SELAMAT MEMBACA..Jangan lupa tinggalkan komen atau cadangan agar Mya boleh buatkan cerita lebih menarik okeh!datang lagi...sayang korang...(^_*)

Jom follow blog Mya.... ;)

Monday 5 March 2012

Andai Dia Jodohku ep 17



BAB 17
Zarul mendiamkan diri. Soalan yang sama menengah cuping telinganya. Dia sudah hilang kata-kata yang untuk menjawab soalan yang keluar dari mulut ibunya itu. Malah adiknya, Zahra juga tidak henti-henti bertanyakan tentang siapa gerangan gadis yang menemaninya ke malam majlis amal 2 minggu lalu.
“Abang! Abang dengar tak ni?” soal Zahra kuat.
“Abang dengarlah Zahra. Tak payah jerit-jerit.” Zarul Zikuan menjawab malas. “Apesal yang Zahra nak tahu sangat ni? Biasanya Zahra tak kisah kan kalau abang keluar dengan siapa-siapa pun.” Sambungnya lagi.
Wajah mencuka adiknya itu dipandang sekilas.
“Ibu pun hairanlah Wan. Sejak bila gadis bertudung pun kamu buat koleksi jugak? Biasanya kamu pilih yang tak cukup kain, rambut berkarat.” Tokok Datin Azizah pula.
“Alah bu! Dia tu kawan jelah. Bukan koleksi. Lagipun anak ibu ni tak kejam lagilah nak main-mainkan gadis macam tu. Lagipun sebelum ni bukan Wan yang cari diorang, diorang sendiri yang datang serah diri.” Zarul cuba membela diri.
“Tapi Wan, umur kamu tu dah nak masuk 30 dah tahun depan. Kamu sedar tak? Bila lagi kamu nak serius dengan diorang tu? Ibu ni nak jugak merasa  dapat menantu, timang cucu. Macam orang lain. Kalau boleh, sebelum ibu tutup mata, ibu harap sangat dapat tengok kamu kahwin.”
“Alah bu. Kalau macam tu, baik ibu suruh je Zahra kahwin. Senang. Boleh jugak dapat cucu.” Balas Zarul Zikuan selama.
Zahra dan Datin Azizah tersentak. Mata masing-masing tajam menikam wajah selamba anak sulung pemilik Lestari Holdings itu.
“Apa abang ni?” bentak Zahra kurang senang.
“Wan! Yang Wan merepek tak tentu pasal ni kenapa? Sedar tak adik Wan tu kecik lagi. Belajar pun tak habis lagi. Tak kan nak suruh dia kahwin.” Marah Datin Azizah.
“Alah bu! Bukan takde budak baya Zahra yang dah kahwin. Lagipun entah-entah Zahra ni pun dah ada calon. Tak gitu dik?”
“Malaslah layan abang!”
Zahra memuncung. Terus dia bangun meninggalkan dua beranak itu.
Datin Azizah mengeluh lemah. Wajah Zarul Zikuan yang tersenyum gembira apabila boleh mengenakan adiknya itu dipandang lama.
“Wan…. Kalau si Zahra tu ibu tak kisah sangat. Kamu ada. Boleh jaga dia bila ibu dengan abah dah takde nanti. Yang ibu risau sangat, kamu tu hah! Siapa nak jaga kamu. Kalau kamu ada isteri, lain. Ibu boleh je pergi dengan tenang.” Datin Azizah sudah mengeluarkan modalnya.
“Apa ibu melalut ni? Ibu dengan abah takkan kemana-mana. Wan tak suka dengar ibu cakap macam tu.” Zarul Zikuan kurang senang.
“Sampai bila Wan nak macam ni? Ibu dah teringin sangat Wan. Ibu nak dukung cucu ibu sendiri. Takkan sampai ibu tutup mata, Wan masih tak boleh tunaikan hasrat ibu? Ibu tahu apa yang Wan rasa. Tapi hidup kena diteruskan Wan. Ibu tahu anak ibu kuat. Jangan biarkan kenangan lampau tu menutup masa depan kamu.” Nasihat Datin Azizah lembut.
“Wan tak kuat bu…..” Nada suara Zarul Zikuan bertukar lemah.
Sekali lagi wanita itu mengeluh berat. Wajah Zarul Zikuan yang menunduk merenung permaidani itu dipandang sekilas. Naluri keibuannya tersentuh. Dari raut wajah anaknya itu, jelas terserlah kedukaan. Mungkin anak lelakinya itu tidak mampu lagi untuk melupakan bekas kekasih hatinya.
“Ibu tahu anak ibu kuat. Wan kena ingat. Kami semua masih ada bersama Wan. Ibu sentiasa doakan agar Allah kuatkan hati anak ibu. Jadikan Wan setabah dan sekuat dulu. Tapi Wan sendiri kena berusaha. Jangan hanyut dengan kenangan lama tu.” belakang badan Zarul Zikuan diusap lembut.
“Wan faham bu. Wan pun tengah berusaha. Tapi dalam ramai-ramai tu takde lagi yang boleh tundukkan perasaan Wan ni. Mereka tak mampu lagi curi hati Wan. Wan pun teringin nak ada keluarga, ada anak. Tapi mungkin jodoh anak ibu ni tak sampai lagi kot.” Zarul Zikuan cuba berseloroh. Menutup kepedihan hatinya. Tapi entah kenapa, bayangan seorang gadis bermain-main di ruang matanya. Hatinya berdegup kencang. Tetapi pantas dinafikan rasa hatinya itu.
“Takpelah Wan. Ibu tak paksa Wan. Cuma ibu harap Wan berubahlah. Sudah-sudahlah mainkan perasaan anak dara orang. Ibu selalu doakan anak ibu ni dapat jodoh yang baik-baik. Perkara yang lepas tu, lupakanlah. Jangan dikenang lagi.” Pujuk wanita yang penuh naluri keibuan itu lembut. Bahu anak terunanya ditepuk lembut. Cuba menyalur kekuatan.
“Terima kasih bu. Wan takkan hampakan harapan ibu tu.” lafaznya seakan berjanji.
Datin Azizah mengangguk lemah. Dia tidak akan memaksa pemuda itu. Cukuplah kepedihan yang dialami oleh Zarul Zikuan beberapa tahun yang lepas. Hatinya turut hiba setiap kali melihat wajah murung anaknya suatu ketika dahulu.
                                      *          *          *          *          *
Balqiss membatu. Wajah gembira Liyana setelah menjadi tunangan Syahrul berlegar-legar di kepalanya. Dia turut gembira dengan pertunangan tersebut. Setelah pulang dari majlis itu, dia duduk mengambil angin di pangkin di depan rumah orang tuanya.
“Kamu tak tengok ke si Yana tu dah jadi tunang orang tadi. Kamu ni tak rasa apa-apa ke Qiss? Tak tergerak ke hati kamu tu nak ikut jejak langkah si Yana tu?” soal Mak Imah. Geram melihat gadis itu seakan tidak berminat untuk membalas kata-katanya.
“Abang! Awak tengoklah anak awak tu!” peha Pak Halim ditepuk geram.
“Alah awak ni. Biar jelah dia tu. Soal masa depan dia, biar jelah dia fikirkan. Tak payah didesak sangat budak-budak sekarang ni. Nanti kalau dah sampai seru, adalah jodoh dia nanti.” Ucap Pak Halim lembut. Wajah cemberut isterinya dipandang sekilas. Kemudian matanya jatuh ke wajah anak gadis bongsunya, Balqiss.
“Yang kamu ni pun satu Balqiss. Dah tahu mak kamu macam ni. Apesal kamu tak bawak-bawak lagi teman kamu yang kat KL tu balik kampung?” soal lelaki 50-an itu.
Balqiss tersentak. Apesal pulak ayahnya tiba-tiba bercakap begitu. Sedangkan selama ini bukan dia tidak pernah terangkan yang dia masih belum berteman.
“Qiss nak bawak siapa pulak balik kampung yah? Qiss mana ada siapa-siapa lagi sekarang ni.” Jawab Balqiss lemah.
“Lah! Sampai bila kamu nak sorokkan dia Qiss? Bawak je jumpa ayah dengan mak. Kami takkan haling pilihan kamu tu.” balas Pak Halim lembut.
“Betul yah. Takde. Nanti bila dah ada, Qiss bawak balik. Qiss janji!” balas Balqiss sambil mengangkat tangan kanan. Seakan berikrar.
“Ikut suka kamulah Balqiss. Kamu yang nak kahwin. Jomlah bang kita ke kebun. Kalau dilayan si Balqiss ni memang takkan habis.” Akhirnya Mak Imah berputus asa. Anak gadisnya itu seakan tidak berminat langsung untuk mendirikan rumahtangga.
Balqiss mengeluh perlahan. Langkah dua insan yang semakin menjauh itu dipandang sepi. Angin sepoi-sepoi menampar lembut wajahnya. Setiap kali pulang ke kampung, dia memang suka menghabiskan waktu petangnya di pangkin bawah pokok jambu itu. Udara kampung yang bersih disedut sepuas hati. Bukan senang menikmati udara sesegar itu dibandar, fikirnya.
“Hai Kak Qiss!” tegur satu suara.
Balqiss berpaling. Wajah dua orang budak lelaki belasan tahun dipandang. Senyuman terukir dibibirnya.
“Kak Qiss lama ke duduk kat kampung ni?” soal Fakri sambil tersenyum. Fakri mengambil tempat di sisi kakak sepupunya itu.
“Nah kak!” Fahmi pula bersuara. Fahmi yang muda empat tahun daripada abangnya Fakri menghulurkan beberapa biji jambu yang dipetiknya kepada Balqiss.
Balqiss tersenyum. Jambu yang ada ditangannya digigit perlahan.
“Kak Qiss cuti seminggu. Apesal?”
“Saja tanya. Lagipun Kak Qiss kan dah lama tak balik kampung. Rindulah nak duduk borak-borak macam ni dengan akak.” Balas Fakri jujur. Memang tidak dinafikan hubungan mereka agak rapat. Setiap petang ada sahaja aktiviti yang akan dilakukan oleh mereka.
“Alah. Kak Qiss banyak kerjalah. Lagipun korang boleh main berdua.”
“Kak. Bila akak nak kahwin?” soal Fahmi tiba-tiba.
Balqiss mengeluh lemah. Kalau boleh, dia mahu mengelak daripada soalan sebegitu.
“Entah. Muka macam kak Qiss ni mana ada orang nak.” Balas Balqiss perlahan.
“Alah Kak Qiss! Tak payah nak tipu kitoranglah. Bukan kitorang tak tengok Kak Qiss kat dalam tv tempoh hari.” Ucap Fahmi selamba.
“Handsome giler pakwe Kak Qiss.” Puji Fakri ikhlas.
Balqiss tercengang. Hampir terlupa yang majlis amal tersebut ditayangkan secara langsung. Sudah pasti orang kampungnya ramai yang menyaksikan rancangan tersebut. Dia menepuk dahi. Patutlah ayahnya beria-ria menyuruhnya membawa balik ‘teman’ sebentar tadi.
“Semua orang tengok ke?” soal Balqiss cepat-cepat.
“Entahlah kak. Tapi yang penting berita kak Qiss masuk tv tu memang tersebar sampai ke kampung sebelah.” Ujar Fahmi.
Wajah terkejut Balqiss ditatap. Kedua beradik itu ketawa lucu.
“Alah kak. Apa yang nak dihairankan sangat. Kan akak ada mak saudara yang memang terlebih prihatin. Dialah yang sebarkan berita tu.” tokok Fakri pula.

Balqiss diam. Faham siapa yang dimaksudkan oleh adik sepupunya itu. Mesti Mak Long Anisah yang menyebarkan berita tersebut. Bukan dia tidak kenal Mak Longnya itu, terlalu suka menjaja cerita orang.
“Hai kak, panjang umur Mak Long kesayangan akak tu. Dah sampai pun.” Fahmi bersuara. Matanya tertumpu pada seorang wanita bertubuh agak gempal yang sedang berjalan menuju ke arah mereka bertiga.


No comments: