Follow by Email

SELAMAT MEMBACA..Jangan lupa tinggalkan komen atau cadangan agar Mya boleh buatkan cerita lebih menarik okeh!datang lagi...sayang korang...(^_*)

Jom follow blog Mya.... ;)

Tuesday, 6 November 2012

YA! AKU DAH JATUH CINTA... bab 2



BAB 2

“Hai pengantin baru. Awalnya bangun? Tak letih ke?” tegur satu suara sebaik kaki Dina tiba di ruang dapur.

“Aah! Pelik ni. Biasanya kan Dina, kalau pengantin baru ni memang liat nak bangun awal. Tengok je Kak Lina kamu tu dulu. Sampaikan Mak Ngah kena tolong kejutkan.” Tokok Mak Ngah sambil tersenyum memandang anaknya yang dipanggil Kak Lina.

“Hish mak ni! Janganlah ungkit yang lepas tu. Malulah Lina.” Balas Kak Lina malu-malu.

Dina sekadar tersenyum. Malas mahu membalas. Dia duduk di salah sebuah kerusi berdepan dengan Mak Ngah.

“Ibu. Nak Dina tolong apa-apa ke?” soal Dina kepada ibunya yang nampak ralit menggoreng nasi.

“Eh! Tak payahlah Dina. Dah nak siap dah pun. Dina pergilah naik atas. Kejutkan suami kamu tu. Boleh sarapan sama.”

“Aahlah Dina. Semua kerja dah siap dah. Dina pergi panggil Danish je. Lagipun Dina kan pengantin baru. Takpelah kalau tak buat kerja dapur lagi pun buat masa ni. Rehat-rehat je dulu. Dina mesti penat kan malam tadi?” Kak Lina bersuara sambil melemparkan senyuman penuh makna.

“Hish kamu ni Lina. Tak habis-habis nak mengusik.” Mak Ngah menepuk lembut wanita beranak satu itu. Mungkin dia sendiri segan mendengar usikan tersebut. Ditambah lagi apabila melihat wajah Dina sudah merona kemerahan.

“Mak Ngah! Kenapa banyak sangat cawan ni? Siapa lagi yang ada?” soal Dina hairan apabila melihat Mak Ngah begitu asyik menyusun cawan-cawan di dalam dulang.

“Nanti keluarga Mak Long dengan Mak Usu kamu sampai. Ibu kamu ajak sarapan sama-sama. Nah! Ambillah hantar dulang ni kat depan. Mak Ngah nak pergi masuk bilik sekejap. Nanti bila diorang dah sampai, panggilkan Mak Ngah ye.” Ujar wanita itu sambil melenggang menuju ke bilik tamu yang terletak di tingkat bawah.

“Kak Lina pun nak masuk bilik kejap. Nak tengok takut-takut si Haikal dah bangun.” Kak Lina turut bangun. Mengikut langkah Mak Ngah. Meninggalkan Dina berdua-duaan dengan ibunya.

“Dina. Ibu nak tanya sikit boleh tak?” Puan Zainab tiba-tiba bersuara. Dia yang baru selesai menggoreng nasi itu berpaling menghadap Dina yang masih tidak berganjak di tepi kabinet.

“Apa dia bu?”

“Dina bahagia?”

Dina gigit bibir. Tidak tahu jawapan apa yang perlu diberikan kepada wanita tersebut.

“Ibu tanya ni Dina. Dina gembira ke dengan perkahwinan Dina?” soal wanita itu lagi setelah Dina tidak menjawab soalannya sebentar tadi.

 “Apesal Dina diam?”

“Ibu.... Apesal ni? Kenapa tiba-tiba tanya Dina macam tu?” Dina cuba mengukir senyuman.

“Ibu tanya sebab ibu rasa ibu patut tahu.”

Dina berpaling. Tangannya laju menyusun kembali cawan-cawan yang sudah sedia tersusun di dalam dulang.

Tiba-tiba terasa bahunya diusap lembut.

“Dina. Dinalah satu-satunya anak ibu dan abah kat dunia ni. Dina tahu kan yang kami sangat sayangkan Dina?” soal Puan Zainab lembut.

Dina angguk perlahan.

“Ibu tanya sebab ibu nak pastikan yang pilihan ibu dan abah buat tu betul ke tidak. Kami buat semua ni sebab nak Dina bahagia. Ibu yakin Danish boleh jadi suami yang baik dan mampu buat anak ibu ni bahagia. Kami tak henti-henti berdoa agar rumahtangga Dina dan Danish bahagia sampai bila-bila.” Ucap Puan Zainab lagi. Wajah Dina di depannya ditenung lama.

Dina mengeluh lemah. Tercuit hatinya dengan kata-kata tersebut.

“Ibu. Terima kasih sebab ibu dan abah dah banyak berkorban untuk Dina. Ibu tak payahlah risau. Dina bahagia.” Balasnya perlahan.

“Betul ke ni Dina? Dina sengaja cakap macam tu kan kat ibu? Dina tak bahagia ke? Dina tak boleh sesuaikan diri dengan Danish ke?”

“Ibu. Dina rasa lebih baik Dina terus-terang je dengan ibu. Sebenarnya...” Dina berhenti seketika. Nafas dihela panjang. Kedua belah tangan ibunya digenggam erat.

                                                             *****

Pintu bilik dikuak perlahan. Kelihatan lelaki itu masih lagi lena diatas sofa. Teringat pergaduhan antara mereka malam tadi.

“Kau tidur atas sofa jelah. Aku nak tidur sini!”

Dia mengecilkan mata. Rasa macam tak percaya je dengar kata-kata tersebut.

“Apa? Boleh ulang sekali lagi tak?” soalnya.

Danish mendengus.

“Aku cakap aku nak tidur atas katil. Kau pergilah tidur kat atas sofa tu. Faham?”

‘Ek eleh mamat ni. Senang-senang je dia nak tidur atas katil aku. Dahlah siap suruh aku tidur atas sofa lagi tu. Mana aci macam ni.’ Bentak hati Dina.

“Awak sedar tak awak kat mana sekarang?” soal Dina geram.

“Kenapa?”

“Ni rumah saya. Bilik saya.”

“So?”

Dina mencebik geram. “Tu katil saya!”

“So?” Danish buat muka ‘toya’.

‘Hish mamat ni! So,so. Aku cepuk jugak kan.’ Bebel Dina dalam hati.
Wajah Danish yang masih tepat merenung ke arahnya dipandang.

 “So, orang yang tak dijemput tu, silalah buat-buat reti bahasa sikit ye. Pegilah cari tempat lain kalau nak tidur. Tu katil saya. And takde siapa-siapa pun boleh ambil hak saya.” Balas Dina sombong.

“Eh! Aku ni suami. Kau tu isteri. Sedar sikit! Aku peduli apa ni rumah, bilik, katil siapa pun. Aku arahkan kau tidur bawah. Tidur jelah.” Bentak Danish geram.

“Eh! Saya peduli apa awak tu siapa. Awak jugak yang cakap kita tak payah terikat sangat dengan title ‘Suami Isteri’ tu kan? So, ikut suka sayalah.” Dina sudah berdiri di tepi katil. Kedua-dua tangannya bercekak pinggang.

Danish getap gigi.

Dina merenung tajam.

Masing-masing tidak mahu mengalah.

“Arghh! Kalau macam tu, kita sama-samalah tidur atas katil ni. Kau kan bini aku.” Danish tersenyum penuh makna.

‘Oo... Mamat ni ingat aku takut ke?’

“Ok!” Dina terus mengambil tempat disisi lelaki tersebut. Dia pantas berselibung dengan selimut.

“Eh! Bangunlah woi! Aku gurau jelah!” Danish pula yang kaget. Terkejut beruk dia melihat Dina dengan selamba mengambil tempat disebelahnya.

Dina diam. Sengaja pura-pura tidur. Malas melayan karenah lelaki sombong itu.

“Alah! Ni yang aku malas ni. Minah ni kan. Woi! Bangunlah!” bentak Danish geram.

Tubuh Dina digoncang kuat.

“Aku tak nak tidur dengan kaulah! Cepatlah bangun!”

Dina menyelak sedikit selimut. Hanya nampak kedua belah matanya sahaja.

“Awak ingat saya nak sangat ke tidur dengan awak? Tak hingin pun! Jangan bising boleh tak? Saya ngantuk. Nak tidur.” Balas Dina selamba.

“Habis tu? Aku nak tidur mana?”

“Bawah!” jawab Dina disebalik selimut.

Danish tersentak.

“Hish! Aku tak boleh bayangkan macam mana hidup aku dengan perempuan macam kau ni lepas ni. Memang perempuan ni menyusahkan hidup, menyakitkan hati. Hish!” Danish akhirnya bangun. Sebiji bantal diambil dan dibawa ke sofa. Kemudian tubuhnya terus direbahkan diatas sofa. Dengan perasaan geram, mulutnya terkumat-kamit. Bukan berdoa. Tapi mengutuk sikap Dina.

Dina tersenyum kemenangan. Dia yakin benar yang Danish akan mengalah. Dan, itulah yang terjadi

*****

Perlahan-lahan kakinya diatur menuju ke sofa. Berkira-kira macam mana mahu mengejutkan lelaki tersebut. Lena benar nampaknya.

“Awak. Bangunlah.” Panggil Dina perlahan. Kain selimut yang membaluti tubuh Danish ditarik perlahan.

Langsung tiada respon.

“Macam mana aku nak kejutkan mamat ni? Tidur mati ke apa?” Dina berbicara sendirian.

“Hah! Aku ada idea. Tak nak bangun sangat kan? Siap kau mamat.” Dia tersenyum manis. Kakinya diatur ke bilik air.

Kemudian dia keluar dengan membawa segelas air. Laju kakinya melangkah menuju ke arah Danish yang masih lagi enak berbungkus di atas sofa.

Dina tersenyum jahat. Air yang berada di dalam gelas direnjis sedikit demi sedikit pada muka Danish.

“Eh! Apa ni?” Danish bingkas bangun. Wajahnya yang sudah basah dikesat dengan kain selimut.

“Kau ni kenapa hah?” tajam matanya merenung wajah Dina. Geram dengan lenanya yang diganggu. Lagi bengang dengan cara Dina membasahkan wajahnya itu.

Dina jungkit bahu. Buat muka tak bersalah.

“Kau ni kan! Hish! Tak menyusahkan hidup aku tak sah kan? Apa jenis perempuanlah yang mama pilih buat bini aku. Aku pun tak fahamlah!” bentak Danish. Laju kakinya diatur ke bilik air.

Dina sekadar tersenyum. Tempat tidur lelaki tersebut dikemas. Tidak mahu nanti jika sesiapa masuk ke biliknya, tahu apa yang terjadi antara mereka berdua.

Tidak lama kemudian.....

“Kau tunggu aku ke?” soal Danish hairan sebaik sahaja selesai mandi. Wajah Dina yang duduk santai di atas sofa dipandang sekilas.

Dina pantas mengalihkan pandangan sebaik melihat lelaki itu dengan selamba berjalan dengan hanya bertuala.

Danish tersenyum. Sedar Dina malu melihat keadaan dirinya itu. Wajah yang sudah kemerahan itu dipandang.

“Aku tanya ni. Kau tunggu aku ke? Pergilah turun dulu.”

“Orang ramai kat bawah tu.” Balas Dina perlahan.

“Siapa? Saudara-mara kau tak balik lagi ke?” Soal Danish sambil menyisir rambut. Wajah keruh Dina dipandang melalui cermin.

“Yang muka kau macam mak cik jual kuih tak laku tu kenapa?”

Dina diam. Jarinya dipatah-patahkan. Tidak tahu apa yang ingin diperkatakan kepada lelaki tersebut. Hanya matanya sahaja terkebil-kebil memandang wajah Danish.

“Wan Madina Aisya. Aku tanya ni. Cakaplah.”  Soal Danish ingin tahu. Sofa yang diduduki oleh Dina dihampiri.

“Awak boleh tolong saya tak?” soal Dina perlahan.

Danish angkat kening. Hairan.

“Tolong apa?”

Dina menghela nafas perlahan. Wajah Danish yang sudah duduk disisinya dipandang seketika.

“Macam ni. Saya tahu awak tak suka saya. Awak memang tak setuju dengan perkahwinan kita ni kan? Saya pun macam tu. Dan apa yang saya cakap malam tadi memang betul-betul saya maksudkan. Tapi masalahnya sekarang ni...”

“Apa masalah lagi?” pintas Danish.

“Boleh tak kalau kita berlakon depan family saya? Saya tak nak diorang tahu perkara sebenar. Saya tak sampai hati. Kita buat-buat yang kita ni happy, bahagia. Boleh kan?”

Danish mengeluh. Wajah mengharap Dina dipandang lama.

“Perlu ke kita buat semua tu Dina?” soalnya.

“Perlu! Saya ada sebab saya sendiri. Please awak. Tolonglah saya.” Dina separuh merayu.

Danish diam. Nampak dia agak keberatan dengan permintaan Dina itu.

Dina bangun. Melangkah dan berdiri betul-betul di depan Danish. Wajah lelaki itu ditatap.

“Kalau tak buat semua tu tak boleh ke?” sekali lagi Danish menyoal.

Dina geleng laju.

“Why Madina Aisya? Kau tak rasa ke semua tu salah nanti? Kau tak rasa ke nanti kita tipu semua orang?”

Dina angguk.

“Dah tu? Kenapa kau nak buat jugak?”

Dina diam. Teringat kembali kata-katanya semasa berada di dapur sebentar tadi.

“Sebenarnya ibu, Dina.. Dina...”

“Dina apa ni? Cuba cakap elok-elok dengan ibu.” Soal Puan Zainab hairan.

Dina menghembus nafas perlahan. Terasa sesak dadanya tika itu. Bibirnya perlahan-lahan menguntum senyum.

“Dina nak ucapkan terima kasih kat ibu dengan abah. Sebab buat pilihan yang tepat untuk Dina. Dina rasa bahagia sangat dapat suami macam Danish tu bu. Walaupun memang kitorang baru kenal, tapi macam yang ibu jugak cakap dulu. Tak salah bercinta selepas kahwin kan? So, Dina akan ikut apa yang ibu dengan abah cakap tu. Terima kasih ibu.” Ujarnya lancar.

“Betul ke ni Dina?” soal si ibu teruja.

Dina angguk laju.

Puan Zainab tersenyum. Terserlah sinar kegembiraan di wajahnya mendengar kata-kata anaknya itu. Tubuh Dina diraih ke dalam pelukan.

“Ibu bersyukur sangat kalau Dina dengan Danish dah dapat terima satu sama lain. Ibu dengan abah buat keputusan ni untuk Dina, untuk kebahagiaan Dina. Naluri seorang ibu ni amat kuat katakan yang Danish dapat bahagiakan anak ibu yang manja ni. Sebab tu ibu terima je bila mama Danish cadang nak satukan kamu berdua.”

Dina angguk. Tubir matanya yang hampir basah dikesat dengan hujung jari.

“Ibu akan sentiasa doakan anak ibu ni bahagia sampai akhir hayat. Ibu dengan abah sayang sangat kat Dina. Dina tahu kan?”

Sekali lagi Dina mengangguk. Wajah ibunya ditatap lama.

“Lah dia ni. Aku cakap dengan kau, kau boleh je berangan entah ke mana kan? Wan Madina Aisya!” panggil Danish geram.

Dina tersentak. Serta merta bayangan wajah ibunya hilang dan digantikan dengan wajah mencuka Danish.

“Kau ni kenapa hah? Suka sangat mengelamun?” soal Danish geram.

“So.. Sorry.”

“Hish! Apesallah mama pilih perempuan pelik macam kau ni jadi bini aku.” Bebelnya lagi.

“Awak. Bolah kan? Tolong saya?” soal Dina. Langsung tidak hiraukan kata-kata lelaki itu. Bukan boleh dilayan sangat si Danish tu. Nanti makin banyak pulak kata-kata yang menyakitkan hati keluar dari mulut lelaki tersebut.

“Oklah” jawab Danish malas.

“Jom turun. Sarapan.” Ajaknya lagi.

“Betul ke ni?” Dina seakan tidak percaya.

“Betullah. Kau nak aku tarik balik ke?” Danish separuh mengugut.

Dina kaget. Pantas dia menggeleng.

“Ok! Jom!” ujarnya sambil tersenyum riang. Tangan Danish ditarik tanpa sedar.

Danish terkejut dengan tingkah isterinya itu. Tapi pantas disedapkan hatinya. Mungkin itu sekadar lakonan Dina semata-mata.



3 comments:

•●❤ InSaN hIna ❤●• said...

sedap kot cite nie..

marrienda said...

best cerita ni.... baru first time masuk blog awak...

Iman Humayraa said...

best cite ni..
bile nk smbg sis mya?

There was an error in this gadget