalu lembut. Tiga tahun tinggal dirumah tersebut, inilah kali pertama bulu romanya menegak.
“Risshh...Airishhh...”
Airish melangkah perlahan-lahan. Memberanikan diri mencari dari mana datangnya suara tersebut. Mulutnya sudah terkumat-kamit membaca mana-mana sahaja surah yang terlintas difikirannya. Suis lampu ruang tamu ditekan.
“Airishhhh.....” Dia berpaling ke sofa. Buntang matanya melihat tubuh yang sudah merengkot kesejukan. Dia mara. Bibir lelaki itu terketar-ketar. Mungkin menahan rasa sejuk.
“Rishhhh....” lemah sekali suara tersebut. Airish tergamam. Rasa tidak percaya. Bibir yang menggeletar itu menutur lembut menyebut suaranya.
Dia memberanikan diri meletakkan tangan di dahi suaminya itu. Panas!
“Awak.... Awak... Bangun.” Tubuh Fahmi digoncang perlahan. Cuba mengejutkan lelaki itu. Rasa simpati membuak-buak dihatinya melihat bertapa pucatnya wajah didepannya itu.
“Awak... Bangunlah.” Ujar Airish agak rapat ditelinga Fahmi.
“Airishhh.....”
“Ya. Saya ni. Awak bangunlah. Jangan takutkan saya macam ni.” Air mata Airish sudah bergenang.
Mata Fahmi terbuka perlahan-lahan.
“Rishh...” panggilnya lembut. Tangannya diangkat. Cuba menyentuh wajah yang begitu hampir dengannya itu.
Airish pantas memegang tangan lelaki itu dan melekapkan pada wajahnya.
“Awak... Awak tak sihat ni. Jomlah saya bawak awak pergi klinik.”
Fahmi geleng perlahan.
Please awak. Jangan buat saya takut. Badan awak panas sangat ni.” Pujuknya lagi.
“Bawak saya naik atas Rish.” Lemah sekali suara itu menjamah telinga Airish.
“Jom!”

               
Airish tersenyum senang. Wajah yang sedang lena itu dipandang lama. Jarinya bermain-main pada kening lelaki itu. Kemudian turun ke hidung dan akhir sekali pada bibir yang jelas nampak kemerahan. Dalam lena, lelaki itu tetap nampak handsome.
         Dia bersyukur. Sudah seminggu mereka bercuti Pulau Perhentian. Kata lelaki itu, ingin mengimbau kenangan kali pertama mereka bertemu. Kelakar kan? Dia sendiri tidak percaya dengan apa yang dialaminya kini. Dia memang gembira. Terima kasih Ya Allah. Engkau kalbulkan doaku. Bisiknya perlahan. Semuanya bermula pada malam lelaki itu jatuh sakit.
         “Airish... Jangan tinggalkan abang...” lena Airish terganggu. Dia yang tidur di tepi katil pantas memandang wajah yang pucat tak berdarah itu. Mata Fahmi yang merenung tepat ke anak matanya dipandang lama.
            “Please sayang. Jangan tinggalkan abang. Abang tak boleh hidup tanpa Airish.”
         “Syyy... Awak tak sihat ni. Jangan cakap yang bukan-bukan.” Halang Airish. Mungkin lelaki itu tidak sedar dengan apa yang diperkatakannya.
Fahmi cuba bangun. Walaupun masih rasa tak bermaya, tapi dia tidak mahu melepaskan peluang ini. Dia mahu berterus-terang saja kepada gadis itu. Tangan Airish digenggam erat.
“Tak! Abang masih waras. Masih sedar. Abang tak cakap bukan-bukan. Apa yang abang cakap, apa yang ada dalam hati abang, Airish. I love you sayang. Abang tak main-main.”
Airish tergamam. Air matanya mengalir laju. Tidak percaya dengan apa yang didengarnya itu.
Please Airish. Don’t leave me. I really love you. Abang minta maaf sebab dah banyak lukakan hati Airish. Tapi please. Maafkan abang. Abang dah sedar sekarang. Airish memang ditakdirkan untuk abang. Airish rusuk abang yang hilang tu. Please... Beri abang peluang.” Sayu nada lelaki itu. Sekaligus mencairkan hati Airish yang memang tidak pernah tertutup untuk lelaki bergelar ‘suami’ itu.
“Abang bukan luahkan semua ni untuk lihat sayang nangis. Abang nak tengok sayang senyum. Bahagia. Sebab abang memang sangat cintakan Airish. Abang dah tak sanggup nak tengok sayang menangis sebab abang.” pujuknya lembut. Air mata yang semakin galak mengalir dipipi gadis itu dikesat dengan hujung jari. Dahi Airish dikucup hangat.
“Abang....” Airish membenamkan wajahnya didada Fahmi. Hatinya bahagia dengan pengakuan tersebut. Dan dia sedar. Memang seluruh jiwa raganya sudah menjadi hak mutlak lelaki bernama Fahmi Iskandar itu.
                “Dah puas ke tilik muka abang? Makin handsome tak?”
Airish tersentak. Wajahnya membahang. Hilang segala khayalannya.
“Oo.. Abang pura-pura tidur ek? Jahat!”
Tawa lelaki itu meletus. Tubuh Airish yang nampak sudah bersedia untuk bangun dipeluk erat. Pipi gebu isterinya itu dikucup lama.
“Abang bukan tipulah. Dah sayang kacau abang tidur. Geli lah sayang main-main kat muka abang macam tu.” Balasnya lembut. Anak mata Airish ditenung lama. Ceria hatinya melihat mata nampak bersinar galak.
“Sayang saja je kan? Nak goda abanglah tu.” Usik Fahmi lagi.
Airish sudah memuncung. Memang itulah tabiat terbaru suaminya itu. Menyakatnya sepanjang masa.
Tiba-tiba bibirnya dikucup hangat.
“Apa abang ni?”
Fahmi ketawa senang. Wajah yang semakin kemerahan dipandang lama. Hatinya girang. Tidak sangka inilah nikmat yang paling bermakna dalam hidupnya. Kalau dia tahu begini rasanya, sudah lama dia terima gadis bernama Airish Marshanda dalam hidupnya. Sudah lama diserahkan sepenuh hatinya kepada isterinya itu. Syukurlah dia tidak terlambat.
“Abang! Sempat lagi berangan ek?” dada Fahmi dipukul lembut.
Fahmi tersenyum. Terserlah lesung pipit dikedua belah pipinya.
“Abang bukan beranganlah sayang. Abang cuma terkilan. Abang menyesal sebab abang lambat sangat sedar yang sayang memang tercipta untuk abang. Thanks sayang. Sebab sanggup beri peluang kat abang. I love you so much.” Dahi Airish dikucup syahdu. Kemudian beralih pada kedua belah mata dan akhir sekali turun pada bibir merah itu. Lama.
“Abang... Tak naklah.” Rengek Airish lembut.
“Kenapa? Malu?” soal Fahmi separuh mengusik.
Airish angguk laju. Memang dia malu. Tapi dia bahagia. Tersangat bahagia.
Fahmi tersenyum. Tubuh kecil itu terus dipeluk erat. Dalam diam dia berjanji. Dia tidak akan sesekali menyakiti hati itu. Cinta yang diberikan oleh insan bernama Airish Marshanda terlalu tinggi nilainya.
“Terima kasih Ya Allah. Kau kurniakan insan istimewa bernama Airish Marshanda dalam hidupku.” bisiknya perlahan.


 


8 comments:

Anonymous said...

Kesiannya Airish :(

Anonymous said...

Best gilaa

Anonymous said...

Bagus be get :)

Unknown said...

tak pernah bosan baca cerpen ni walaupun dah banyak kali saya baca! good job ☺☺

Unknown said...

Good cervel

Unknown said...

Saya mnengis bca cerpen nii

Unknown said...

Saya mnengis bca cerpen nii

Unknown said...

Best gilo citer ni ....dah brpe kli bca x jmu2