Follow by Email

SELAMAT MEMBACA..Jangan lupa tinggalkan komen atau cadangan agar Mya boleh buatkan cerita lebih menarik okeh!datang lagi...sayang korang...(^_*)

Jom follow blog Mya.... ;)

Thursday, 22 November 2012

YA! AKU DAH JATUH CINTA bab 3

 
 
 
BAB 3



“Ibu sihat?” soal Dina sebaik saja menyalami tangan wanita akhir 40-an itu. Kedua belah pipi ibunya dikucup penuh kasih.

Puan Zainab tersenyum. Terubat kerinduan terhadap anak tunggalnya. Manakan tidak. Selepas berkahwin dan berpindah tinggal bersama suaminya, inilah kali pertama anaknya itu pulang menjenguk dirinya.

“Ibu sihat Dina. Masuklah.” Tangan Dina dipegang dan dua beranak itu beriringan masuk ke dalam rumah.

“Ibu. Dina macam ada bau something jelah.” Hidung Dina menangkap bauan yang amat dikenalinya sebaik masuk ke dalam rumah teres dua tingkat tersebut.

Puan Zainab menjeling tingkah Dina yang kembang kempis hidungnya cuba menghidu bauan yang dimaksudkannya itu. Dia menggeleng beberapa kali dan terus melangkah ke dapur.

“Ibu!” jerit Dina agak kuat. Langkah wanita itu diturut.

“Apa ni Dina? Kenapa jerit-jerit ni?”

“Ibu ni kan. Macam tahu-tahu je Dina memang rindungan Sambal Udang ibu ni. Bestnya ibu. Terus je rasa lapar.” Dina menggosok perutnya beberapa kali. Memang dia sengaja mengosongkan perutnya dari pagi tadi semata-mata ingin pulang ke rumah ibu bapanya untuk makan tengahari bersama. Dia terus duduk dan menceduk sedikit lauk tersebut.

“Hish! Kalau iye pun, tunggulah abah dulu.” Tegur Puan Zainab sambil menepis tangan Dina.

Dina tersenyum malu.

“Mana abah bu?”

“Abah ke suraulah. Nanti baliklah tu.”

“Oo...”

“Dina. Dina balik sorang je ke? Mana suami Dina?” soal Puan Zainab yang duduk di kerusi bertentangan dengan anaknya itu.

Dina diam. Kakinya menguis-nguis karpet dibawah meja. Dia tunduk. Tidak berani menentang pandangan wanita tersebut.

“Kenapa diam ni? Dina gaduh dengan Danish ke?”

“Assalamualaikum.” Sapa satu suara dari luar.

“Waalaikummussalam. Hah! Tu abah dah balik.” Dina terus bangun mendapatkan lelaki berbaju melayu dan berkain pelikat itu.

“Hai abah! Rindunya Dina kat abah.” Tubuh tua itu terus dipeluk erat. Terasa sudah lama dia tidak bermanja dengan pengetua sekolah itu.

“Ish! Anak abah ada balik rupanya. Abah pun rindulah kat Dina. Makin kurus ni kenapa?” soal Cikgu Wan Mansor sambil menilik tubuh anaknya itu dari atas ke bawah.

 Dina tersengih.

“Biasalah abah. Diet.” Jawabnya berseloroh.

“Hish! Diet apa kebendanya Dina. Kamu tu kan dah memang kurus. Nanti kalau kurus sangat tak eloklah. Suami pun tak pandang. Tahu?”

“Aduh abah ni. Tak payahlah nak ceramah kat Dina pulak.” Dina membuat muka manja.

Berkerut wajah Cikgu Wan Mansor mendengar kata-kata anaknya itu.  Terus pipi Dina dicubit geram.

“Ouchh! Sakitlah abah.” Jerit Dina sambil menggosok lembut pipinya.

“Dahlah! Jom makan.” Panggil Puan Zainab lembut.

Dina dan abahnya duduk. Senyuman masih tidak lekang dibibir Dina. Terasa sudah lama dia tidak duduk berkumpul sekeluarga.

“Abah bagi nasihat, dia cakap abah ceramah pulak. Hah! Mana Danish? Tak datang sekali ke?” soal lelaki itu sebaik melihat hanya mereka bertiga sahaja ada disitu.

“Hah! Tulah yang saya duk tanya dari tadi ni bang. Jangan-jangan bergaduh tak? Dina gaduh dengan Danish ke?” tokok Puan Zainab pula.

Dina diam. Dia perasan. Mata kedua ibu bapanya tidak lepas memandang wajahnya.

“Ehem!” Cikgu Wan Mansor berdehem.

“Tak. Takde apa-apa pun ibu, abah. Cuma gaduh-gaduh kecil je. Dina balik ni pun sebab dia balik rumah mama dia.”

“Kenapa cakap tak pandang muka ibu?”

“Dina... Dina takut ibu dengan abah marah. Semalam kitorang gaduh sebab tak tahu nak balik mana hari ni. Then, keputusannya dia balik sana, Dina balik sini.”

“Betul ke ni? Kenapa Dina tak ikut je dia balik sana? Macam mana kalau mama dia tanya pasal Dina? Tak baik tahu tak? Apa-apa pun, tempat seorang isteri mestilah dengan suami, disisi suami. Faham Madina Aisya?” tajam renungan Cikgu Wan Mansor tepat ke wajah Dina.

Dina mengeluh. Dia sebenarnya langsung tidak berbincang dengan Danish. Malam tadi pun semasa mereka bertemu di ruang tamu seketika, dia menyatakan bahawa dia mahu pulang ke rumah ibu bapanya. Dan lelaki itu sekadar mengangguk.

“Abah. Ibu. Dina tahu. Tapi Dina rindukan abah dengan ibu. Lagipun petang semalam Dina dan singgah rumah mama lepas balik kerja. Mama pun ada kirim salam kat ibu dengan abah. Sebab tu hari ni Dina balik sini. Tak boleh ke seorang anak balik nak jumpa parents diorang? Salah ke apa yang Dina buat ni ibu?” Dina bersuara sayu. Entah kenapa, hidupnya kini rasa terpenjara. Segala apa yang dilakukan mesti berkait dengan Danish, Danish dan Danish. Kalau dulu, dia boleh buat apa sahaja, pergi ke mana sahaja yang dia nak. Tapi kini? Arghh!!! Jerit hati Dina kuat.

“Dina tak salah sayang. Ibu dengan abah cuma nak pastikan yang terbaik je untuk anak ibu ni. Abah tak cakap yang Dina salah. Dina boleh balik sini bila-bila masa je yang Dina nak. Inikan rumah Dina. Abah dengan ibu pun rindukan Dina. Cuma kami nak Dina sedar tanggungjawab Dina sebagai seorang isteri je nak. Kalau apa yang Dina cakap tu betul, takpelah. Ibu dengan abah faham. Dahlah tu. Jom makan.” Pujuk Puan Zainab lembut. Tersentuh hatinya melihat riak kesedihan diwajah anak perempuannya itu. Dalam hati tidak henti-henti dia berdoa agar perkahwinan anaknya itu bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat.

*****

“Ok mama. Danish dah on the way nak ke rumah mamalah ni. Danish singgah beli barang je kejap.” Danish berjalan laju. Telinganya mendengar kata-kata mamanya di talian.

“Ok ok. Danish tahulah. Kejap ye ma. Nanti Danish sampai. Mama makan dulu takpe. Tak payah tunggu Danish.”

“Ye ma. Ok. Assalamualaikum. Bye ma.” Talian diputuskan. Gajet kecil itu terus dimasukkan ke poket seluar. Pintu kedai serbaneka 7Eleven itu ditolak. Matanya ralit memandang setiap bait-bait perkataan yang terpapar di dada akhbar. Tiba-tiba dia terasa tubuhnya dilanggar.

“What the!!!” jerit seorang perempuan berambut panjang keperangan dan hanya berdress singkat paras lutut di depannya itu.

Wajah perempuan yang menunduk itu cuba diintai.

“Err.. So sorry miss. I tak sengaja.” Ujarnya dengan rasa bersalah. Dia tahu silapnya kerana membaca sambil berjalan.

“Gosh! You ni tak....” wanita itu mengangkat wajah. Bulat matanya memandang wajah Danish.

Danish tersentak.

“You? You ni Danish kan? Danish Haqeem?” soalnya laju.

Danish menelan liur. Dia kenal. Dia kenal wajah dan suara itu.

“Nope! I rasa you salah orang. Ok. I got to go. Bye!” Dia terus melangkah. Meninggalkan seseorang yang menyumbang kepada rasa sakit hatinya terhadap kaum wanita.

“Wait! Danish! Wait!” terasa tangannya dipegang.

“What do you want from me miss? Do I know you?” soal Danish cuba mengawal amarah.

“Danish. I know you memang Danish. Please. Give me a second. I.. I need to talk to you.”

“About what? I don’t think we have something to talk. We don’t know each other right?” Danish cuba melangkah. Tetapi sekali lagi lengannya dipegang. Kali ini lebih erat.

“Hey! Don’t you dare to touch me!” dia bengang. Wajah di depannya itu dipandang tajam.

“Danish. I’m really sorry about what had happened. I really love you. But I....”

“What?” tengking Danish agak kuat. Mujurlah kawasan parking kereta ketika itu agak lengang. Kalau tidak, pasti drama mereka itu akan menjadi tontonan ramai.

 Sedikit terangkat bahu wanita di depannya itu apabila mendengar suara Danish.

“I silap Danish. I ingat dia boleh bahagiakan I. Tapi dia tipu I. Yes! Memang I dapat segalanya. Wang ringgit. Tapi tu semua tak dapat buat I bahagia seperti mana bila I dengan you. Layanan you, sikap you pada I dulu, memang yang terbaik. I rindukan semua tu Danish. Dah lama I simpan rasa rindu pada you. I really miss you Danish.” Tangan Danish cuba digenggam.

Danish pantas menepis. Rasa bencinya pada wanita tersebut semakin membuak-buak.

“Owh! You tak happy? Then, baru you ingat kat I? Why Farah Asyikin? Don’t you remembered what you have told me 12 years ago? He can give you anything you want. Money! With his money, he can buy your love. You memang perempuan mata duitan Farah! And and more thing you need to know. I hate girl like you. And I hate you so much!” ujar Danish dengan wajahnya didekatkan sedikit ke wajah wanita bernama Farah Asyikin itu. Kemudian dia terus berlalu meninggalkan wanita tersebut.

Farah Asyikin diam. Dia dapat merasa bahang kebencian dari pandangan mata lelaki tersebut.

“Let’s see Danish. I’ll make sure one day you’ll be mine.” Tekadnya sebelum turut beredar dari situ.

*****

“I don’t want to know about that. You can do anything that you want. Just go and leave me alone!” ujar Danish perlahan tapi tegas. Gadis beruniform sekolah yang berdiri disisi mejanya itu langsung tidak dipandang.

“Ok Danish. We are over!”

“Ok. I don’t care. And for your information, dari semalam lagi I dan takde apa-apa dengan perempuan macam you.” Balas Danish selamba.

“Yeah? Like I care!” balas gadis itu dengan muka angkuh.

“Blahlah!” balas Danish baran. Mujurlah ketika itu mereka berada di dalam kelasnya. Dan semua pelajar lain sedang menghabiskan masa rehat di tempat lain.

Farah Asyikin terus melangkah. Tapi dia berpatah balik menghampiri Danish.

“Oh ya Danish. I think you need to know one thing. I love him. Because he can give anything that I want. Dia berduit. Anak orang kaya. And dengan duit dia tu boleh buat I bahagia Danish. You know, money? Apa yang beza you dengan dia ialah money, Danish. You don’t have much money to get my love. But dia ada. Dia ada segalanya Danish. Ok bye my lovely Danish.” Dia tersenyum sinis sebelum berlalu.

“Danish! Kenapa ni?” soalan Puan Latifah meleburkan segala ingatan Danish kepada apa yang telah diperkatakan oleh Farah Asyikin kepadanya dulu.

“Err.. Tak. Takde apa-apa mama. Danish ok.” Balasnya sambil cuba melemparkan senyuman kepada wanita tersebut.

“Mama tengok Danish macam ada masalah je. Danish kenapa? Gaduh dengan Dina ke?”

“Takdelah mama. Takde kaitan pun dengan perempuan tu. Makanlah mama.”

“Danish. Tak baik. Dia tu kan isteri Danish.”

“Mama. Danish tengah nak cuba sesuaikan diri dengan dia. Mama tak payah risau ok.”

Puan Latifah mengeluh. Wajah Danish yang tidak seceria biasa itu dipandang lama. Teringat pula dengan menantunya, Dina. Tiap-tiap kali selepas bersolat, dia sentiasa berdoa agar hubungan pasangan yang baru berkahwin itu kekal sampai bila-bila.

“Pak Su. Kenapa Mak Su tak ikut?” soal Rizki yang duduk di sebelah Danish.

Danish tidak jadi menyuap makanan. Wajah anak kecil yang sedang menggigit peha ayam goreng itu dipandang.

“Mak Su balik rumah mak dia sayang. Kenapa?”

“Semalam kan, Mak Su datang. Dia bawak ais-krim. Banyak Pak Su.” Celoteh Rizki sambil memandang tepat wajah Danish.

Danish terkejut. Wajah Puan Latifah yang turut mendengar kata-kata Rizki itu dipandang.

“Kenapa? Dina tak cakap ke kat Danish dia datang sini semalam?”

“Buat apa perempuan tu datang sini mama?” soal Danish tidak senang.

“Kenapa? Salah ke kalau dia datang sini?” giliran Puan Latifah pula menyoal.

“Takdelah. Tapi macam ada something je. Kenapa dia tiba-tiba je datang?”

“Danish. Kalau kamu nak tahu, boleh dikatakan selang tiga hari sekali isteri kamu tu datang sini. Lepas waktu kerja. Main-main dengan Rizki. Temankan mama berbual. Kamu tu je yang selalu sangat buruk sangka dengan dia.”

Danish memandang Puan Latifah yang sedang menyuap makanan. Hatinya berasa tidak senang. Dia yakin Dina ada agenda lain. Untuk apa wanita itu terlalu baik melayan mamanya dan Rizki? Pasti ada yang tersurat dan tersirat ni. Bisik hatinya.

“Dah! Tak payah nak berkerut-kerut dahi tu tuduh Dina macam-macam. Mama tahu kamu tak suka dia. Mulalah tu nak cakap Dina yang bukan-bukan. Mama tahu menantu pilihan mama tu baik. Cuma kamu tu je yang buta mata, buta hati. Tak dapat nilai yang mana kaca mana permata.” Sindir Puan Latifah selamba.

“Apa pulak mama? Danish tak cakap apa-apa pun. Ni hah. Yang mama percaya sangat dia tu baik kenapa? Macam mana mama tahu yang dia tu memang baik? Mama bukannya kenal dia lama pun.”

“Danish. Naluri mama ni tak kan silap. Hah! Cuba kamu tengok bekas kakak ipar kamu tu dulu. Kan mama dah cakap mama tak berkenan. Tapi sebab Along kamu tu tergila-gilakan sangat kat dia, mama cuba terima. Sekarang, kamu tengoklah macam mana. Sama jugak dengan teman wanita Angah kamu tu dulu. Macam tu jugak. Dan kamu Danish. Jangan buat-buat lupa apa yang dah jadi dulu. Mama dapat rasa mana yang boleh buat anak mama bahagia dan mana yang tak. Ditambah lagi dengan papa kamu....” Jelas Puan Latifah panjang lebar dan terselit nada sayu dihujung kata-kata wanita itu.

Danish terdiam. Memang ada benarnya kata-kata wanita tersebut. Terlalu banyak perkara yang terjadi dalam keluarganya. Semuanya pahit. Dan semuanya berpunca daripada golongan bergelar perempuan.

“Maaf Danish. Mama tak bermaksud nak ingatkan Danish pada apa yang dah jadi. Cuma mama minta, semua tu Danish jadikan pengajaran. Lihat dari sudut positif. Mama nak Danish fikir, renung balik. Tak semua perempuan kat dunia ni jahat Danish. Tak semuanya teruk. Masih ada lagi yang baik. Mama yakin sangat yang Dina tu boleh bahagiakan Danish.” Puan Latifah bersuara lagi setelah melihat Danish seakan terbang entah ke mana.

“Tak mama! Danish yang patut minta maaf. Danish tak nak sebab Danish, mama ingat balik apa yang dah lukakan hati mama dulu.” Balas Danish lembut.

“Mama dah maafkan dia Danish.”

Nasi yang berada di pinggannya dikuis perlahan.

“Lupakan lelaki tu mama. Dia tak pernah ingatkan kita. Buat apa mama nak ingatkan pasal dia lagi. Dia pun tak pernah berusaha nak raih kemaafan mama.”

“Tak baik cakap macam tu. Berdosa Danish. Ingat sikit siapa dia pada kita.” Tegur Puan Latifah tidak senang.

Danish mengeluh kasar.

“Pak Su. Mak Su baik kan? Mak Su selalu main-main dengan Ki. Beli Ki ais-krim. Ki sayang Mak Su.” Tiba-tiba si kecil Rizki bersuara. Memadamkan situasi dingin antara Danish dan Puan Latifah.

“Dah tu, Pak Su ni tak baik ke? Ki tak sayang Pak Su ke?”

Rizki memuncung.

“Alah Pak Su ni. Pak Su kan lelaki. Lainlah Pak Su. Ki suka Mak Su. Sebab Mak Su lain. Ki nak Mak Su jadi mama Ki. Macam kawan-kawan Ki. Diorang ada mama.” Balas Rizki laju.

“Kawan-kawan?” soal Danish pelik.

Wajah Puan Latifah dipandang. Mohon penjelasan.

Rizki angguk laju.

“Kawan-kawan kat taman sana tu. Mak Su selalu bawak Ki pergi sana.”

“Aah Danish. Dina selalu bawak dia pergi taman permainan kat depan tu kalau Dina datang sini.” Terang Puan Latifah lembut.

“Best Pak Su. Mak Su baik sangat.” Tokok Rizki lagi sambil mengangkat ibu jarinya.

Danish sekadar memandang sepi. Malas mahu melayan pujian-pujian yang diberikan kepada Dina.
 
 
 

Tuesday, 6 November 2012

YA! AKU DAH JATUH CINTA... bab 2



BAB 2

“Hai pengantin baru. Awalnya bangun? Tak letih ke?” tegur satu suara sebaik kaki Dina tiba di ruang dapur.

“Aah! Pelik ni. Biasanya kan Dina, kalau pengantin baru ni memang liat nak bangun awal. Tengok je Kak Lina kamu tu dulu. Sampaikan Mak Ngah kena tolong kejutkan.” Tokok Mak Ngah sambil tersenyum memandang anaknya yang dipanggil Kak Lina.

“Hish mak ni! Janganlah ungkit yang lepas tu. Malulah Lina.” Balas Kak Lina malu-malu.

Dina sekadar tersenyum. Malas mahu membalas. Dia duduk di salah sebuah kerusi berdepan dengan Mak Ngah.

“Ibu. Nak Dina tolong apa-apa ke?” soal Dina kepada ibunya yang nampak ralit menggoreng nasi.

“Eh! Tak payahlah Dina. Dah nak siap dah pun. Dina pergilah naik atas. Kejutkan suami kamu tu. Boleh sarapan sama.”

“Aahlah Dina. Semua kerja dah siap dah. Dina pergi panggil Danish je. Lagipun Dina kan pengantin baru. Takpelah kalau tak buat kerja dapur lagi pun buat masa ni. Rehat-rehat je dulu. Dina mesti penat kan malam tadi?” Kak Lina bersuara sambil melemparkan senyuman penuh makna.

“Hish kamu ni Lina. Tak habis-habis nak mengusik.” Mak Ngah menepuk lembut wanita beranak satu itu. Mungkin dia sendiri segan mendengar usikan tersebut. Ditambah lagi apabila melihat wajah Dina sudah merona kemerahan.

“Mak Ngah! Kenapa banyak sangat cawan ni? Siapa lagi yang ada?” soal Dina hairan apabila melihat Mak Ngah begitu asyik menyusun cawan-cawan di dalam dulang.

“Nanti keluarga Mak Long dengan Mak Usu kamu sampai. Ibu kamu ajak sarapan sama-sama. Nah! Ambillah hantar dulang ni kat depan. Mak Ngah nak pergi masuk bilik sekejap. Nanti bila diorang dah sampai, panggilkan Mak Ngah ye.” Ujar wanita itu sambil melenggang menuju ke bilik tamu yang terletak di tingkat bawah.

“Kak Lina pun nak masuk bilik kejap. Nak tengok takut-takut si Haikal dah bangun.” Kak Lina turut bangun. Mengikut langkah Mak Ngah. Meninggalkan Dina berdua-duaan dengan ibunya.

“Dina. Ibu nak tanya sikit boleh tak?” Puan Zainab tiba-tiba bersuara. Dia yang baru selesai menggoreng nasi itu berpaling menghadap Dina yang masih tidak berganjak di tepi kabinet.

“Apa dia bu?”

“Dina bahagia?”

Dina gigit bibir. Tidak tahu jawapan apa yang perlu diberikan kepada wanita tersebut.

“Ibu tanya ni Dina. Dina gembira ke dengan perkahwinan Dina?” soal wanita itu lagi setelah Dina tidak menjawab soalannya sebentar tadi.

 “Apesal Dina diam?”

“Ibu.... Apesal ni? Kenapa tiba-tiba tanya Dina macam tu?” Dina cuba mengukir senyuman.

“Ibu tanya sebab ibu rasa ibu patut tahu.”

Dina berpaling. Tangannya laju menyusun kembali cawan-cawan yang sudah sedia tersusun di dalam dulang.

Tiba-tiba terasa bahunya diusap lembut.

“Dina. Dinalah satu-satunya anak ibu dan abah kat dunia ni. Dina tahu kan yang kami sangat sayangkan Dina?” soal Puan Zainab lembut.

Dina angguk perlahan.

“Ibu tanya sebab ibu nak pastikan yang pilihan ibu dan abah buat tu betul ke tidak. Kami buat semua ni sebab nak Dina bahagia. Ibu yakin Danish boleh jadi suami yang baik dan mampu buat anak ibu ni bahagia. Kami tak henti-henti berdoa agar rumahtangga Dina dan Danish bahagia sampai bila-bila.” Ucap Puan Zainab lagi. Wajah Dina di depannya ditenung lama.

Dina mengeluh lemah. Tercuit hatinya dengan kata-kata tersebut.

“Ibu. Terima kasih sebab ibu dan abah dah banyak berkorban untuk Dina. Ibu tak payahlah risau. Dina bahagia.” Balasnya perlahan.

“Betul ke ni Dina? Dina sengaja cakap macam tu kan kat ibu? Dina tak bahagia ke? Dina tak boleh sesuaikan diri dengan Danish ke?”

“Ibu. Dina rasa lebih baik Dina terus-terang je dengan ibu. Sebenarnya...” Dina berhenti seketika. Nafas dihela panjang. Kedua belah tangan ibunya digenggam erat.

                                                             *****

Pintu bilik dikuak perlahan. Kelihatan lelaki itu masih lagi lena diatas sofa. Teringat pergaduhan antara mereka malam tadi.

“Kau tidur atas sofa jelah. Aku nak tidur sini!”

Dia mengecilkan mata. Rasa macam tak percaya je dengar kata-kata tersebut.

“Apa? Boleh ulang sekali lagi tak?” soalnya.

Danish mendengus.

“Aku cakap aku nak tidur atas katil. Kau pergilah tidur kat atas sofa tu. Faham?”

‘Ek eleh mamat ni. Senang-senang je dia nak tidur atas katil aku. Dahlah siap suruh aku tidur atas sofa lagi tu. Mana aci macam ni.’ Bentak hati Dina.

“Awak sedar tak awak kat mana sekarang?” soal Dina geram.

“Kenapa?”

“Ni rumah saya. Bilik saya.”

“So?”

Dina mencebik geram. “Tu katil saya!”

“So?” Danish buat muka ‘toya’.

‘Hish mamat ni! So,so. Aku cepuk jugak kan.’ Bebel Dina dalam hati.
Wajah Danish yang masih tepat merenung ke arahnya dipandang.

 “So, orang yang tak dijemput tu, silalah buat-buat reti bahasa sikit ye. Pegilah cari tempat lain kalau nak tidur. Tu katil saya. And takde siapa-siapa pun boleh ambil hak saya.” Balas Dina sombong.

“Eh! Aku ni suami. Kau tu isteri. Sedar sikit! Aku peduli apa ni rumah, bilik, katil siapa pun. Aku arahkan kau tidur bawah. Tidur jelah.” Bentak Danish geram.

“Eh! Saya peduli apa awak tu siapa. Awak jugak yang cakap kita tak payah terikat sangat dengan title ‘Suami Isteri’ tu kan? So, ikut suka sayalah.” Dina sudah berdiri di tepi katil. Kedua-dua tangannya bercekak pinggang.

Danish getap gigi.

Dina merenung tajam.

Masing-masing tidak mahu mengalah.

“Arghh! Kalau macam tu, kita sama-samalah tidur atas katil ni. Kau kan bini aku.” Danish tersenyum penuh makna.

‘Oo... Mamat ni ingat aku takut ke?’

“Ok!” Dina terus mengambil tempat disisi lelaki tersebut. Dia pantas berselibung dengan selimut.

“Eh! Bangunlah woi! Aku gurau jelah!” Danish pula yang kaget. Terkejut beruk dia melihat Dina dengan selamba mengambil tempat disebelahnya.

Dina diam. Sengaja pura-pura tidur. Malas melayan karenah lelaki sombong itu.

“Alah! Ni yang aku malas ni. Minah ni kan. Woi! Bangunlah!” bentak Danish geram.

Tubuh Dina digoncang kuat.

“Aku tak nak tidur dengan kaulah! Cepatlah bangun!”

Dina menyelak sedikit selimut. Hanya nampak kedua belah matanya sahaja.

“Awak ingat saya nak sangat ke tidur dengan awak? Tak hingin pun! Jangan bising boleh tak? Saya ngantuk. Nak tidur.” Balas Dina selamba.

“Habis tu? Aku nak tidur mana?”

“Bawah!” jawab Dina disebalik selimut.

Danish tersentak.

“Hish! Aku tak boleh bayangkan macam mana hidup aku dengan perempuan macam kau ni lepas ni. Memang perempuan ni menyusahkan hidup, menyakitkan hati. Hish!” Danish akhirnya bangun. Sebiji bantal diambil dan dibawa ke sofa. Kemudian tubuhnya terus direbahkan diatas sofa. Dengan perasaan geram, mulutnya terkumat-kamit. Bukan berdoa. Tapi mengutuk sikap Dina.

Dina tersenyum kemenangan. Dia yakin benar yang Danish akan mengalah. Dan, itulah yang terjadi

*****

Perlahan-lahan kakinya diatur menuju ke sofa. Berkira-kira macam mana mahu mengejutkan lelaki tersebut. Lena benar nampaknya.

“Awak. Bangunlah.” Panggil Dina perlahan. Kain selimut yang membaluti tubuh Danish ditarik perlahan.

Langsung tiada respon.

“Macam mana aku nak kejutkan mamat ni? Tidur mati ke apa?” Dina berbicara sendirian.

“Hah! Aku ada idea. Tak nak bangun sangat kan? Siap kau mamat.” Dia tersenyum manis. Kakinya diatur ke bilik air.

Kemudian dia keluar dengan membawa segelas air. Laju kakinya melangkah menuju ke arah Danish yang masih lagi enak berbungkus di atas sofa.

Dina tersenyum jahat. Air yang berada di dalam gelas direnjis sedikit demi sedikit pada muka Danish.

“Eh! Apa ni?” Danish bingkas bangun. Wajahnya yang sudah basah dikesat dengan kain selimut.

“Kau ni kenapa hah?” tajam matanya merenung wajah Dina. Geram dengan lenanya yang diganggu. Lagi bengang dengan cara Dina membasahkan wajahnya itu.

Dina jungkit bahu. Buat muka tak bersalah.

“Kau ni kan! Hish! Tak menyusahkan hidup aku tak sah kan? Apa jenis perempuanlah yang mama pilih buat bini aku. Aku pun tak fahamlah!” bentak Danish. Laju kakinya diatur ke bilik air.

Dina sekadar tersenyum. Tempat tidur lelaki tersebut dikemas. Tidak mahu nanti jika sesiapa masuk ke biliknya, tahu apa yang terjadi antara mereka berdua.

Tidak lama kemudian.....

“Kau tunggu aku ke?” soal Danish hairan sebaik sahaja selesai mandi. Wajah Dina yang duduk santai di atas sofa dipandang sekilas.

Dina pantas mengalihkan pandangan sebaik melihat lelaki itu dengan selamba berjalan dengan hanya bertuala.

Danish tersenyum. Sedar Dina malu melihat keadaan dirinya itu. Wajah yang sudah kemerahan itu dipandang.

“Aku tanya ni. Kau tunggu aku ke? Pergilah turun dulu.”

“Orang ramai kat bawah tu.” Balas Dina perlahan.

“Siapa? Saudara-mara kau tak balik lagi ke?” Soal Danish sambil menyisir rambut. Wajah keruh Dina dipandang melalui cermin.

“Yang muka kau macam mak cik jual kuih tak laku tu kenapa?”

Dina diam. Jarinya dipatah-patahkan. Tidak tahu apa yang ingin diperkatakan kepada lelaki tersebut. Hanya matanya sahaja terkebil-kebil memandang wajah Danish.

“Wan Madina Aisya. Aku tanya ni. Cakaplah.”  Soal Danish ingin tahu. Sofa yang diduduki oleh Dina dihampiri.

“Awak boleh tolong saya tak?” soal Dina perlahan.

Danish angkat kening. Hairan.

“Tolong apa?”

Dina menghela nafas perlahan. Wajah Danish yang sudah duduk disisinya dipandang seketika.

“Macam ni. Saya tahu awak tak suka saya. Awak memang tak setuju dengan perkahwinan kita ni kan? Saya pun macam tu. Dan apa yang saya cakap malam tadi memang betul-betul saya maksudkan. Tapi masalahnya sekarang ni...”

“Apa masalah lagi?” pintas Danish.

“Boleh tak kalau kita berlakon depan family saya? Saya tak nak diorang tahu perkara sebenar. Saya tak sampai hati. Kita buat-buat yang kita ni happy, bahagia. Boleh kan?”

Danish mengeluh. Wajah mengharap Dina dipandang lama.

“Perlu ke kita buat semua tu Dina?” soalnya.

“Perlu! Saya ada sebab saya sendiri. Please awak. Tolonglah saya.” Dina separuh merayu.

Danish diam. Nampak dia agak keberatan dengan permintaan Dina itu.

Dina bangun. Melangkah dan berdiri betul-betul di depan Danish. Wajah lelaki itu ditatap.

“Kalau tak buat semua tu tak boleh ke?” sekali lagi Danish menyoal.

Dina geleng laju.

“Why Madina Aisya? Kau tak rasa ke semua tu salah nanti? Kau tak rasa ke nanti kita tipu semua orang?”

Dina angguk.

“Dah tu? Kenapa kau nak buat jugak?”

Dina diam. Teringat kembali kata-katanya semasa berada di dapur sebentar tadi.

“Sebenarnya ibu, Dina.. Dina...”

“Dina apa ni? Cuba cakap elok-elok dengan ibu.” Soal Puan Zainab hairan.

Dina menghembus nafas perlahan. Terasa sesak dadanya tika itu. Bibirnya perlahan-lahan menguntum senyum.

“Dina nak ucapkan terima kasih kat ibu dengan abah. Sebab buat pilihan yang tepat untuk Dina. Dina rasa bahagia sangat dapat suami macam Danish tu bu. Walaupun memang kitorang baru kenal, tapi macam yang ibu jugak cakap dulu. Tak salah bercinta selepas kahwin kan? So, Dina akan ikut apa yang ibu dengan abah cakap tu. Terima kasih ibu.” Ujarnya lancar.

“Betul ke ni Dina?” soal si ibu teruja.

Dina angguk laju.

Puan Zainab tersenyum. Terserlah sinar kegembiraan di wajahnya mendengar kata-kata anaknya itu. Tubuh Dina diraih ke dalam pelukan.

“Ibu bersyukur sangat kalau Dina dengan Danish dah dapat terima satu sama lain. Ibu dengan abah buat keputusan ni untuk Dina, untuk kebahagiaan Dina. Naluri seorang ibu ni amat kuat katakan yang Danish dapat bahagiakan anak ibu yang manja ni. Sebab tu ibu terima je bila mama Danish cadang nak satukan kamu berdua.”

Dina angguk. Tubir matanya yang hampir basah dikesat dengan hujung jari.

“Ibu akan sentiasa doakan anak ibu ni bahagia sampai akhir hayat. Ibu dengan abah sayang sangat kat Dina. Dina tahu kan?”

Sekali lagi Dina mengangguk. Wajah ibunya ditatap lama.

“Lah dia ni. Aku cakap dengan kau, kau boleh je berangan entah ke mana kan? Wan Madina Aisya!” panggil Danish geram.

Dina tersentak. Serta merta bayangan wajah ibunya hilang dan digantikan dengan wajah mencuka Danish.

“Kau ni kenapa hah? Suka sangat mengelamun?” soal Danish geram.

“So.. Sorry.”

“Hish! Apesallah mama pilih perempuan pelik macam kau ni jadi bini aku.” Bebelnya lagi.

“Awak. Bolah kan? Tolong saya?” soal Dina. Langsung tidak hiraukan kata-kata lelaki itu. Bukan boleh dilayan sangat si Danish tu. Nanti makin banyak pulak kata-kata yang menyakitkan hati keluar dari mulut lelaki tersebut.

“Oklah” jawab Danish malas.

“Jom turun. Sarapan.” Ajaknya lagi.

“Betul ke ni?” Dina seakan tidak percaya.

“Betullah. Kau nak aku tarik balik ke?” Danish separuh mengugut.

Dina kaget. Pantas dia menggeleng.

“Ok! Jom!” ujarnya sambil tersenyum riang. Tangan Danish ditarik tanpa sedar.

Danish terkejut dengan tingkah isterinya itu. Tapi pantas disedapkan hatinya. Mungkin itu sekadar lakonan Dina semata-mata.



There was an error in this gadget