Follow by Email

SELAMAT MEMBACA..Jangan lupa tinggalkan komen atau cadangan agar Mya boleh buatkan cerita lebih menarik okeh!datang lagi...sayang korang...(^_*)

Jom follow blog Mya.... ;)

Monday, 5 March 2012

Andai Dia Jodohku ep 18


BAB 18
Mak Long Anisah tersenyum sinis. Balqiss hanya diam. Malas hendak bersuara. Fakri dan Fahmi masih lagi tidak berganjak di sisi kakak sepupu mereka itu.
“Hah! Yang kamu berdua tercegat kat sini ni apesal? Dah puas pusing kampung dengan basikal buruk kamu tu? Kerja menghabiskan duit mak bapak je tahunya. Bukannya nak belajar.” Bebel wanita itu. Tajam matanya merenung kedua remaja lelaki tersebut.
“Mana ada buruk Mak Long. Kitorang baru je dapat basikal ni.” Jawab Fahmi jujur.
Balqiss dan Fakri berpandangan. Sempat Farkri mengenyitkan matanya kepada Balqiss. Isyarat agar tidak melarang adiknya daripada menjawab. Bagi mereka, ibu saudaranya itu tidak boleh dibiarkan sangat.
“Aah! Takkan Mak Long tak nampak. Basikal baru ni. Plastik pun ada lagi yang tak buang.” Tokok Fakri.
“Kalau ditegur menjawab. Apa nak jadilah dengan kamu ni. Macam ni lah kalau tak diajar. Kecik-kecik dah pandai melawan.” Bebel wanita itu lagi.
Fahmi ketawa. Langsung tidak takut dengan wanita tersebut.
“Yang kau ketawa ni kenapa? Aku cakap betul! Budak biadab macam korang berdua ni memang tak cukup ajaran. Besar nanti entah nak jadi apa pun aku tak tahulah.” Wanita itu menahan amarah. Tajam matanya merenung wajah dua remaja itu silih berganti.
“Biadab pun biadablah Mak Long. Nak buat macam mana lagi dah. Kami ni dah puas belajar. Tak kurang ajar jugak. Kan orang cakap. Menuntut ilmu biarlah sampai ke Negara China. Sebab tu kami ni kurang ajar lagi. Tak sapai lagi ke China kot.” Fahmi membalas. Melalut entah kemana dah kata-katanya.
“Hish! Budak ni kan!” wanita itu mara. Mendekati Fahmi yang berdiri di birai pangkin.
“Ada apa mak long datang sini?” soal Fakri hairan. Sekaligus mematikan langkah wanita tersebut. Pasti ada niat dihati mak longnya itu, kalau tidak jangan haraplah dia akan menjejakkan kaki disitu.
“Apesal? Aku tak boleh nak datang sini? Nak jenguk anak-anak saudara.” Balas wanita itu kasar.
“Mak Long ada anak saudara ke kat sini?” soal Fahmi tenang.
Walaupun memang nampak kurang ajar, tapi baginya wanita itu tak perlu diberi muka sangat. Kata-kata yang keluar dari mulut Mak Long mereka itu langsung tidak pernah menyejukkan hati orang lain. Malah siapa yang tak kenal dengan wanita tersebut. Sudahlah suka menjaja cerita dan memburukkan orang lain, sanak saudara sendiri pun tak dihiraukan. Kalau orang lain, ada je yang tak kena dimatanya. Tapi anak sendiri pun tak terjaga.
“Eh Fakri! Baik kau jaga sikit mulut adik kau ni. Kan tak pasal-pasal dapat makan penampar aku kan!” marah wanita itu lagi.
“Tak payah Mak Long! Saya boleh jaga sendiri. Lagipun saya takkan senang-senang bagi Mak Long tampar saya.”
“Mi.. Dahlah tu.” tegur Balqiss lembut.
Fahmi diam. Akur dengan kata-kata kakak sepupunya itu.
“Aku ni mak saudara korang. Jadi ikut suka akulah kalau aku nak datang jenguk korang. Tak salah kan?” ujar wanita itu sambil menjeling wajah Balqiss sejenak. Tercuit hatinya melihat betapa pemuda yang lancing melawan kata-katanya sebentar tadi akur apabila ditegur oleh Balqiss.
“Takdelah. Pelik. Biasanya mak long takkan datang kalau takde hal.” Fakri menjawab.
“Aku sengaja datang. Nak melawat anak saudara aku yang dah popular ni. Orang dah masuk tvlah katakan. Aku ingatkan dah tak jumpa jalan balik kampung lagi dah. Dah suka sangat berkepit dengan orang kaya kat bandar tu.” mak long Anisah bersuara sinis.
Balqiss tergamam. Hati kecilnya menggumam. Geram dengan kata-kata wanita tersebut.
“Lah! Mak long datang sini sebab nak perli Kak Qiss je ke? Ingatkan nak tanya khabar.” Fahmi bersuara sinis.
“Bila masa pulak aku perli dia?”
“Lah! Tak perli ke? Saya ingatkan perli tadi.” Fahmi terus membalas.
“Eh! Yang kamu sibuk-sibuk sangat nak bela si Qiss ni apesal? Kamu sedar tak kakak kamu ni dah nak tergolong dalam anak dara tua. Tak laku. Sebab tu sampai sekarang tak kahwin-kahwin lagi.” Balas wanita itu geram.
“Alah mak long. Tak berdosa pun kalau jadi anak dara tua. Betul tak kak?” bela Fakri pula.
“Iyelah mak long. Baik jadi anak dara tua daripada menggatal dengan laki orang. Macam Kak Lina anak mak long Anisah yang duduk kat depan balai raya tu hah. Mak Long kenal tak?” Fahmi memerli. Hatinya turut berasa sakit melihat kakak kesayangannya itu diperlekehkan.
Berubah air muka wanita itu mendengar kata-kata Fahmi. Tahu Fahmi sengaja memerlinya.
“Mulut kau tu jaga sikit ye! Dasar anak tak reti bahasa. Tak tahu hormat orang tua!” pekik wanita itu kuat. Tangannya dilayang tinggi untuk menampar pipi Fahmi. Mujurlah Fakri sempat bertindak. Lengan wanita itu dihalang.
“Mak long!!!” pekik Balqiss kuat. Dia berlari. Berdiri di depan dua beradik tersebut.
“Apa yang mak long nak buat ni? Apesal nak tampar diorang?” soalnya berani.
“Kau ketepi Balqiss. Aku nak ajar budak berdua ni. Biar lepas ni dia tahu macam mana nak hormat orang tua. Mari sini kau Fahmi! Fakri!” wanita itu memanggil kuat.
Balqiss tidak berganjak. Wajah marah kakak ipar ayahnya itu langsung tidak mampu mencuit rasa takutnya. Apa yang dia tahu, dia perlu melindungi dua remaja lelaki itu.
“Aku cakap ketepi Balqiss!” nada suara mak long Anisah semakin kuat.
“Tak! Saya takkan biarkan mak long sakiti budak berdua ni. Mereka tak salah!” Balqiss berkeras.
“Habis tu, kau nak cakap aku yang salah? Kau jangan memandai nak ajar aku ye Balqiss! Baik kau ketepi!” wanita itu sudah menyinga.
“Dah memang betul mak long yang salah. Mak long datang sini semata-mata nak sakitkan hati saya apesal? Mak long sedar tak kenapa diorang ni tak hormatkan mak long? Sebab salah mak long! Mak long yang tak pandai nak bercakap elok-elok dengan diorang. Mak long hanya tahu nak sakitkan hati orang, cari salah orang lain. Salah mak long, ada mak long nampak? Tak kan?” Balqiss melepaskan rasa geramnya.
Mujurlah dia masih waras. Kalau tidak, sudah dicili-cili mulut wanita di depannya itu.
“Kau ingat bila kau dah duduk kat bandar tu, dah berkepit dengan anak orang kaya, kau besar sangat ke? Kau dah boleh lawan cakap aku? Kau kena ingat Balqiss, aku ni mak saudara kau. Kau kena hormat aku.” Balas wanita itu masih tidak mahu mengalah.
“Kalau mak saudara macam ni, tak hormat pun tak pe. Kan bang?” Fahmi bersuara dari belakang Balqiss.
Fakri mengangguk. Setuju dengan kata-kata adiknya itu.
“Baik mak long balik je sekarang. Sebelum rasa hormat saya kat mak long hilang. Saya tak perlukan mak long untuk betulkan apa yang saya buat. Pergilah balik.” Ucap Balqiss perlahan tapi tegas.
“Kau memang biadap Balqiss! Hah! Elok sangatlah kalau korang berdua ikut perangai anak dara tua tak sedar diri ni.” Marah wanita itu lagi. Sakit hatinya apabila gadis di depannya itu berani melawannya.
“Kitorang tak kisah! Kalau kak Qiss tak kahwin pun, mak long tak rugi apa-apa. Buat apa mak long nk sibuk-sibuk sangat campur hal peribadi dia. Lagipun, selama ni kak Qiss yang banyak tolong kitorang. Bukan mak long. Bila mak dengan ayah kitorang takde duit, kak Qiss yang bagi duit kat kitorang. Kalau nak harapkan mak long, huh! Jangan harap. Memang banjir kilatlah kampung kita ni kalau mak long tolong keluarga kami.” Fakri bersuara. Memang kata-katanya itu ada benarnya. Selama ini Balqiss telah banyak membantu mereka sekeluarga. Malah Balqiss jugalah yang menanggung persekolahan mereka berdua.
“Dah kalau kau dah tahu mak bapak kau tu miskin, takde duit, apesal kau mintak jugak belikan basikal buruk tu kat korang berdua? Memang dasar anak tak sedar diri!” marah wanita itu lagi. Sakit hatinya melihat dua remaja itu begitu berani melawan cakapnya.
“Kak Qiss yang belikan semalam. Hadiah kitorang dapat result bagus. Mak long pergi baliklah. Lagi lama mak long kat sini, lagi banyak dosa kitorang nanti.” Balas Fahmi tenang.
“Huh!” wanita itu akhirnya berlalu dengan mulut terkumat-kamit. Entah apalah yang dibebelkan wanita itu, mereka tidak pasti.
“Hahahaha... Padan muka dia tu. Macamlah anak-anak dia bagus sangat. Kak Qiss jangan ambik hati sangat dengan mulut celupar mak long tu.” ujar Fakri sambil ketawa kuat. Geli hatinya melihat wajah cemberut wanita tersebut.
Balqiss turut ikut ketawa. Bahagia dengan kehadiran dua remaja itu dalam hidupnya.


1 comment:

eizzara eizzaty said...

bila nak sambung ni .... rindu laaa entry baru ...

There was an error in this gadget