SELAMAT MEMBACA..Jangan lupa tinggalkan komen atau cadangan agar Mya boleh buatkan cerita lebih menarik okeh!datang lagi...sayang korang...(^_*)

Jom follow blog Mya.... ;)

Friday 20 April 2012

CERPEN <<< DIA SUAMIKU >>>



DIA SUAMIKU

“Akak!”
Handphone digenggamanku hampir terlepas.
“Hish! Budak ni kan! Apa dia? Akak dengarlah! Tak payahlah nak jerit-jerit.” Balasku malas. Dapat dibayangkan kalaulah minah tembam aka adik bongsu aku tu ada kat depan mata, memang dah lama aku cubit-cubit pipi tembamnya tu. Alahai... Rindulah pulak nak gaduh-gaduh dengan si Aimi Mizara ni. Desis hatiku.
“Kalau akak dengar, kenapa akak diam je dari tadi? Bosan Aimi tunggu akak balas apa yang Aimi cakap tau. Akak ni memanglah! Dari dulu sampai sekarang. Tak habis-habis duk berangan.” Bebel Aimi di talian.
“Eh! Mana ada akak beranganlah Aimi.” Sanggahku.
“Urmm.. Ikut suka akaklah. Ingat tu! Umi suruh balik hujung minggu ni. Akak tu kalau ada apa-apa majlis, memang liat sangat nak balik. Tak kesian ke kat Aimi ni. Semua Aimi yang kena buat. Kita sekarang dahlah tinggal dua beradik je. Akak balik ek? Aimi pun dah lama tak jumpa akak. Rindu sangat masa kita gaduh-gaduh dulu.” Suara yang tadinya lantang kedengaran sayu ditelingaku. Aku tahu adik aku sedih. Aku pun merasai perkara yang sama. Tapi, apa yang mampu aku buat? Hatiku masih belum mampu untuk menghadapi semua ini.
“InsyaAllah Aimi. Nanti akak usahakna untuk balik ek. Aimi tak payahlah sedih-sedih macam tu. Tak comel dah adik akak.” Pujukku sambil sedaya upaya mengawal rasa sebak.
Usai berpamitan dengan Aimi di talian, aku termenung sendirian. Mujurlah teman serumahku yang seramai empat orang lagi tu tiada di rumah.
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Lima tahun yang lepas....
“Aiza!”
Aku yang sedang sibuk membantu Mak Ina di dapur tersentak.
“Pergilah Aiza. Tu umi dah panggil tu. Tinggal je semua ni. Biar Mak Ina yang buat.” Ujar Mak Ina aka pembantu rumahku sambil tersenyum manis.
Aku akur. Langkahku terus disusun menghala ke ruang tamu. Langkah yang tadinya tersusun elok terasa agak canggung sebaik terasa seperti banyak mata sedang menghala ke arahku.
“Hah! Mari sini. Umi nak kenalkan Aiza dengan keluarga bakal suami Kak Aina.” Ujar umi lembut.
“Kenalkan. Ni anak dara saya yang nombor dua. Adik kepada Aina. Aiza Zahira. Aiza, salam nak.” Aku akur. Beberapa orang kaum hawa yang agak asing bagiku itu aku salam.
“Cantik-cantik anak dara Encik Malik ni kan. Semua dan besar panjang. Tapi kenapa tak pernah jumpa pun dengan Aiza ni?” soal perempuan yang agak sebaya dengan umi. Mungkin bakal ibu mertua Kak Aina kot. Teka hatiku.
“Aiza ni belajar lagi. Di Shah Alam. Jarang dia ni balik. Sibuk sangat dengan study.” Balas abah.
Aku sekadar tersenyum. Dibiarkan sahaja umi dengan abah yang menjawab segala persoalan mereka. Lagipun aku tak betah dalam suasana sebegitu.
“Akak. Mana bakal suami akak tu?” soalku perlahan. Mujurlah dia duduk disisiku.
“Kat luar.” Jawabnya perlahan. Tapi apa yang aku hairan, Kak Aina seperti tidak gembira. Hanya sesekali sahaja dia tersenyum. Itupun aku rasakan seperti langsung tidak berseri senyumannya.
‘Ah! Aku ni. Suka sangat fikir yang bukan-bukan. Mesti Kak Aina gembira sangat. Calon mertua dia baik sangat-sangat. Ni buat aku jeles dengan Kak Aina ni. Dahlah cantik, bijak. Dapat mertua sayangkan dia pulak tu.’ Desis hatiku perlahan.
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Lima bulan selepas itu, aku pulang ke kampung dengan perasaan gembira. Gembira kerana ahli keluargaku akan bertambah. Kak Aina dan bakal suaminya yang tak pernah aku temui sebelum ini akan berkahwin lusa. Akulah orang paling sibuk menyediakan segala-galanya. Mengikut Kak Aina ke mana sahaja bagi menyelesaikan urusan perkahwinannya.
“Akak. Akak ada masalah ke?” soalku perlahan apabila hanya tinggal kami berdua sahaja di dalam bilik Kak Aina.
Kulihat Kak Aina cuba tersenyum. Tapi kemanisannya langsung tiada.
“Cakaplah kat Aiza kak. Akak ada masalah ke? Aiza nampak akak macam tak happy je? Akak gaduh dengan Abang Zikri ke?” soalku perlahan. Nama Abang Zikri itu kutahu  apabila mendengar umi asyik menyebutnya beberapa hari ini.
Kak Aina mengeluh lemah.
“Takde apa-apalah Aiza. Akak nervous kot. Kan lepas ni akak dah jadi isteri orang. Ada satu lagi tanggungjawab yang berat bakal menanti akak. Akak takut akak tak dapat jadi isteri yang baik untuk Abang Zikri. Tu aje.” Balasnya perlahan. Tapi wajahku langsung tidak dipandang.
“Alah akak ni. Relakslah. Mana Kak Aina yang tenang, cool yang pernah Aiza kenal sebelum ni? Aiza yakin Kak Aina pasti boleh jadi isteri yang baik.” Pujukku lembut.
Kak Ainaku hanya mengangguk lemah.
“Oh ye kak! Aiza tak pernah tengok pun lagi bakal abang ipar Aiza tu. Nak tengok gambar dia boleh tak?” soalku girang. Cuba mewujudkan suasana ceria antara kami.
“Alah! Aiza tengok jelah esok.” Balas Kak Aina lembut.
“Alah! Tak naklah. Nanti kalau Aiza tengok esok susahlah.”
“Kenapa?”
“Iyelah! Mana tahu kalau dia tu handsome. Aiza pulak berkenan. Nanti Aiza pulak yang meroyan nak naik pelamin dengan dia. Kalau akak tunjuk malam ni, bolehlah Aiza bersedia dari awal. Takpun Aiza boleh jugak pujuk akak biar Aiza je gantikan tempat akak tu.” Balasku cuba berseloroh.
Aku lihat Kak Aina seperti terkejut mendengar kata-kataku itu.
“Eh akak! Janganlah serius sangat. Aiza gurau jelah.” Balasku sambil terkekek ketawa.
Tapi Kak Aina masih lagi diam. Aku lihat wajahnya sugul. Nampak seperti sedang berfikir pun ada.
“Akak... Janganlah macam ni. Aiza gurau je. Sumpah. Aiza takkan rampas hak akak. Janganlah macam ni. Aiza minta maaf sangat-sangat.” Ujarku kaget. Tangannya yang sudah canti berinai itu kugenggam erat.
“Eh! Apa ni Aiza. Akak tak marahlah.” Balas Kak Aina sambil tersenyum lembut.
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
“Aiza! Aiza! Bangun nak!” Aku menggeliat. Tidurku terganggu. Terasa seperti bahuku digoncang lembut. Sayup-sayup suara abah memanggil namaku.
Mataku dibuka perlahan-lahan. Wajah-wajah yang menggerumuniku kulihat. Telingaku menangkap suara tangisan.
“Ya Allah! Syukurlah. Syukurlah cucu opah dah sedar. Aiza. Bangun cu.” Ujar opahku sebak. Wajahku dikucup bertalu-talu. Ada kesan air mata diwajah tua itu.
“Ke... Kenapa ni?” soalku bodoh.
“U...U..Umi... Ke.. Kenapa umi nangis?” soalku lagi setelah soalanku tadi seperti diabaikan. Umi yang masih teresak-esak menangis kupandang lama.
Kulihat semua ahli keluargaku yang ada disitu saling berpandangan. Abah juga terdiam. Opah hanya menundukkan pandangan. Mak Ina yang sedang meriba kepalaku kelihatan sedang mengesat air matanya. Aku cuba bangun. Mengengsot ke kaki umi.
“Umi. Kenapa ni? Kenapa umi nangis?” soalku ingin tahu. Tangan wanita yang melahirkanku itu aku genggam erat.
“Aiza tak ingat ke  apa yang jadi tadi?” soal abah lembut.
Kulihat wajah abah. Tidak mengerti apa yang dimaksudkannya. Lama aku berfikir.
Kemudian perlahan-lahan air mataku mengalir membasahi pipi.
“Aiza!” panggil Mak Ina lembut.
“Aiza! Kenapa ni nak?” soal abah pula.
“Aiza tak mimpi ke abah? Kak... Kak Aina....” aku sudah tidak dapat meneruskan kata-kata.
Abah angguk perlahan.
“Tapi kenapa Aiza? Kenapa Aiza yang kena terima semua ni abah? Kenapa Kak Aina buat Aiza macam ni? Kenapa abah? Apa salah Aiza? Mana Kak Aina pergi bah?” soalku bertalu-talu. Air mata yang masih mengalir dipipi kukesat kuat.
“Umi... Tolong Aiza umi. Aiza tak nak kahwin dengan dia umi. Aiza tak nak gantikan tempat Kak Aina. Aiza muda lagi umi. Tolonglah Aiza umi...” tangan umi kuraih dan kukucup bertalu-talu. Berharap benar agar umi mendengar rayuanku.
“Sabar sayang. Aiza tak boleh macam ni. Aiza kuat. Aiza kena sabar. Abah pun tak tahu kenapa, kemana dan bila Kak Aina pergi. Tapi sekarang. Abah minta sangat. Abah rayu kat Aiza. Tolonglah abah. Jangan malukan keluarga kita. Tindakan Kak Aina tu ibarat satu tamparan bagi abah dengan umi. Abah takkan maafkan dia. Sekarang, abah cuma ada Aiza. Aiza je harapan abah dengan umi nak. Tolong Aiza. Abah rayu sangat.” Ujar abah perlahan. Tubuhku diraih ke dalam pelukan.
Hatiku sayu mendengar kata-kata tersebut. Sebelum ini tidak pernah abah merayu kepada anak-anaknya. Ah! Terasa berdosa pula diriku kerana membiarkan orang tuaku sendiri merayu sebegitu rupa dengan anaknya.
“Abah rayu sayang. Tolong abah. Aiza anak abah kan? Aiza anak abah yang baik kan? Tolong bersihkan maruah keluarga kita nak. Majlis tu berapa jam je lagi. Semua kita dah sedia. Apa abah nak jawab dengan tetamu nanti?” bisik abah rapat ke telingaku.
Aku masih lagi menangis dan menangis. Habis basah baju abah dengan air mataku.
“Kalau Aiza tak nak, takpelah. Abah takkan paksa. Dahlah tu. Abah minta maaf sebab buat anak abah ni sedih. Dah! Tak payah nangis lagi. Abah akan call keluarga sana, terus-terang dengan mereka.” Sebak nada suara abah. Terasa belakang badanku ditepuk perlahan.
“Kalau itu yang perlu Aiza korbankan untuk kembalikan maruah keluarga kita, Aiza akan lakukan abah. Demi abah, demi umi dan demi keluarga kita. Aiza sanggup.” Balasku lancar.
Terasa pelukan dirungkai. Wajah abah yang nampak bingung kutatap. Perlahan-lahan aku anggukkan kepala.
“Ya Allah Aiza! Terima kasih sayang. Terima kasih sangat-sangat. Abah sayang Aiza. Aiza anak abah.” Ujar abah girang. Dahiku dikucup lama.
Kemudian umi pula datang memeluk erat tubuhku. Ucapan terima kasih tidak henti-henti di bibir umi.
“Aiza akan lakukan semua tu. Tapi lepas ni Aiza tak nak dengar lagi sesiapa pun ucap terima kasih kat Aiza. Aiza rasa macam berdosa sangat bila dengar umi dengan abah ucap macam tu. Aiza ni anak abah, anak umi. Kenapa umi dengan abah kena ucapkan terima kasih kat Aiza pulak.” Ujarku sayu. Aku betul-betul maksudkan kata-kataku itu.
Umi dengan abah berpandangan. Kemudian mereka mengangguk perlahan.
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
‘Ya Allah! Betulkah apa yang aku lakukan ini Ya Allah? Adakah keputusan yang aku buat ni betul?’ bisik hatiku lemah. Terbayang-bayang wajah gembira ahli keluargaku. Walaupun ada juga tetamu yang mempersoalkan tentang pertukaran pengantin perempuan, tetapi mujurlah ahli keluargaku sepakat dan bijak memberi alasan yang munasabah.
Suamiku? Ah! Apa yang akan berlaku nanti? Itu yang membuatkan aku bingung. Dadaku berdebar hebat apabila kedengaran pintu bilik pengantin aka bilik Kak Aina dibuka dari luar. 
“Aiza Zahira.”
Aku berpaling sebaik mendengar namaku dipanggil. Wajah lelaki itu ditatap. Serta-merta wajahku terasa hangat. Teringat bagaimana ketika upacara pembatalan air sembahyang beberapa jam yang lepas.
“Aiza. Hulurkan tangan nak. Suami kamu nak sarungkan cincin tu.” Ujar Mak Usu lembut.
Terketar-ketar tanganku. Terasa tanganku digenggam erat. Sebentuk cincin platinum bermata satu disarungkan ke jariku. Mujurlah saiz jariku dengan jari Kak Aina sama. Kemudian terasa satu kucupan hangat singgah didahiku. Lama.
“Terima kasih sebab sudi jadi isteri abang.” Bisik lelaki itu lembut. Hanya aku yang mendengarnya.
Mata kami bertatapan lama.
“Ehem! Kalau iye pun, sabarlah dulu. Ramai orang tengok ni.” Tegur satu suara.
“Aiza Zahira....” sekali lagi namaku dipanggil. Sekaligus mematikan lamunanku.
“Dah sampai mana?” soal lelaki itu lembut. Dia mengambil tempat disebelahku.
“Err... Ma... Maaf.” Ujarku perlahan.
Dia tersenyum manis.
“Aiza boleh ke terima abang?” soalnya lembut.
“Awak boleh terima saya?” soalannya kukembalikan.
Dia terdiam.
Aku tersenyum sinis.
“Tak payahlah awak nak berlakon redha dengan semua ni. Saya tahu awak sendiri tak boleh terima semua ni kan? Kehilangan Kak Aina. Saya sendiri pun tak boleh terima. Saya tak sangka Kak Aina sanggup buat saya macam ni. Awak lagilah. Bakal isteri awak, orang yang paling awak sayang. Tiba-tiba isteri awak bertukar.”
“Abang terima Aiza. Ab...”
“Tak payah! Saya tak harapkan awak terima saya. Untuk pengetahuan awak, saya sanggup gantikan tempat Kak Aina sebab umi dengan abah. Bukan sebab Kak Aina dan tentunya bukan sebab awak. Hanya kerana keluarga saya. Saya tak nak biarkan keluarga saya malu atas perbuatan Kak Aina yang pentingkan diri sendiri tu. And for your information, i still can’t accept you in my life. Not now and forever.” Pintasku tegas.
Dia kehilangan kata-kata.
“A... Apa maksud Aiza ni?” soalnya perlahan.
“Dua tiga hari ni, kita tetap macam ni. Tapi selepas majlis kat rumah awak, kita akan hidup dengan kehidupan masing-masing. Takde istilah suami isteri dalam kamus hidup saya. Dan saya nak begitulah sampai bila-bila. Saya tak nak jumpa awak lagi dan saya harap awak pun takkan ganggu hidup saya. Jangan cari saya. Pasal keluarga kita, biar saya yang uruskan.” Balasku lagi.
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Selepas itu, aku meneruskan hidupku seperti biasa. Baik umi, abah atau keluarga mertuaku, mereka menerima segala permintaanku. Aku juga sudah agak lama tidak pulang ke kampung. Pelbagai alasan kuberi. Semata-mata kerana tidak mahu bersua muka dengan lelaki itu aka suamiku.
Dimana aku tinggal juga tidak kukhabarkan. Waima kepada ahli keluargaku. Hanya aku dan Dia sahaja yang tahu. Aku hanya berhubung dengan keluarga dengan menggunakan telefon bimbit. Walaupun sudah puas diasak oleh abah dan umi tentang kehidupanku, aku tetap masih boleh menyembunyikannya. Aku sendiri tidak pasti alasan atas perbuatanku itu.
Rakan-rakanku juga tidak tahu berkenaan statusku. Apa yang mereka tahu, aku hanyalah seoraang gadis biasa yang penuh dengan rahsia. Dan keputusan muktamad sudah kubuat.
Kali ini aku nekad untuk pulang ke kampung. Aku rindu menatap wajah kedua ibu bapaku, si Aimi tembam dan Mak Ina yang telah sekian lama bersama keluargaku.
“Assalamualaikum.” Halaman rumah kupandang. Kelihatan kereta Proton Saga milik abah terletak elok digaraj. Dan beberapa buah kereta yang tidak kukenali juga berada di halaman rumahku. Mungkin saudara mara yang datang membantu bagi kenduri malam nanti kot. Fikirku.
“Waalaikumussalam.” Kedengaran suara insan yang amat kurindu. Terpancul wajah umi dimuka pintu.
“Umi....” seruku lembut.
“Ya Allah! Aiza anak umi...” tubuhku terus tenggelam dalam pelukan wanita tersebut.
“Ampunkan Aiza mi. Ampunkan Aiza sebab dan lukakan hati umi.” Pintaku sebak.
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
“Aiza pergi mana selama ni cu? Kenapa Aiza buat macam ni? Aiza masih marahkan kami semua ke?” soal opah lembut. Rambutku yang panjang separas pinggang  dibelai lembut.
“Aiza kerja opah. Buat apa Aiza nak marah. Semua dah jadi. Aiza dah boleh terima semua tu opah.” Balasku lembut.
“Kalau dah boleh terima, kenapa Aiza langsung tak balik rumah. Jenguk umi, abah, opah?” soal opah lagi.
Aku mengeluh perlahan. Aku sendiri tiada jawapan untuk soalan tu.
“Lama ke Aiza cuti nak?” soal Mak Usu yang sedari tadi hanya menjadi pendengar.
“Aiza dah berhenti.”
“Kenapa pulak?” soal Umi menyampuk.
“Lepas ni Aiza nak buat apa?” giliran opah pula menyoal.
“Tak. Macam ni. Aiza dah berhenti kerja kat sana. Aiza dah dapat kerja kat sini. Aiza ingat nak duduk sini je. Dengan umi, dengan abah. Itupun kalau umi dengan abah sangguplah nak terima Aiza ni...” sengajaku buat suara sedih.
“Eh budak ni! Kenapa pulak tak sanggup. Duduk jelah. Ni kan rumah Aiza jugak.” Balas umi geram.
“Tapi betul ke Aiza nak pindah sini balik?” soalnya lagi.
Aku angguk.
“Kalau betul, abah rasa lebih baik Aiza tinggal kat rumah Aiza je. Lagi senang. Lagi dekat dengan bandar.” Ujar abah tiba-tiba.
“Rumah Aiza?” soalku pelik.
Abah angguk. Senyuman manis diberikan kepadaku.
“Dahlah! Aiza pergilah rehat dulu. Mesti letih kan.” Umi cepat-cepat mengubah topik.
Aku akur. Beg pakaianku kujinjit ke dalam bilik. Tanpa menunggu lama, mataku yang sememangnya sudah layu terpejam rapat.
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
“Aiza Zahira....” terasa pipiku ditepuk perlahan.
“Bangun sayang. Zuhur dah nak habis ni.” Ujar suara itu lagi.
Mataku dibuka perlahan-lahan. Siapa yang memanggilku sayang itu?
Wajah itu begitu dekat denganku. Aku segera bangun.
“Err... Aa... Apa awak buat kat sini?” soalku hairan.
Kelihatan lelaki itu tersenyum. Nampak semakin handsome berbanding dahulu. Dengan rambut pendek dan sedikit terpacak ditengah dan wajahnya bersih tanpa sebarang bulu.
“Dah puas tengok muka abang?” soalnya bersahaja. Nada suara itu tetap seperti dulu.
“Apa awak buat kat sini?” soalku lagi.
“Kenapa? Salah ke? Ni pun bilik abang kan?” balasnya selamba.
What? Eh! Bukan ke kita dah bercerai?”
What?” ada riak terkejut diwajahnya.
“Apa yang sayang merepek ni hah?” soal Zikri hairan.
“Ah! Malaslah layan awak. Saya nak solat.” Aku terus meninggalkan dia sendirian. Banyak persoalan bermain-main dikepalaku kini. Sangkaku bila aku menghilangkan diri, dia akan membuat tuntutan nusyuz kepadaku. Atau terus menceraikan aku. Tapi.... Argh!!!!
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
“Sayang! Dah makan?” soalnya sebaik aku tiba di muka pintu.
Aku sekadar mengangguk. Kemudian terus melangkah ke bilikku yang terletak bersebelahan dengan biliknya. Itupun syarat yang aku berikan kepadanya selepas dipaksa oleh kedua belah keluarga untuk tinggal berdua di rumah yang telah dibelinya beberapa tahun yang lepas. Baru aku faham makna kata-kata abah sebulan yang lepas.
“Kalau betul, abah rasa lebih baik Aiza tinggal kat rumah Aiza je. Lagi senang. Lagi dekat dengan bandar.”
Sudah hampir sebulan jugalah aku tinggal bersamanya di rumah ini. Walaupun dia kelihatan seperti cuba berbaik denganku, tapi hatiku masih belum terbuka untuk menerima kehadirannya. Sudah banyak yang dilakukannya untuk mencairkana hatiku. Tapi entahlah. Aku bingung. Aku belum mampu menerima apa yang telah berlaku. Tidak sangka dia masih lagi boleh bersabar dan mengikatku sebagai isterinya.
“Aiza. We need to talk. Abang tak nak dah biarkan semua ni. Kita kena bincang.” Ujarnya sekaligus mematikan langkahku.
Aku berpaling. Terus duduk di sofa yang terletak di ruang tamu.
“Ok. Talk.” Ujarku
“Ok. Abang akan cakap. Semuanya. Tapi abang nak Aiza dengar, fikir dan cuba faham apa yang abang akan cakapkan ni.”
Aku angguk.
“Aiza tahu tak yang perkenalan abang dengan Aina hanyalah aturan keluarga?”
Aku tatap wajahnya. Hairan. Sangkaku mereka saling mengenali. Saling mencintai.
“Kenapa? Tak tahu? Sebenarnya abang langsung tak kenal siapa Aina Nazira. Tapi selepas ibu bawak balik dan tunjukkan gambar Aina, and abang pun tengok ibu macam nak sangat berbesan dengan keluarga Aiza. Abang terima. Abang cuba terima Aina dalam hidup abang. Dan kami mua berhubung sejak itu. Kami hanya kenal dalam tempoh tiga bulan je.” Dia seakan cuba mengingat kembali apa yang telah berlaku.
“Aina tak macam perempuan lain. Daripada cara dia, abang tahu dia macam terpaksa. Dan abang sendiri akui abang pun terpaksa. Hati abang tak pernah berasa aneh setiap kali dengan dia. Sampailah satu hari tu bila abang dan family abang pergi rumah Aina, abang jumpa orang yang berjaya buat hati abang tak tenang. Sampai sekarang, abang sedar abang dah jatuh cinta dengan orang tu. Nama, senyuman dan wajah tulah yang sering menemani abang hingga ke hari ni. Buat abang kuat untuk hadapai semua yang dah terjadi antara kita.” Terasa wajahku dipandang lama.
“Dah tu, kenapa awak tak kahwin je dengan orang tu?” soalku laju.
Dia ketawa kecil.
Aku pandang wajahnya. Lama.
“Dia dah jadi milik abang dah pun.” Balasnya selamba.
What?” soalku geram.
Dia menjungkit bahu. Sambil senyuman masih tidak hilang dibibirnya.
“Aiza Zahira. Aina dah bagitahu kat abang yang dia sebenarnya tak dapat terima abang seminggu sebelum majlis tu lagi. Dia langsung tak cintakan abang. Dan yang paling penting, Aina tahu dia tak boleh hidup lama. Dia ada leukimia. Dah sampai tahap serius. Sebab tu dia tak nak teruskan perkahwinan kami. Tapi dia tak sanggup nak berterus-terang dengan dengan parents Aiza.” Sambungnya lagi.
“Tapi kenapa tak batalkan je majlis tu?” soalku perlahan.
“Abang yang minta majlis tu diteruskan.”
What? But why?” aku berang. Terasa ingin kulepuk-lepuk lelaki yang sudah mengambil tempat didepanku itu.
And abang yang request nak Aiza yang jadi pengganti dia. Sama macam apa yang tertulis dalam surat yang dia tinggalkan semasa dia keluar dari rumah dulu.” Balasnya perlahan.
“Gila!” kuat suara aku ketika itu.
Sorry sayang. Abang terpaksa.” Balasnya lemah.
“Terpaksa? Kenapa?”
Because I love you. I love you so much. Hanya Aiza Zahira yang boleh buat hati abang tak tenang. Yang boleh buat abang kenal apa itu erti cinta. Bukan Aina Nazira. Abang cintakan Aiza sejak pertama kali abang tengok Aiza. Ingat tak masa umi perkenalkan Aiza buat pertama kalinya kat family abang? Masa tu abang ada kat luar rumah. Abang tak berani nak masuk sebaik tengok wajah Aiza. Abang takut abang akan terus-terang kat family kita yang abang nak Aiza. Bukan Aina.” Ujarnya bersungguh-sungguh.
Melopong aku mendengar kata-katanya itu.
“Errr,,... Sa.. Saya nak masuk bilik.” Ujarku lemah.
“Aiza Zahira.... Abang betul-betul maksudkan kata-kata abang. Abang betul-betul sayangkan Aiza. Please sayang.” Pujuk Zikri lembut. Tangan kananku diraih dan digenggam erat.
“Saya pening. Saya nak naik.” Aku terus berlalu.
“Ok ok. Tapi abang nak Aiza ambil surat ni. Baca. Ni amanat arwah minta abang bagi kat Aiza. Sebenarnya lepas arwah lari dari rumah, abang yang uruskan segala tentang arwah masa kat hospital. Dan syukurlah umi dengan abah sempat jumpa dan maafkan arwah. Hanya Aiza yang tak sempat. Dan arwah minta maaf sangat-sangat dengan Aiza.” Sepucuk surat diletakkan ditapak tanganku. Dia terus berlalu meninggalkan aku sendirian.
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Assalamualaikum. Kehadapan Aiza yang sangat akak sayangi. Akak tahu, sebaik surat ini Aiza baca, pastinya akak sudah tiada lagi di muka bumi ini. Tapi satu yang akak nak Aiza tahu, akak amat sayangkan Aiza. Aiza adik akak yang paling baik.
Pertama sekali, akak nak minta ampun dengan Aiza atas apa yang dah jadi. Akak ni penakut kan dik? Akak takut nak berterus-terang dan sanggup tinggalkan segala-galanya. Menyusahkan semua kan? Akak minta maaf Aiza. Akak tak sanggup nak kecewakan semua. Tapi akak tahu. Tindakan yang akak ambil ni pun memang dan mengecewakan semua. Akak minta ampun dengan Aiza. Akak tahu Aiza pasti marahkan akak kan?
Akak pilih Aiza untuk gantikan tempat akak sebab akak tahu Zikri terlalu sayangkan Aiza. Akak boleh tengok setiap kali bila akak sebut nama Aiza, dia akan tersenyum bahagia. Dan wajahnya sentiasa ceria. Akan yakin, dia mampu jaga adik akak dengan baik. Akak harap Aiza boleh terima dia dengan sepenuh hati. Tiada lelaki lain yang mampu bahagiakan adik selain Zikri. Akak sentiasa berdoa agar rumahtangga adik akak yang manja ni dengan Zikri berkekalan sampai akhir hayat. Mesti anak-anak adik comel nanti kan?
Aiza... Jadilah isteri yang solehan. Jangan buat suami terasa hati. Akak tak nak adik akak menanggung dosa akibat ketepikan hak suami. Akak tahu Aiza seorang anak, adik yang baik. Dan tak mustahil Aiza akan jadi seorang isteri yang disayangi suami. Akak sayangkan Aiza. Akak harap sangat Aiza akan bahagia dengan Zikri. Akak akan rasa berdosa sampai bila-bila jika adik akak tidak bahagia.
Akhir kata dari akak, akak minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kerana dah lukakan hati Aiza. Akak sayangkan Aiza sampai bila-bila....
                                                                              Insan yang lemah, kakakmu, Aina Nazira.
Surat itu dilipat dan kusimpan di dalam laci. Setelah hampir tiga bulan, barulah hatiku tergerak untuk membaca isi surat tersebut. Hatiku terasa lapang setelah membaca tulisan arwah. Sungguh. Aku dengan seikhlasnya sudah memaafkan segala perbuatan arwah.
“Kak Aina... Aiza maafkan segalanya. Tenanglah akak disana. Aiza sayangkan akak.” Bisikku lembut. Air mata yang mengalir dipipi kukesat perlahan.
Kemudian telingaku menangkap bunyi kereta. Aku tahu itu kerata milik Zikri. Suamiku yang telah sekian lama kunafikan haknya. Tiba-tiba timbul rasa aneh dijiwaku. Selepas kejadian malam itu, aku sedar sikapnya terhadapku juga sudah berubah. Dia semakin dingin. Langsung tidak menegurku. Jika dulu dia yang pulang lebih awal ke rumah untuk menantiku, kini tidak lagi. Dia akan pulang lewat malam dan keluar awal pagi. Malah pada hari minggu juga dia lebih suka menghilangkan diri.
Timbul rasa bersalah dijiwaku. Rasa rindu menatap wajahnya dan mendengar suaranya membuatkan aku terus mengatur langkah menuju ke pintu.
Belum sempat dia membuka pintu, aku terlebih dulu melakukannya.
“Hai! Baru balik? Nak makan? Aiza sediakan.” Sapaku. Jelas riak kaget diwajahnya. Tapi sengaja aku tidak endahkan.
Dia terus menonong menuju ke tingkat atas. Hatiku geram.
“Awak! Saya tanya ni. Nak makan ke tak?” soalku agak kuat. Hish! Geramlah. Dah elok-elok aku tanya, dia boleh buat tak tahu je.
“Tak payah! Saya tak lapar.” Balasnya tanpa berpaling.
‘Kenapa dia tak tengok pun muka aku? Hodoh sangat ke aku ni?’ soal aku dalam hati.
‘Hish! Tak boleh jadi ni.’ Aku segera meluru mengejar langkahnya.
Pintu biliknya yang sebelum ini belum pernah kujejak, kutolak kasar.
Dia tersentak. Wajahku dipandang tajam.
“Kenapa pandang saya macam tu?” soalku berani. Pandangan matanya kubalas. Tapi hanya seketika. Entah kenapa, dadaku terasa bagai nak pecah. Belum pernah kurasai perasaan yang sama setiap kali bersama lelaki lain. Hanya dengannya. Dan rasa itu memang sama dengan apa yang kualami sewaktu pertama kali menatap matanya sewaktu upacara pembatalan air sembahyang dulu.
“Nak apa?” soalnya seakan tidak suka akan kedatanganku.
“Nak awak!” aku pantas menampar mulutku. Aduh! Malunya.
“Eh bukan-bukan. Nak tanya. Betul ke tak nak makan?” soalku gabra. Aku sedar matanya sedang merenuang tajam ke arahku.
“Cuba cakap betul-betul. Aiza nak apa?” soalnya lagi. Kali ini suaranya sudah berubah lembut.
“Errr.. Saya keluar dulu.” Aku ingin berlalu. Tetapi belum sempat tanganku memulas tombol, badannya yang terlebih dahulu menghalang. Pintu bilik dikunci.
“Apa yang Aiza nak sampaikan sebenarnya? Urmm?” matanya masih tidak lepas memandangku.
“Takde apa-apalah.”
“Bohong!”
“Betul..”
“Aiza tipu!”
“Betul... Please. Saya nak masuk bilik saya.” Pintaku lemah. Aku sudah tidak sanggup. Menatap wajahnya membuatkan aku semakin tidak keruan. Debaran didadaku semakin hebat sebaik dia semakin hampir denganku. Argh!! Apa dah jadi denganku ni?
Dia menggeleng beberapa kali.
“Aiza takkan dapat keluar dari bilik ni selagi tak bagitahu apa yang ada dalam hati Aiza.” Balasnya tegas.
Aku menggigit bibir.
“Aiza Zahira....” panggilnya lembut.
‘Alahai... Ni yang buat aku lemah ni.’
Tanganya memegang erat tanganku. Dan sebelah lagi membelai lembut wajahku. Daguku didongak sedikit. Menatap wajahnya yang sentiasa kemas. Memang aku tak nafikan aku beruntung kerana dianugerahkan seorang suami yang handsome dan baik seperti lelaki di depanku ini.
Please say something.” Pujuknya lembut.
Aku menggeleng perlahan.
“Aiza nak cakap yang Aiza rindukan abang ke? Aiza cintakan abang? Sayangkan abang?” duganya.
Pantas mataku mencari anak matanya. Terkejut mendengar tekaannya itu.
“Tak!” balasku laju.
Dia tersenyum. Manis sekali.
“Tipu! Ya! Aiza dah jatuh cinta dengan abang!” balasnya yakin.
“Tak!”
“Ya!
“Tak!”
“Ya!”
“Takkk!!!”
“Tak!”
“Ya!” balasku yakin.
Dia tersenyum.
Sekali lagi mulutku menjadi mangsa tamparan tanganku sendiri. Adush!! Malunya aku.
“Hah! Kan senang kalau mengaku je macam tu.” Balasnya sambil tersenyum gembira.
Wajahku sudah terasa hangat.
“Hish! Janganlah ketawakan saya!”
“Ok ok. Abang dah tak ketawa. Abang pun sayangkan Aiza. Forever.” Balasnya sambil menatap wajahku.
“Tipu!”
Dia kaget.
“Kenapa?”
“Kalau sayang, kenapa awak langsung tak hiraukan saya? Kenapa awak langsung tak pedulikan saya selama ni?” soalku sedih.
“Maaf sayang. Abang terpaksa. Abang buat semua ni untuk kita.”
“Kenapa? Awak tipu! Awak dah ada perempuan lain kan? Awak langsung tak sayangkan saya kan?” setitis demi setitis air mata mengalir di pipiku.
“Syyy... Tak. Sumpah! Abang hanya ada Aiza sorang je. Dah sayang. Jangan nangis lagi.” Pujuknya sambil menarikku kedalam pelukannya.
“Abang buat semua ni sebab nak Aiza sedar tentang perasaan Aiza. Abang dah puas berusaha. Dan ini je ikhtiar abang yang terakhir. Kalau memang Aiza masih tak dapat terima abang, abang sanggup lepaskan Aiza. Itu je yang mampu abang buat untuk bahagiakan Aiza sayang.” Pujuknya lembut. Dahiku dikucup lama.
“Awak nak lepaskan saya? Sampai hati awak.” Aku jauh hati dengan kata-katanya itu.
“Lah! Dah tu? Nanti Aiza tak bahagia dengan abang. Tapi sekarang ni, bila abang dah tahu yang Aiza sayangkan abang jugak, tak jadilah semua tu.” Balasnya lagi.
“Dahlah. Tak payahlah merajuk. Tak comel pun. Muncung je.” Pujuknya lagi.
Aku diam. Masih terasa hati dengan kata-katanya itu.
Tiba-tiba...
“Awak!!!!” jeritku geram. Bibirku yang masih terasa hangat ditutup dengan tapak tangan. Dia ketawa kuat.
“Padan muka. Buatlah lagi muka macam tu. Buat abang geram je tau tak?”
“Tak nak layan awak!”
Terasa tubuhku dipeluk erat.
I love you. Love you so much Aiza Zahira.” Bisiknya lembut ke telingaku.
Aku tersenyum bahagia.
I love you too abang.” Balasku sambil membalas pelukannya.
Ya! Aku betul-betul maksudkan kata-kataku itu. Dia suamiku. Hanya dia.
“Terima kasih Kak Aina. Akak dah bagi lelaki yang betul-betul boleh buat Aiza bahagia.” Bisikku perlahan. Akhirnya aku hanyut dalam pelukan insan yang sudah hampir lima tahun menjadi suamiku. Muhd Zikri Haziq. Dia suamiku...



3 comments:

fatin ila said...

kan best kalo ad lelaki mcm 2 kat dunia nie kalo ad pun ssh nk jmpa

Unknown said...

best nye...kalau ade laa lelaki cam tuh, dh lme saye rembat...hehehe...BTW, it such a really interesting story..really like it..waiting for next entry..hehehe

Unknown said...

kan best ada lelaki macam zikri...susah nak jumpa