SELAMAT MEMBACA..Jangan lupa tinggalkan komen atau cadangan agar Mya boleh buatkan cerita lebih menarik okeh!datang lagi...sayang korang...(^_*)

Jom follow blog Mya.... ;)

Tuesday 6 November 2012

CERPEN PENDEK




CINTA DUNIA

Perkenalan antara aku dan Hakimi bermula pada awal 2005, ketika kami di bangku sekolah menengah lagi.

“Dik.. Boleh tanya tak? Kat mana tandas et? Dari tadi saya pusing cari, tak jumpa.” Aku berpaling. Melihat raut wajah ‘tak tahan’ pelajar tersebut. Hampir sahaja aku tergelak, tetapi sempat ku tahan. Itulah pertemuan pertama kami. Sejak itu, hubungan kami semakin rapat. Di sekolah, hampir sahaja semua pelajar tahu tentang kami berdua. Dia banyak memberikan galakan dan tunjuk ajar kepadaku. Hubungan kami juga mendapat restu dari kedua belah keluarga.

Setelah mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan SPM , dia mengambil keputusan untuk mengejar cita-citanya sebagai seorang juruterbang di luar negara.

“Mie pergi tak lama Za. Mie harap Za dapat janji dengan Mie yang Za akan tunggu Mie sampai Mie balik. Lepas tu, kita akan bina hidup baru kita macam apa yang kita pernah janjisebelum ni. Janji ye Za?” pintanya sebak. Itulah kata-kata terakhir sebelum dia pergi meninggalkan aku semasa menghantarnya di KLIA.

Tetapi langit tak selalunya cerah. Hakimi pulang setelah tiga tahun berada di UK dan memberikan khabar duka kepadaku. Datuknya sedang tenat dan dia mahu Hakimi bertunang dengan sepupunya. Jika tidak, Hakimi tidak akan mendapat satu sen pun hartanya. Tetapi jika Hakimi bersetuju, separuh daripada harta lelaki tua itu akan menjadi milik Hakimi. Ketika itu aku sedar, rupanya terlalu payah menjalinkan hubungan dengan golongan berduit.

Akhirnya Hakimi bersetuju untuk bertunang tetapi dengan syarat aku diminta untuk hadir sama ke majlis tersebut. Betapa kecewanya aku melihat mama menyarungkan cincin ke jari manis Julia sedangkan aku yang sepatutnya berada di tempat gadis tersebut. Dan baru aku tahu bahawa datuknya sengaja berpura-pura sakit. Mama sempat memujukku untuk terus bersabar kerana katanya Hakimi terlalu sayangkan aku.

Selepas pertunangan itu, kami masih saling berhubung. Sehinggalah pada awal 2010 aku dikejutkan dengan khabar bahawa Julia sedang hamil hasil hubungan terlarangnya dengan lelaki lain dan pertunangan mereka terputus. Ketika itu, aku rasakan sudah tiada halangan lagi untuk kami berdua.

Setelah beberapa bulan tersenyum gembira, sekali lagi aku di duga. Seorang perempuan cantik datang menemuiku dan merayu untuk aku lepaskan Hakimi. Katanya dia sedang mengandungkan bayi hasil hubungan mereka berdua. Sebaik sahaja mendengar pengakuan daripada Hakimi, aku terus memutuskan hubungan kami. Ternyata sia-sia penantian aku selama ini. Aku juga mendapat tahu daripada rakan-rakannya tentang kehidupan Hakimi disana. Terlalu bebas. Arak, perempuan hanyalah mainan. Ah!! Betapa kecewanya aku dengan lelaki bernama Hakimi. Dan sekarang, dia masih lagi memburuku serta menabur pelbagai janji. Tetapi bagiku semuanya sudah berakhir dan mungkin kami tidak ditakdirkan untuk bersama.


No comments: