SELAMAT MEMBACA..Jangan lupa tinggalkan komen atau cadangan agar Mya boleh buatkan cerita lebih menarik okeh!datang lagi...sayang korang...(^_*)

Jom follow blog Mya.... ;)

Monday 23 April 2012

Andai Dia Jodohku ep22




BAB 22
Hari ini merupakan hari yang sepatutnya menjadi tarikh bersejarah bagi Shahfira Ilyana. Menjadi raja sehari memang impiannya. Tapi bersama lelaki yang dicintai. Namun harapannya lebur. Pilihan orang tua perlu diutamakan. Wajah yang sudah dirias cantik itu tidak langsung mengukir senyuman.
Balqiss mengeluh lemah. Dia tahu gadis yang bakal menjadi isteri orang tidak sampai satu jam lagi itu sedang bersedih. Jelas terukir riak duka di wajah cantik itu. Gurau senda antara Balqiss, Liyana dan Emmy sekadar dipandang sepi. Langsung tidak mampu mencuit hati Shahfira.
“Apesal pengantin monyok sangat ni?” tegur mak andam.
“Senyumlah sikit Fira. Mak Su perasan kamu ni macam tak happy je nak kahwin. Macam kena kahwin paksa je lagaknya.” Tegur Mak Su Timah. Adik kepada emak Shahfira.
Shahfira cuba mengukir senyum. Walaupun mulutnya terasa agak berat untuk tersenyum.
“Dahlah Fira. Kau tak boleh macam ni. Kau kena senyum. Kuatkan semangat. Kesian kat mak kau tu. Dia rasa bersalah bila tengok kau macam ni.” Pujuk Emmy lembut. Bahu Shahfira ditepuk perlahan.
“Yelah Fira. Dahlah monyok macam tu. Kau kena kuat. Tak boleh sedih-sedih macam ni. Hari ni hari bahagia kau. Dahlah. Tak payah sedih-sedih. Dah tak cantik dah. Habis cair mekap kau tu.” Tambah Balqiss pula. Tubuh Shahfira dipeluk erat. Cuba mententeramkan gadis tersebut.
Shahfira tersenyum. Rasa bertuah kerana mempunyai sahabat seperti tiga gadis itu.
“Hah! Kan cantik kalau senyum macam tu. Bila tengok kau pakai baju nikah ni aku rasa macam tak sabar je nak nikah.” Liyana berseloroh. Keempat-empat gadis itu ketawa senang.
Shahfira cuba menyembunyikan rasa hatinya yang sebenar. Tidak mahu dihidu oleh tiga gadis di depannya itu. Wajah Norman menari-nari ditubir matanya. Lelaki itu langsung tidak menghubunginya hingga ke saat ini. Mungkin lelaki itu sudah melupakannya, fikirnya sayu.
Hatinya langsung tidak teruja dengan perkahwinan tersebut. Bahkan semasa tok kadi datang meminta persetujuannya juga dia langsung tidak berminat untuk mengambil tahu siapa gerangan lelaki yang bakal menjadi suaminya. Terus saja diturunkan tandatangan pada borang yang dihulur. Malah semasa akad nikah berjalan juga dia tidak dapat menumpukan perhatian.
Dia yang ditemani oleh Balqiss dan dua lagi sahabatnya itu hanya duduk di dalam bilik. Langsung tidak dengar akad nikah dijalankan. Jika gadis lain menitiskan air mata gembira sebaik saja selesai majlis akad nikah, dia pula menitiskan air mata kesedihan. Dia sedar, dengan berakhirnya lafaz tersebut, maka berakhir jugalah hubungannya dengan Norman.
“Sedialah. Pengantin dah nak masuk.” Tegur satu suara dari luar bilik.
Balqiss yang terkejut melihat wajah pengantin lelaki yang nampak segak berbaju melayu putih gading itu tersenyum meleret. Hati kecilnya tidak henti-henti memanjat kesyukuran. Tumpang gembira dengan kebahagiaan yang bakal dikecapi oleh sahabatnya nanti.
“Fira. Dahlah tu. Pengantin lelaki dah datang. Nak sarungkan cincin.” Bisik Balqiss ceria di cuping telinga Shahfira.
Shahfira bungkam. Hatinya terasa seperti disiat-siat mendengar nada suara Balqiss itu. Entah kenapa, hatinya sedih apabila mendengar suara ceria orang di sekelilingnya.
Tangannya dihulur. Sebentuk cincin emas putih bertakhtakan berlian tersarung di jari manisnya. Shahfira terkedu melihat reka bentuk cincin tersebut. Dia kenal benar dengan rekaan itu. Dia yang menyerahkan rekaan cincin yang diingininya sebagai cincin perkahwinan mereka berdua kepada Norman dahulu. Tapi kenapa rekaan cincin yang disarungkan oleh suaminya kini persis sekali dengan rekaannya?
Dengan teragak-agak tangan kasar itu dikucup lembut. Tenang hatinya sebaik saja hidungnya mencecah tangan lelaki yang sudah sah bergelar suaminya. Bayangan wajah Norman juga lenyap. Kemudian dapat dirasa dahinya dikucup lembut.
I love you so much sayang..” bisik lelaki itu perlahan di cuping telinganya.
Shahfira tersentak. Suara itu terlalu biasa di pendengarannya. Pantas wajahnya didongakkan. Wajah lelaki yang sedang merenungnya lembut itu ditatap tidak percaya.
Norman tersenyum. Wajah terkejut isterinya itu menggeletek hatinya.
“Apesal sayang? Terkejut ke?” keningnya diangkat beberapa kali.
“Apa Man buat kat sini?” soalnya bodoh. Tangannya yang masih berada dalam genggaman Norman ditarik kasar. Dia terus bangun menjauhkan diri dari lelaki tersebut.
Kelihatan tetamu yang turut berada di dalam bilik pengantin itu berlalu keluar. Mungkin sengaja ingin memberi ruang kepada pasangan mempelai itu berbincang.
“Urmmm... Baru selesai sarung cincin kat jari isteri Man.” Balas Norman selamba.
Shahfira bungkam. Kepalanya terasa berpusing. Apa lagi berita yang bakal didengarnya kali ini. Senyuman lelaki yang nampak segak berbaju melayu putih itu langsung tidak mampu meredakan ketengangan di dalam hatinya.
Norman kaget. Wajah tegang Shahfira membuatkan dia tidak senang duduk. Tetamu yang tidak mengetahui cerita sebenar kelihatan tertanya-tanya. Norman melangkah menghampiri gadis yang sedang berdiri berpeluk tubuh di tepi tingkap itu. Isterinya itu langsung tidak memandang ke arahnya.
“Sayang...” panggilnya lembut. Tubuh Shahfira dipusing menghadapnya. Dagu runcing isterinya itu diangkat sedikit. Mereka bertentang mata. Senyuman manis terukir di bibirnya.
Sorry kalau semua ni buat sayang terkejut. Sebenarnya Man yang plan semua ni. Man sayangkan Fira. Dan Man nak penuhi impian Fira agar kita kahwin. Cuma Man sengaja buat kejutan.” Ujar Norman lembut. Segala rancangannya diceritakan kepada wanita yang sudah sah bergelar isterinya itu.
“Apesal Man buat Fira macam ni? Man ingat Fira takde hati perasaan ke?” soal Shahfira sayu sebaik saja lelaki itu selesai berbicara. Memang hatinya tersentuh dengan cerita lelaki tersebut. Akhirnya dia tahu bahawa Norman juga sayangkannya. Tapi dia tidak mampu menyembunyikan rasa terkilan. Dia tidak dapat bersama-sama menyiapkan persiapan untuk majlisnya. Malah sebelum ini, segalanya diuruskan oleh lelaki tersebut dan juga keluarganya. Dia langsung tidak berminat untuk membantu. Segala rasa hatinya diluah. Biar lelaki itu tahu apa yang ada di dalam hatinya.
Norman tersenyum. Tubuh wanita yang sedang keliru itu diraih ke dalam pelukannya. “Takpe sayang. Man tak kisah buat semua tu. Lagipun sayang jangan terkejut bila tengok majlis persandingan kita nanti sebijik macam yang pernah sayang bayangkan sebelum ni.” Pujuk Norman lembut. Belakang badan isterinya diusap penuh kasih.
“Ehem!! Kalau iye pun, sabarlah. Tunggu-tunggulah malam nanti.” Tegur satu suara. Kelihatan Zarul Zikuan sedang tersenyum mengejek di tepi pintu.
“Takkan tak sempat nak bersanding kot??” tokok Syahrul sambil mengenyit mata nakal. Hasrul, Balqiss, Liyana dan Emmy turut tergelak.
Pasangan mempelai itu tersipu malu. Shahfira pantas menyembunyikan wajahnya di dada Norman.
“Alah! Korang ni kacau jelah. Tak boleh nak tengok orang senang sikit.” Balas Norman pura-pura marah.
“Dahlah buat drama. Korang berdua kena bersiap. Nanti nak bersanding pulak.” Tegur Liyana separuh mengusik. “Hai... Nampaknya kau dululah yang merasa naik pelamin Fira.. Kalah kitorang yang dah bertunang ni..” tambah gadis itu lagi sambil tersenyum penuh makna. Emmy dan Balqiss turut senang melihat wajah Shahfira yang semakin berseri-seri.
                                      *          *          *          *          *
“Wan! Si Norman tu dah lepas. Hasrul dengan aku pun dah tak lama lagi dah. Kau bila lagi?” soal Syahrul ketika mereka bertiga sedang menjamu selera di bawah kanopi yang disediakan.
Zarul yang sedang makan tersedak.
Hasrul dan Syahrul sekadar ketawa. Wajah Zarul Zikuan yang sudah merah padam tidak dihiraukan.
“Aahlah Wan. Kau tu bukannya takde calon. Tapi terlalu ramai. Takkan kau tak nak kahwin lagi Wan.” Tokok Hasrul pula.
Zarul diam. Dia akui kata-kata sahabatnya itu ada benarnya. Tapi entahlah. Dia tiada jawapan pada soalan tersebut.
“Kau tunggu siapa lagi Wan? Kau kena lupakan arwah. Lepaskan semua tu. Doakan agar arwah tu tenang kat sana.” Pujuk Hasrul lembut. Bahu Zarul ditepuk lembut.
Zarul mengeluh lemah. Itulah alasan sebenarnya. Dia masih tidak mampu melupakan arwah Akma. Malah apa yang membuatkannya resah bayangan arwah semakin kerap bermain di ruang matanya. Dia tidak sanggup menghilangkan segala kenangan-kenangan yang pernah dia miliki bersama gadis itu. Pandangannya dilemparkan ke bawah kanopi yang disediakan untuk kaum wanita. Kelihatan seorang gadis berbaju kurung biru lembut kosong sedang bergelak ketawa dengan Liyana dan Emmy.
Hasrul yang perasan renungan mata Zarul Zikuan itu menyiku lembut lengan lelaki yang bertindak sebagai pengapit Norman sebentar tadi. Kena pulak baju melayu yang dipakainya sedondon dengan warna baju kurung Balqiss.
“Ehem! Kalau iye pun, janganlah ditenung pasangan pengapit kau tu. Ingat sikit Wan. Ni kampung. Bukan bandar. Tak elok kau tenung anak dara orang macam tu. Nanti tak pasal-pasal kau yang masuk dalam kawah gulai kat dapur tu.” tegur Hasrul sambil tersenyum simpul.
Zarul tersentak.
“Eh! Mana ada. Kau ni ada-ada jelah.” Zarul menidakkan kata-kata Hasrul. Dia meneruskan suapan.
Syahrul ketawa kuat. Bukan senang melihat wajah gelabah rakannya yang digelar playboy zaman millennium itu.
“Wan. Aku rasa kalau kau dengan Qiss pun tak salah. Secocok apa.” Giat Syahrul sambil ketawa kuat.
“Kau gila ke apa? Mahunya terlingkup rumah aku nanti. Bukan kau tak kenal singa lapar tu.” balas Zarul bersungguh-sungguh. Mujur tidak bersembur nasi yang ada di dalam mulutnya.
“Tak senonohlah kau ni Wan.” Tegur Hasrul lembut. “Tapi aku rasa betul jugak apa yang Syahrul cakap tu. Lagipun mana ada lagi gadis yang berani tolak kau. Kau tak rasa tercabar ke hah?” tambahnya lagi.
Zarul Zikuan termenung sejenak. Siapa kata dia tidak tercabar melihat perangai gadis tersebut. Malah setiap kali mata mereka bertentangan, hatinya berdebar tak menentu. Rasa aneh seperti yang pernah dilaluinya semasa bersama arwah dulu kembali menjelma. Malah lebih kuat. Tapi dia sering menepis. Baginya itu cuma mainan perasaan. Masakan dia sudah jatuh cinta dengan gadis seperti Balqiss. Oh tidak! Dia berdolak-dalih.
Ya Allah. Andai dia jodohku, kau berikanlah aku jalan agar dia menjadi milikku. Doanya di dalam hati.

1 comment:

Anonymous said...

SAYA SUKA CERITA NI.....
LIKE3X....
XSABAR NK TUNGGU SAMBUNGANNYA...
CEPATLAH SAMBUNGGG...HEHEHEHEHE