
![]() |
Nur Farisya
Humaira Mohd Razak * periang, gila-gila, x suka ditindas... * cantik dan comel.... * bakal guru... * setia dan tak mudah cemburu... |
* pada awalnya sangat menjengkelkan...
BAHAGIA YANG KUDAMBA mengisahkan
tentang percintaan dua insan, Muhd Hakimiey Dzulkarnain Datuk Malik dan Nur
Farisya Humaira Mohd Razak. Kehadiran Nabila, Tengku Amelia dan Jasmin banyak
menyumbang masalah dalam hubungan mereka. Benarkah bahagia yang didamba menjadi
milik mereka? Siapa pula ketiga-tiga gadis tersebut??
NABILA QISTINA MOHD MIKAIL : “...perjanjian ini
ada menyebut, petama, sekiranya Encik Hakimiey bersetuju dengan permintaan yang
dibuat oleh Datuk Malik iaitu berkahwin dengan Cik Nabila Qistina bt Mohd
Mikail, semua perusahaan perladangan dan ladang-ladang milik Datuk Malik akan
ditukarkan kepada nama Encik Hakimiey. Kedua, Datuk Malik juga bersetuju akan
membiayai dan menaja segala kos perbelanjaan pertunangan, perkahwinan dan semua
majlis seperti yang dipinta oleh pengantin. Ketiga, Datuk Malik juga akan
menghadiahkan sebuah banglo tiga tingkat di mana-mana kawasan yang diingini
oleh Encik Hakimiey. Dan yang keempat, Datuk Malik juga akan menaja pakej
percutian bulan madu kepada pasangan pengantin ke empat destinasi yang
diingini. Yang terakhir, Encik Hakimiey juga akan menjadi salah seorang
pemegang saham terbesar di Malik Holdings.”
TENGKU AMELIA
NATASYA BT TENGKU AMIRUDDIN : “I rasa I
patut tau. For your information, Hakimiey tu boyfriend I. And I tak suka you
ganggu dia. He’s mine!”
NOR
ALINA JASMIN BT AMAR : “Ok. I akan tolong
you.” Mereka saling berbalas senyum. Musuh mereka sekarang orang yang sama. Apa
yang dia tahu, dia hanya inginkan kebahagian yang dimiliki oleh Farisya musnah.
Itu tekadnya.

No comments:
Post a Comment