SELAMAT MEMBACA..Jangan lupa tinggalkan komen atau cadangan agar Mya boleh buatkan cerita lebih menarik okeh!datang lagi...sayang korang...(^_*)

Jom follow blog Mya.... ;)

Friday 23 December 2011

Bahagia Yang Kudamba ep 15

BAB 15
Farisya dan rakan-rakanya berjalan ke luar kawasan sekolah. Hari ini mereka ingin mengadakan study group bersama. Sebaik sahaja siap solat berjemaah, mereka segera menuju ke Restoran Zara yag terletak di sebelah sekolah.
“Wei korang. Cuba tengok tu. Cantik siot kereta merah tu. Hai. Bilalah aku dapat naik kereta macam tu. Kau lainlah Sya. Si Hakimiey tu boleh belikan.” Ujar Madiey sambil jarinya menunding ke arah sebuah kereta Porsche Carrera GT berwarna merah.
“Alah. Padanlah tu. Cuba kau tengok tuan dia kat sebelah tu. Cantik, bergaya lagi tu.” Balas Aisyah pula. Empat pasang mata itu memandang ke arah kereta mewah tersebut.
Gurlp! Apa dia buat kat sini? Takkan cari aku kot. Farisya tersentak melihat wajah empunya kereta tersebut. Masih jelas diingatannya gadis tinggi lampai berambut perang itu.
“Wah. Cantiklah. Macam model. Seksi. Mesti anak orang kaya kan. Tapi, apa dia buat kat sini kan?” soal Aini pula.
“A’ah lah wei. Pelik gak aku.”
“Alah korang ni. Kot-kot datang nak ambik siapa-siapa kot. Dahlah. Jom pi makan. Aku dah lapaq ni.” ujar Aisyah dengan loghat utara tak jadinya itu. Langkahnya diikuti oleh Aini dan Madiey. Mereka langsung tidak sedar akan perubahan pada wajah Farisya.
“Wei Risya. Kau taknak makan ke?” tegur Aini apabila sedar gadis itu masih tercegat memandang ke arah kereta merah di seberang jalan itu.
“Err. Nak. Jom.” Balas Farisya perlahan. Sebelum berlalu, dia sempat lagi berpaling ke arah gadis berambut perang itu. Gadis itu juga sedang memandang ke arahnya. Dia terkedu.
#          #          #          #          #          #          #          #          #          #
Sudah hampir satu jam Tengku Amelia berdiri di tepi kereta Porsche yang baru dibelinya itu. Tujuan utamanya tidak lain ialah untuk bersemuka dengan gadis bernama Humaira. Dia ingin tahu lebih lanjut lagi tentang hubungan gadis itu dengan Hakimiey. Dia ingin mendapatkan Hakimieynya semula. Akhirnya dia dapat menangkap kelibat insan yang ditunggunya itu. Dia yakin, pasti gadis itu sedar akan kehadirannya. Akhirnya dia melangkah yakin menuju ke restoran yang baru dimasuki oleh empat orang pelajar beruniform sekolah sebentar tadi.
Dari jauh dia dapat melihat wajah ceria gadis yang ditemuinya di rumah Hakimiey tempoh hari. Dia yakin dia tidak salah orang. Mata bulat itu sentiasa diingatannya.
“Ehem! Hai. Humaira kan?” tegurnya. Empat pasang mata di meja itu memandang ke arahnya.
“Ye. Saya. Tengku Amelia kan?” balas Farisya tenang. Dia sempat melemparkan senyuman ke arah gadis yang kelihatan jauh lebih matang darinya.
“Boleh kita berbual sebentar? Kat luar maybe.” Ujar Tengku Amelia. Dia sengaja memaniskan muka berhadapan dengan mereka berempat. Tidak mahu menimbulkan syak.
“Ok.” Farisya dapat mengagak tujuan sebenar gadis itu. “Korang makanlah dulu. Nanti aku cari korang kat kelas. Tapau kat aku. Hehe..” sempat lagi dia meninggalkan pesanan. Dia sedar rakan-rakannya itu masih tertanya-tanya. Tapi sengaja diabaikan. Dia terus berjalan keluar mengikut kelibat gadis tinggi lampai itu.
“Ok Tengku. Saya rasa kat sini pun dah cukup sesuai.” Farisya duduk di sebuah bangku yang terletak agak tersorok. Tempat itulah yang sering menjadi kawasan bagi pelajar lelaki melepak sementara menunggu diambil oleh penjaga masing-masing. Tengku Amelia hanya menurut. Walaupun hati kecilnya agak jijik dan tidak menyenangi tempat tersebut. Tetapi dia rasa dia perlu menyelesaikan hal mereka segera.
“Ok. I nak tahu apa hubungan you dengan Hakimiey?” soalnya.
“Apesal Tengku nak tau?” Farisya menyoal kembali. Dia tidak suka orang luar mencampuri urusannya. Suaranya masih tenang. Setenang wajahnya.
“I rasa I patut tau. For your information, Hakimiey tu boyfriend I. And I tak suka you ganggu dia. He’s mine!” Bulat matanya menikam wajah gadis didepannya itu.
“Oo. Jadi Tengku datang ni sebab nak bagitau pasal tulah? Sorry Tengku. Saya tak pernah kacau dia. And saya tak tahulah pulak Tengku ni girlfriend dia. Dia tak pernah sebut pun pasal Tengku ni depan saya.” Tenang nada gadis itu.
Listen here Humaira. I nak you putuskan what ever hubungan yang you ada dengan dia. I tak nak you all jumpa lagi.” Dia geram dengan ketenangan yang dimiliki oleh gadis beruniform itu.
Farisya tersenyum sinis. Dia mesti menegakkan haknya. Gadis didepannya itu seperti menganggap dirinya lemah. Ni Farisya Humaira lah. Bukan gadis kampung yang lemah. Getus hati kecilnya.
Sorry Tengku Amelia. Saya rasa saya tak boleh nak ikut cakap Tengku tu. Lagipun apa yang saya dapat kalau saya dengar cakap Tengku?” duganya.
Ok. What do you want? Money? I can give how much as you wish. But promise! You tak boleh jumpa dia lagi.” Dia tersenyum. Sangkanya gadis itu masih mentah. Sama seperti gadis kampung lain. Hanya perlu disogok dengan wang ringgit.
“Duit?? Takde ke benda lain yang saya boleh dapat? Saya tak suka duit. Sorrylah Tengku. Saya tak boleh nak tolong.” Farisya ingin bangun. Tetapi pantas dihalang oleh Tengku Amelia. Masih ada lagi urusan antara mereka yang belum selesai. Hujan renyai-renyai yang turun langsung tidak dihiraukan.
So, apa yang you nak? Just bagitau je. I akan bagi. I tau. Orang kampung macam you ni memang gilakan harta je.” Dia bersuara sinis.
Farisya menahan rasa. Ini tak boleh jadi ni. Ada yang makan pasir minah ni karang. Degusnya.
“Tengku Amelia. Sebenarnya kan. Saya ni tak berminat pun nak berurusan dengan Tengku. Saya tak hingin pun duit Tengku tu. Tengku simpan jelah yek.”
“Hei! Kau jangan nak berlagak sangat dengan aku. Kau tu budak-budak lagi. Sekolah pun tak habis lagi, dah gatal dan berlaki. Kau jangan buat aku hilang sabar ye.” Jelas gadis itu sedang marah. Merah wajahnya menahan geram. Selama ini tidak ada lagi yang berani menolak kehendaknya. Berani benar gadis di depannya itu.
“Alah Tengku. Saya budak-budak pun Hakimiey tetap nak kan saya. Time sekolah, saya belajarlah. Time gatal, baru saya cari Hakimiey. Tengku tak payah risaulah. Saya tahu nak bahagikan masa saya. Kalau Tengku nak tolong sediakan jadual harian kat saya pun ok gak. Lagipun bukan saya tak tau. Tengku pun masa sekolah dulu ada hati nak berlaki gak kan? Bukan ke Tengku kenal Hakimiey time sekolah jugak?” balas Farisya berani. Dia tersenyum melihat wajah bengis gadis tersebut.
“Oh ya Tengku. Lupa pulak saya. Tengku tak payahlah nak marah-marah saya. Saya rasa baik Tengku pergi jumpa sendiri dengan Hakimiey. Kalau dia nak Tengku, saya janji tak kacau dia lagi dah. But, if he want me, I think maybe you should stay away from us. Oklah. I got to go. Assalamualaikum.” Ujar Farisya tegas. Pantas dia meninggalkan gadis sombong itu. Hujan yang semakin lebat itu diredah.
Shit! Jaga kau Humaira. Aku ajar kau!” dia bangun dan menendang kaki bangku yang diduduki oleh Farisya sebentar tadi.
“Aduh! Mama. Sakitnya.” Dia mengerang kesakitan. Matanya meliar memandang sekeliling. Takut dilihat oleh sesiapa. Pantas dia mengorak langkah ke kereta mewahnya.

Bahagia Yang Kudamba ep 14

BAB 14
 “Hah Miey. Kenalkan. Kawan lama papa. Tengku Amirudin. Yang ni isteri Uncle Amir, Tengku Anisah. Dan yang cantik tu, Tengku Amelia Natasya. Kenalkan semua. Ni anak bongsu aku, Hakimiey.” Datuk Helmi memperkenalkan Hakimiey kepada tetamu mereka.
Hakimiey yang sedang bersalaman dengan Tengku Amirudin terpana. Terkejut bila nama itu disebut.  Dia pantas mengangkat muka melihat gadis yang berada di samping Tengku Anisah itu. Gadis itu hanya tersenyum manis memandangnya. Cepat-cepat dia mengambil tempat duduk di sisi Datin Norma. Bertentangan dengan gadis yang selama ini ingin dilupuskan dari ingatannya. Tetapi kenapa dia muncul kembali? Hakimiey terkedu.
“Apesal Miey?” bisik Datin Norma perlahan. Dia dapat melihat perubahan pada raut anaknya itu.
“Err. Takde apa-apa ma.” Balasnya teragak-agak. Dapat dirasakan tangan wanita itu mengusap lembut pahanya. Itulah satu-satunya cara yang sering digunakan oleh wanita itu untuk menenangkan dirinya. Terasa dirinya dimanjai. Farisya juga sering berbuat demikian untuk menenangkannya. Tiba-tiba ingatannya kuat terhadap gadis itu. Terasa seperti ingin menghilangkan diri ketika itu juga. Dia mengangkat wajah. Gadis berambut perang itu masih tidak lepas merenungnya.
Uncle dengar Hakimiey dah habis belajar. Dah dapat kerja ke?” soal Tengku Amirudin.
“Ye uncle. Diorang dah offer kerja. Tapi belum decide lagi. Nak rehat dulu. Lagipun memang balik ni nak bincang dengan mama, papa dulu.” Balas Hakimiey tenang. Lelaki itu hanya menganggukan kepala.
“Kalau boleh Miey nak kerja kat mana?” soal Tengku Anisah pula. Tangannya membelai mesra rambut perang anaknya yang masih tidak lepas memandang wajah tampan Hakimiey. Dalam dia dia memasang angan untuk memadankan anak gadisnya itu dengan jejaka tersebut.
“Entahlah auntie. Miey ingat nak terima offer Dubai Airlines dulu. Nak timba pengalaman kat sana. Lepas tu baru cari job kat sini.” Hakimiey bersuara. Bangga dengan kejayaannya menamatkan pengajian lebih awal. Tidak sia-sia kerja kerasnya selama ini.
“Datuk, Datin. Makanan dan siap.” Sapa Mak Leha.
“Ok semua. Marilah kita ke meja makan. Hari ni aku suruh Kak Leha masak lauk-lauk kampung. Kau tentu dah lama tak rasa masakan kampung kan.” Ujar Datuk Helmi sambil mempelawa tetamunya ke meja makan.
Tengku Amirudin ketawa. Itulah sahabat lamanya ketika menuntut di London dulu. “Kau macam tau-tau je kan. Aku memang bercadang nak singgah kat mana-mana restoran tadi. Dah lama rasanya tak makan masakan kampung ni. Sekali-sekala nak jugak tukar selera kan.” Balasnya pula sambil menepuk mesra bahu Datuk Helmi.
Mereka berenam menuju ke meja makan.
Dalam mereka sedang asyik bergelak ketawa, Tengku Amelia sudah menarik muka. Dia seorang gadis yang dibesarkan di bandar besar, mana mungkin akan menjamah makanan kampung. Tekaknya sudah biasa dengan makanan barat. Terasa loya tekaknya memandang setiap hidangan yang disediakan di atas meja tersebut. Akhirnya dia tersenyum sebaik sahaja matanya memandang sepinggan besar Spaghetti.
“Eh Amelia. Kenapa berdiri lagi tu? Duduklah. Jemput makan. Amy mesti tak pernah makan kan lauk-lauk macam ni kan.” tegur Datin Norma. Bukan dia tidak sedar perubahan wajah gadis itu semasa melihat Hakmiey tadi. Baru dia teringat kepada gadis yang telah menghilangkan senyuman anak lelakinya itu. Tengku Amelia Natasya. Tidak mungkin terlalu ramai yang menggunakan nama sebegitu.
“Err. Baiklah auntie.” Balas Tengku Amelia teragak-agak. Pantas dia mengambil tempat di sebelah Hakimiey. Walaupun dia sudah nampak ada kerusi kosong bersebelahan mamanya tapi dia sengaja ingi dekat dengan lelaki itu. Hakimiey terkejut. Tidak sangka dengan keberanian gadis itu. Matanya meliar memandang ruang dapur. Kemudian dia melihat ke arah Mak Leha yang sedang menyendukkan nasi ke dalam pinggannya. Kemudian semasa wanita itu ingin meletakkan nasi ke dalam pinggan Tengku Amelia, gadis itu pantas bersuara.
“Saya nak Spaghetti tu.” Jari telunjuknya diarahkan ke pinggan yang berisi Spaghetti yang kelihatan masih panas.
“Eh. Bila pulak Kak Leha masak Spaghetti tu?” soal Datin Norma hairan.
“Oo. Yang tu Maira yang masak. Ada orang mintak dia buatkan katanya.” Balas Mak Leha sambil matanya menjeling kepada Hakimiey. Hakimiey berusaha menyembunyikan senyum. Memang semasa di dalam perjalanan tadi dia ada meminta Farisya menyediakan makanan itu untuknya. Tidak sangka gadis kesayangannya itu menurut. Dalam masa yang sama Datuk Helmi dan Datin Norma turut sama memandang kearah jejaka tersebut. Pasti kerja Hakmiey. Desis hati mereka.
“Dah tu. Mana dia? Panggilah dia. Ajak makan sekali.” Arah Datuk Helmi.
“Dia kat dalam bilik. Nak solat. Takpelah. Makanlah dulu. Nanti saya temankan dia makan.” Balas Mak Leha lembut.
“Siapa tu auntie?” soal Tengku Amelia. Dia hairan. Setahunya dahulu Hakimiey merupakan anak bongsu dan ada seorang abang. Dia juga dapat melihat keceriaan pada wajah lelaki di sebelahnya itu apabila mendengar nama tersebut. Dia ingin tahu siapa sebenarnya gadis bernama Maira itu.
#          #          #          #          #          #          #          #          #          #
Farisya yang sudah selesai solat terus ke ruang dapur mendapatkan Mak Leha. Dia senang dengan layanan wanita tua itu. Mak Leha sudah dianggap seperti ibunya sendiri. Sama seperti Datin Norma.
Dilihatnya wanita itu sedang sibuk membasuh pinggan yang digunakan ketika makan tadi. “Mak Leha!” serunya sambil mecuit pinggang wanita tersebut.
“Eh Leha! Saper Leha? Nama akulah Leha. Kau saper? Eh!” latah wanita tua itu sambil tangannya bergerak-gerak. Mujur tidak dihempasnya pinggan ke lantai. Pantas di menarik nafas.
“Hish budak ni. Tak habis-habis nak mengusik.” Sempat dicuitkan buih sabun di pipi Farisya yang sedang galak ketawa itu.
“Maira nak makan? Mak Leha boleh sediakan.” Ujarnya lagi.
“Takpelah. Kita makan sama-samalah nanti. Banyak lagi ke? Meh Maira tolong.” Balas Farisya sambil mengambil tempat disisi wanita itu.
“Takpe. Dah nak habis dah ni. Maira duduk dulu.”
“Mak Leha. Kawan papa tu dah balik ke?” soalnya.
“Belum. Hah! Tadi Hakimiey tu cari Maira. Pergilah kat dia dulu. Nanti kita makan sama-sama.” Ujar Mak Leha.
Farisya pantas melangkah mencari Hakimiey. Matanya dihalakan ke luar rumah. Dia tersenyum. Hakimiey sedang berada di tepi kolam. Tetapi belum sempat dia menegur, terdengar satu suara lain berada di situ.
“Apesal you buat I macam ni Miey? You langsung tak pedulikan I? You tak rindu I ke?” lembut sekali suara tersebut.
“Apa you buat kat sini? Pergilah masuk dalam. Who are you? Kita pernah jumpa ke? Hei! Tak malu ke tiba-tiba cakap rindu kat I?” balas Hakimiey sinis. Dia masih membelakangkan gadis tersebut. Tidak kuasa memandang wajah tersebut. Masih terasa sakit hatinya akibat perlakuan gadis itu.
Please Miey. I’m so sorry. I tau I salah buat macam tu. And now I hope you dapat maafkan I and kita boleh mulakan lagi sekali. I’m still loving you. Please forgive me.” Rayu gadis itu lagi.
What?? Love? Oh no! Pleaselah Amy. I dah lama lupakan semua tu. Bagi I, semua tu mistake. Sekali you buat I macam tu, sampai bila-bila I akan ingat. And I can’t accept that.” Tegas suara Hakimiey.
Gadis itu pantas meluru dan memeluk tubuh lelaki tersebut. “ I’m so sorry. I’m begging you Hakimiey, please forgive me. Give me one more chance. I janji tak ulang lagi semua tu. I really love you. I menyesal sangat bila you minta clash dulu. I sedar I dah takde apa-apa bila you tinggalkan I. Please sayang. I love you. I miss you so much.” Rayu gadis itu sambil memeluk kejap jejaka di hadapannya itu.
Hakimiey tersentak. Pantas tangannya cuba merungkai pelukan tersebut. Dia takut dilihat oleh sesiapa. “Are you crazyTengku Amelia?? Hey! Listen here. I don’t love you anymore! Please get out from my life! I tak kenal you. So,  jangan cuba kacau hidup I.” ujarnya tegas. Pantas dia melangkah meninggalkan gadis itu.
Dia langsung tidak sedar akan sepasang mata yang memerhatikan drama tersebut. Farisya terkedu. Tidak sangka apa yang didengar dan dilihatnya tadi. Gadis itu. Teman wanita Hakimiey dulu. Tapi Hakimiey langsung tidak menceritakan kisah silamnya selama ini. Dia ingin melangkah semula ke dapur.
“Eh Maira. Kat sini rupanya. Puas mama cari tadi.” Tegur Datin Norma.
“Kenapa mama cari Maira?” soalnya sambil mengukirkan senyuman kepada semua yang berdiri di depannya itu.
“Ni hah. Nak kenalkan Maira dengan tetamu papa.” Balas Datuk Helmi. Dia tersenyum melihat gadis comel itu. “Kenalkan. Ni kawan lama papa masa papa belajar kat oversea dulu, Tengku Amirudin. Yang tu Tengku Anisah and the young lady is Tengku Amelia Natasya.”
Farisya pantas bersalaman dengan wanita yang dilihat sebaya Datin Norma dan gadis cantik yang berdiri di sebelah wanita tersebut.
“Siapa ni? Comelnya. Anak kamu ke Norma? Bukan ke Hakimiey tu anak bongsu ke?” soal Tengku Anisah sambil mengurut mesra belakang badan Farisya. Dia berkenan melihat mata bulat yang galak bersinar itu. Walaupun hanya berpakaian ringkas, terserlah kecantikan milik gadis tersebut.
“Kenalkan anak angkat aku. Humaira. Teman si Hakimiey.” Balas Datuk Helmi tersenyum bangga.
“Oo. Pandai Hakimiey pilih kawan. Comel. Padan dengan dia. Humaira sekolah lagi ke?” Tengku Amirudin bersuara.
“Ye Tengku.” Balas Farisya lembut. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman. Dia dapat melihat gadis disebelah Tengku Anisah itu seakan tidak senang dengan kehadirannya.
“Hish! Tak payah bertengku-tengku. Panggil Uncle je. Ok lah Helmi, Norma. Kitorang mintak diri dululah. Terima kasih jemput kami datang. Lain kali jemputlah datang rumah aku pulak. Bawak si Maira tu sekali.” Ujar Tengku Amirudin meminta diri.
Setelah tetamu tersebut pulang, Farisya pantas mencari Hakimiey. Dilihatnya Hakimiey sedang terbaring di dalam bilik.
“Miey. Maira nak balik.” Ujarnya.
“Eh. Apesal awal sangat? Kan Miey dah janji. Nanti Miey hantar Maira. Masuklah dulu. Miey ada something nak bagi kat Maira.” Ujar Hakimiey. Dia perasan wajah itu tidak seceria tadi. Farisya hanya menurut.
“Nah! Bukaklah.” Hakimiey menghulurkan kotak yang berbalut cantik kepada gadis tersebut.
“Untuk apa ni?”
“Lah. Kan tadi Miey cakap nak bagi suprise kat Maira. Tulah.” Balas Hakimiey sambil memuncungkan mulutnya ke arah hadiah tersebut.
Thanks Miey. Nanti Maira bukak.” Balas Farisya lemah. Kotak berbalut kemas itu diletak saja di atas ribanya. Langsung tiada tanda-tanda dia berminat untuk membukanya. Baginya hadiah itu sudah tidak bermakna. Drama yang dilihatnya tadi lebih suprise.
“Maira tak suka ke?” duga Hakimiey. Jelas gadis itu sedang bermuram.
“Suka. Miey.. Jom temankan Maira makan. Laparlah.” Farisya sengaja mengalihkan tumpuan lelaki tersebut.
“Ok. Jom.” Hakimiey bangun. Mengikut langkah kecil itu.
Mereka melangkah beriringan menuju ke meja makan. Farisya sengaja berlagak seperti biasa. Dia masih belum bersedia berbicara dengan Hakimiey mengenai apa yang didengarnya sebentar tadi.


Bahagia Yang Kudamba ep 13

BAB 13
Setelah seminggu Hakimiey menghabiskan masa dengan keluarganya, tiba giliran dia menunaikan janji dengan Farisya. Hari ini dia membawa gadis itu sekali lagi ke restoran kegemaran Farisya.
“Maira. Tahu tak hari ni hari ape?” matanya tidak lepas memandang gadis yang semakin manis di depannya itu.
“Sabtu. Apesal?” Farisya hairan. Apesal mamat ni? Takkan hari ape pun tak tahu. Getusnya.
“Taulah Sabtu. Tapi Maira ingat tak something special tentang hari ni?” soalnya lagi.
“Urmm.. Sebab hari cutilah. Tak payah pergi sekolah.” balas gadis itu ceria. Hakimiey mengeluh. Nasibnya berpasangan dengan ‘budak-budak’.
“Maira salah ke? Sorry.” Farisya tersenyum sambil mengedipkan matanya beberapa kali. Dia serba salah apabila mendengar keluhan lelaki itu. Pasti ada yang tak kena.
Hakimiey tersenyum. Tingkah manja itu sering kali mampu meredakan ketegangan dalam dirinya. “Takpe. Miey tak kisah. Kalau Maira nak tahu. Hari ni kan dah genap dua tahun Maira jadi awek Miey. Lagipun kan tahun lepas Miey tak boleh balik, sebab tu tahun ni Miey ingat nak celebrate dengan awek Miey yang busuk ni.” seloroh Hakimiey. Dia ketawa lepas bila melihat mulut gadis itu sudah memuncung. Dia suka melihat wajah itu setiap kali diusik.
“Maira nak makan apa?” soal Hakimiey. Gadis didepannya direnung lama. Farisya masih lagi mendiamkan diri.
“Alah busuk ni merajuk ke? Sorry sayang. Miey gurau je tadi.” Dia cuba memujuk. Tapi tiada respon oleh gadis itu. Matanya melihat keadaan di Restoran Secret Recipe itu. Tidak ramai yang datang. Mungkin masih awal untuk menjamu selera. Tekanya. “Eh. Miey ada something nak bagitau ni. Penting! Maira nak tau tak?” Wajahnya serius.
Akhirnya gadis itu berpaling melihatnya. “Apa?” soalnya pendek. Hakimiey tersenyum. Jeratnya mengena.
“Maira kan bila merajuk makin comel. Geram sangat Miey tengok pipi tembam ni?” Balas Hakimiey sambil tangannya sempat mencubit pipi gadis itu. Farisya menarik muka. Dia terkena lagi. “Hahaha... Sorry. Miey gurau je.” Hakimiey mengusap lembut pipi yang kemerahan itu.
Seorang pelayan restoran datang membawa sekotak kek dan meletakkannya di atas meja. Farisya hanya melihat dengan riak terkejut. “Eh. Apesal dia tinggal kat sini? Bila kita order?” soalnya memandang pelayan wanita yang sudah berlalu pergi itu. Seingatnya sepanjang mereka duduk di situ belum ada lagi pelayan yang datang mengambil order mereka.
“Urmm. Entahlah. Cuba Maira bukak. Tengok apa kat dalam tu.” Hakimiey memberikan cadangan. Gadis itu mengerutkan dahi.
“Eh tak naklah Maira. Bukan Maira punya.” Dia menolak sedikit kotak tersebut.
“Alah. Takpe. Tengok dulu. Nanti kita ikat balik. Tengoklah.” Pujuk Hakimiey lagi.
Akhirnya Farisya mengalah. Perlahan-lahan dia membuka kotak tersebut. Bulat matanya melihat kek tersebut. Dia atasnya tertulis ‘HAPPY 2nd  ANNIVERSARY HUMAIRA SAYANG.
“ Maira.. Tengs for being my princess and make me happy. Miey tak pernah rasa happy macam ni. Maira dah buat hidup Miey jadi terisi, bermakna. Kalau boleh Miey nak Maira jadi yang pertama dan terakhir dalam hidup Miey. I love you so much my dear.” Bisik Hakimiey lembut. Farisya terkedu. Tidak sangka. Wajahnya diangkat. Memandang tepat jejaka di depannya itu. Hakimiey tersenyum. Membalas renungan gadis tersebut. Dia kaget setelah melihat mata gadis itu sudah berkaca.
“Maira tak suka ke?” soalnya.
“Tak. Maira tak sangka. Macam tak caya je Miey buat semua ni kat Maira.  Thanks Miey. Maira suka sangat. Rasa macam nak nangis je. Tak sangka Miey ni mat jiwang gak yek.” Ujar gadis itu sambil tergelak manja. Sempat lagi dia mengusik Hakimiey.
“Aduh Maira. Janganlah buat Miey suspen. Miey ingat Maira tak suka. Miey tak kisah buat semua ni untuk Maira. Asalkan Maira happy.” Hakimiey tersenyum senang. Dia tahu kejutannya itu tidak seberapa. Tetapi dia tetap bertekad untuk memberikan yang terbaik kepada gadis kesayangnnya itu.
Sorry. Tak boleh. Nak nangis.” Farisya bersuara manja.
“Miey ada suprise untuk Maira. Jom!”Hakimiey bangun sambil menarik lembut tangannya gadis itu.
“Pergi mana?” soal Farisya.
Hakimiey hanya membisu. Gadis itu hanya mengikut langkahnya.
#          #          #          #          #          #          #          #          #          #          #          #          #
Farisya terkedu. Hakimiey membawanya ke banglo itu lagi. Macam tau-tau je yang dia memang dah rindukan seluruh isi rumah itu. Tapi apesal banyak sangat kereta kat rumah ni? soalnya di dalam hati.
“Jom sayang. Turun. Semua dah tunggu tu.” Dia masih lagi termangu di dalam kereta. Tak sedar Hakimiey sudah membukakan pintu kereta untuknya.
Hakimiey sebenarnya turut hairan. Mungkin rakan bisness papanya yang datang. Agaknya. Pantas dia menoleh ke arah Farisya. Gadis itu kelihatan tidak selesa.
“Jom Maira. Suprise tu ade kat dalam.” ajaknya. Farisya hanya menurut.
“Assalamualaikum.” Sapa Hakimiey sambil melangkah memasuki banglo mewah itu. Kedengaran suara ibu bapanya berbual-bual dengan beberapa suara yang agak asing di telinganya.
“Waalaikummussalam. Eh Maira pun ada? Maira sihat? Dah lama Mak Leha tak jumpa Maira. Makin tembam pipi ni. Comel,” Mak Leha, pembantu rumah itu pantas menuju ke arah mereka berdua. Dia lantas memeluk mesra gadis di hadapannya itu. Kedua pipi Farisya dikucupnya penuh kasih. Dia amat senang dengan Farisya. Sejuk matanya memandang wajah Farisya. Gadis itu juga pandai mengambil hati tuanya dan suka benar mengusik.
“Sihat. Hish. Tak tembam lah Mak Leha. Mak Leha saja je kan nak kenakan Maira. Mak Leha mesti sihat kan. Maira tengok pipi Mak Leha tu yang makin tembam. Tengok ni, dah macam belon dah hah.” Farisya pantas mengusik wanita di hadapannya itu. Hakimiey hanya mendengar. Dia tergelak apabila melihat wanita tua itu mencubit lembut lengan gadis kesayangannya.
“Auchh! Sakitlah Mak Leha...” rengek Farisya manja.
Hakimiey tersenyum. Dia senang dengan kemesraan yang terjalin antara Farisya dengan pembantu rumahnya itu. Mak Leha sudah lama berkhidmat dengan Datuk Helmi dan Datin Norma. Wanita itu sudah dianggap seperti ibunya sendiri kerana wanita itu juga yang telah menjaganya dari kecil.
Dahulu pernah sekali Mak Leha bercadang untuk berhenti. Mahu tinggal di kampung katanya. Tetapi niatnya itu dihalang oleh Hakimiey. Dia tidak sanggup berjauhan dengan ibu keduanya itu. Setelah puas dipujuk oleh Hakimiey, barulah Mak Leha mengalah dan membatalkan niatnya itu.
Lamunan Hakimiey terhenti apabila mendengar tawa Farisya dari arah dapur. Tiada lain kerjanya. Pasti mengusik Mak Leha. Tidak sedar sejak bila dia ditinggalkan sendirian. Pantas kakinya menghala ke arah suara tersebut. Dilihatnya Farisya sedang galak berborak dengan Mak Leha sambil memerhatikan wanita itu menghidangkan air untuknya. Gadis itu masih tidak sedar akan kehadirannya.
“Miey nak air? Nanti Mak Leha ambilkan.” tegur Mak Leha.
“Takpe Mak Leha. Miey minum air ni je.” Pantas Hakimiey menghalang wanita itu. Gelas yang masih berisi separuh air oren di depannya di ambil. Habis diteguknya.
“Apesal ambik air Maira? Tak malulah Miey ni.” dia yang baru saja ingin mencapai gelas minumannya itu tersentak apabila melihat gelas tersebut sudah kosong.
“Saja je. Siapa suruh Maira tinggal Miey kat depan tu sorang-sorang?” ujarnya sambil tersenyum. Mak Leha hanya tersenyum melihat pasangan muda itu. Dia bersyukur jika Hakimiey dijodohkan dengan Farisya. Dia yakin. Pasti lelaki itu bahagia. Walaupun gadis itu masih muda, tapi dia tahu Farisya pasti akan dapat membahagiakan lelaki yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri itu.
“Lah. Kat sini rupanya Miey. Jom join us kat depan.” Tegur Datin Norma yang berdiri di muka dapur. “Eh! Maira pun ada? Bila sampai?” soalnya. Terkejut melihat gadis itu. Maira maju menghulur salam. Tetapi tidak bersambut. Tubuhnya ditarik ke dalam pelukan wanita itu. Sekali lagi pipinya menjadi sasaran kucupan wanita sebaya ibunya itu. “Mama rindu sangat dengan Maira. Dah lama kita tak jumpa kan?” ujarnya sebak. Diusap lembut pipi gadis itu. Memang dia sudah jatuh sayang dengan gadis tersebut. Sejak pertama kali bertemu lagi.
“Baru je ma. Maira pun rindu nak jumpa Datin Norma ni. Makin cantiklah mama. Slim gitu.” Usik Farisya. Dia sempat mengenyitkan matanmya kepada Hakimiey. Hakimiey ketawa. Begitu juga dengan Mak Leha.
“Amboii!! Sedapnya mengata mama yek.” Datin Norma mengjenggilkan mata dan berpura-pura marah. Tangannya mencubit geram pipi gadis yang masih tersenyum memandangnya itu.
“Aduh ma! Sakit. Sorry-sorry. Gurau je. Lama tak usik mama. Tapi betullah ma. Mama nampak slim je sekarang ni. Diet yek? Mesti papa suka kan ma?” Farisya pantas berlari ke belakang Hakimiey. Takut sempat dicapai oleh Datin Norma.
“Farisya Humaira!” Datin  Norma mengetap bibir sambil bercekak pinggang. Dia memandang tepat susuk tubuh yang berdiri di belakang tubuh sasa anak lelakinya itu. Riuh ruang dapur itu dengan tawa mereka.
“Hai. Apesal yang riuh sangat ni? Sampai kat depan tu dengar. Mama buat apa lagi kat sini? Dah! Cepat siapkan makanan tu.” Tegur Datuk Helmi. Dia tidak nampak susuk tubuh Farisya yang masih berlindung di belakang Hakimiey.
“Takde apelah bang. Tu hah si Maira. Tak habis-habis nak mengusik.” Ujar Datin Norma sambil tersenyum. “Kak Leha. Dah siap masak ke?” soalnya sambil melangkah ke arah Mak Leha. Pantas dia membantu pembantu rumahnya itu menghidangkan makanan untuk tetamu.
“Maira mana pulak ni Miey?” soal Datuk Helmi. Hairan apabila nama Farisya disebut sedangkan kelibat gadis itu tidak kelihatan.
“Assalamualaikum papa.” Sapa Farisya sambil tersenyum. Pantas dia melangkah mendekati lelaki separuh abad itu. Dihulurkan tangan dan mengucup lembut tangan lelaki yang masih terkejut dengan kemunculannya itu.
“Waalaikumussalam. Lamanya papa tak jumpa anak papa ni. Maira sihat?” balas Datuk Helmi lembut. Sempat dia mengusap lembut kepala yang dilitupi tudung itu.
“Sihat pa. Papa sihat? Maira ingatkan papa dah lupa kat Maira. Asyik ingat kat mama je tiap masa. Mama kan dah makin cantik sekarang.” Seloroh Farisya lagi. Bulat mata Datin Norma melihat gadis itu. Semua yang ada di dapur itu turut ketawa dengan usikan tersebut.
“Eh. Dahlah. Papa ada tamu tu. Kalau nak layan si Maira ni sampai esok pun tak habis. Jom papa kenalkan kamu dengan tetamu papa tu. Miey. Jom!” Ajak Datuk Helmi. Dia turut gembira dengan kehadiran Farisya.
“Err. Miey pergi jelah. Biar Maira tolong Mak Leha. Mama pun pergilah depan.” Balas Farisya. Dia tidak biasa. Fikirnya lebih baik dia duduk di dapur sahaja dengan Mak Leha.
Perlahan-lahan Hakimiey mengangguk. Berat kakinya melangkah meninggal gadis itu. Kalau boleh dia hanya mahu mengahabiskan masa bersama Farisya. Tetapi demi menjaga air muka orang tuanya, diturutkan juga langkah kedua-duanya itu ke ruang tamu.
Farisya mula menolong Mak Leha menghidangkan makanan. Sambil mulutnya tidak henti-henti berceloteh. Diselang seli dengan tawa wanita tua itu.

Bahagia Yang Kudamba ep 12

BAB 12
Jun 2003
“Apesal tengok Maira macam tu? Ada yang tak kena ke?” Farisya menyoal. Pantas tangannya menyentuh pipi. Takut ada sesuatu di wajahnya itu. Mereka baru sahaja tiba di di Restoran Secret Recipe.
Hakimiey tersenyum. Matanya masih melekat pada wajah itu. “Takde. Saja nak tengok Maira. Dah lama kan kita tak jumpa. Maira tak rindu Miey ke?” soal Hakimiey lembut.
“Urmmmm... Tak.” Balas Farisya.
What?? Sikit pun tak?” bulat mata Hakimiey memandang gadis itu. Seperti ingin diterkamnya tubuh kecil Farisya yang sedang tersenyum itu. Terkejut mendengar pengakuan dari mulut comel itu. Tambah terkejut dirinya apabila melihat kepala itu digelengkan beberapa kali.
Ya Allah! Aku syok sendiri ke selama ni? Dia dah ada orang lain ke? Ke memang selama ni dia tak sayang kat aku pun? Hakimiey berbicara sendirian. Dia mengeluh hampa. Matanya dialihkan memandang keluar. Kecewa dengan penerimaan gadis tersebut.
Farisya tersenyum melihat wajah kelat  Hakimiey. Pantas tangannya menarik lembut hidung mancung milik Hakimiey. Itulah tabiatnya selama ini. Hakimiey pantas menoleh. Tajam renungan lelaki tersebut. Dia tahu Hakimiey tidak boleh bila orang menyentuh hidungnya. Katanya hanya Farisya seorang yang berani berbuat demikian walaupun sudah ditegah beberapa kali.
Sorry. Gurau je. Nak tau tak. Selama Miey takde ni, dah takde orang yang nak kacau Maira. Panggil Maira busuk. Tunggu kat pintu pagar sekolah masa Maira balik sekolah. And the most important, Maira dah tak boleh tarik hidung orang macam ni.” Balas Farisya sambil tangannya sekali lagi cuba menarik hidung lelaki itu tetapi sempat ditahan. Hakimiey pantas memegang tangan kecil itu. Farisya hanya membiarkan sahaja. Dia tersenyum. Manis sekali.
“Suka sangat usik Miey kan? So, Maira pun rindu kat Miey?” Hakimiey inginkan kepastian. Berubah ceria wajahnya apabila melihat Farisya menganggukkan kepalanya.
“Miey pun rindu kat Maira. I miss you so much my dear. Sampaikan Miey rasa macam nak lari balik je. Nak stay kat sini.” Ujar Hakimiey teruja. Wajah gadis berumur 16 tahun itu dipandangnya lama.
Sudah agak lama mereka tidak bertemu. Hakimiey menetap di United Kingdom bagi mengejar cita-citanya sebagai seorang pilot. Wajah gadis didepannya itu dipandang. Dia baru saja pulang bercuti. Sebaik sahaja pulang ke tanah air, di pantas menghubungi Farisya dan mengajaknya keluar. Farisya masih lagi kekal dengan kemanjaannya tetapi terserlah kematangan setiap kali berbicara. Hakimiey tersenyum lagi. Dia bahagia setiap kali berdampingan dengan gadis tersebut.
“Miey cuti lama ke?” soal Farisya.
“Sebulan. Sebab tu Miey balik. Rindu nak tengok muka budak busuk ni.” Hakimiey mencubit lembut pipi gebu itu.
“Sakitlah! Miey ni kan.. Nanti bolehlah Miey datang tiap-tiap hari jumpa Maira kan.”
“Amboi mak datin ni. Tak kan tiap-tiap hari sayang oi.. Miey ingat nak balik KL esok. Seminggu. Pastu baru Miey lepak ngan Maira. Everyday. Ok my dear?” balas Hakimiey. Memang itu niatnya. Untuk menghabiskan masa bersama Farisya Humaira.
“Alah. Nak buat ape pergi sana? Bukan ke mama ngan papa Miey duk kat sini?” gadis itu sudah memuncung. “Ke Miey nak jumpa siapa kat sana?” soalnya lagi.
“Ada ke situ pulak dia ni. Miey ingat nak gi jumpa Abang Akim. Lepas tu nak balik JB jap. Jumpa nenek ngan atuk. Kan diorang tinggal kat sana.” Balas Hakimiey lembut.
“Bukan nenek Miey je ke kat JB tu?” soal Farisya. Dahinya berkerut. Dia memang mudah keliru dengan susur galur keluarga lelaki di depannya itu.
Hakimiey tersenyum. Mengerti dengan mimik muka gadis itu. “Yup. Nenek kan dah pernah cakap ngan Maira dulu. Nenek tu ibu kepada mama. Dia tinggal dengan Family si Izan tu kat JB. Atuk pulak ayah tiri mama. Atuk ngan nenek dah lama bercerai. Atuk tinggal dengan anak dia merangkap adik tiri mama kat Danga Bay.” Terang Hakimiey lagi.
“Oo. Baru Maira paham.” Farisya mengangguk faham.
“Dah. Tak yah pening-pening pikir pasal tu. Nanti Miey nak spend masa 3 minggu dengan Maira. Tiap-tiap hari Miey datang tunggu Maira kat depan pintu pagar. Macam dulu-dulu. Ok?” pujuk Hakimiey lembut. Memang dia melayan gadis itu dengan penuh sabar.
“Ok. Janji tau. Nanti kalau tak datang, Maira tak nak kawan Miey,” ujar gadis itu tersenyum manja.
“Janji sayang...” Hakimiey tersenyum. Disambut dengan senyuman manja gadis kesayangannya itu.
Mereka menghabiskan masa sepanjang hari bersama. Hampir pukul 6 petang barulah Hakimiey menghantar gadis itu pulang. Tetapi satu perangai Farisya yang masih membuatkan Hakimiey tidak selesa. Gadis itu masih belum bersedia untuk mempertemukan Hakimiey dengan keluarganya. Tidak seperti Hakimiey. Sudah hampir semua ahli keluarganya mengenali Farisya dan mereka menyenangi kehadiran gadis tersebut.

Andai Dia Jodohku ep11

BAB 11
“Bos!” panggil Mila agak kuat beserta ketukan pada meja lelaki tersebut.
Zarul Zikuan tersentak. Wajah Mila dipandang sepi.
“Hah! Ada apa ni Mila?” soalnya cuba menutup rasa malu akibat ditangkap berkhayal sebentar tadi.
Mila tersenyum. “Malam nanti bos kena hadirkan diri ke pertunjukan fesyen amal tu. Jangan tak pergi ye bos.”
“Alah Mila. Saya malaslah. Tak boleh ke kalau saya tak pergi?” Zarul Zikuan bersuara malas.
“Hai bos. Takkan bos lupa kot. Kan bos yang akan rasmikan acara malam nanti. Lagipun syarikat ni merupakan penyumbang terbesar bagi majlis amal malam nanti bos. Bos jangan nak buat hal pulak.” Gadis itu cuba mengingatkan pemuda di depannya itu.
Zarul mengeluh lemah. “Siapa nak temankan saya Mila?” soalnya..
“Aik bos! Takkan yang tu pun nak tanya saya. Senarai kan ramai. Bos pilih jelah.” Balas Mila selamba.
Zarul diam. Beberapa wajah terbayang di matanya. Tapi dia tidak berkenan. Dia tahu, pasti mana-mana teman wanitanya akan bersetuju jika diajak, tapi entah kenapa hatinya langusng tidak terdetik untuk mengajak mereka. Tiba-tiba ingatan Zarul tertumpu pada satu wajah. Dia tersenyum senang.
“Yang bos senyum-senyum ni apesal?” soal Mila hairan. Tadi bukan main lagi muka macam kucing hilang anak. Ni boleh pulak senyum-senyum. Desisnya.
“Saya nak awak call Cik Airisya Balqiss. Suruh dia datang ke pejabat sekarang.”arahnya.
“Siapa tu bos?”
“Awak jangan banyak soal. Buat je apa yang saya suruh.” Balas Zarul Zikuan acuh tak acuh.
“Baik boss...” Mila akur.
*          *          *          *          *
Balqiss mengetap bibir.
“Bos saya nak jumpa cik sekarang. So, saya harap Cik Balqiss bersiaplah. Nanti driver syarikat akan datang ambil cik kat rumah.” Ujar wanita tersebut.
Balqiss bersiap ala kadar. Tersenyum melihat penampilannya di cermin. Pakaian kebangsaannya tersarung elok ditubuh kecilnya itu. Tidak lama kemudian, terdengar hon kereta dibunyikan.
“Assalamualaikum. Ni cik Airisya Balqiss ke?” soal lelaki berusia awal 40-an itu.
“Waalaikummussalam. Iye. Saya Balqiss.” Balasnya ramah.
“Oo. Pak cik ni Pak Leman. Jomlah cik. Nanti lama pulak bos Pak Leman tu tunggu kita.” Ujar lelaki itu sambil tersenyum lembut.
Balqiss mengangguk. “Tak usahlah bercik-cik dengan saya Pak Leman. Panggil Balqiss je.”
Kelihatan Pak Leman mengangguk dan tersenyum.
“Oh ye Pak Leman. Bos Pak Leman tu siapa ye? Apesal dia nak jumpa saya?” soal Balqiss hairan. Wajah lelaki yang sedang tekun memandu itu dipandang menagih jawapan.
“Entahlah Balqiss. Pak Leman pun tak tahu. Ini pun Cik Mila yang suruh Pak Leman datang ambil Balqiss.” Balas Pak Leman lembut.
Balqiss terdiam. Sebelum ini dia langsung tidak mengenali atau mengambil tahu siapa pemilik Lestari Holdings. Syarikat binaan yang agak besar di ibu kota.
*          *          *          *          *
“Cik Mila. Ni Balqiss.” Ujar Pak Leman sebaik saja tiba di depan meja yang berada betul-betul di depan bilik CEO syarikat tersebut.
Mata Balqiss meliar memandang sekeliling. Tiba-tiba matanya terpaku menatap sebaris nama yang terpapar di bawah tulisan CEO syarikat. Muhd Zarul Zikuan Muhd Zahari.
Gulp!
Terasa kerongkongnya kesat.
Tiba-tiba pintu bilik dibuka dari dalam.
“Mila. Tetamu tu tak sam...” kata-katanya terhenti sebaik saja melihat wajah terkejut Balqiss.
Zarul Zikuan melemparkan senyuman menggodanya.
Kelihatan bibir Balqiss bergerak seakan ingin menyatakan sesuatu.
“Bos!” tegur Mila.
“Oh! Mila, suruh cik Airisya Balqiss tu masuk. Dan buatkan dua fresh orange.” Arah Zarul Zikuan sebelum kembali masuk ke dalam biliknya.
“Cik Airisya Balqiss. Saya Mila. Setiausaha Encik Zarul. Jom, saya hantarkan cik Airisya Balqiss  ke dalam.” Ujar Mila lembut sambil melemparkan senyuman manis. Jelas kelihatan wajah terkejut gadis di depannya itu sebaik melihat wajah bosnya sebentar tadi.
“Tak payah panggil saya macam tulah. Segan saya. Panggil Balqiss je.” Balas Balqiss lembut. Langkah Mila diikut.
“Airisya Balqiss. Duduklah.” Pelawa Zarul Zikuan ramah.
“Ada apa kau panggil aku datang sini ni?” soal Balqiss kasar sebaik saja kelibat Mila menghilang.
Zarul Zikuan tersenyum. Sudah diagak kata-kata itu akan muncul dari mulut gadis tersebut.
“Yang kau sengih-sengih ni apesal? Kalau kau panggil aku datang sini nak suruh aku tengok kau tersengih macam lembu takde ekor tu baik tak payah.” Ujar Balqiss geram.
“Kau boleh tak jangan marah-marah. Aku tahulah kau tu singa lapar. Tapi tak payahlah mengaum kat pejabat aku ni.” Perli Zarul Zikuan selamba.
“Kalau aku ni singa lapar, dah lama aku telan mamat sengal macam kau tu. Takdelah buat menyemak je kat bumi ni. Menyusahkan orang je.” Balqiss membalas.
“Muka aku handsome macam ni kau kata buat menyemak? Kau buta ke apa Qiss?” soal Zarul geram.
“What?? Handsome? Kau dah gila ke apa?” soal Balqiss pula.
“Handsomelah. Cuba kau tengok betul-betul. Kalau tak, takkanlah ramai perempuan kat luar tu berebut nak dapatkan aku.” Zarul Zikuan bersuara bangga.
Balqiss ketawa kuat.
Mila masuk menghantar minuman pelik melihat Balqiss begitu galak ketawa. Sedangkan wajah Zarul Zikuan sudah merah menahan geram.
Balqiss yang perasan riak hairan Mila berhenti ketawa.
“Mila. Kejap! Aku nak tanya kau ni. Kau tengok si mamat sengal ni handsome ke? Jawab dengan jujur.” Balqiss bangun mendapatkan Mila. Tangannya memeluk bahu Mila. Seakan sudah kenal lama saja lagaknya.
Mila hairan. “Apesal Balqiss tanya macam tu?”
“Takdelah. Dia cakap dia tu handsome. Tapi aku tengok takdelah handsome sangat pun. Handsome lagi mamak yang jual roti canai kat warung tepi jalan tu.” jawab Balqiss selamba.
Mila terkejut. Bulat matanya memandang wajah Balqiss. Tidak percaya dengan kata-kata gadis tersebut. Sangkanya Balqiss sama sahaja dengan teman-teman wanita bosnya. Tapi jangkaannya meleset. Sudahlah Zarul Zikuan dipanggil mamat sengal, malah dibandingkan dengan mamak roti cana tepi jalan pulak tu.
“Tutup mulut tu Mila. Pergilah keluar. Jangan dilayan sangat si mereng tu.” tegur Zarul Zikuan geram. Sakit hatinya apabila Balqiss seolah-olah sengaja memperkecilkannya.
Mila terus beredar. Takut melihat wajah Zarulyang mencuka.
Balqiss ketawa riang. Gembira kerana sudah dapat mengenakan lelaki tersebut.
“Dah puas ketawa? Aku tengok kau riang semacam je? Dan habis period ke?” perlinya selamba.
Dia tersenyum sebaik sahaja melihat Balqiss menjengilkan mata kepadanya.
“Kau nak apa panggil aku datang sini? Aku banyak kerjalah kat rumah tu. Cakaplah cepat?” Balqiss cepat-cepat mengubah topic. Bukan boleh dilayan sangat mamat sengal ni.
“Macam ni Balqiss. Aku sebenarnya nak minta tolong kau.” Zarul berhenti seketika. Wajah ingin tahu Balqiss ditatap seketika. “Boleh tak kau temankan aku ke majlis amal malam ni? Please Qiss. Kau je harapan aku sekarang ni.” Tambahnya berterus-terang.
Balqiss terkejut.
“Apesal tiba-tiba kau cari aku? Mana girlfriend-girlfriend kau yang belambak tu?” soal Balqiss sinis. Terasa ingin tergelak melihat raut lelaki di depannya itu.
“Alah Qiss. Kalau aku nak ajak diorang, takdelah pulak aku susah-susah bawak kau datang sini. Pleaselah Qiss. Kau tolong aku yek.” Pinta lelaki itu lagi. Wajah mencuka Balqiss dipandang.
“Tengoklah dulu.” Balas Balqiss acuh tak acuh.
“Mana boleh macam tu Qiss. Majlis tu malam ni. Ke kau tak nak tolong aku sebab kau takut terpikat dengan aku?” Zarul Zikuan sengaja menduga gadis tersebut.
Tersungging senyuman dibibirnya sebaik sahaja melihat wajah terkerut Balqiss.
“Eh! Kau cakap baik-baik sikit. Takde maknanya aku nak terpikat dengan muka sengal kau tu.” balas Balqiss geram.
“Kalau kau tak takut, kau tentu tak tolak permintaan aku tu.” tokok Zarul lagi. Cuba mengapi-apikan gadis tersebut. Gadis seperti Balqiss tidak perlu dipujuk rayu. Tapi perlu diprovok.
“Kalau aku tolong kau, apa yang aku dapat?” soal Balqiss tiba-tiba.
“Kau nak apa? Semua aku bagi.” Zarul bersuara bersungguh-sungguh.
Balqiss berpura-pura berfikir. “Kalau macam tu, aku nak company bapak kau ni.” Dia bersuara.
Terkejut beruk Zarul Zikuan mendengar kata-kata tersebut.
“Kau biar betul Qiss. Takkan sampai macam tu sekali.”
“Amacam? Sanggup tak?” soal Balqiss. Keningnya dijongket beberapa kali.
Cantik! Puji hati kecil Zarul Zikuan.
“Macam ni. Apa kata aku bagi kau 10 ribu? Kira upah. Takkan kau nak tolak Qiss? Bayangkan kalau kau kerja pun, berapa bulan baru boleh kumpul banyak tu?” Zarul masih memprovok gadis itu.
“Ok. Aku setuju!” balas Balqiss tanpa berfikir panjang.
“Ok deal!” Zarul Zikuan tersenyum meleret. Mudah baginya menjerat gadis garang itu.
“Tapi....”
“Tapi apa lagi ni Qiss?”
“Aku mana ada baju nak pakai nanti.” Ujar Balqiss sambil menayang muka sedih.
“Nanti aku uruskan. Jom ikut aku.” Zarul Zikuan bingkas bangun.
“Eh! Kau nak pergi mana tu. Tunggulah aku!” jerit Balqiss kuat sambil berlari mengikut langkah lelaki tersebut.