SELAMAT MEMBACA..Jangan lupa tinggalkan komen atau cadangan agar Mya boleh buatkan cerita lebih menarik okeh!datang lagi...sayang korang...(^_*)

Jom follow blog Mya.... ;)

Tuesday 6 November 2012

CERPEN PENDEK...


BENCI vs CINTA

Dulu kitorang selalu gaduh. Asal jumpa je mesti gaduh. Tak kira tempat dan masa. Sampaikan rakan-rakan kitorang selalu gak cakap yang kitorang ni ada jodoh.

‘Hish! Mintak jauhkanlah. Tak nak aku!’ tu kata hati aku dulu-dululah.

Zarul. Rakan kepada bf Nana. Teman baikku. Aku tak tahu apa masalah mamat tu. Tapi setiap kali jumpa aku, memang selalu sangat cari pasal dengan aku. Sampaikan ada sekali tu kitorang gaduh kat dalam restoran KFC sambil baling-baling ayam. Macam budak-budak kan? Tapi memang masa tu aku ni budak-budak lagi. Baru umur 16 tahun dan dia tu tua 4 tahun dari aku.

Selepas beberapa bulan kitorang asyik gaduh je, dia menyepikan diri. Hampir tiga bulan. Masa tu, aku rasa macam kehilangan. Aku takde lawan nak ajak gaduh. Tapi aku tak pernah suarakan hal tu kat kawan-kawan aku. Malu!

Tapi dalam masa tiga bulan tu jugaklah aku selalu je dapat surat dan kad ayat-ayat cinta daripada pengirim misteri. Saban hari. Dalam satu kad tu dia ada tulis ‘tiap kali saya tengok muka awak masa kita gaduh, rasa sayang tu semakin bertambah. Dari situ, saya tahu saya tak boleh kehilangan awak.’ Naluri aku kuat menyatakan dialah ‘musuh’ aku tu.

Suatu hari, Nana bagitahu aku yang Zarul accident dan berada di hospital. Terasa gelap duniaku ketika itu. Sepanjang perjalanan ke hospital, aku tak henti-henti menangis. Di hospital pun, aku masih dengan dunia aku dan tak hiraukan orang lain. Pelik gak aku bila tengok kawan-kawan di cool je. Tak macam aku yang menangis tak henti-henti. Tengah-tengah aku duk layan feel sedih tu, ada tangan menyentuh lembut jari-jemariku. Alangkah terkejutnya aku melihat Zarul tersenyum-senyum kat depan aku. Langsung takde kesan-kesan calar kat wajahnya.

Ya Allah! Malunya aku bila dia cakap dia takde apa-apa pun. Dia kat hospital sebab hantar orang yang langgar kereta dia. Sungguh-sungguh aku menangis sebab ingatkan dia parah. Rupanya tak. Semua yang ada kat situ galak ketawakan aku. Aku pun apa lagi, terus je blah. Tak tahan kena gelak. Malu.

Dia kejar aku. Dia tanya kenapa aku nak malu. Dia cakap dia suka aku nangis sebab dia tahu aku sayang dia. Masa tu jugaklah dia ngaku yang dia sayang aku. Dia juga ngaku yang dia menyepikan diri sebab nak aku rasa apa yang dia rasa selama ni kat aku. Lepas tu kitorang terus couple dan bahagia sampai sekarang. Tunggu masa nak kawen je lagi. hehe...






p/s : kalau nak tau,cerpen ni yang bolehkan Mya dapat nombor 2 dalam pertandingan menulis cerpen anjuran KAKI NOVEL...

No comments: