SELAMAT MEMBACA..Jangan lupa tinggalkan komen atau cadangan agar Mya boleh buatkan cerita lebih menarik okeh!datang lagi...sayang korang...(^_*)

Jom follow blog Mya.... ;)

Monday 26 March 2012

YA! AKU DAH JATUH CINTA bab 1

BAB 1

“Aku takkan sentuh kau. Lepas ni, aku akan akhiri semua ni.” Lelaki yang masih lengkap berbaju melayu ungu terang itu berkata-kata.

Wan Madina Aisya diam tanpa sebarang riak. Kain net yang menghiasi kepalanya cuba ditanggalkan. Tapi gagal. Kepalanya diteleng ke kanan dan ke kiri. Manakala kedua belah tangannya merayap-rayap diatas kepala mencari dimana letaknya jarum peniti yang dicucuk oleh mak andam beberapa jam yang lepas.

Akhirnya dia mengeluh hampa. Cermin besar yang didepannya dipandang.

‘Cantik jugak aku ni kan?’ Dia berbisik sendirian. Senyuman manis terukir diwajahnya. Baju kebaya moden rona sama dengan baju melayu yang dipakai oleh lelaki yang duduk dibirai katil itu amat sesuai dipadankan ditubuhnya.

‘Aish minah ni. Aku cakap macam tu, dia boleh lagi senyum-senyum. Memang dasar perempuan! Semua benda dibuat main-main.’ Getus hati Danish Hakim geram. Wajah wanita yang sudah menjadi isterinya pagi tadi direnung tajam.

Senyuman Dina hilang sebaik pandangannya bertembung dengan renungan tajam lelaki itu.

‘Hish! Mamat ni apesal? Aku ada buat salah ke?’ soalnya dalam hati. Tapi dia tidak berani bersuara.

“Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?” soal Danish geram.

“Dengar.”

“Dah tu. Apesal kau diam je?”

Dina berpaling. Memandang lelaki yang sudah bersandar senang di kepala katil. Sampin yang dipakai oleh lelaki itu sebentar tadi tergantung diatas rak. Butang baju melayunya juga dibuka dibahagian atas.

“Dah tu yang awak nak. Saya nak cakap apa lagi.” Balasnya selamba.

“Kau setuju ke tak? Sekurang-kurangnya bagilah komen sikit. Janganlah diam je.”

“Awak. Awak suami. Saya ni isteri je. Kuasa talak tu kat tangan awak. Bila-bila masa je awak boleh ceraikan saya. So, buat apa lagi awak susah-susah tanya saya.”

“Oo...Jadi kau tak kisah kalau aku nak ceraikan kau?”

“Langsung tak!” Dina membalas yakin.

‘Macamlah aku ni kemaruk sangat nak jadi isteri dia. Hish! Apalah nasib aku dapat suami berlagak macam mamat ni.’ Bebel Dina dalam hati.

Danish tersentak. ‘Beraninya minah ni.’

“Kalau aku ceraikan kau malam ni, macam mana?” dia masih mahu menduga.

“Cerailah! Awak ingat saya takut? Lagipun nanti bukan hanya saya dan family saya je yang malu, tapi awak dengan family awak pun terlibat sama. Tahu?” Dina bangun. Mendekati tempat lelaki itu bersandar.

Danish diam. Betul jugak cakap Dina tu. Takkan malam pertama, mereka sudah bercerai. Biasanya malam pertamalah yang memang dinanti-nantikan oleh pasangan yang baru berkahwin. Tapi dia dan Dina lain. Malam pertama sudah berbincang hal cerai-berai.

Danish mengeluh perlahan. Rambutnya yang sudah sediakala kusut diramas kasar. Memang kepalanya sudah buntu. Tidak tahu lagi apa yang perlu dilakukan. Gadis yang sudah sah menjadi isterinya beberapa jam yang lalu dipandang lama.

“Cantik...” pujinya perlahan. Tapi entah kenapa. Kecantikan milik anak gadis kepada kawan baik ibunya itu tidak mampu menggetarkan hati lelakinya. Dia masih tidak mampu membuka pintu hatinya untuk mana-mana gadis. Termasuklah isterinya itu.

Dina yang sedang berusaha membuang kain net dikepalanya terkedu apabila anak matanya bertembung dengan anak mata hitam pekat lelaki yang sedang bersandar di kepala katil.

“Aish! Mamat ni nak apa tenung aku macam nak telan. Nak kata lapar, tadi kan dah makan. Haish! Ni yang buat aku gerun ni....” bebel perlahan.

“Kau kutuk aku ke?” soal Danish. Dia perasan mulut Dina terkumat-kamit seakan berkata sesuatu.

Dina pantas menekup mulut. Dia menggeleng beberapa kali.

“Kau tak payah nak tipulah. Aku tahu. Kau mengata aku kan?” desak Danish lagi.

“Kenapa awak cakap saya kutuk awak?”

“Dah aku je ada dengan kau sekarang ni. Takkan kau nak kutuk katil ke almari ke? Bodohlah kan? Dah memang confirmlah kau kutuk aku.” Danish masih tidak mahu mengalah.

“Ah! Buang masa je saya kutuk awak. Kalau saya nak kutuk pun, baik saya kutuk depan-depan. Lagi senang.” Dina membalas laju.

“Kau tak nak ngaku lagi ke? Ke kau takut?”

“Takut apa pulak?” soal Dina hairan.

“Kau takut jatuh cinta kat aku kan? Bukan aku tak tahu. Dari tadi lagi kau memang selalu sangat curi pandang aku.” Danish tersenyum memanjang.

Dina pantas berpaling. Wajah lelaki yang sedang tersenyum riang dipandang tajam.

“Saya? Suka awak??” soal Dina sambil jarinya menghala ke arah Danish.

Lelaki itu pantas mengangguk.

“Gila!!”

“What??” terjenggil mata Danish memandang wajah selamba Dina.

*****

Dina sekadar memandang lelaki yang baru selesai mandi itu. Nampak segar dan bau haruman shower gel menusuk rongga hidungnya.

‘Ah! Bestnya kalau aku dapat mandi jugak.’ Bisik hati kecilnya.

Perlakuan Danish yang sedang menyidai kain tuala pada rak dipandang. Kemudian lelaki itu membentangkan sejadah dan terus menunaikan solat Isyak. Setiap perlakuan lelaki itu diawasi dengan anak matanya. Nampak lelaki itu begitu khusyuk menadah tangan berdoa kepada Yang Maha Pencipta.

Usai mengamimkan doa, dia bangun. Sejadah yang digunakan dilipat dan diletakkan di tempat asal.

“Yang kau tenung aku kenapa? Tak reti-reti ke nak pergi solat jugak?” tegur Danish selamba. Langsung tidak memandang wajah Dina.

Dina tersentak. Pantas dia mengalihkan pandangannya ke arah lain.

‘Adusss! Mamposss aku. Dahlah mamat ni terlebih poyo. Nanti mesti dia ingat aku syok kat dia.’ Dina menepuk dahi.

“Aku bukan suruh kau tepuk dahi. Aku suruh kau pergi solat. Kau ingat sikit. Walaupun aku tak mengaku kau sebagai bini aku yang sebenar, tapi mulai saat ni, segala perlakuan kau, semuanya atas aku. Kau faham tak?” Danish mencerlung tajam wajah yang masih dihiasi dengan mekap.

“Ehem! Saya tahulah tugas saya.” Balas Dina perlahan. Dia sedar. Kata-kata lelaki itu ada juga benarnya.

“Tahu? Habis tu, tak reti-reti lagi? Ke kau tak puas lagi bersanding tadi?” soal Danish sinis. Timbul juga rasa hairan di benaknya kenapa Dina masih lagi tidak menanggalkan pakaian pengantin yang tersarung ditubuhnya itu.

Dina terdiam. Terasa darah hangat menyerbu kulit wajahnya. Terbayang peristiwa petang tadi dibenaknya.

“Kak Dina! Rapatlah sikit dengan Abang Danish tu. Barulah nampak romantik sikit.”

“Abang Danish! Apa lagi? Peluklah bini abang tu!”

“Abang Danish! Cium dahi Kak Dina lama sikit. Tak sempat nak tangkap gambar ni!”

“Kak Dina! Janganlah keras sangat. Macam patunglah.”

“Kak Dina itu.....”

“Kak Dina ini.....”

Suara-suara sumbang yang membuatkan hati Dina resah tanpa henti. Dalam keadaan yang terpaksa, Dina terpaksa tersenyum. Terpaksa merelakan tangan lelaki itu melekap di badannya. Terpaksa juga direlakan tubuhnya dipeluk oleh lelaki itu semata-mata mahu memuaskan hati sanak-saudara yang hadir.

Mereka berdua beraksi seperti pasangan yang saling mencintai. Tersenyum riang walaupun hati menangis hiba. Tapi apakan daya, Dina sedar. Hasrat dan impian orang tuanya perlu dilaksanakan. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Apa yang dia tahu, dia mahu membuat kedua ibu bapanya tersenyum gembira.

*****

‘Hish minah ni! Aku cakap dengan dia, boleh pulak dia berangan.’ Danish membebel sendirian. Bantal berbentuk hati yang diletakkan ditengah-tengah katil dibaling tepat mengenai gadis yang sudah sampai entah kemana itu.

“Eh labu engkau jatuh tertunggeng!” Dina melatah.

Pecah tawa Danish mendengar kata-kata yang meluncur laju dari mulut isterinya itu.

“Oo... Kau latah rupanya. Tak sangka aku. Tengok orang macam ok je. Tapi latah.” Danish masih ketawa. Langsung tidak dipedulikan jelingan tajam Dina.

“Kenapa? Kalau latah, salah ke?” soal Dina tak senang.

“Dahlah tu. Kau pergilah mandi. Aku yang tengok kau pulak yang rasa rimas.” Balas Danish selamba.

Dina masih tidak bergerak.

‘Macam mana aku nak mandi kalau benda alah ni tak boleh nak buang? Takkan aku nak keluar minta tolong orang kat luar yang buangkan. Nanti kalau diorang tanya kenapa tak suruh laki aku yang buangkan, apa aku nak jawab?’ hati Dina bersoal jawab sendirian.

Dia mengeluh. Memusingkan badan menghadap cermin.

“Lah! Aku suruh mandi pun kau mengeluh? Kau ni kenapa hah?” soal Danish hairan sebaik mendengar keluhan gadis tersebut.

“Takde apa-apalah.” Balas Dina malas.

“Wan Madina Aisya! Aku suruh kau pergi mandi. Kau ni kan, malam pertama pun kau dah derhaka dengan aku kan? Huh! Nasib baiklah kau jadi bini aku tak lama. Kalau tak, entah apalah nasib aku. Dapat bini tak suka mandi. Baik aku kahwin dengan kambing kalau macam nilah perangai kau.” Bebel Danish tanpa rasa bersalah.

Dina tersentap.

“Awak ni kan, mulut takde insurans langsung kan?” soalnya geram.

“Kenapa? Salah ke apa yang aku cakap?”

“Huh!”

“Pergilah mandi. Ke kau nak suruh aku tolong mandikan? Hish! Jangan haraplah ye Puan Madina Aisya. Aku takkan sekali-kali sentuh kau lepas ni. Dan kau, aku nak ingatkan sikit. Kau tak payahlah berangan nak bermanja dengan aku. Kau tak kan dapat semua tu. Faham?” Danish bersuara sombong.

Dina diam. Tak kuasa melayan kata-kata lelaki tersebut. Hanya kakinya sahaja yang melangkah menghampiri katil.

Danish yang perasan kehadiran Dina semakin dekat dengannya bingkas bangun.

“Hah! Kau nak apa ni?” soalnya agak kalut.

Dina diam. Punggungnya dilabungkan dibirai katil. Dekat dengan kaki lelaki tersebut.

Dian tunduk. Kepalanya betul-betul di depan lelaki yang masih bingung itu.

“Tolong cabutkan pin kat atas kepala saya ni. Dari tadi saya cuba, tapi tak boleh.” Ujarnya lembut.

Danish kaget. Kepala yang masih dilitupi tudung berwarna ungu itu dipandang lama.

Lima minit berlalu......

Mata Danish masih tajam merenung atas kepala di depannya itu.

Sepuluh minit berlalu......

Dina akur. Nampaknya lelaki itu betul-betul jijik untuk menyentuhnya. Dia bukan mahu menggatal. Tapi dia hanya perlukan pertolongan. Tapi apa yang dia dapat? Hatinya tergores dengan lelaki pilihan kedua ibu bapanya itu.

Dia akhirnya angkat kepala. Wajah bingung di depannya dipandang sejenak. Senyuman diukir buat lelaki tersebut sebelum dia bangun. Berkira-kira mahu beredar dari situ.

Danish kaget. Pantas tangan isterinya itu dicapai. Menghalang daripada wanita itu mengatur langkah.

“Kau nak pergi mana?” soalnya perlahan.

“Keluar.” Balas Dina lembut.

“Buat apa?” soal Danish bodoh.

“Nak minta tolong ibu buangkan pin nilah.”

Danish terdiam. Wajah lembut didepannya dipandang seketika. Dia bingkas bangun. Berdiri betul-betul di depan wanita itu.

“Tak payah. Meh sini aku tolong.” Ujarnya perlahan.

Dina akur. Kepalanya terus ditundukkan.

Terketar-ketar tangan kanan lelaki itu singgah diatas kepala wanita yang hanya separas bahunya sahaja.

“Dah ke?” soal Dina apabila merasa terlalu lama masa yang diambil oleh lelaki itu.

“Ehem!!!” Danish berdehem kuat.

“Errr... Dah.. Dah...” balasnya.

“Terima kasih.” Ujar Dina tulus. Belakang badan lelaki yang kembali merebahkan badan di atas katil dipandang sejenak sebelum mencapai tuala dan berlalu ke bilik air.

Danish sekadar mengangguk. Langsung tidak memandang wajah Dina.

“Saya minta maaf sebab buat awak terpaksa kahwin dengan saya. Saya pun tak minta awak sentuh saya. Saya akan ikut semua yang awak nak. Tapi satu, saya minta sangat jangan tunjukkan sikap awak yang macam ni depan parents saya. Saya tak nak diorang perasan hubungan kita yang sebenar. Kalau boleh, biarlah depan mereka, kita macam suami isteri yang sebenar. Saya pun tak kisah kalau awak tak nak bagi nafkah yang sepatutnya kat saya. Saya ada duit saya sendiri dan saya masih mampu nak tanggung hidup saya dan juga mereka. Awak nak ceraikan saya kan? Ok! Saya terima semua tu. Tapi saya minta, biarlah sampai tempoh setahun perkahwinan kita ni. Saya janji, tepat setahun kita kahwin, saya akan hilangkan diri dari pandangan awak. Dan saya takkan tinggalkan walau sebesar kuman pun apa-apa yang berkaitan dengan saya dalam hidup awak.” ujar Dina laju sebelum menutup pintu bilik air.

Danish terkesima. Pintu bilik air dipandang lama. Kata-kata Dina sebentar tadi melegakan hatinya. Dia yakin, wanita seperti Dina tidak akan mungkir janji. Dan dia percaya Dina akan berpegang kepada kata-katanya. Dia tersenyum sendirian. Tidak sabar menanti tempoh setahun yang dimaksudkan oleh Dina itu berlalu.



PEMBERITAHUAN


PEMBERITAHUAN untuk semua yang menunggu entry Andai Dia Jodohku.

disini Mya nak maklumkan yang Mya akan masukkan next entry 2kali seminggu. so, Mya harap korunk 

semua boleh sabar keyh.. :)

sebenarnya novel tu dah siap. tapi oleh kerana ada sebab-sebab tertentu, Mya cuma akan upload entry 

seperti mana yang Mya dah beritahu. ingat ye... 2kali seminggu.

kepada pembaca setia Andai Dia Jodohku, Mya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih sebab sudi support 

Mya dengan komen-komen korunk tuh...

insyaAllah.. lepas ni Mya akan buat novel baru pulak ye. so, Mya harap korang boleh bagi support yang 

sama seperti Andai Dia Jodohku....

ps: isnin & jumaatlah...ok tak? 

Andai Dia Jodohku ep 20


BAB 20
Balqiss yang sedang khusyuk menonton cerita Korea di saluran Astro tersentak sebaik saja tubuhnya dipeluk erat. Kedengaran suara tangisan.
“Apesal ni Fira?” soalnya lembut. Belakang badan sahabatnya itu digosok lembut.
“Qiss... Aku sedih sangat Qiss. Apesal mak ayah aku buat aku macam ni?” Shahfira berkata-kata. Tangisannya masih belum reda.
“Apesal? Diorang buat apa?”
Shahfira mengangkat wajah. Wajahnya dibasahi air mata. Hidung yang merah sudah tidak dihiraukan.
“Mereka dah terima pinangan tu Qiss. Aku tak nak! Aku tak kenal pun siapa anak kawan diorang tu.” adu Fira sebak.
“Pinangan apa pulak ni?” soal Balqiss bodoh.
“Ada orang datang pinang aku semalam. Parents aku dah terima Qiss. Mak aku baru je bagitahu aku tadi.”
Balqiss terdiam. Wajah sedih Shahfira dipandang sayu. Kasihan dengan nasib sahabatnya itu.
“Kau tak cakap elok-elok ke dengan diorang Fira? Diorang sendiri kan kenal dengan Norman. Macam mana boleh jadi macam ni pulak?” Balqiss hairan.
Shahfira mengesat air matanya. Kata-kata emaknya di talian sebentar tadi tidak akan dilupakan.
“Mak dah terima pinangan dari kawan mak tu. Hujung bulan nanti mak nak kamu kahwin.” Ujar wanita itu tegas.
Shahfira kelu. Langsung tidak terduga akan menerima berita tersebut.
“Tapi mak. Akak tak kenal dia. Akak dah ada pilihan sendiri. Apa akak nak cakap kat Norman nanti? Apesal mak dengan ayah tak bincang dengan akak dulu?” soal Shahfira lemah.
“Dah lama mak dengan ayah tunggu si Norman tu meminang kamu. Tapi sampai sekarang tak datang-datang jugak. Entah-entah dia sengaja nak main-main dengan kamu. Mak tak kira. Keputusan mak ni muktamad. Mak nak kamu balik masa majlis tu nanti.” Arah wanita itu lagi. Sendu anak gadisnya langsung tidak diendahkan.
“Mak aku dah tetapkan hujung bulan ni aku kahwin. Aku nak cakap apa kat Norman nanti Qiss? Aku sayangkan Norman. Nanti mesti dia ingat aku sengaja main-mainkan dia. Aku tak sanggup Qiss. Kau tolonglah aku Qiss. Aku rasa macam baik aku mati je sekarang ni. Aku tak sanggup tengok Norman kecewa.” Esak tangis Shahfira kembali kedengaran.
Balqiss turut sebak. Dia sendiri sudah menyaksikan betapa gadis itu bahagia dengan Norman. Tubuh Shahfira ditarik kedalam pelukannya. Cuba menenangkan Shahfira. Dia sendiri tidak dapat membayangkan penerimaannya sekiranya dipaksa kahwin oleh orang tuanya.
“Qiss.. Kau janji dengan aku. Jangan bagitahu Norman pasal ni. Janji yek Qiss?” pinta Shahfira sebak.
Balqiss mengangguk perlahan. Air mata yang mengalir di pipi gadis itu diseka dengan ibu jarinya.
“Dahlah Fira. Kalau kau menangis air mata darah sekalipun, mak bapak kau tak nampak jugak. Baik kau fikirkan macam mana nak selesaikan masalah kau ni.” Pujuk Balqiss lembut.
Shahfira diam. Kata-kata Balqiss itu ada benarnya.
“Eh Fira! Kau cakap mak kau suruh kahwin hujung bulan ni?” soal Balqiss tiba-tiba.
Shahfira mengangguk lemah.
“Fira... Hari ni dah 17 haribulan. Kau cuma ada masa tak sampai dua minggu lagi. Aku rasa baik kau terus-terang dengan Norman. Fikir apa yang patut korang buat.” Cadang Balqiss lagi.
“Tapi Qiss....”
“Takde tapi-tapi Fira. Norman berhak tahu.” Balqiss memintas.
“Tapi...”
“Tapi apa? Kau nak ke kahwin dengan calon mak kau tu?” soal Balqiss lagi.
“Tapi...”
“Apesal kau banyak sangat tapi ni Fira?” Balqiss menyoal geram. Wajah sugul Shahfira ditatap.
“Qiss.. Kau boleh tak dengar dulu apa yang aku nak cakap?” soal Shahfira geram.
Balqiss diam. Kepalanya diangguk beberapa kali.
“Aku nak cakap yang si Norman sekarang ni pun dah lain. Dia macam sengaja nak jauhkan diri dari aku. Lepas pada balik dari majlis tunang Yana tempoh hari, dia terus berubah. Sampai sekarang, aku belum jumpa dia lagi.” Mata gadis itu kembali berkaca.
Layanan dingin Norman terhadapnya begitu mengecewakan. Langsung tidak disangka lelaki itu akan berubah sebegitu.
Balqiss mengucap panjang. Patutlah Shahfira dilihatnya sudah jarang keluar. Setiap kali Emmy dan Yana keluar dengan tunangan mereka, Shahfira sering mengurungkan diri di dalam bilik.
“Apesal kau tak cerita awal-awal kat aku Fira? Boleh aku jumpa si Norman tu.” soal Balqiss geram.
“Sebab tulah aku tak nak cerita kat kau Qiss. Aku kenal sangat perangai kau. Mesti kau akan cuba nak tolong aku. Aku tak nak susahkan kau Qiss.” Balas Shahfira sayu.
Balqiss mengeluh. Berat benar masalah temannya itu kali ini.
“Qiss.. Aku ingat nak ambik cuti. Aku nak balik kampung. Aku rasa baik aku ikut je rancangan mak ayah aku tu. Lagipun Norman sendiri dah tak perlukan aku. Kau temankan aku Qiss.. Kita balik esok.”
Balqiss melongo. Tidak percaya dengan kata-kata tersebut.
“Kau biar betul Fira? Kau jangan buat keputusan terburu-buru. Nanti kau jugak yang menyesal.”
“Tak Qiss. Aku dah fikirkan pun perkara ni. Cuma tadi tu aku sedih sangat. Aku just nak kongsi kesedihan aku tu je dengan kau.” Shahfira nampak nekad. Senyuman cuba diukir. Walaupun jelas nampak hambar.
Balqiss mengangguk lemah. Dalam hatinya simpati menggunung terhadap gadis di depannya itu. Bahu Shahfira ditepuk lembut.
“Dahlah tu Qiss. Aku ok. Kau tak payahlah buat muka toya kau tu kat aku.” Shahfira cuba membangkitkan mood ceria.
“Fira... Betul ke kau ok ni?” soal Balqiss mengambil berat. Wajahnya redup.
“Iyelah. Kau tak payah risaulah.” Gadis itu tergelak.
“Betul ni?” Balqiss masih inginkan kepastian.
Shahfira mengangguk laju.
“Kalau iye pun kau ok, tak payahlah angguk macam tu. Dah macam burung belatuk je aku tengok.” Usik Balqiss sambil ketawa kuat.
Shahfira membuat muka.
“Fira. Apa kata kau pergi masak kat dapur tu. Aku laparlah...” rengek Balqiss. Dia mengerdipkan matanya beberapa kali.
“Oo pandai kau ye. Takpelah Qiss. Disebabkan kau tu comel, aku masakkan spaghetti special untuk kita berdua. Mehlah teman aku borak-borak kat dapur. Tak bestlah buat kerja sorang-sorang.” Balas Shahfira sambil menarik lengan gadis tersebut.
“Alah!”
“Jomlah Qiss… Tak payahlah kau buat muka malas kau tu kat sini. Cepat! Temankan aku.”
Wajah Balqiss yang sudah memuncung dipandang. Dia tersenyum. Sahabatnya itu nampak comel dengan bert-shirt pink dan berseluar putih paras peha itu. Ditambah lagi dengan rambutnya yang disanggul tinggi di sebelah kiri. Nampak seperti remaja belasan tahun. Langsung tidak sesuai dengan umurnya yang sudah hampir menjangkau 26 tahun itu.


Saturday 24 March 2012

Andai Dia Jodohku ep 19


BAB 19
 “Bos! Liana anak arwah Tuan Osman nak jumpa bos.” Suara Mila yang agak lantang itu mematikan lamunan Zarul Zikuan.
“Alah Mila. Awak kelentong jelah dia tu. Saya malaslah.” Balas Zarul Zikuan selamba.
“Tapi bos, dia ni pelik sikit lah. Bukan macam koleksi bos yang lain.” Adu gadis itu pula.
“Apesal?” Zarul Zikuan mengerutkan kening.
Mila mengeluh lemah. “Dah banyak alasan saya bagi bos. Boleh kata setiap masa dia cari bos. Setiap hari saya kena layan panggilan dia tu. Saya letihlah macam ni bos. Kalau dia tak marah-marah takpe. Ni ada ke patut dia tengking-tengking saya. Macamlah saya ni anak buah dia.” Mila bersuara lemah. Pening kepalanya melayan karenah wanita bernama Liana itu.
“Kalau dia marah awak, awak marahlah dia balik. Tak susah pun cik Mila ooii.” Zarul Zikuan membalas selamba. Terdetik rasa simpati dihatinya melihat wajah monyok pembantunya itu.
“Bos ni kan. Cakap senanglah. Saya tak kira. Saya bagi je dia masuk. Jumpa bos. Bos cakap sendirilah dengan Tiger Rusia tu.” Mila bersuara tegas. Lelaki di depannya itu bukan boleh dibagi muka sangat.
“Alah Mila...”
“Takde! Dia dah kat luar tu.” Mila terus keluar. Malas mendengar kata-kata yang lahir dari mulut lelaki tersebut. Dia kadang kala pelik dengan perangai lelaki itu. Sekarang, Zarul Zikuan seperti sudah tidak berminat lagi dah dengan koleksi teman wanitanya yang berlambak itu. Malah, lunch pun, lelaki itu lebih memilih untuk balik kerumah sahaja.
Zarul Zikuan mengeluh lemah. Salahnya juga kerana terjebak dengan gadis itu. Dia berpura-pura sibuk. Fail-fail yang ada di atas meja dibelek satu persatu. Tidak lama kemudian kedengaran suara manja Liana.
“Hai baby!” tegur Liana manja. Leher Zarul dipeluk mesra.
“Ada apa you cari I sampai kat ofis ni Liana? I busylah.” Balas Zarul dingin. Pelukan di lehernya ditolak perlahan.
“Apesal dengan you ni baby? I rindukan you. Sebab tu I datang cari you kat sini. You dah tak sayangkan I ke baby?” soal Liana seakan merajuk.
Zarul mengeluh lemah. “Liana. You kena faham. Sekarang ni I tengah sibuk. Ni time I kerja. You tak boleh kacau I macam ni.”
“Tapi I rindukan you Zarul. You macam nak jauhkan diri dari I. Dan hampir sebulan you tak luangkan masa dengan I. Bila I call you, you tak jawab. SMS I pun you tak balas. You ni kenapa? Dah lupakan I? Ke you dah jumpa perempuan melayu terakhir yang you nak buat bini?” soal gadis itu lagi. Tubuhnya sengaja digesel-gesel pada tubuh Zarul Zikuan.
Zarul Zikuan menelan liur. Cepat-cepat dia beristighafar. Memang dugaan sebeginilah yang selalu dilaluinya setiap kali berdua-duaan dengan mana-mana teman wanitanya. Dia bangun berdiri tegak di tepi tingkap. Cuba melepaskan diri dari gadis tersebut. Kesibukkan kota dapat dilihat dari biliknya.
Liana mampir. Impiannya hanya satu. Ingin menundukkan ego lelaki tersebut. Dia akan menggoda sehingga lelaki itu rebah ke dalam pelukannya. Belakang tubuh sasa itu dipeluk kejap.
Zarul terkesima. Sebelum ini gadis itu belum pernah seberani itu.
“Liana. Apa ni?” soalnya perlahan. Cuba merungkaikan pelukan.
Liana tersenyum. Sekali lagi tubuh lelaki itu dipeluk. Kali ini dari depan. Lebih erat.
Zarul Zikuan tidak henti-henti beristighafar. Terasa setiap lekuk tubuh gadis itu. Hatinya berasa tidak enak.
“Hey Liana! You dah gila ke hah?” soalnya geram. Tubuh tinggi lampai itu ditolak kuat.
“I sayangkan you Zarul. I love you so much! Kita kahwin baby. I nak you jadi milik I.” Pujuk gadis itu lembut. Tangan Zarul cuba diraih. Tetapi lelaki itu pantas melarikan diri.
“Baik you keluar sekarang Liana! Antara kita takkan terjadi apa-apa. It’s over!” tegas kata-kata tersebut.
“Tapi baby...
No! I dah cakap kan. Selama ni I just anggap you tak lebih macam teman wanita I yang lain. Nothing special! I tak pernah sayangkan you. I’m sorry sebab dah bagi harapan kat you. I’m so sorry Liana.” Ujar Zarul Zikuan perlahan.
“Sampai hati you buat I macam ni Zarul. Selama ni I sayang you. I ingat I mampu miliki cinta you. You bagi I harapan. You kejam Zarul! You kejam!” jerit Liana kuat sebelum berlari keluar dari bilik tersebut.
Zarul Zikuan menarik nafas lega. Sudah hilang satu beban di bahunya.
“Bos? Are you ok?” soal Mila. Dia pantas menerpa masuk ke bilik majikannya itu sebaik saja melihat kelibat Liana yang berlari keluar.
Zarul Zikuan mengangguk perlahan. Sempat dilemparkan senyuman pada setiausahanya itu. “I’m ok Mila. Go back to your work.” Balasnya perlahan.
Mila faham lelaki itu tidak mahu diganggu. Dia terus keluar meninggalkan majikannya sendirian.


Monday 5 March 2012

Andai Dia Jodohku ep 18


BAB 18
Mak Long Anisah tersenyum sinis. Balqiss hanya diam. Malas hendak bersuara. Fakri dan Fahmi masih lagi tidak berganjak di sisi kakak sepupu mereka itu.
“Hah! Yang kamu berdua tercegat kat sini ni apesal? Dah puas pusing kampung dengan basikal buruk kamu tu? Kerja menghabiskan duit mak bapak je tahunya. Bukannya nak belajar.” Bebel wanita itu. Tajam matanya merenung kedua remaja lelaki tersebut.
“Mana ada buruk Mak Long. Kitorang baru je dapat basikal ni.” Jawab Fahmi jujur.
Balqiss dan Fakri berpandangan. Sempat Farkri mengenyitkan matanya kepada Balqiss. Isyarat agar tidak melarang adiknya daripada menjawab. Bagi mereka, ibu saudaranya itu tidak boleh dibiarkan sangat.
“Aah! Takkan Mak Long tak nampak. Basikal baru ni. Plastik pun ada lagi yang tak buang.” Tokok Fakri.
“Kalau ditegur menjawab. Apa nak jadilah dengan kamu ni. Macam ni lah kalau tak diajar. Kecik-kecik dah pandai melawan.” Bebel wanita itu lagi.
Fahmi ketawa. Langsung tidak takut dengan wanita tersebut.
“Yang kau ketawa ni kenapa? Aku cakap betul! Budak biadab macam korang berdua ni memang tak cukup ajaran. Besar nanti entah nak jadi apa pun aku tak tahulah.” Wanita itu menahan amarah. Tajam matanya merenung wajah dua remaja itu silih berganti.
“Biadab pun biadablah Mak Long. Nak buat macam mana lagi dah. Kami ni dah puas belajar. Tak kurang ajar jugak. Kan orang cakap. Menuntut ilmu biarlah sampai ke Negara China. Sebab tu kami ni kurang ajar lagi. Tak sapai lagi ke China kot.” Fahmi membalas. Melalut entah kemana dah kata-katanya.
“Hish! Budak ni kan!” wanita itu mara. Mendekati Fahmi yang berdiri di birai pangkin.
“Ada apa mak long datang sini?” soal Fakri hairan. Sekaligus mematikan langkah wanita tersebut. Pasti ada niat dihati mak longnya itu, kalau tidak jangan haraplah dia akan menjejakkan kaki disitu.
“Apesal? Aku tak boleh nak datang sini? Nak jenguk anak-anak saudara.” Balas wanita itu kasar.
“Mak Long ada anak saudara ke kat sini?” soal Fahmi tenang.
Walaupun memang nampak kurang ajar, tapi baginya wanita itu tak perlu diberi muka sangat. Kata-kata yang keluar dari mulut Mak Long mereka itu langsung tidak pernah menyejukkan hati orang lain. Malah siapa yang tak kenal dengan wanita tersebut. Sudahlah suka menjaja cerita dan memburukkan orang lain, sanak saudara sendiri pun tak dihiraukan. Kalau orang lain, ada je yang tak kena dimatanya. Tapi anak sendiri pun tak terjaga.
“Eh Fakri! Baik kau jaga sikit mulut adik kau ni. Kan tak pasal-pasal dapat makan penampar aku kan!” marah wanita itu lagi.
“Tak payah Mak Long! Saya boleh jaga sendiri. Lagipun saya takkan senang-senang bagi Mak Long tampar saya.”
“Mi.. Dahlah tu.” tegur Balqiss lembut.
Fahmi diam. Akur dengan kata-kata kakak sepupunya itu.
“Aku ni mak saudara korang. Jadi ikut suka akulah kalau aku nak datang jenguk korang. Tak salah kan?” ujar wanita itu sambil menjeling wajah Balqiss sejenak. Tercuit hatinya melihat betapa pemuda yang lancing melawan kata-katanya sebentar tadi akur apabila ditegur oleh Balqiss.
“Takdelah. Pelik. Biasanya mak long takkan datang kalau takde hal.” Fakri menjawab.
“Aku sengaja datang. Nak melawat anak saudara aku yang dah popular ni. Orang dah masuk tvlah katakan. Aku ingatkan dah tak jumpa jalan balik kampung lagi dah. Dah suka sangat berkepit dengan orang kaya kat bandar tu.” mak long Anisah bersuara sinis.
Balqiss tergamam. Hati kecilnya menggumam. Geram dengan kata-kata wanita tersebut.
“Lah! Mak long datang sini sebab nak perli Kak Qiss je ke? Ingatkan nak tanya khabar.” Fahmi bersuara sinis.
“Bila masa pulak aku perli dia?”
“Lah! Tak perli ke? Saya ingatkan perli tadi.” Fahmi terus membalas.
“Eh! Yang kamu sibuk-sibuk sangat nak bela si Qiss ni apesal? Kamu sedar tak kakak kamu ni dah nak tergolong dalam anak dara tua. Tak laku. Sebab tu sampai sekarang tak kahwin-kahwin lagi.” Balas wanita itu geram.
“Alah mak long. Tak berdosa pun kalau jadi anak dara tua. Betul tak kak?” bela Fakri pula.
“Iyelah mak long. Baik jadi anak dara tua daripada menggatal dengan laki orang. Macam Kak Lina anak mak long Anisah yang duduk kat depan balai raya tu hah. Mak Long kenal tak?” Fahmi memerli. Hatinya turut berasa sakit melihat kakak kesayangannya itu diperlekehkan.
Berubah air muka wanita itu mendengar kata-kata Fahmi. Tahu Fahmi sengaja memerlinya.
“Mulut kau tu jaga sikit ye! Dasar anak tak reti bahasa. Tak tahu hormat orang tua!” pekik wanita itu kuat. Tangannya dilayang tinggi untuk menampar pipi Fahmi. Mujurlah Fakri sempat bertindak. Lengan wanita itu dihalang.
“Mak long!!!” pekik Balqiss kuat. Dia berlari. Berdiri di depan dua beradik tersebut.
“Apa yang mak long nak buat ni? Apesal nak tampar diorang?” soalnya berani.
“Kau ketepi Balqiss. Aku nak ajar budak berdua ni. Biar lepas ni dia tahu macam mana nak hormat orang tua. Mari sini kau Fahmi! Fakri!” wanita itu memanggil kuat.
Balqiss tidak berganjak. Wajah marah kakak ipar ayahnya itu langsung tidak mampu mencuit rasa takutnya. Apa yang dia tahu, dia perlu melindungi dua remaja lelaki itu.
“Aku cakap ketepi Balqiss!” nada suara mak long Anisah semakin kuat.
“Tak! Saya takkan biarkan mak long sakiti budak berdua ni. Mereka tak salah!” Balqiss berkeras.
“Habis tu, kau nak cakap aku yang salah? Kau jangan memandai nak ajar aku ye Balqiss! Baik kau ketepi!” wanita itu sudah menyinga.
“Dah memang betul mak long yang salah. Mak long datang sini semata-mata nak sakitkan hati saya apesal? Mak long sedar tak kenapa diorang ni tak hormatkan mak long? Sebab salah mak long! Mak long yang tak pandai nak bercakap elok-elok dengan diorang. Mak long hanya tahu nak sakitkan hati orang, cari salah orang lain. Salah mak long, ada mak long nampak? Tak kan?” Balqiss melepaskan rasa geramnya.
Mujurlah dia masih waras. Kalau tidak, sudah dicili-cili mulut wanita di depannya itu.
“Kau ingat bila kau dah duduk kat bandar tu, dah berkepit dengan anak orang kaya, kau besar sangat ke? Kau dah boleh lawan cakap aku? Kau kena ingat Balqiss, aku ni mak saudara kau. Kau kena hormat aku.” Balas wanita itu masih tidak mahu mengalah.
“Kalau mak saudara macam ni, tak hormat pun tak pe. Kan bang?” Fahmi bersuara dari belakang Balqiss.
Fakri mengangguk. Setuju dengan kata-kata adiknya itu.
“Baik mak long balik je sekarang. Sebelum rasa hormat saya kat mak long hilang. Saya tak perlukan mak long untuk betulkan apa yang saya buat. Pergilah balik.” Ucap Balqiss perlahan tapi tegas.
“Kau memang biadap Balqiss! Hah! Elok sangatlah kalau korang berdua ikut perangai anak dara tua tak sedar diri ni.” Marah wanita itu lagi. Sakit hatinya apabila gadis di depannya itu berani melawannya.
“Kitorang tak kisah! Kalau kak Qiss tak kahwin pun, mak long tak rugi apa-apa. Buat apa mak long nk sibuk-sibuk sangat campur hal peribadi dia. Lagipun, selama ni kak Qiss yang banyak tolong kitorang. Bukan mak long. Bila mak dengan ayah kitorang takde duit, kak Qiss yang bagi duit kat kitorang. Kalau nak harapkan mak long, huh! Jangan harap. Memang banjir kilatlah kampung kita ni kalau mak long tolong keluarga kami.” Fakri bersuara. Memang kata-katanya itu ada benarnya. Selama ini Balqiss telah banyak membantu mereka sekeluarga. Malah Balqiss jugalah yang menanggung persekolahan mereka berdua.
“Dah kalau kau dah tahu mak bapak kau tu miskin, takde duit, apesal kau mintak jugak belikan basikal buruk tu kat korang berdua? Memang dasar anak tak sedar diri!” marah wanita itu lagi. Sakit hatinya melihat dua remaja itu begitu berani melawan cakapnya.
“Kak Qiss yang belikan semalam. Hadiah kitorang dapat result bagus. Mak long pergi baliklah. Lagi lama mak long kat sini, lagi banyak dosa kitorang nanti.” Balas Fahmi tenang.
“Huh!” wanita itu akhirnya berlalu dengan mulut terkumat-kamit. Entah apalah yang dibebelkan wanita itu, mereka tidak pasti.
“Hahahaha... Padan muka dia tu. Macamlah anak-anak dia bagus sangat. Kak Qiss jangan ambik hati sangat dengan mulut celupar mak long tu.” ujar Fakri sambil ketawa kuat. Geli hatinya melihat wajah cemberut wanita tersebut.
Balqiss turut ikut ketawa. Bahagia dengan kehadiran dua remaja itu dalam hidupnya.