SELAMAT MEMBACA..Jangan lupa tinggalkan komen atau cadangan agar Mya boleh buatkan cerita lebih menarik okeh!datang lagi...sayang korang...(^_*)

Jom follow blog Mya.... ;)

Monday 26 March 2012

YA! AKU DAH JATUH CINTA bab 1

BAB 1

“Aku takkan sentuh kau. Lepas ni, aku akan akhiri semua ni.” Lelaki yang masih lengkap berbaju melayu ungu terang itu berkata-kata.

Wan Madina Aisya diam tanpa sebarang riak. Kain net yang menghiasi kepalanya cuba ditanggalkan. Tapi gagal. Kepalanya diteleng ke kanan dan ke kiri. Manakala kedua belah tangannya merayap-rayap diatas kepala mencari dimana letaknya jarum peniti yang dicucuk oleh mak andam beberapa jam yang lepas.

Akhirnya dia mengeluh hampa. Cermin besar yang didepannya dipandang.

‘Cantik jugak aku ni kan?’ Dia berbisik sendirian. Senyuman manis terukir diwajahnya. Baju kebaya moden rona sama dengan baju melayu yang dipakai oleh lelaki yang duduk dibirai katil itu amat sesuai dipadankan ditubuhnya.

‘Aish minah ni. Aku cakap macam tu, dia boleh lagi senyum-senyum. Memang dasar perempuan! Semua benda dibuat main-main.’ Getus hati Danish Hakim geram. Wajah wanita yang sudah menjadi isterinya pagi tadi direnung tajam.

Senyuman Dina hilang sebaik pandangannya bertembung dengan renungan tajam lelaki itu.

‘Hish! Mamat ni apesal? Aku ada buat salah ke?’ soalnya dalam hati. Tapi dia tidak berani bersuara.

“Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?” soal Danish geram.

“Dengar.”

“Dah tu. Apesal kau diam je?”

Dina berpaling. Memandang lelaki yang sudah bersandar senang di kepala katil. Sampin yang dipakai oleh lelaki itu sebentar tadi tergantung diatas rak. Butang baju melayunya juga dibuka dibahagian atas.

“Dah tu yang awak nak. Saya nak cakap apa lagi.” Balasnya selamba.

“Kau setuju ke tak? Sekurang-kurangnya bagilah komen sikit. Janganlah diam je.”

“Awak. Awak suami. Saya ni isteri je. Kuasa talak tu kat tangan awak. Bila-bila masa je awak boleh ceraikan saya. So, buat apa lagi awak susah-susah tanya saya.”

“Oo...Jadi kau tak kisah kalau aku nak ceraikan kau?”

“Langsung tak!” Dina membalas yakin.

‘Macamlah aku ni kemaruk sangat nak jadi isteri dia. Hish! Apalah nasib aku dapat suami berlagak macam mamat ni.’ Bebel Dina dalam hati.

Danish tersentak. ‘Beraninya minah ni.’

“Kalau aku ceraikan kau malam ni, macam mana?” dia masih mahu menduga.

“Cerailah! Awak ingat saya takut? Lagipun nanti bukan hanya saya dan family saya je yang malu, tapi awak dengan family awak pun terlibat sama. Tahu?” Dina bangun. Mendekati tempat lelaki itu bersandar.

Danish diam. Betul jugak cakap Dina tu. Takkan malam pertama, mereka sudah bercerai. Biasanya malam pertamalah yang memang dinanti-nantikan oleh pasangan yang baru berkahwin. Tapi dia dan Dina lain. Malam pertama sudah berbincang hal cerai-berai.

Danish mengeluh perlahan. Rambutnya yang sudah sediakala kusut diramas kasar. Memang kepalanya sudah buntu. Tidak tahu lagi apa yang perlu dilakukan. Gadis yang sudah sah menjadi isterinya beberapa jam yang lalu dipandang lama.

“Cantik...” pujinya perlahan. Tapi entah kenapa. Kecantikan milik anak gadis kepada kawan baik ibunya itu tidak mampu menggetarkan hati lelakinya. Dia masih tidak mampu membuka pintu hatinya untuk mana-mana gadis. Termasuklah isterinya itu.

Dina yang sedang berusaha membuang kain net dikepalanya terkedu apabila anak matanya bertembung dengan anak mata hitam pekat lelaki yang sedang bersandar di kepala katil.

“Aish! Mamat ni nak apa tenung aku macam nak telan. Nak kata lapar, tadi kan dah makan. Haish! Ni yang buat aku gerun ni....” bebel perlahan.

“Kau kutuk aku ke?” soal Danish. Dia perasan mulut Dina terkumat-kamit seakan berkata sesuatu.

Dina pantas menekup mulut. Dia menggeleng beberapa kali.

“Kau tak payah nak tipulah. Aku tahu. Kau mengata aku kan?” desak Danish lagi.

“Kenapa awak cakap saya kutuk awak?”

“Dah aku je ada dengan kau sekarang ni. Takkan kau nak kutuk katil ke almari ke? Bodohlah kan? Dah memang confirmlah kau kutuk aku.” Danish masih tidak mahu mengalah.

“Ah! Buang masa je saya kutuk awak. Kalau saya nak kutuk pun, baik saya kutuk depan-depan. Lagi senang.” Dina membalas laju.

“Kau tak nak ngaku lagi ke? Ke kau takut?”

“Takut apa pulak?” soal Dina hairan.

“Kau takut jatuh cinta kat aku kan? Bukan aku tak tahu. Dari tadi lagi kau memang selalu sangat curi pandang aku.” Danish tersenyum memanjang.

Dina pantas berpaling. Wajah lelaki yang sedang tersenyum riang dipandang tajam.

“Saya? Suka awak??” soal Dina sambil jarinya menghala ke arah Danish.

Lelaki itu pantas mengangguk.

“Gila!!”

“What??” terjenggil mata Danish memandang wajah selamba Dina.

*****

Dina sekadar memandang lelaki yang baru selesai mandi itu. Nampak segar dan bau haruman shower gel menusuk rongga hidungnya.

‘Ah! Bestnya kalau aku dapat mandi jugak.’ Bisik hati kecilnya.

Perlakuan Danish yang sedang menyidai kain tuala pada rak dipandang. Kemudian lelaki itu membentangkan sejadah dan terus menunaikan solat Isyak. Setiap perlakuan lelaki itu diawasi dengan anak matanya. Nampak lelaki itu begitu khusyuk menadah tangan berdoa kepada Yang Maha Pencipta.

Usai mengamimkan doa, dia bangun. Sejadah yang digunakan dilipat dan diletakkan di tempat asal.

“Yang kau tenung aku kenapa? Tak reti-reti ke nak pergi solat jugak?” tegur Danish selamba. Langsung tidak memandang wajah Dina.

Dina tersentak. Pantas dia mengalihkan pandangannya ke arah lain.

‘Adusss! Mamposss aku. Dahlah mamat ni terlebih poyo. Nanti mesti dia ingat aku syok kat dia.’ Dina menepuk dahi.

“Aku bukan suruh kau tepuk dahi. Aku suruh kau pergi solat. Kau ingat sikit. Walaupun aku tak mengaku kau sebagai bini aku yang sebenar, tapi mulai saat ni, segala perlakuan kau, semuanya atas aku. Kau faham tak?” Danish mencerlung tajam wajah yang masih dihiasi dengan mekap.

“Ehem! Saya tahulah tugas saya.” Balas Dina perlahan. Dia sedar. Kata-kata lelaki itu ada juga benarnya.

“Tahu? Habis tu, tak reti-reti lagi? Ke kau tak puas lagi bersanding tadi?” soal Danish sinis. Timbul juga rasa hairan di benaknya kenapa Dina masih lagi tidak menanggalkan pakaian pengantin yang tersarung ditubuhnya itu.

Dina terdiam. Terasa darah hangat menyerbu kulit wajahnya. Terbayang peristiwa petang tadi dibenaknya.

“Kak Dina! Rapatlah sikit dengan Abang Danish tu. Barulah nampak romantik sikit.”

“Abang Danish! Apa lagi? Peluklah bini abang tu!”

“Abang Danish! Cium dahi Kak Dina lama sikit. Tak sempat nak tangkap gambar ni!”

“Kak Dina! Janganlah keras sangat. Macam patunglah.”

“Kak Dina itu.....”

“Kak Dina ini.....”

Suara-suara sumbang yang membuatkan hati Dina resah tanpa henti. Dalam keadaan yang terpaksa, Dina terpaksa tersenyum. Terpaksa merelakan tangan lelaki itu melekap di badannya. Terpaksa juga direlakan tubuhnya dipeluk oleh lelaki itu semata-mata mahu memuaskan hati sanak-saudara yang hadir.

Mereka berdua beraksi seperti pasangan yang saling mencintai. Tersenyum riang walaupun hati menangis hiba. Tapi apakan daya, Dina sedar. Hasrat dan impian orang tuanya perlu dilaksanakan. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Apa yang dia tahu, dia mahu membuat kedua ibu bapanya tersenyum gembira.

*****

‘Hish minah ni! Aku cakap dengan dia, boleh pulak dia berangan.’ Danish membebel sendirian. Bantal berbentuk hati yang diletakkan ditengah-tengah katil dibaling tepat mengenai gadis yang sudah sampai entah kemana itu.

“Eh labu engkau jatuh tertunggeng!” Dina melatah.

Pecah tawa Danish mendengar kata-kata yang meluncur laju dari mulut isterinya itu.

“Oo... Kau latah rupanya. Tak sangka aku. Tengok orang macam ok je. Tapi latah.” Danish masih ketawa. Langsung tidak dipedulikan jelingan tajam Dina.

“Kenapa? Kalau latah, salah ke?” soal Dina tak senang.

“Dahlah tu. Kau pergilah mandi. Aku yang tengok kau pulak yang rasa rimas.” Balas Danish selamba.

Dina masih tidak bergerak.

‘Macam mana aku nak mandi kalau benda alah ni tak boleh nak buang? Takkan aku nak keluar minta tolong orang kat luar yang buangkan. Nanti kalau diorang tanya kenapa tak suruh laki aku yang buangkan, apa aku nak jawab?’ hati Dina bersoal jawab sendirian.

Dia mengeluh. Memusingkan badan menghadap cermin.

“Lah! Aku suruh mandi pun kau mengeluh? Kau ni kenapa hah?” soal Danish hairan sebaik mendengar keluhan gadis tersebut.

“Takde apa-apalah.” Balas Dina malas.

“Wan Madina Aisya! Aku suruh kau pergi mandi. Kau ni kan, malam pertama pun kau dah derhaka dengan aku kan? Huh! Nasib baiklah kau jadi bini aku tak lama. Kalau tak, entah apalah nasib aku. Dapat bini tak suka mandi. Baik aku kahwin dengan kambing kalau macam nilah perangai kau.” Bebel Danish tanpa rasa bersalah.

Dina tersentap.

“Awak ni kan, mulut takde insurans langsung kan?” soalnya geram.

“Kenapa? Salah ke apa yang aku cakap?”

“Huh!”

“Pergilah mandi. Ke kau nak suruh aku tolong mandikan? Hish! Jangan haraplah ye Puan Madina Aisya. Aku takkan sekali-kali sentuh kau lepas ni. Dan kau, aku nak ingatkan sikit. Kau tak payahlah berangan nak bermanja dengan aku. Kau tak kan dapat semua tu. Faham?” Danish bersuara sombong.

Dina diam. Tak kuasa melayan kata-kata lelaki tersebut. Hanya kakinya sahaja yang melangkah menghampiri katil.

Danish yang perasan kehadiran Dina semakin dekat dengannya bingkas bangun.

“Hah! Kau nak apa ni?” soalnya agak kalut.

Dina diam. Punggungnya dilabungkan dibirai katil. Dekat dengan kaki lelaki tersebut.

Dian tunduk. Kepalanya betul-betul di depan lelaki yang masih bingung itu.

“Tolong cabutkan pin kat atas kepala saya ni. Dari tadi saya cuba, tapi tak boleh.” Ujarnya lembut.

Danish kaget. Kepala yang masih dilitupi tudung berwarna ungu itu dipandang lama.

Lima minit berlalu......

Mata Danish masih tajam merenung atas kepala di depannya itu.

Sepuluh minit berlalu......

Dina akur. Nampaknya lelaki itu betul-betul jijik untuk menyentuhnya. Dia bukan mahu menggatal. Tapi dia hanya perlukan pertolongan. Tapi apa yang dia dapat? Hatinya tergores dengan lelaki pilihan kedua ibu bapanya itu.

Dia akhirnya angkat kepala. Wajah bingung di depannya dipandang sejenak. Senyuman diukir buat lelaki tersebut sebelum dia bangun. Berkira-kira mahu beredar dari situ.

Danish kaget. Pantas tangan isterinya itu dicapai. Menghalang daripada wanita itu mengatur langkah.

“Kau nak pergi mana?” soalnya perlahan.

“Keluar.” Balas Dina lembut.

“Buat apa?” soal Danish bodoh.

“Nak minta tolong ibu buangkan pin nilah.”

Danish terdiam. Wajah lembut didepannya dipandang seketika. Dia bingkas bangun. Berdiri betul-betul di depan wanita itu.

“Tak payah. Meh sini aku tolong.” Ujarnya perlahan.

Dina akur. Kepalanya terus ditundukkan.

Terketar-ketar tangan kanan lelaki itu singgah diatas kepala wanita yang hanya separas bahunya sahaja.

“Dah ke?” soal Dina apabila merasa terlalu lama masa yang diambil oleh lelaki itu.

“Ehem!!!” Danish berdehem kuat.

“Errr... Dah.. Dah...” balasnya.

“Terima kasih.” Ujar Dina tulus. Belakang badan lelaki yang kembali merebahkan badan di atas katil dipandang sejenak sebelum mencapai tuala dan berlalu ke bilik air.

Danish sekadar mengangguk. Langsung tidak memandang wajah Dina.

“Saya minta maaf sebab buat awak terpaksa kahwin dengan saya. Saya pun tak minta awak sentuh saya. Saya akan ikut semua yang awak nak. Tapi satu, saya minta sangat jangan tunjukkan sikap awak yang macam ni depan parents saya. Saya tak nak diorang perasan hubungan kita yang sebenar. Kalau boleh, biarlah depan mereka, kita macam suami isteri yang sebenar. Saya pun tak kisah kalau awak tak nak bagi nafkah yang sepatutnya kat saya. Saya ada duit saya sendiri dan saya masih mampu nak tanggung hidup saya dan juga mereka. Awak nak ceraikan saya kan? Ok! Saya terima semua tu. Tapi saya minta, biarlah sampai tempoh setahun perkahwinan kita ni. Saya janji, tepat setahun kita kahwin, saya akan hilangkan diri dari pandangan awak. Dan saya takkan tinggalkan walau sebesar kuman pun apa-apa yang berkaitan dengan saya dalam hidup awak.” ujar Dina laju sebelum menutup pintu bilik air.

Danish terkesima. Pintu bilik air dipandang lama. Kata-kata Dina sebentar tadi melegakan hatinya. Dia yakin, wanita seperti Dina tidak akan mungkir janji. Dan dia percaya Dina akan berpegang kepada kata-katanya. Dia tersenyum sendirian. Tidak sabar menanti tempoh setahun yang dimaksudkan oleh Dina itu berlalu.