SELAMAT MEMBACA..Jangan lupa tinggalkan komen atau cadangan agar Mya boleh buatkan cerita lebih menarik okeh!datang lagi...sayang korang...(^_*)

Jom follow blog Mya.... ;)

Friday 20 April 2012

ANDAI DIA JODOHKU EP 21




BAB 21
 “Hai sayang! Berdua je ke? Mana Balqiss dengan Fira?” soal Syahrul lembut.
Liyana terus mengambil tempat di sebelah tunangnya itu.
“Balqiss temankan Fira balik kampung.” Jawab Emmy perlahan.
“Bila?” soal Hasrul.
“Pagi tadi.” Liyana membalas pendek.
“Apesal tiba-tiba je Fira balik kampung? Bukan baru bulan lepas ke dia balik? Masa majlis tunang kita tu.” soal Syahrul lagi.
Liyana mengangguk lemah. Terbayang dimatanya raut sedih Shahfira sebelum berangkat pulang ke kampung pagi tadi. Ingin saja dia dan Emmy menyertai dua sahabat itu, tapi dek kerana terikat dengan kerja, hasratnya itu terpaksa dilupakan.
“Rul.. Nanti temankan Emmy balik yek. Kita pergi sekali jelah. Naik satu kereta je.” Emmy bersuara.
“Nak ke mana?” soal Hasrul.
“Balik kampunglah. Hujung minggu depan Fira kahwin.” Jawab Liyana pantas.
Syahrul dan Hasrul sekadar mengangguk. Langsung tiada riak terkejut pada wajah mereka berdua.
Emmy dan Liyana berpandangan. Ada makna yang tersirat di sebalik pandangan dua gadis itu.
“Hah! Norman mana? Takkan korang tak pernah jumpa dia?” soal Liyana. Terbit rasa hairan dihatinya apabila melihat wajah selamba kedua lelaki tersebut.
“Entahlah. Kitorang pun dah lama tak jumpa dia.” balas Syahrul perlahan. Matanya liar memandang sekeliling.
Hasrul mengangguk laju. Mengiyakan kata-kata Syahrul.
“Tak payah nak tipulah. Aku kenal sangat dengan korang ni.” Emmy pula bersuara. Wajah Hasrul dipandang lama. Lelaki itu nampak gelisah. Matanya langsung tidak ditentang. “Rul ada nak cakap something ke?” tekanya perlahan.
Hasrul diam.
“Wan Mohd Hasrul bin Wan Hamid..” panggil Emmy lembut.
Hasrul menarik nafas panjang. Satu kelemahannya. Dia tidak boleh berbohong dengan gadis yang bakal menjadi isterinya itu. Emmy begitu bijak mengesan kebohongannya.
“Se...Sebenarnya.. Kitorang dah lama tahu si Fira tu nak kahwin.” Hasrul berkata-kata. Syahrul menunduk. Tidak berani mengangkat muka.
What??” Liyana dan Emmy bersuara serentak.
“Kitorang tak faham. Boleh tolong jelaskan tak?” soal Liyana tak sabar.
“Sebenarnya ni semua rancangan si Norman. Dia sengaja nak buat kejutan untuk Fira. Lagipun si Fira tu dah lama suruh Norman masuk meminang dia. Tapi Norman sengaja biarkan majlis Syahrul dengan Yana selesai dulu.” Terang Hasrul. Walaupun Norman meminta mereka merahsiakan hal tersebut, dia tidak sanggup membohongi kedua gadis didepannya itu.
Emmy dan Liyana melopong mendengar cerita Hasrul.
“Beberapa hari selepas Fira balik semula ke KL, Norman dan keluarganya terus meminang Fira. Tapi Norman dah berpakat dengan family Fira agar rahsiakan tentangnya. Dan disebabkan mak ayah Fira tu sporting, diorang ikut je rancangan si Norman. Sampailah sekarang. Norman sengaja tak hiraukan Fira sebab dia nak bagi Fira tertekan dan terima je calon pilihan orang tua dia tu.” tokok Syahrul pula.
“Nampaknya rancangan mamat tu berhasil. Tapi yang kelakarnyaa, si Fira tu ok je. Norman pulak dah macam orang sasau rindukan Fira.” Syahrul menyambung sambil ketawa lucu.
Terbayang wajah muram Norman ketika bertemunya di pejabat siang tadi. Jelas kelihatan seperti orang sasau. Apa yang dilakukannya pasti tidak kena. Sikit-sikit gambar Fira yang terletak di atas meja kerjanya dipandang. Buat pengubat rindu katanya.
Emmy dan Liyana mengangguk faham. Mujurlah mereka belum sempat memarahi Norman. Kalau tidak, pasti mereka yang akan mendapat malu.
“Siapa lagi yang tahu pasal ni? Qiss tahu tak?” soal Liyana teruja.
Syahrul menggeleng. “Tak. Tak payah bagitahulah. Nanti Qiss terlepas cakap pulak.”
“Ok!” ucap Liyana dan Emmy serentak.
                                                 *          *          *          *          *
Zarul Zikuan termenung panjang di balkoni. Wajah arwah Nur Akma sentiasa bermain-main dimatanya. Dia hairan. Kenapa wajah itu semakin kerap menganggu tidurnya. Malah setiap kali dia berdampingan dengan gadis-gadis lain pun wajah itu sentiasa mengekorinya. Teringat bagaimana gadis itu menolak kehadirannya dahulu atas alasan perangai playboynya.
“Saya sukakan awak. Takkan awak tak boleh nak faham lagi perasaan saya.” Ujarnya berterus terang. Wajah gadis yang nampak comel berbaju kurung hijau pucuk pisang itu ditatap dengan renungan lembut.
“Saya tak sukakan awak!”
“Tapi saya sukakan awak! Saya cintakan awak!”
Langkah Nur Akma disekat. Gadis itu mengeluh. Dia memandang sekeliling. Suasana di cafeteria agak sibuk. Ramai pelajar dilihat sedang makan dan ada yang bersembang. Ada juga yang menumpukan perhatian ke arah mereka berdua. Mungkin peminat lelaki di depannya. Tekanya.
“Apesal awak tak boleh terima saya? Apa kurangnya saya ni?” soal Zarul Zikuan ingin tahu.
“Saya tak sukakan lelaki hidung belang macam awak!” ucap gadis itu jujur.
Zarul Zikuan terdiam. Terasa egonya dipijak-pijak. Tidak sangka junior yang baru menjejakkan kaki ke kampus tersebut berani berkata begitu. Sudahlah banyak mata-mata yang memerhatikan tingkah mereka berdua. Siapa tidak kenal dengan Zarul Zikuan, senior lelaki paling hot di kampus. Semua pelajar perempuan memang menantikan kehadirannya. Tapi tidak bagi gadis di depannya saat itu.
“Bila masa pulak hidung saya berbelang? Ada ke?” Zarul Zikuan loyar buruk.
Dia ketawa kecil bila melihat jelingan tajam gadis tersebut.
“Awak tak payah nak buat bodoh awak kat sini! Saya bukan macam perempuan lain yang awak boleh main-mainkan. Saya tak suka lelaki yang tak reti hormat wanita. Yang buat kaum wanita ni macam sampah! Boleh cari, buang sesuka hati. Faham?” tegas nada tersebut menjamah telinga Zarul Zikuan.
“Hei! Kau sedar tak kau tengah bercakap dengan siapa sekarang ni?” tegur satu suara kuat.
Zarul berpaling. Wajah Nisa, teman sekelasnya yang memang tergila-gilakannya sejak dulu lagi dipandang geram.
Nur Akma diam. Ingin sahaja dia berlalu dari situ. Tapi kehadiran gadis bernama Nisa itu menghalang laluannya.
“Nisa! Aku tak perlukan kau kat sini. Kau boleh blah!” ujar Zarul geram.
Norman, Hasrul dan Syahrul sekadar memerhati. Tidak mahu masuk campur urusan lelaki tersebut.
“Tapi Zarul...”
“Aku cakap blah, blahlah!!” pekik Zarul kuat.
Nisa menghentak kaki kuat. Sakit hati dengan penolakan lelaki tersebut.
Zarul tersenyum sinis. Matanya kembali menjamah wajah comel di depannya. Langsung tiada riak takut pada wajah tersebut.
“Sekarang macam mana? Awak nak terima saya ke tak?” soal Zarul Zikuan lembut. Hatinya berdebar hebat setiap kali matanya bertentang dengan sepasang mata cantik milik gadis itu.
Kelihatan gadis bernama Nur Akma itu mencebik. “Lagilah saya tak kan terima awak. Sebab saya tak suka lelaki hidung belang, playboy, buaya darat dan seumpama dengannya.” Balas gadis itu tegas. Dia terus berlalu.
Zarul Zikuan tersentak. Dia berlari dan menyekat langkah gadis itu sekali lagi.
“Kalau saya berubah, tinggalkan semua tu, awak akan terima saya??” soalnya penuh mengharap.
“Akan dipertimbangkan.” Balas gadis itu perlahan. Dia terus mengorak langkah.
Yess!!!” Zarul Zikuan menjerit riang. Semenjak hari itu perangai playboynya di campak jauh-jauh. Sedikit demi sedikit dia berubah menjadi seorang lelaki yang setia. Dia bahagia dengan gadis comel tersebut. Tapi langit tidak sentiasa cerah. Gadis kesayangannya itu tetap pergi meninggalkaannya bersama seribu penyesalan.


2 comments:

Eijan said...

Salam, bab ini telah di post pd bln mac inj bukan bab 21 tp bab 20...hrp dpt di repost bab 21 sebenar....tak sabar nak tau sapa tunang fira tu.....

mya aryssa said...

Wslm...sorry sorry. mya dah repost yang lain....terima kasih sebab bagitau...