SELAMAT MEMBACA..Jangan lupa tinggalkan komen atau cadangan agar Mya boleh buatkan cerita lebih menarik okeh!datang lagi...sayang korang...(^_*)

Jom follow blog Mya.... ;)

Monday 23 January 2012

side income....


----- >  malam ni Mya tiba-tiba je gatal tangan nak post pasal ni. 

Daftar percuma . Satu sistem yang dibina menyamai google, fb etc. Bezanya google & fb mengaut keuntungan berjuta dolar dari pengguna internet untuk mereka sendiri. Tapi WAZZUB mengagihkan keuntungan kepada pengguna yang mendaftar sebelum launching pada 9April ini. Setiap yg mendaftar sekarang dan membina famili member akan dibayar usd1. Jadi jangan lepaskan peluang ini.utk daftar klik linkhttp://signup.wazzub.info/?lrRef=3d696


Dunia internet sekali lagi digegarkan dengan teknik terkini
untuk menambah pendapatan. Namun kali ini ianya tampil dengan
aura yang lebih hebat.

Tanpa modal awal + tanpa yuran bulanan

+ tanpa menjual + tanpa membeli + bukan MLM + tanpa muat turun

= Peluang Yang Paling Hebat Di Internet

Bagaimana?. Sebelum itu mari kita kupas dulu tentang logiknya.
Dua syarikat gergasi di Internet iaitu Google dan Facebook telah
mencatat keuntungan berbillion setiap tahun. Bagaimanakah mereka
menjana keuntungan tersebut?.

Rahsia yang paling utama adalah penjanaan melalui penjualan iklan.
Siapakah yang menggunakan perkhidmatan pengiklanan mereka?.Mudah,
jawapannya adalah ahli atau jaringan yang telah mendaftar sebagai
pengguna perkhidmatan mereka juga.

Kini satu lagi gergasi akan muncul yang akan beroperasi seperti
Facebook, bergelar WAZZUB. Bagi menyaingi populariti dua gergasi
yang disebutkan tadi, WAZZUB telah membuat pendekatan yang bakal
memberi keuntungan juga kepada kita sebagai pengguna perkhidmatannya.

WAZZUB telah menggunakan kaedah bijak dengan mengupah setiap ahli
yang mendaftar sekarang supaya melakukan dengan apa sahaja cara pun
untuk meramaikan ahli WAZZUB. Sebagai upahnya, ada dua pendapatan yang
akan diberi kepada kita:

1. Pendapatan Residual.

Yang mana dengan hanya melakukan kerja sekali sahaja, kita akan
menerima pendapatan setiap bulan.

(50% keuntungan WAZZUB setiap bulan akan diagih mengikut kelayakkan
kita.)

2. Pendapatan Leveraj

Iaitu pendapatan yang kita terima setiap bulan dari hasil kerja
orang lain.

(Maksudnya, jika kawan kita yang memperkenalkan ahli pun kita
tetap di bayar)

WAZZUB menggunakan sistem matrix atau unilevel hingga 5 level.

Contohnya: (Jika ada memperkenalkan 10 ahli dan semua dalam kumpulan
anda memperkenalkan 10 ahli)

Level 1: 10
Level 2: 100
Level 3: 1000
Level 4: 10,000
Level 5: 100,000

Jumlah : 111,110 ahli dalam kumpulan anda.

Hanya ahli yang mendaftar sehingga 9 April 2012 yang layak mendapat
profit sharing ini. Bagi mengira profit sharing, WAZZUB menggunakan
satu formula yang dipanggil $Factor.

$Factor= 50% Keuntungan Bersih/Ahli Yang Layak Dapat Profit Sharing
(Ia akan berubah ubah mengikut keuntungan bulanan)

Sebagai contoh ambillah $Factor = $1.00

Jumlah ahli dalam kumpulan X $Factor = Pendapatan Bulanan Anda.

111,110 X $1.00 = $111,110.00

Bagaimana sudah jelas?. Jika tidak jelas pun tidak mengapa, daftar
sahaja dahulu kerana ianya PERCUMA.

Kemudian salin semula email ini dan hantar kepada kawan kawan. Cuma
jangan lupa untuk tukar link pendaftaran di bawah kepada link anda
juga nama anda sebagai penghantar email

http://signup.wazzub.info/?lrRef=3d696



Setelah Anda Mendaftar Anda Perlu Membuat PENGESAHAN Didalam Email Yang Anda Buat Pendaftaran Bagi Tujuan AKTIFkan Akaun WAZZUB !
selepas itu baru login utk dapatkan link

http://signup.wazzub.info/?lrRef=3d696


Sunday 1 January 2012

Bahagia Yang Kudamba ep 22

BAB 22
Majlis pertunangan Hakimiey berjalan lancar. Ia berjalan seperti yang telah dirancangkan oleh Datuk Malik. Hakimiey juga telah menandatangani surat perjanjian dah pindah milik harta yang telah disediakan. Walaupun majlis itu meriah dengan kedatangan tetamu dan sanak-saudara yang ramai, Hakimiey langsung tidak gembira. Hatinya menangis kesedihan. Wajah gadis kelahiran Terengganu itu sering bermain-main di ruang matanya.
Datin Norma juga merasai apa yang dirasai oleh anaknya itu. Dia langsung tidak teruja menyediakan keperluan-keperluan majlis. Hanya Rosmah dan Datuk Malik yang kelihatan begitu gembira. Nabila yang dirias cantik itu juga tidak mampu menenangkan hati ibu tua itu.
Mungkin ramai yang perasan tingkahnya sebentar tadi. Sebaik sahaja selesai menyarungkan cincin pertunangan ke jari gadis itu, dia pantas menarik tangannya daripada dikucup oleh bakal menantu pilihan Datuk Malik itu. Dia juga pantas melarikan diri ke ruang dapur. Hakimiey yang melihat adegan itu dari jauh turut sebak.
“Dahlah tu Miey. Aku yakin, Maira pasti faham. Lagipun pertunangan ni hanya sementara waktu je.” Hafieyzan yang turut sama-sama berada di rumah agam tu faham benar dengan perasaan Hakimiey. Dia tidak membayangkan bagaimana penerimaan Farisya mengenai berita tersebut.
Hakimiey yang mendengar ayat terakhir Hafieyzan itu pantas menoleh.
“Apesal kau tenung aku macam tu bro? Aku salah cakap ke?” terkejut Hafieyzan dengan tindak balas Hakimiey itu.
“Tak. Kau cakap ape tadi? Sementara waktu? Apa maksud kau Zan?”
“Laa. Habis tu takkan kau nak kawin jugak dengan si Bella tu. Come on lah Kimiey. Aku kenal kau. Cuba kau bukak sikit otak kau tu. Belajar sampai luar negara, problem sikit punya kecik macam ni pun kau dan lemah.” Balas Hafieyzan mentertawakan sepupunya.
“Aku tak fahamlah Zan. Boleh kau tolong jelaskan kat aku tak?”
Sorrylah kalau apa aku cakap ni agak kurang ajar. Aku bukan mintak. Tapi dah memang semua orang kat dunia ni pasti akan mati kan. Cuma kita tak tau je bila.” Hafieyzan manarik nafas panjang. Wajah tidak sabar Hakimiey dipandangnya lama.
“Woi! Cakap jelah. Ringkaskan aje.” Tokok Hakimiey tidak sabar.
“Relakslah bro. Macam ni. Atuk tu kan dah tua. Sakit pulak tu. Aku rasa tak rugi pun kalau kaut ikut je permintaan dia tu. Lagipun dia kan dah surrender kau dengan Bella tu tunang je dulu. And dia tetap akan bagi semua yang dia janji kat kau kan. So, aku cadangkan kau buat-buat ikut je ape yang dia nak. Tapi jangan kawinlah.”
“Habis tu takkan sampai bila-bila aku tak payah kawin. Kau ni mengarutlah.”
“Bukan macam tu maksud aku. Kau ni lembab betullah. Kau kan nak kerja kat Dubai dulu. Lagipun kau kena sambung kursus kat UK tiga bulan dulu kan? So, kau gunakanlah tu sebagai alasan kau taknak kawin. Kontrak kau dengan Dubai Airlines tu pun boleh kau gunakan as a reason untuk kau tangguhkan dulu majlis kau tu. Kau cakaplah, takkan si Bella tu nak ikut kau fly, tinggal kat sana. Kau jangan bagitau kat atuk yang diorang memang sediakan rumah untuk kau. Or kau boleh gak cakap kau menyewa dengan kawan-kawan. Sure atuk tak kan bagi Bella ikut kau punyalah.” Terang Hafieyzan panjang lebar.
“Tapi macam mana kalau orang tua tu memang carikan rumah untuk aku kat sana?” Hakimiey sudah boleh menerima idea sepupunya itu.
“Alah. Pandai-pandailah kau kelentong atuk tu. Kau tu kan muda lagi. Nak enjoy dulu. Lagipun dulu atuk sendiri yang nasihatkan aku suruh aku enjoy dulu masa muda ni. Sebab tu aku rasa macam tak caya je dia boleh paksa kau kawin muda. Dengan Bella pulak tu.” Hafieyzan juga agak rapat dengan Datuk Malik. Dalam diam dia bersyukur kerana bukan dia yang dipilih oleh lelaki itu untuk Nabila. Dia memang langsung tidak boleh dekat dengan anak Auntie Rosmahnya. Pasti mereka akan bergaduh.
“A’ah lah kan. Bagus jugak kepala otak kau tu. Apesal lah aku tak terpikir pun macam tu.” Balas Hakimiey sambil ketawa panjang. Dalam pada itu sempat lagi dia menolak lembut kepala sepupunya itu.
So, sekarang kau  mengaku tak yang aku ni lebih bijak dari kau?” balas Hafieyzan memuji diri. Dia turut ketawa. Senang hatinya melihat Hakimiey kembali tersenyum seperti dulu.
“Miey. Apa kata kau bagi je Maira tu kat aku?” Hafieyzan tiba-tiba bersuara serius. Wajah Hakimiey dipandang. Dapat dilihat riak terkejut pada wajah putih bersih itu.
“What??” terjerit Hakimiey mendengar kata-kata itu.
Are you crazy??” pekiknya lagi. Tidak sangka sepupunya yang selama ini amat dipercayai turut menyimpan perasaan terhadap kekasih hatinya.
“Kau kan dah jadi tunang orang sekarang. Takkan dua-dua kau nak kot.” Hafieyzan cuba menyembunyikan senyum. Kelakar melihat riak sepupunya ketika itu.
No!! Dia hak aku. Baik kau blah sekarang sebelum aku cepuk muka kau tu.” Marah benar Hakimiey. Merah padam wajahnya menahan geram.
“Lah! Rileks lah bro. Lagipun aku boleh jagalah si Maira tu. Kau dah ada Bella. Bagilah Maira kat aku.” Usik Hafieyzan lagi.
“Kau ni memang nak kena kan dengan aku?” wajah Hakimiey sudah merah menahan marah. Tidak sangka sepupunya itu boleh berkata seperti itu. Penumbuknya dikepal geram.
“Hahaha.... Aku gurau jelah.. Maira ada call aku tadi. Tanya pasal kau.” Hafieyzan ketawa kuat. Tidak tahan melihat wajah cemberut Hakimiey.
“Fuhh!! Lega aku. Kau ni kan memang nak kenalah.” Hakimiey mengurut dada. “Habis tu kau jawab apa?” soalnya lagi.
“Aku cakaplah kau bertunang hari ni. And aku bagitau kat dia next week aku nak hantar rombongan meminang dia pulak. Untuk aku. Mujur dia setuju.” Balas Hafieyzan sambil berlari laju meninggalkan Hakimiey. Dia ketawa kuat.
“Hafieyzan!!!!” Hakimiey menjerit geram.

Bahagia Yang Kudamba ep 21

BAB 21
“Miey dah fikir masak-masak ke?” Soal Datin Norma. Belas hatinya melihat kemurungan lelaki akhir belasan tahun itu.
“Miey... Jangan buat sesuatu terburu-buru. Jangan ikutkan sangat perasaan tu. Lagipun Miey sendiri yang cakap tak nak hari tu kan. Jangan musnahkan masa depan Miey semata-mata nak penuhi kehendak orang lain.” Nasihat Datuk Helmi pula. Sudah hampir tiga hari mereka sekeluarga berkampung di rumah agam Datuk Malik. Esok, Hakimiey akan melangsungkan pertunangan dengan Nabila.
“Miey. Maira ada call abang tadi. Dia cakap dah banyak kali dia cuba call Miey. Tapi Miey tak jawab. Dia tau tak pasal ni?” soal Hakim pula. Matanya merenung tepat ke wajah sugul Hakimiey. Sebaik sahaja adiknya itu membuat keputusan semasa di hospital tempoh hari, tiada lagi senyuman menghiasi wajah tampan itu. Begitu juga Datin Norma. Wanita itu hanya bersedih. Sedih mengenangkan pengorbanan yang dilakukan oleh anak bongsunya dan juga tidak tahu apa yang akan terjadi dengan hubungan Hakimiey dengan Farisya. Dia langsung tidak berkenan dengan bakal tunangan Hakimiey.
Hakimiey mengeluh lemah. Silapnya kerana membiarkan gadis kesayangannya itu tercari-cari. Tapi dia tidak mampu untuk berterus-terang dengan Farisya. mendengar suara itu pun sudah cukup membuatkan dirinya dihimpit rasa bersalah yang teramat. Maira... Miey minta maaf banyak-banyak. Miey sayangkan Maira. Tapi Miey terpaksa buat semua ni. Maafkan Miey... rintihnya sendirian.
“Mama rasa baik Miey terus-terang je dengan Maira. Kesian dia tu. Mama takut nanti dia tak boleh terima and dia ingat Miey sengaja nak tipu dia.” Cadang Datin Norma. Dia turut rasa bersalah terhadap Farisya.
“Entahlah ma. Miey tak berani. Miey takut dia marah dan bencikan Miey. Miey tak sanggup ma. Miey tak sanggup nak tengok dia sedih. Miey sayang sangat kat Maira ma..” Luah Hakimiey lagi. Tangan wanita itu digenggam bagi mendapatkan kekuatan.
“Hati perempuan Miey. Memanglah awal-awal tu marah, kecewa. Tapi lama-lama diorang boleh terima. Miey cubalah. Mama tak nak nanti dia ingat anak mama ni saja nak mainkan dia, tipu dia. Miey faham kan maksud mama?” lembut wanita itu berbicara. Dia menggosok lembut kepala Hakimiey.
“Miey perlukan masa ma. Miey belum sedia lagi nak bagitau Maira.”
“Mama faham sayang. Tapi Miey tak boleh ambil masa lama sangat. Mama takut benda lain pulak yang jadi.” Balas Datin Norma lagi.
“Iye ma. Miey tau. Tapi Miey....”
“Dah. Tak payah nak tapi-tapi lagi. Mama rasa elok balik sana nanti Miey terus jumpa dia. Slow talk ngan dia. Mama yakin Maira pasti faham. Dahlah. Miey tidur je. Esok lepas majlis, kita terus balik sana. Mama pun dah rimas duduk kat sini.” Datin Norma bangun. Sebelum berlalu sempat Hakimiey mengucup pipi tua itu.
#          #          #          #          #          #          #          #          #          #
“Abang tak pelik ke? Saya tengok papa tu aktif semacam je. Tak nampak pun rupa macam orang baru baik sakit.” Datin Norma menyuarakan isi hatinya. Sebaik sahaja dia masuk ke bilik itu tadi, suaminya dilihat sedang tekun membaca. Itulah salah satu hobi Datuk Helmi dari dulu lagi. Membaca sebelum tidur.
“Abang dengar tak apa yang saya cakap ni?” wanita itu geram kerana langsung tidak mendapat perhatian lelaki tersebut. Buku di tangan Datuk Helmi dicapai dan diletakkan di atas meja.
“Lah awak ni. apa yang nak di hairankan sangat. Dah papa tu senang hati. Sebab tulah dia cepat sihat. Tak kanlah dengan papa pun awak nak simpan curiga Datin Norma oii.” Balas Datuk Helmi selamba.
“Iyelah. Saya tau. Tapi awak dulu pun pernah sakit. Takde pun cepat bebenar baiknya. Hish! Saya tak sedap hatilah bang. Dahlah dengan Hakimiey yang asyik murung je. Makan pun tak lalu. Saya ni mak dia, sampaikan saya pun tak lalu nak makan tengok anak saya macam tu.” Ujar wanita itu lagi. Walaupun umurnya sudah meningkat tapi wajahnya masih tidak menampakkan tanda-tanda penuaan.
Masih jelas di matanya kelibat Datuk Malik sejak Hakimiey bersetuju untuk bertunang dengan Nabila. Lelaki itulah yang kesana sini menguruskan majlis. Malah tingkah lakunya langsung tidak menunjukkan tanda-tanda baru sembuh.
“Dahlah tu. Saya faham perasaan awak tu. Kita sebagai mak bapak dia kenalah bagi sokongan. Nanti ok lah tu. Dulu pun dia macam tu jugak. Mana tau dah memang takdir dia kawin awal.” Tenang suara tersebut.
“Hish! Kalau dia kawin dengan si Maira tu memang saya sikit pun tak larang bang. Tapi dengan anak Rosmah tu. Saya tak berkenan langsung dengan budak tu. Papa tu pun satu. Mentang-mentanglah Rosmah tu anak kandung dia, cepat je diikutnya kata si Rose tu.” Bebelnya lagi.
“Wahai Datin Norma. Tak habis lagi ke bebelan awak tu. Saya dah mengantuk ni. Jomlah tidur.” Datuk Helmi menguap. Malas mahu mendengar bebelan isterinya itu.
“Awak ni kan. Saya cakap ni tentang anak awak tu jugak. Hish orang tua ni, asyik ingat tidur je.” Datin Norma menepuk belakang suaminya yang sudah mengiring membelakangkannya itu. Tetapi langsung tidak mendapat respon.

Bahagia Yang Kudamba ep 20

BAB 20
Hakimiey yang baru selesai mandi tersenyum membaca pesanan yang baru masuk ke handphonenya. Terasa seakan hilang masalah yang ada dalam kepalanya saat itu.
:: hye mr.long nose…wat pe tu? Atuk mcam mane? Dah ok k?
Hakimiey pantas menaip kekunci handphonenya itu. Dia tahu gadis itu amat suka mengusiknya.
:: hye miss bushuk… bru siap mndi. Ok. X study k?
Tidak sampai lima minit, isyarat mesej berbunyi lagi.
:: Oo… ble mau pulang? X. mlas. Mr. masham. Sory. Xde kredit dh. Bubye. Nitezzzz.. J
Hakimiey tersenyum. Hanya gadis itu yang mampu menghilangkan keresahan hatinya itu. Pantas jarinya menekan nombor Farisya. Rindu ingin mendengar suara manja itu.
Dia tersenyum setelah mendengar suara yang dirinduinya itu.
“Tak study ke?” soalnya
“Tak. Malas. Apesal call ni. Kacaulah orang nak tengok tv.” Balas Farisya selamba. Dia tidak pernah meyembunyikan perangai sebenarnya dari Hakimiey. Apa yang terlintas di hatinya, terus diucapkan.
“Alah. Penting sangat ke tengok tv tu?” balas Hakimiey pula.
“Pentinglah daripada cakap dengan Miey.” Balas Farisya sambil ketawa. Sengaja dia mahu menyakat lelaki itu.
What?? Oo.. Kiranya Miey ni tak pentinglah yek. Ok. Sorry ganggu.” Rajuk Hakimiey. Dia suka mendengar tawa gadis itu.
“Alah. Maira gurau jelah. Maira dari tadi lagi tunggu Miey call.”
“Nak tidur dah ke?” Hakimiey sudah faham benar dengan perangai Farisya. Mereka biasanya akan berbual di talian sebelum gadis itu tidur. Dari dulu lagi Hakimiey sudah mengajar gadis itu berbuat demikian.
“A’ah. Letihlah. Tadi Maira tolong ayah bersihkan laman rumah. Habis sakit satu badan.” Adu Farisya manja.
Mereka berbual hingga Farisya tertidur. Itulah rutin harian mereka berdua. Hakimiey termenung. Tegarkah dia meninggalkan gadis itu semata-mata untuk memenuhi permintaan Datuk Malik. Tapi macam mana kalau lelaki tua itu meninggal? Dia juga yang akan rasa bersalah. Dia memang tidak sanggup melepaskan Farisya. Hatinya berbelah bagi.
“Arrrghhhhh!”
#          #          #          #          #          #          #          #          #          #
“Miey...”
“Ye pa..” Wajah lelaki yang sedang melipat akhbar itu dipandang.
“Miey tak nak tengok atuk ke hari ni?” soal Datuk Helmi. Dia turut simpati melihat keadaan anaknya itu. Dia tahu Hakimiey berada dalam dilema. Anaknya itu sangat rapat dengan Datuk Malik. Pasti dia berusaha untuk memuaskan hati semua pihak.
“Entahlah pa... Miey dah tak tahu nak buat ape lagi dah. Miey sayangkan atuk. Tapi tak kanlah Miey kena tinggalkan Maira. Miey tak boleh pa. Miey sayangkan Maira. Miey tak tau macam mana kalau Miey kena kehilangan dia pa. Dah naik pening dah kepala Miey ni berfikir.” Rintih Hakimiey. Dia memang sudah biasa meluahkan perasaan kepada orang tuanya.
“Dahlah tu Miey. Jangan di fikirkan sangat. Lagipun papa tengok keadaan atuk tu dah makin stabil. Jangan risaulah. Anggap je semua ni dugaan untuk Miey. Lagipun kalau dah memang jodoh Miey dengan Maira, tak kemananya. Ingat! Apa-apa pun keputusan Miey, mama dengan papa tetap akan sokong. Dahlah tu.” Pujuk Datuk Helmi. Belas hatinya melihat keadaan anak bongsunya itu.
Hakimiey hanya membatu. Dia merebahkan tubuh di atas sofa berangkai. Dia memandang syiling. Telinganya seakan-akan terdengar permintaan yang dibuat oleh Datuk Malik semalam. Manakala di layar matanya hanya dipenuhi raut wajah Farisya yang sedang tersenyum manja. Hakimiey bingung. Kedua-duanya insan kesayangannya.
“Mama! Papa! Pak Long call Akim. Katanya atuk kritikal sekarang.” Ujar Hakim yang baru keluar dari biliknya.
Hakimiey yang baru memejamkan mata terus berdiri tegak. Terkejut dengan berita yang didengarnya itu.
“Abang.. Jomlah kita pergi sana sekarang.” Ajak Datin Norma.
“Ok. Jom Akim, Miey.” Hakim mengangguk. Dia pantas mencapai dompet dan kunci kereta. Keempat beranak itu bergegas menuju ke IJN.
#          #          #          #          #          #          #          #          #          #
Auntie! Macam mana dengan atuk?” soal Hakimiey risau.
“Dia kat dalam. Doktor tengah check. Dia sedih sangat lepas kamu balik semalam. Tak habis-habis dia salahkan diri dia.” Ujar Rosmah sambil mengesat air mata. Penuh kepura-puraan. Dia tersenyum sinis melihat anak saudaranya itu bersandar lesu di dinding.
“Dia teringin benar nak tengok kamu bersatu dengan Bella. Katanya kalau tak sempat tengok korang kawen, bertunang pun dah cukup. Tak boleh ke kamu bahagiakan dia sekejap? Sanggup ke kamu tengok orang tua tu terlantar macam tu, mati dalam keadaan hati tak tenang?” ujarnya lagi. Sengaja dia membuat Hakimiey rasa bersalah.
“Hei Rose! Yang kamu tak habis-habis lagi ni apesal?” marah Datin Norma. Bukan dia tidak kesian pada ayahnya, tapi dia lebih bimbangkan masa depan Hakimiey. Dia tidak mahu melihat anaknya itu bersedih.
“Dah memang betul pun kak. Papa sedih sangat bila anak akak tu tolak permintaan dia. Kalau dia mati, anak akak tu pasti akan rasa bersalah seumur hidup.” Balas Rosmah. Dia memeluk erat bahu Bella yang sentiasa setia bersamanya.
“Eh kau ni kan. Yang kau doakan sangat papa mati tu apesal? Entah-entah kau yang mintak papa buat permintaan macam tu kat anak aku kan? Aku taulah. Anak kau tu kan dah tak laku. Tolong jangan nak gunakan anak aku semata-mata nak tutup kelemahan anak kau yer.” Datin Norma mengetap bibir. Geram dengan tingkah adik tirinya itu. Bukan dia tidak kenal dengan perangai Rosmah. Rosmah sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai kemahuannya. Kerana itulah nalurinya kuat mengatakan bahawa semua ini merupakan rancangan janda beranak satu itu.
“Mama.. Auntie.. Dahlah tu.” Hakim berusaha menenangkan dua wanita itu. Dia lebih kasihan melihat wajah mendung Hakimiey. Kalau boleh, ingin dia menggantikan tempat adik kesayanganya itu menanggung segala masalahnya.
“Mama, papa. Miey akan ikut permintaan atuk!” tegas suara Hakimiey. Dia segera berlalu dari situ. Tidak mahu semua yang berada di situ melihat kesedihannya ketika itu.
Datin Norma yang mendengar kata-kata dari mulut anak terunanya itu jatuh terjelepok. Dia menangis sedih mengenangkan perasaan anaknya ketika itu. Dia tahu Hakimiey berkata begitu kerana terdesak. Datuk Helmi beristighfar beberapa kali. Hakim bersandar lesu. Tidak sangka dengan keputusan yang dibuat oleh adiknya itu. Hakimiey dalam keadaan tertekan. Tetapi dia tidak segera mengejar. Sengaja mahu memberikan masa.
Ketika itu juga Rosmah sudah berbalas senyuman dengan anaknya, Nabila. Tidak sangka semudah itu dapat mempengaruhi keputusan Hakimiey. Dia tersenyum kemenangan. Tidak sabar membayangkan majlis yang akan berlangsung nanti.

Bahagia Yang Kudamba ep 19

BAB 19
“Tapi mama, papa... Ape Miey nak cakap kat Maira nanti? Miey tak sampai hati. Lagipun tak kanlah mama ngan papa nak suruh Miey terima je permintaan atuk tu. Mengarutlah semua tu.” Ujar Hakimiey perlahan. Dia bersandar lemah di bangku yang tersedia di luar wad.
Datuk Helmi dan Datin Norma saling berpandangan. Sedih mengenangkan nasib Hakimiey. Datin Norma sama sekali tidak sangka bahawa Datuk Malik akan membuat permintaan seperti itu. Terkenang bagaimana keadaan Hakimiey setelah mendengar kata-kata yang keluar dari mulut tua tersebut.
“Miey.... Atuk rasa masa atuk dah tak... Panjang lagi dah. Miey tau kan atuk... Sayangkan Miey.” Ujar lelaki tua yang terbaring di atas katil itu. Dia dikelilingi oleh keluarga Datuk Helmi, Auntie Rose dan anaknya Bella serta Keluarga Encik Razif. Hafieyzan dan ahli keluarganya dalam perjalanan menuju ke hospital pakar tersebut.
Hakimiey yang mendengar kata-kata itu pantas mengambil tempat di sebelah Datuk Malik. Tangan tua itu digenggam erat.
“Miey pun sayang kat atuk. Atuk janganlah cakap macam tu. Atuk kan masih lemah lagi. Atuk rehatlah dulu.” Pujuk Hakimiey lembut. Sebak dadanya mendengar kata-kata lelaki itu tadi.
“Tak cu... Atuk ta.. takut tak.... Sempat. Kalau boo...leh atuk na...nak... te...ngok kamu ka...wen.. Se..belum atuk tu...tup mata.” ujar suara tua itu tersekat-sekat. Hakimiey terkejut. Begitu juga dengan Datuk Helmi, Datin Norma dan Hakim.
“Tapi tuk. Miey muda lagi. Macam mana nak kawen? Lagipun Miey nak kawen dengan siapa kalau sekarang?” balas Hakimiey cuba berdalih.
“Belll...la.. Atuk nak te...ngok kamu ka...wen dengan Na...bil..la.”
Hakimiey tersentak.
What??” kuat suaranya. Terkejut benar dia dengan kata-kata tersebut.
“Atuk serious ke”
Lelaki yang terbaring itu mengangguk lemah.
“Tak mungkin! Tak tuk! Miey takkan kawen dengan Bella. Please tuk. Jangan buat Miey macam ni. Miey tak nak kawen dengan Bella tuk. Dia tu sepupu Miey. Sorry tuk. Miey tak boleh.” Balas Hakimiey separuh merayu. Sebak dadanya mengenangkan permintaan tersebut. Wajah seseorang bermain di benaknya. Semakin kuat hatinya meronta. Dia pantas melarikan diri ke satu sudut. Semua mata tertumpu ke arahnya.
“Papa! Apa papa buat ni? Takkan papa nak suruh Hakimiey kawen dengan sepupu dia sendiri. Papa sedar tak apa yang papa cakap tu?” soal Datin Norma. Dia simpati melihat wajah sayu anak bongsunya.
“Ma... Tenang. Awak jangan marah-marah macam ni. Hakim. Pergi bawak adik kamu tu keluar.” Arah Datuk Helmi kepada anak sulungnya. Dia sendiri turut terkejut dengan permintaan yang dibuat oleh Datuk Malik sebentar tadi.
“Pa..pa cuma nak te...ngok Ha..kimiey baha...gia. Pa..pa yakin Bell....la boleh bu..at di..a baha..gia.” balas Datuk Malik bersusah payah.
“Apa? Papa ingat anak Norma tu bahagia ke kalau dia kawen dengan si Bella tu? Mana papa tau? Entah-entah makin terseksa adalah.” Sinis kata-kata tersebut. Datin Norma sempat melirik ke arah anak perempuan adiknya yang duduk bersilang kaki si atas sofa yang disediakan di bilik tersebut. Gadis itu dipandang lama. Dengan memakai dress singkat paras lutut, rambutnya diwarnakan perang dan bermekap tebal. Hissh! Mintak jauhlah nak jadi menantu aku. Rupa dah macam pelakon opera Cina. Bisik hati Datin Norma. Dia memang tidak berkenan dengan penampilan dan juga perangai anak saudaranya itu.
“Akak jangan nak mengata anak Rose yer. Apa akak ingat anak Rose tak padan ke dengan si Hakimiey tu?” balas Rosmah. Nabila lah satu-satunya zuriat yang dimilikinya. Setelah berpisah dengan Mark, lelaki berbangsa Itali, dia terus menjanda hingga sekarang. Dia hanya menumpang kesenangan yang dimiliki oleh bapanya, Datuk Malik. Kerana itulah dia juga gembira sekiranya Nabila dijodohkan dengan Hakimiey. Dia pasti anaknya pasti akan dapat hidup mewah jika rancangan bapanya itu menjadi.
“Bukan aku nak mengata. Tapi dah memang anak kau tu tak layak dengan anak aku. Tak pa! Norma tak setuju!” Datin Norma bertegas. Dia tidak mahu melihat masa depan anaknya hancur.
“Assalamualaikum.” Seorang lelaki kemas berpakaian pejabat menyapa. Langsung mematikan pertelingkahan antara dua wanita tersebut. Dia menghulur salam kepada kaum lelaki yang berada di dalam bilik tersebut.
“Saya Affandi. Peguam Datuk Malik.” Lelaki 30-an itu memperkenalkan diri.
Semua yang ada di bilik tersebut hanya diam. Mereka sekadar melihat perlakuan peguam tersebut yang sedah mengambil tempat di sebelah katil Datuk Malik.
“Boleh saya mulakan Datuk?” soalnya kepada Datuk Malik. Dia tersenyum apabila melihat lelaki tua itu sekadar mengangguk.
“Ok. Terlebih dahulu saya harap Encik Muhd Hakimiey Dzulkarnain bin Helmi ada kat sini.” Ujar peguam itu lagi.
“Hakimiey kat luar. Kejap saya panggilkan.” Balas Datuk Helmi. Dia pantas mendial nombor telefon milik Hakim.
“Hakim. Bawak adik kamu masuk sekarang.” Arahnya.
Setelah beberapa minit, Hakimiey melangkah masuk diiringi oleh abangnya, Hakim. Semua mata tertumpu tepat ke arahnya.
“Yang mana Encik Hakimiey? Silakan duduk.” Penguam  itu berjabat tangan dengan Hakimiey dan juga Hakim.
“Saya Hakimiey. Ni abang saya, Hakim.” Ujar Hakimiey perlahan.
“Ok. Semua dah ada kat sini. Saya rasa baik saya mulakan sekarang.” Encik Affandi berdehem beberapa kali sebelum memulakan bicaranya. “Beberapa hari lepas Datuk Malik ada meminta saya membuat satu surat perjanjian antara beliau dengan cucu tiri beliau iaitu Muhd Hakimiey Dzulkarnain bin Helmi.” Lancar peguam itu berkata-kata. Dia mengeluarkan beberapa helai kertas yang sudah dikepilkan dan diletakkan di atas meja.
Semua yang ada di situ berpandangan kehairanan.
“Apa pulak ni? Perjanjian apa yang papa nak buat dengan Hakimiey ni?” soal Encik Razif. Hairan dengan permintaan dan tindakan yang dibuat oleh Datuk Malik.
“Sebelum tu saya harap semua yang ada kat sini menjadi saksi kepada perjanjian yang dibuat. Begini ye Encik Razif. Di dalam perjanjian ini ada menyebut, petama, sekiranya Encik Hakimiey bersetuju dengan permintaan yang dibuat oleh Datuk Malik iaitu berkahwin dengan Cik Nabila Qistina bt Mohd Mikail, semua perusahaan perladangan dan ladang-ladang milik Datuk Malik akan ditukarkan kepada nama Encik Hakimiey. Kedua, Datuk Malik juga bersetuju akan membiayai dan menaja segala kos perbelanjaan pertunangan, perkahwinan dan semua majlis seperti yang dipinta oleh pengantin. Ketiga, Datuk Malik juga akan menghadiahkan sebuah banglo tiga tingkat di mana-mana kawasan yang diingini oleh Encik Hakimiey. Dan yang keempat, Datuk Malik juga akan menaja pakej percutian bulan madu kepada pasangan pengantin ke empat destinasi yang diingini. Yang terakhir, Encik Hakimiey juga akan menjadi salah seorang pemegang saham terbesar di Malik Holdings.” Hakimiey terkedu mendengar penjanjian yang telah disediakan untuknya.
“Apa semua ni? Papa sedar tak apa yang papa buat ni? Tak kan kalau Kimiey sanggup kawen dengan Bella, papa nak serahkan semua tu kat dia. Habis tu apa yang kitorang dapat? Mengarutlah papa.” Bantah Encik Razif.
“Dengar dulu Encik Razif. Encik Hakimiey tidak akan campur tangan di atas syarikat yang diuruskan oleh Encik Razif sekarang. Syarikat tersebut tidak berkait langsung dengan perjanjian ini. Lagipun Datuk Malik sudah menyediakan dan membahagikan harta-harta beliau kepada beberapa bahagian. So, semua zuriat beliau akan mendapat bahagian masing-masing. Encik Razif tak perlu risaukan pasal tu..” Terang Encik Affandi.
“Mama! Bestnya. Nanti bila Bella dah kawen, Bella boleh pergi honeymoon. Bella nak pergi Paris, London, Itali and Maldives. Boleh tak Kimiey?” Nabila berrsorak gembira. Dia tergedik-gedik bertepuk tangan sambil merapatkan  tubuhnya kepada Hakimiey. Tangan lelaki itu digoncang beberapa kali. Dia teruja mendengar isi perjanjian tersebut. Tidak sangka Datuk Malik sanggup menyerahkan hartanya sebegitu banyak kepada Hakimiey sekiranya lelaki itu sanggup mengahwininya.
“Heh Bella! Kau boleh duduk jauh sikit tak? Yang kau pergi menyendel kat anak aku tu apesal? Tak malu ke hah? kau tu kan perempuan. Dahlah pakai baju macam tak cukup kain. Rambut berkarat. Hish! Ada hati nak jadi menantu aku konon.” Datin Norma melepaskan amarahnya. Dia langsung tidak teruja dengan tawaran yang ditawarkan oleh bapa tirinya itu.
“Pak Long pun tak setuju Kimiey. Takkan kamu nak musnahkan masa depan kamu semata-mata sebab harta yang atuk kamu tawarkan  tu. Lagipun Pak Long rasa kamu sendiri pun mampu nak kumpul semua tu.” Sambung Encik Razif pula.
“Yang akak dengan abang sibuk-sibuk tu apesal? Biar jelah si Kimiey tu buat keputusan. Lagipun apa maksud korang cakap Kimiey musnahkan masa depan dia kalau kawen dengan Bella?” balas Rosmah. Dia menyokong keputusan yang dibuat oleh Datuk Malik itu. Sebenarnya dialah yang memujuk lelaki tua itu berbuat demikian. Hanya itulah satu-satunya cara untuk memastikan hidup anaknya terjamin suatu hari nanti.
“Dah memang aku takkan biarkan anak aku kawen dengan anak kau tu.” Balas Datin Norma pula. Merah wajahnya menahan geram.
“Kimiey... You setuju kan dengan cadangan atuk tu. Lagipun I memang dah lama sukakan you.” Pujuk Bella manja. Dia mengusap lembut lengan Hakimiey.
Stop it Bella! No! Kimiey tak setuju!” Hakimiey akhirnya bersuara. Dia pantas menarik tangannya. Geli dengan perangai sepupunya itu. Dia memandang ke arah Nabila. Gadis itu tua dua tahun darinya. Tiba-tiba wajah Farisya Humaira berlegar-legar dimatanya. Tidak mungkin dia sanggup meninggalkan gadis itu semata-mata kerana harta yang ditawarkan oleh Datuk Malik.
Nabila terkedu. Dia pantas berlari mendapatkan Datuk Malik yang sedang bersandar di atas katil.
“Atukkk... Kimiey tak nak kawen dengan Bella. Dia dah malukan Bella tuk.” Rengeknya. Datuk Malik mengusap lembut rambut cucunya itu. Dia memandang ke arah Hakimiey.
“Maaf  tuk. Kimiey tak boleh ikut cakap atuk. Encik Affandi. Buang jelah surat perjanjian tu. Saya tak nak.” Ujar Hakimiey lagi.
“Encik Hakimiey yakin ke? Tak menyesal? Lagipun dalam perjanjian ni ada menyebut jika Encik Hakimiey menolak permintaan Datuk Malik, nama Encik Hakimiey sebagai salah seorang pewaris harta beliau akan terlucut sama sekali.” Encik Affandi cuba mengingatkan anak muda itu.
“Tak. Saya tak menyesal pun. Lagipun selama ni dah memang tanggungjawab saya temankan atuk. Saya ikhlas layan atuk selama ni.  Saya tak perlukan harta tu semua. Maafkan Miey tuk. Miey nak balik rumah Abang Akim dulu. Nak rehat. Nanti Miey datang balik.” Hakimiey menyalami tangan tua itu. Kemudian dia bergegas keluar. Dia perlukan rehat untuk menenangkan fikiranya.


Bahagia Yang Kudamba ep 18

BAB 18
“Hello.” Kedengaran suara serak di hujung talian. Hakimiey tersenyum.
“Assalamualaikum. Maira dah tidur ke?” soal Hakimiey. Rasa bersalah menyelinap di sanubarinya kerana mengganggu tidur gadis kesayangannya itu.
“Waalaikumussalam. Aah. Apesal call malam-malam ni?” soal Farisya mamai. Dia mencapai jam loceng di atas meja, tepat pukul 1 pagi.
Sorry sayang. Miey just nak bagitau. Miey tak boleh jumpa Maira esok. Miey nak kena pergi KL. Tadi Auntie Rose called, atuk sakit. Sekarang diorang on the way nak bawak atuk ke IJN. Miey tak tau lagi bila Miey balik sini. Sorry ye Maira.” Balas Hakimiey lemah. Baru sebentar tadi adik tiri ibunya menyampaikan berita bahawa Datuk Malik terjatuh dari bilik air dan tidak sedarkan diri. Setelah dibawa ke hospital yang berdekatan, doktor mengesahkan bahawa beliau mengalami serangan jantung. Memang mereka sudah sedia maklum bahawa lelaki tua itu mengalami penyakit tersebut, tapi selepas melakukan pembedahan, doktor telah memberikan jaminan bahawa penyakit beliau sudah tidak seteruk dahulu.
“Oo. Takpelah. Miey pergi jelah. Lagipun kan this week Maira exam. Memang tak boleh keluar sangat.” Balas Farisya lembut. Hakimiey tersenyum. Farisya memang seorang yang memahami.
Setelah berbual seketika, talian diputuskan. Esok pagi Hakimiey dan kedua orang tuanya akan berangkat ke Kuala Lumpur dengan menaiki penerbangan yang paling awal.
Walaupun Datuk Malik hanyalah bapa tiri kepada Datin Norma, tapi hubungan mereka agak rapat. Datuk Malik juga amat menyayangi Hakimiey kerana dahulu Hakimiey yang selalu menemaninya ketika musim cuti persekolahan. Hakimiey juga amat manja dengan lelaki tersebut. Apa saja yang diingini, pasti akan ditunaikan oleh Datuk Malik. Pernah suatu ketika Datuk Malik menyuarakan hasrat untuk menyerahkan syarikat eksport bahan mentah miliknya kepada Hakimiey tetapi dibantah oleh anak lelakinya, Encik Razif. Katanya, dia sebagai anak lelaki beliau yang berhak mengambilalih syarikat tersebut. Ditambah lagi dengan kedudukan Hakimiey yang sekadar cucu tiri.

Bahagia Yang Kudamba ep 17

BAB 17
 “Maira. I’m sorry ok. Miey tak tau pun yang dia sanggup datang dan cakap macam tu kat Maira. Please sayang. Abaikan je apa yang dia cakap tu. Perkara tu dah lepas.” Pujuk Hakimiey. Setiap hari dia datang ke sekolah untuk bertemu gadis manis itu. Tetapi dia tahu, Farisya sengaja mengelak.
“Farisya Humaira. Please say something. Jangan diam macam ni je. Kalau Maira nak marah pun, marahlah. It’s more better than keep silent.” Dia merenung lembut wajah putih bersih itu. Kulitnya yang licin tanpa sebarang cela, alis mata yang menawan, bibir kemerahan yang sering mengukirkan senyuman dan sepasang mata bulat yang galak bersinar. Cukup sempurna ciptaan itu.
Farisya hanya diam. Dia masih lagi terus menyiapkan latihan yang diberikan oleh guru Matematik Tambahannya sebentar tadi. Kalau boleh dia tidak mahu membawa pulang kerja tersebut di rumah. Dia lebih suka bersenang saja di rumah nanti. Walaupun dia selalu ponteng sekolah tetapi keputusan peperiksaannya selalu membanggakan. Kerana itulah dia tidak pernah dikenakan sebarang hukuman disiplin.
Farisya langsung tidak menghiraukan kehadiran lelaki di depannya itu. Tiga orang gadis yang sering bersama dengannya sudah menghilangkan diri. Mungkin ke perpustakaan. Pasti mereka ingin memberi ruang baginya bersama dengan pemuda yang sedari tadi tercongok di depannya.
“Farisya Humaira… Dengar tak apa yang Miey cakap ni? Hey! Dengar sini. Miey mintak maaf sangat-sangat. Miey tau Miey tak patut biarkan pompuan tu datang cari Maira. Tapi Miey tak tahu. Sumpah! Miey ingat dia saja je ugut Miey.” Rayu Hakimiey. Gusar hatinya dengan kebisuan Farisya.
Wajah Farisya yang sedang berusaha menyelesaikan latihan dipandang lama. Sekejap raut itu berkerut seperti memikirkan sesuatu, sekejap tersenyum. Hakimiey sudah biasa dengan gelagat Farisya. Dia tersenyum sendiri. Dia akui, Farisya mempunyai daya penarik tersendiri yang mampu membuatkan mana-mana lelaki jatuh kasih padanya.
Farisya berhenti mengira. Dahinya berkerut. Soalan terakhir itu agak sukar baginya. Lantas dia menolak sedikit buku latihan itu kepada Hakimiey.
“Apa?” soal Hakimiey. Bukan dia tidak faham maksud Farisya. Tapi sengaja ingin mendengar gadis itu bersuara.
“Tak pandai. Tolong buat sekalilah. Malas.” Balas Farisya sambil mengedipkan matanya beberapa kali. Comel sangat!
Hakimiey hanya tersenyum. Dia mencapai buku tersebut tetapi tidak menyelesaikan seperti yang dipinta oleh Farisya. Sebaliknya dia hanya memberikan penerangan dan memberi formula yang boleh digunakan bagi soalan tersebut. Kalau boleh dia tidak mahu terlalu memanjakan gadis itu berkaitan pelajaran. Dia mahu Farisya berjaya dengan usaha sendiri.
Farisya mencebik. Tetapi tetap menyambut buku latihan tersebut. Setelah beberapa minit, dia menutup buku. Lelaki di depannya itu dipandang.
“Jom belanja Maira makan. Laparlah.” Rengeknya.
“Hah?” pantas Hakimiey mengangkat wajah.
Farisya menyembunyikan senyum dengan tindak balas jejaka tersebut.
“Apesal? Tak boleh belanja ke? Urmm takpelah kalau macam tu. Maira pergi dulu. Bye!” Dia sengaja menduga.
“Eh! Maira. Tunggu!” pantas Hakimiey memegang tangan kecil itu. Menghalang dari berlalu. “Bukan tak boleh. Tapi confuse. Maira tak marah Miey dah ke?” soalnya.
“Bila pulak Maira marah? Ada nampak macam Maira marah ke? Ada ke Maira tengking Miey?” soal Farisya. Dia tersenyum melihat perubahan pada wajah lelaki itu.
“Err.. Tak marah ke?” soal Hakimiey teragak-agak.
“Takde pun. Tapi kalau tak belanja Maira makan, baru Maira nak marah. Nanti bila Maira marah, Maira makan Miey. Nak?” Farisya mengugut. Sengaja dia membulatkan mata dan beriak seakan ingin menerkam lelaki tersebut.
“Eh! Tak. Miey belanja. Maira nak makan apa? Tapi Maira kena janji something ngan Miey. Boleh?”
“Apa? Kite makan nasi ayam nak?” Farisya sudah tersenyum. Perutnya memang sudah lapar ketika itu.
“Maira tak boleh simpan apa-apa rahsia pun dari Miey. Boleh?”
“Alah. Ingatkan apa. Boleh. Jom!” jawabnya tanpa berfikir panjang. Mereka melangkah beriringan menuju ke kereta milik Hakimiey.
#          #          #          #          #          #          #          #          #          #
“Maira. Hari tu siapa datang jumpa Maira?” Hakimiey memandang tepat wajah gadis yang sedang sibuk menyuap nasi itu.
Farisya hanya membiarkan soalan itu. Kalau boleh dia malas untuk menjawab. Tapi setelah melihat wajah yang penuh tanda tanya di depannya itu, akhirnya dia berhenti menyuap. Menolak pinggan yang sudah licin ke tepi.
“Tengku Amelia. Maira rasa tak payahlah Maira bagitau apesal dia datang kan? Miey pun dah boleh agak kot.” Dia menyedut perlahan air sirap laici kegemarannya itu.
“Tak. Miey Cuma nak tau apa yang dia cakap kat Maira je. Please Maira. Miey rasa Miey patut tau.” Balas Hakimiey. Dadanya berdegup kencang. Dia tau silapnya juga kerana merahsiakan tentang Tengku Amelia daripada pengetahuan gadis itu.
Farisya mengalah. Dia menceritakan apa yang telah berlaku dan juga apa yang dilihatnya ketika di rumah lelaki tersebut tempoh hari. Hakimiey terkejut. Tidak sangka. Patutlah mood gadis itu berubah. Terbit rasa kesal dalam di hatinya.
“Habis tu, Maira tak kisah ke dengan apa yang dia bagitau kat Maira? Sorry Maira. Miey tak niat pun nak simpan apa-apa dari Maira. Miey sebenarnya nak lupakan semua tu.” Dia takut Farisya salah-sangka dengan kejujurannya selama ini. Sungguh dia teramat sayangkan gadis itu.
“Laa Maira tak kisah pun. Tapi kalau boleh Miey settle jelah dengan dia tu. Lagipun kalau Miey rasa dia boleh buat Miey happy, just go on je. Maira tak halang. Miey takyah lah rasa bersalah dengan Maira pulak.” Balas Farisya tenang.
Hakimiey tersentak. Hampir tersembur air yang dihirupnya ketika itu. Hatinya berdegup kencang. Pantas dia mengangkat muka. Merenung wajah tenang gadis tersebut. Ketenangan suara dan wajah gadis itu tidak mampu melegakan Hakimiey.
“Apa Maira cakap ni? Tak Maira! Miey tak kan tinggalkan Maira. Selama ni Miey rasa hidup Miey jauh lebih happy bila Maira ada dengan Miey. Miey tak nak buat silap lagi. Dulu Miey salah sebab pilih dia. Sorry sangat sayang. Miey tak sangka dia nekad datang jumpa Maira. Maira jangan risau ek. Nanti Miey sendiri pergi jumpa dia. Settle semua sekali. Tapi satu je Miey mintak. Please jangan cakap camtu lagi.” Hakimiey mencapai tangan kecil yang berada di atas meja itu. Diramasnya lembut.
“Miey sayang sangat kat Maira.” Sambungnya perlahan. Dipandang sepasang mata bulat itu. Pandangan gadis itu menikam perasaanya. Dia sedar. Tidak ada gadis lain yang mampu membuatkan dirinya lemah seperti sekarang. Bukan Tengku Amelia. Tapi, hanya Nur Farisya Humaira. Terasa lega sedikit hatinya bila tangan itu turut membalas genggamannya.
Farisya tersenyum. “Dahlah jiwang-jiwang. Maira ni budak-budak lagi. Geli tau. Nilah padahnya melayan orang tua-tua kan.” Usiknya. Dia ketawa apabila terasa tanganya diramas kuat. Mesti lelaki itu bengang dengan usikannya.
“Sakitlah Miey. Maira gurau jelah. Miey janganlah marah-marah macam ni. Nampak makin tua tau tak?” usik Farisya lagi.
Hakimiey yang mendengar kata-kata gadis itu mengeratkan lagi pegangannya. Geram dengan telatah Farisya yang suka benar mengusik. Tapi dia akui, dia bahagia setiap kali bersama Farisya. Ada sahaja idea Farisya untuk mengusiknya.