SELAMAT MEMBACA..Jangan lupa tinggalkan komen atau cadangan agar Mya boleh buatkan cerita lebih menarik okeh!datang lagi...sayang korang...(^_*)

Jom follow blog Mya.... ;)

Thursday 1 March 2012

Andai Dia Jodohku ep 16




BAB 16
Balqiss masih tekun menaip. Jam di atas meja dikerling. Tepat di angka tiga pagi. Matanya yang sudah terasa pedih ditenyeh beberapa kali. Ideanya datang mencurah-curah. Sayang kalau tidak dikeluarkan, fikirnya. Sudahlah esok dia akan bertolak pulang ke kampung kerana Liyana akan bertunang dua hari lagi. Sebagai sahabat, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk berada di samping mereka dalam apa jua situasi.
Dalam rasa bahagia menanti majlis pertunangan tersebut, hatinya turut dirundung kebimbangan. Pasti emaknya di rumah tidak akan duduk diam selepas ini. Mug yang sudah kosong dicapai. Ingin turun ke dapur untuk mengambil air. Belum sempat dia keluar dari bilik, handphonenya berbunyi nyaring.
Siapa pulak call aku malam-malam buta ni. Bisik hatinya hairan. Tapi tangannya pantas mencapai gajet kecil tersebut. terpampang nombor yang tak dikenali.
“Assalamualaikum.” Sapanya.
“Err waalaikummussalam. Qiss!” jerit suara di sebelah sana.
Berkerut dahi Balqiss mendengar suara tersebut. Dia cam sangat suara di talian itu. Tapi dia tak pasti. Takut tersilap.
“Siapa ni?”
“Qiss! Ni akulah.”
“Nak apa?” soal Balqiss acuh tak acuh.
“Kau tak tidur lagi ke?”
“Tengah tidurlah ni.”
Zarul tersenyum sendiri mendengar nada gadis tersebut. Dapat dibayangkan wajah Balqiss dengan ‘fish mouth’nya.
Sorry-sorry. Aku kat luar rumah kau ni.”
What??” Balqiss pantas mengintai disebalik tingkap biliknya. Memang ada Alfa Romeo milik lelaki tersebut di depan pagar. Hairan. Entah apa yang membuatkan lelaki itu nekad datang ke rumahnya waktu-waktu sebegini. Malah sejak dia menemani lelakinya ke majlis dua minggu lepas, mereka langsung tidak bertemu.
“Turunlah Qiss.” Ucap Zarul perlahan.
“Kau nak apa malam-malam buta ni?” soal Balqiss dingin.
“Aku laparlah.” Rengek lelaki itu lagi.
Bulat mata Balqiss mendengar kata-kata tersebut. “Kau lapar? Apesal cari aku?”
“Jom temankan aku makan. Turunlah Qiss. Aku tunggu.” Pinta lelaki itu separuh merayu. Talian terus diputuskan.
Balqiss terdiam. Dalam terpaksa, kakinya diatur keluar rumah. Sempat tangannya mencapai sehelai tudung sarung. Dengan muka mencuka, dia mengetuk kuat tingkap kereta tersebut.
Zarul Zikuan tersenyum. Hatinya tercuit melihat wajah mencuka gadis tersebut.
“Masuklah.”
Balqiss terus melabuhkan punggung di sebelah lelaki itu. “Nak pergi mana?”
“Makan.”
“Kau ni tak habis-habis menyusahkan aku. Time-time macam ni pun kau sanggup kacau aku. Hish! Memang tak menyesallah aku panggil kau mamat sengal.” Bebel Balqiss.
“Qiss. Aku dahlah tengah lapar. Kau pulak mencicit macam mak nenek. Kan sekali dengan kau-kau aku telan kang.” Ugut Zarul.
Balqiss mencerlung tajam wajah tenang lelaki yang sedang memandu itu. Sebal hatinya mendengar kata-kata tersebut. Akhirnya dia memilih untuk diam. Malas mahu bertekak.
                                      *          *          *          *          *
Zarul Zikuan tersenyum meleret. Puas hatinya apabila gadis itu sanggup menemaninya pagi itu. Penampilan gadis itu dipandang sejenak. Memang Balqiss seorang yang simple. Dia hanya bert-shirt lengan panjang dan seluar trek. Tudung sarung berwarna hitam menyerlahkan wajahnya yang putih bersih tanpa sebarang mekap. Tidak seperti gadis-gadis lain. Mahu ke pasar malam pun pakai cantik-cantik, siap bermekap tebal lagi.
Thanks Qiss sebab kau sudi temankan aku.” Ucapnya ikhlas. Wajah Balqiss dipandang lembut.
“Sekarang kau dah nampak kan yang aku ni memang baik. Tengoklah aku sanggup temankan mamat sengal macam kau ni time-time macam ni. Walaupun kau tu terlalu sengal dan menyebalkan aku, tapi dek sifat belas kasihan aku ni, aku temankan jugak kau.” Ujar Balqiss tersenyum bangga.
Zarul Zikuan mencebik. “Perasanlah kau ni Qiss.”
Balqiss ketawa kuat. Langsung tidak ambil hati dengan kata-kata tersebut.
Zarul Zikuan turut ketawa. Senang hatinya melihat wajah riang gadis tersebut. Rasa aneh menyelinap di hatinya setiap kali menatap wajah itu.
Ya Allah! Andai dia jodohku, kau permudahkanlah jalan untukku. Andai dia bukan untukku, kau jauhilah aku dari kekecewaan. Doanya di dalam hati.
Dalam masa yang sama, mereka langsung tidak perasan ada mata-mata yang memerhatikan tingkah laku mereka berdua. Liana mencebik benci. Sakit hatinya melihat kegembiraan yang terserlah di wajah kedua-dua insan tersebut. Jengkel hatinya memikirkan lelaki itu memilih gadis yang langsung tidak pandai bergaya. Jauh dibandingkan dengan penampilannya dan teman wanita Zarul yang lain.
Liana mendengus kasar. Stereng kereta dihentak kasar. Enjin kereta terus dihidupkan dan menderum kuat meninggalkan kawasan tersebut.


2 comments:

Anonymous said...

cerita dah best tp nape pendek sangat...x puas baca

Anonymous said...

mmg bessttt