SELAMAT MEMBACA..Jangan lupa tinggalkan komen atau cadangan agar Mya boleh buatkan cerita lebih menarik okeh!datang lagi...sayang korang...(^_*)

Jom follow blog Mya.... ;)

Showing posts with label Mya Aryssa yg taip.... Show all posts
Showing posts with label Mya Aryssa yg taip.... Show all posts

Friday, 20 April 2012

SORRY... :)


hye semua...maaf sebab Mya dah lama tak update cerita. Mya sibuk sangat sekarang ni. 

maklumlah, Mya  masih study lagi. tak sempat nak uruskan study, asaimen, ditambah dengan beberapa masalah lain. 

memang  terlalu sibuk(kalah PM kan) hihihi....

tapi sekarang ni Mya dah stabil sikit. 

so, bolehlah Mya post new entry utk korang baca. 

ok? 

sorry again... :p

Monday, 26 March 2012

PEMBERITAHUAN


PEMBERITAHUAN untuk semua yang menunggu entry Andai Dia Jodohku.

disini Mya nak maklumkan yang Mya akan masukkan next entry 2kali seminggu. so, Mya harap korunk 

semua boleh sabar keyh.. :)

sebenarnya novel tu dah siap. tapi oleh kerana ada sebab-sebab tertentu, Mya cuma akan upload entry 

seperti mana yang Mya dah beritahu. ingat ye... 2kali seminggu.

kepada pembaca setia Andai Dia Jodohku, Mya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih sebab sudi support 

Mya dengan komen-komen korunk tuh...

insyaAllah.. lepas ni Mya akan buat novel baru pulak ye. so, Mya harap korang boleh bagi support yang 

sama seperti Andai Dia Jodohku....

ps: isnin & jumaatlah...ok tak? 

Monday, 19 December 2011

Bahagia Yang Kudamba ep 5

BAB 5
Muhd Hakimiey Dzulkarnain melangkah malas di dalam kawasan sekolah. Dia memandang sekeliling. Huh! Takkanlah aku nak belajar kat sekolah macam ni. Mama ni pun satulah. Lain kali hantarlah aku kat sekolah yang ade class sikit. Sekolah swasta ke. Ni sekolah ntah ape-ape je dia hantar aku. Degusnya. Dahlah sebentar tadi dia di’sound’ oleh seorang pelajar perempuan sekolah tersebut. Sebal hatinya.
Apesal lah aku tak tengok muka dia tu tadi. Kalau tak, boleh aku buat alat hilangkan bosan aku kat sini nanti. Hish! Tak boleh, tak boleh. Takkanlah aku nak buang masa aku dengan pompuan ntah apa-apa tu. Hatinya berbisik.
Dia melangkah yakin. Dia sedar kebanyakkan mata memandang ke arahnya. Terutamanya pelajar perempuan. Dia melirik kearah sekumpulan pelajar perempuan yang berdiri di koridor dan melemparkan senyuman. Lantas telinganya mendengar jeritan daripada kumpulan tersebut. Alah minah-minah tu. Takkan aku senyum pun dah nak terjerit-jerit. Aku taulah aku ni handsome. Dia perasan sendiri.
Hakimiey sebenarnya tidak tahu ke mana arah yang ingin ditujunya. Dia tidak tahu siapa yang patut ditanya. Pelajar perempuan, huh! Tidak mungkin. Dia malas. Sakit matanya melihat pelajar perempuan menggedik di hadapannya. Pelajar lelaki pula dilihatnya selekeh. Dengan baju yang tidak dimasukkan kedalam dan rambut kusut masai. Apa jenis sekolah lah macam ni. Dengusnya sombong. Dia pantas mengorak langkah kearah bangku yang terletak di tepi padang sekolah. Berhampiran dengan Makmal Komputer sekolah. Dia merebahkan badan dan akhirnya terlelap seketika di situ.
Hakimiey mengeliat. Tidak sangka dia boleh tertidur di situ. Pantas dia melihat jam di pengelangan tangan. Pukul 10.00 pagi. Tiba-tiba telinganya menangkap satu suara yang seperti pernah didengarnya sebelum ini.
“Alah! Tak nak lah. Aku malas nak jalan. Kalau kau nak dukung aku, takpelah jugak. Korang pergilah. Tapau kat aku ek.” Ujar suara tersebut. Manja sekali.
#          #          #          #          #          #          #          #          #          #
Sementara itu, Farisya masih lagi duduk di atas tangga bangunan makmal komputer sekolahnya itu. Dia hanya menundukkan wajahnya. Entah kenapa hari ini dia merasa malas untuk bergerak ke mana-mana.
“Jomlah Risya. Tak syoklah kau takde.” Pujuk Aini.
“Yelah Risya. Aku kalau tak tengok muka comel kau tu, tak lalu nak makan.” Celah Aisyah pula. Sudah bermacam cara mereka memujuk gadis itu. Tetapi mereka tahu, Farisya bila sudah mengatakan tidak, ianya sukar diubah.
“Takpelah. Kau bukan tak kenal minah tu. Jomlah kita pergi. Risya. Kau nak makan ape?” akhirnya Madiey mencelah.
Farisya tersenyum. “Kau belilah apa yang kau rasa sedap. Aku ok je. Sorry ye sayang-sayang semua.” Ujar Farisya sambil tersenyum. “Syah. Janganlah muncung macam tu. Tak cunlah. Kau patut berterima kasih kat aku tau tak.” Farisya memegang tangan Aisyah di depannya itu.
“Apesal pulak?” balas Aisyah acuh tak acuh.
“Yelah. Kan kau cakap tadi kan kalau tak tengok muka comel aku ni kau tak lalu nak makan. So, kalau aku takde, cepatlah sikit berat badan kau tu turun.” Usik Farisya lagi. Kata-katanya itu disambut gelak tawa dari Aini dan Madiey.
“Jahatlah kau ni Sya. Tak nak kawan kau,” rajuk Aisyah.
“Ala-ala. Aisyah sayang. Mucuk-mucuk. Takkan kau tak nak kawan aku kot. Nanti takde seleralah kau nak makan.” Sempat lagi Fraisya mengusik temannya itu.
Aisyah yang geram dengan usikan Farisya itu pantas mencubit kedua-dua pipi milik gadis tersebut.
“Aduh!! Sakitlah wei. Habis pipi aku ni. Dah tak comellah aku nanti Syah.” Ujar Farisya manja sambil tangannya menggosok kedua-dua pipinya yang sudah kemerahan.
“Padan muka kau. Oklah. Kitorang pergi dulu. Duduklah kat sini ye. Nanti kalau ada sape-sape kacau kau, kau cakap je kat aku.” Balas Aisyah sambil melangkah meninggalkan Farisya. Diikuti oleh Aini dan Madiey. 
Farisya tersenyum melihat langkah rakan-rakannya itu. Kalau sebelum ini, dialah yang mengetui mereka ke kantin. Farisya memang terkenal dengan sifatnya yang kuat makan, tetapi tubuhnya tetap kecil molek. Pantang ada waktu free, pasti kantin atau koperasi sekolah yang menjadi tumpuannya.
Dia tidak sedar bahawa dirinya menjadi tatapan sepasang mata hitam pekat yang sedari tadi asyik mendengar perbualan mereka berempat.
#          #          #          #          #          #          #          #          #          #
“Ehem!” Hakimiey berdehem.
Farisya tersentak. Kepalanya didongak memandang pelajar lelaki yang jauh lebih tinggi darinya itu.
“Awak. Boleh tolong saya tak?” soal Hakimiey. Matanya tidak lepas memandang wajah comel di depannya itu. Kalau sebentar tadi dia tersenyum sinis mendengar pujian rakan-rakan gadis itu kerana baginya di sekolah kampung seperti ini tidak mungkin ada gadis-gadis comel. Lainlah kalau di bandar. Kini dia sedar. Telahannya jauh tersasar. Gadis dihadapannya itu sangat comel. Muka bulat, berkulit putih kemerahan itu sangat sempurna di matanya. Dengan anak mata coklat kehitaman menghiasi mata bulat milik gadis tersebut. Hidung mancung dan bibir mungil itu sudah cukup membuatkan mana-mana lelaki tidak tidur malam. Hakimiey terkedu.
“Awak ni student baru ke?” soal Farisya lembut. Tetapi pelajar lelaki di depannya itu masih diam. Hish! Apesal pulak mamat ni tenung aku camtu. Desisnya.
Hakimiey tidak segera menjawab. Tiba-tiba dia teringat gadis yang berani melawan setiap kata-katanya pagi tadi. Suara itu persis sekali.
Gurlp! Tak mungkin dia kot. Getus hati Hakimiey.
Hakimiey tersedar setelah gadis tersebut melemparkan sebiji batu kecil ke arahnya.
“Opps sorry. Saya tanya tadi awak tak jawab. Awak dah sampai mana dah?” ujar Farisya itu sambil tersenyum. Hakimiey turut sama tersenyum.
“Err. Sorry, sorry. Ape awak Tanya tadi?” Hakimiey tersenyum lagi bagi menuntup malunya. Dia tahu gadis itu perasan akan renungannya tadi.
“Awak student baru ke? Nak saya tolong apa?” soal Farisya. Aku rasa macam aku pernah dengarlah suara mamat ni. Entah-entah dia ni adik Abang Hakim kot. Lagipun tak kanlah ramai sangat students baru hari ni. Hati Farisya berbicara.
“A’ah. Saya nak pergi pejabat sekolah. Tapi tak tahu kat mana. Awak boleh tolong tunjukkan tak?” ujar Hakimiey penuh harap. Dia merenung gadis di depannya itu. Dalam hatinya berdoa agar gadis itu tidak mengecam suaranya.
“Okeylah. Jom.” Balas Farisya sambil bangun dan melangkah laju.
Hakimiey mempercepatkan langkah untuk menyamai langkah gadis tersebut. Matanya masih lagi tidak lepas memandang gadis di sebelahnya itu. Baginya Farisya terlalu comel. Bertubuh kecil tetapi melangkah penuh yakin. Bibirnya tidak lekang membalas setiap senyuman pelajar yang melintasi mereka. Ketinggian gadis itu hanya di paras bahu Hakimiey sahaja. Hakimiey perasan, sepanjang perjalanan mereka, semua mata pelajar tertumpu kepada mereka berdua. Ada yang berbisik sesama sendiri malah ada yang mencebik. Pasti dia ni ramai peminat. Detik hati Hakimiey. Dalam diam, dia bangga dapat berdampingan dengan gadis tersebut.
Sampai sahaja di tepi tangga, Farisya berhenti dan mendongak kearah Hakimiey. Mata mereka berlaga. Lama.
“Ehem!” Farisya tertunduk malu. Hakimiey pantas mengalihkan pandangannya kearah lain. Merona merah pipi kedua-duanya.
“Kau buat apa kat sini Sya?” Soal Aisyah. Mereka bertiga baru saja keluar dari kantin dan ingin menuju ke kelas. Sebaik sahaja melalui tangga untuk naik ke pejabat sekolah, mereka perasan akan kelibat Farisya bersama seorang pelajar lelaki. Aisyah sendiri tidak menafikan kekacakan pelajar lelaki yang bersama Farisya itu. Dalam diam, dia akui bahawa mereka berdua nampak serasi dan sempurna berdua.
“Err. Tak. Aku hantar dia. Dia nak pegi pejabat. Eh. Awak. Awak naiklah atas. Pejabat kat atas tu. Naiklah.” Ujar Farisya. Dia sebenarnya malu ditangkap dalam keadaan sebegitu oleh rakan-rakannya. Malah lebih malu kepada lelaki di depannya itu. Dia takut lelaki itu sedar akan dengupan jantungnya yang rancak berirama sebentar tadi.
“Oh. Ok. Thanks.” Balas Hakimiey cepat-cepat menaiki tangga tersebut.
“Eh. Apesal korang tengok aku camtu. Jomlah. Mana makanan aku?” soal Farisya kalut.
“Sya. Kau tak nak share ngan aku ke?” Giat Aini. Dia tahu ada sesuatu yang disorokkan oleh gadis tersebut. Biasanya Farisya tidak akan berkelakuan sebegitu selepas berborak dengan mana-mana lelaki. Farisya seorang gadis yang tenang ketika berhadapan dengan mana-mana lelaki. Tidak seperti apa yang dilihatnya sebentar tadi.
“Takdelah. Mana ada. Korang ni je pandai-pandai. Aku tolong hantar dia ke pejabat jelah.” Farisya masih lagi cuba berselindung.
“Eh korang! Korang dengar tak apa yang Yana dan kawan-kawan dia cakap tadi. Student baru yang handsome tu. Aku rasa mamat tadilah.” Ujar Madiey tiba-tiba. Ketika itu mereka berempat beriringan menuju ke Kelas 2 Elit. Baru dia teringat. Semasa di kantin sebentar tadi. Yana dan rakan-rakannya asyik sekali bercerita tentang seorang pelajar lelaki baru.
“A’ah lah. Aku pun dengar. Masaklah kau Sya kalau si Yana tu yang tangkap kau sedang main mata dengan mamat handsome tu. Mesti meletup satu sekolah ni dengar dia menjerit. Kau bukan tak tahu si Yana Tonggek tu.” Balas Aisyah pula. Yana merupakan salah seorang pelajar yang suka mencari pasal dengan Farisya. Semua pelajar sekolah itu tahu bahawa Yana sebenarnya iri dengan kelebihan yang ada pada Farisya.
“Alah. Apa yang nak di sibukkan dengan si Yana tu. Aku tak heranlah.” Balas Farisya sambil duduk di tempatnya.
Ketiga-tiga rakannya itu turut sama mengambil tempat masing-masing. Beberapa minit kemudian, Cikgu Fauziah yang merupakan guru Matematik mereka masuk memulakan pengajaran.

Bahagia Yang Kudamba ep 4

BAB 4
Farisya melangkah laju. Dia melihat jam di pengelangan tangan. Tepat pukul 7.45 pagi. Dia menepuk dahi.
“Aduh! Masak aku kalau si Minah Keding tu yang bertugas hari ni.” ngomelnya sendirian.
Dari jauh dia sudah dapat menangkap kelibat beberapa orang pelajar yang berbaris. Pasti ditahan kerana lambat. Kemudian matanya beralih ke arah seorang pengawas yang memang suka mencari salahnya itu. Dia melangkah perlahan-lahan menuju ke arah pintu pagar yang sudah ditutup.
“Hah! Farisya Humaira. Apesal tuan puteri kita ni lambat lagi hari ni?” ujar satu suara separuh mengejek.
Farisya mengangkat muka. Wajahnya kemerahan menahan malu. Semua mata memandang ke arahnya. Hiss! Malang lagi aku kali ni. Dahlah ayah tinggal kat tepi jalan, nak kena langgar, kena sembur dengan mamat penakut tu, ni kena mengadap pompuan keding ni pulak. Aduss! Bosan giler aku hari ni. Dia mengeluh perlahan.
“Ateh. Ayah tinggalkan ateh kat depan sana jelah yek. Ayah kena pergi bandar Dungun ni. Takut lambat. Tengok jelah kat depan tu. Jam. Boleh kan?” soal Encik Razak. Dia melirik ke arah anak gadisnya yang sedang memuncung. Bukan tidak tahu perangai Farisya yang memang malas berjalan jauh. Tetapi dek kerana ingin mengejar masa, dia tiada pilihan.
“Alah ayah. Jauhlah. Letih. Kalau tau macam ni, ateh tak gi sekolah pun takpe.” Balas Farisya. Pandangannya dilemparkan keluar.
Encik Razak tersenyum. “Hah! Pandailah kamu kan. Sebab tu ayah tak bagitau kamu awal-awal. Takde. Turun sekarang. Ayah dah lambat ni.” gesa lelaki itu lagi.
Farisya turun dari kereta dengan muka mencuka. Hiss! Apelah nasib aku. Pagi-pagi lagi dah kena jalan kaki. Malang betul. Desis hatinya. Lambat-lambat dia menyambut dan mengucup tangan lelaki kesayangannya itu. Tetapi dia tidak terus melepaskan tangan kasar tersebut.
“Dah ni apesal pulak? Ayah dah lewat ni.” ujar Encik Razak sambil memandang wajah anaknya itu.
Farisya tersenyum manja. Datang idea gilanya. Jarinya bergerak-gerak. Isyarat meminta duit.
“Oo.. Patutlah buat muka macam tu. Pandai yek. Nah. Ayah tambah sikit. Boleh beli air. Kan ateh cakap letih jalan jauh. Ambik ni.” lelaki itu pantas menghulurkan not berwarna hijau kepada Farisya. Farisya tersenyum.
“Terima kasih ayah. Ayah pergilah dulu.” Balasnya sambil tersenyum.
Gadis kecil itu melangkah riang. Tiba-tiba...
Ponn!
“Oi mak kau!” Farisya pantas mengelak. Mujur tindak balasnya cepat. Mujur dia tidak jatuh. Matanya merenung tajam  ke arah sebuah kereta mewah yang baru melintasinya. “Apa punya oranglah. Mentang-mentang kereta besar. Kau ingat ni jalan mak bapak kau ke bawak kereta laju-laju.” bebelnya.
Belum sempat kakinya kembali melangkah, kereta mewah hitam metalik itu mengundur laju ke arahnya.
“Hish! Apehal pulak orang ni? Mabuk ke? Ke dia nak langgar aku?” bisiknya sendirian.
Seorang pemuda lingkungan 20-an keluar dari kereta tersebut. “Sorry dik. Adik tak ape-ape ke? Tak nampak adik kat tepi tadi.” Ujar lelaki itu. Mungkin risau kerana telah mencederakan gadis beruniform sekolah itu.
Farisya merenung pemuda yang sedang membetulkan kedudukan cermin mata itu. Handsome. Wajahnya seperti orang korea. Suit pejabat yang sangat sesuai dengan tubuh tinggi lampai itu menambahkan lagi daya tarikan lelaki tersebut.
“Adik. Adik ok ke?” soal lelaki itu lagi apabila melihat gadis itu hanya mendiamkan diri. Comelnya budak ni. Desis hatinya.
“O..Ok..Ok..” balas Farisya. Mukanya jelas kemerahan apabila menjadi tatapan mata hitam itu.
“Err.. Saya pergi dululah.”
“Eh adik ni sekolah kat situ ke?” soal Hakim Dzulkarnain lagi. Jarinya dihalakan ke arah pintu gerbang sekolah.
Farisya hanya mengangguk sebagai jawapan. Malas mahu berlama. Dia takut terlewat.
“Abang pun nak ke sana. Hantar adik abang kat dalam kereta tu. Dia baru tukar sekolah. Marilah pergi sekali.” Ujar lelaki itu lagi.
“Takpelah aa.. err Encik. Saya jalan je. Lagipun dah dekat dah. Boleh exercise sekali pagi-pagi ni. Kalau saya dari hujung jalan sana, memang saya dah tumpang dah.” Balas Farisya selamba. Sempat matanya melirik ke dalam kereta, tetapi cermin yang terlalu gelap membataskan pandangannya.
Kata-katanya itu disambut dengan tawa lelaki tersebut. Tetapi dimatikan oleh suara dari dalam kereta tersebut.
“Abang. Jomlah. Dah lewat ni. Tak payah dilayan sangat minah-minah tepi jalan ni. Buang masa je.” tegas sekali nadanya. Tetapi Farisya masih tidak dapat melihat wajah di dalam kereta itu kerana hanya tingkap bahagian belakang yang dibuka.
Hakim terdiam. Terkejut dengan kata-kata itu. Dia tahu, pasti gadis di depannya itu dengar.
“Dik. Sorry yer. Dia tu memang macam tu sikit dengan orang dia tak kenal. Tapi sebenarnya dia ok. Jangan ambik hati yek.” Ujar Hakim serba salah.
Farisya hanya berwajah selamba. “Alah Encik. Saya tak kisah pun. Tapi kan. Saya hairanlah. Apesal mamat-mamat naik kereta mewah ni sombong-sombong sangat eh? Dahlah sombong, penakut pulak tu. ‘Sound’ sambil menyorok. Tak cool langsung. Encik tolong kirim salam sikit kat adik encik tu. And cakap kat dia, nama saya bukan Minah.” Ujarnya lantang. Sengaja dia mahu lelaki di dalam kereta itu mendengar kerana tingkap kereta itu masih terbuka.
Hakim tersenyum. Berani betul budak ni. Desis hatinya. “Ok lah dik. Nama abang Hakim Dzulkarnain. So, tak payahlah panggil encik. Macam dah tua sangat je abang ni. panggil je Abang Hakim. Lagipun abang takde adik pompuan. Suka gak abang kalau dapat adik segera comel macam adik ni.” Hakim sekadar mengusik. Dia ketawa apabila melihat wajah di depannya itu merona kemerahan.
“Hish! Mengarut!.Apesal abang cool. Tapi adik garang macam monster tercabut ekor je? Betul ke adik beradik?” soal Farisya. Suaranya yang sedia kuat itu dikuatkan lagi.
Hakim Dzulkarnain sekadar ketawa. Pasti Hakimiey yang sedang mendengar panas hati. Dia tahu gadis itu sengaja ingin Hakimiey mendengar kata-katanya.
“Hoi pompuan! Jaga sikit mulut kau tu. Aku bukan penakut sangat. Tapi tak hingin nak jatuhkan kemachoan aku ni gaduh ngan kau kat tepi jalan. Kau blah lah!” balas suara dari dalam kereta itu. Kuat.
Farisya tergelak. Langsung tidak berbekas kata-kata itu di hatinya. “Oklah abang Hakim. Saya pergi dulu. Kan lagi lama, boleh meletup kereta abang tu.” Ujar Farisya selamba.
Hakim mengelangkan kepala beberapa kali. Gadis itu memang ada aura tersendiri.
“Hish! Mintak-mintaklah saya tak kenal muka adik abang tu. Kalau tak...” Bisik Farisya perlahan.
“Kalau tak ape?” pantas Hakim bertanya. Berkerut dahinya memandang senyuman penuh makna gadis itu.
“Adalah tu. Secret. Haha.... Oklah. Saya pergi dulu. Assalamualaikum.” Farisya tersenyum penuh makna. Dia berlalu sambil menyanyi kecil.
“Hoi! Kau dahlah datang lambat. Sempat lagi berangan yek. Kau jangan buat aku hilang sabar boleh tak?” ujar Hazirah. Matanya mencerlung tajam ke arah Farisya.
 “Alah. Dah memang aku lambat. Kau nak ambik nama aku, ambik jelah. Tak payah nak memekak boleh tak. Suara kau tu dahlah tak sedap. Macam anak itik lekat pasir je.” Balas Farisya selamba.
Enam orang pelajar yang turut sama di tahan hanya ketawa. Mereka amat takut dengat Penolong Ketua Pengawas yang tegas itu. Tetapi tidak bagi Farisya Humaira.
Hazirah menahan geram. Belum sempat dia membalas kata-kata Farisya, rakannya datang menerpa.
“Jiey! Kau nak tau satu berita hot tak?” soal Fatin tercungap-cungap.
“Apehal pulak ni? Kau tak nampak ke aku tengah sibuk ni?” soal Hazirah. Matanya masih merenung tajam gadis tingkatan dua itu. Sakit hatinya dengan wajah selamba Farisya itu.
“Ada budak laki baru masuk. Handsome giler tau tak. Muka dia macam muka orang Korea je.” Cerita Fatin lagi.
“Alah Fatin. Nanti-nantilah. Aku tau. Nanti dia akan jatuh kat tangan aku jugak. Kau jangan gigit jari sudahlah.” Balas Hazirah sombong.
Farisya ketawa kuat. Geli hatinya mendengar kata-kata tersebut. Dia sudah maklum dengan perangai Hazirah dan rakan-rakan yang suka membangga diri dan perasan cantik itu.
“Apa-apalah korang ni. Dahlah. Aku blah dulu. Buang masa je kat sini.” Farisya pantas meninggalkan tempat tersebut. Kemarahan Hazirah langsung tidak berbekas dihatinya. Baginya senang, kalau dilayan orang yang bodoh, dirinya juga pasti akan nampak lebih bodoh.

Bahagia Yang Kudamba ep 3

BAB 3
“Mama tak kira. Mama dah daftarkan Miey kat sekolah tu. Esok mama nak Miey pergi jugak kat sekolah tu. Miey jangan nak malukan mama ye.” Tegas suara wanita berblouse merah terang itu. Geram dengan sikap degil dan sombong remaja lelaki yang sedari tadi matanya tidak lepas ke arah peti televisyen.
“Miey dengar tak cakap mama ni?” soal wanita itu lagi separuh menjerit. Wajah putih bersih lelaki itu dipandak geram.
“Dengar.” Balas lelaki itu pendek. Malas melayan amarah mamanya.
“Lepas ni, mama tak nak dengar Miey buat masalah lagi. Miey kena habiskan belajar kat sekolah tu je. Ni peluang terakhir mama bagi kat kamu.” Ujar wanita awal 40-an itu lagi.
“Alah mama. Kalau iye pun, carilah sekolah yang setaraf dengan kite. Miey dah cakap kan. Miey tak nak sekolah kat situ. Tak kanlah Miey nak campur ngan budak-budak kampung, miskin pulak tu. Hish! Tak naklah mama.” Ujar lelaki itu angkuh.
Semakin membara hati Datin Norma mendengar kata-kata tersebut. Dia mengetap bibir. Pantas tangannya mencapai dan memulas telinga anaknya itu.
“Aduh! Sakit ma. Apa mama ni?” Hakimiey mengaduh kesakitan. Digosok telinganya yang sudah kemerahan itu. Tidak sangka dengan tindakan wanita yang sedang merenungnya tajam.
“Amboi-amboi. Sedapnya kamu cakap ye. Sekolah mana yang setaraf dengan kamu tu? Cuba cakap sikit kat mama. Heh Hakimiey. Dengar sini ye. Mama dengan papa tak pernah ajar kamu bersikap macam ni tau tak? Sombong tak tentu pasal. Kamu tak malu ke hah?” bebel wanita itu.
“Nak malu ape pulak?” Hakimiey yang sedari tadi terbaring, bangun mengadap mamanya itu.
“Kamu tanya lagi? Yang kamu sombong sangat tu apesal? Tak nak campur dengan budak miskin konon. Apa? Kamu ingat kamu tu kaya sangat ke?” soal Datin Norma. Hidungnya kembang-kempis menahan geram. Tidak sangka dengan perangai sombong anak bongsunya itu.
“Lah. Dah memang kita kaya kan. Mama. Miey ni anak Datuk Helmi. Bisnessman berjaya. Tak kanlah Miey nak bercampur dengan budak-budak kampung tu. Tak sesuailah mama.” Balas Hakimiey bangga dengan kemewahan dan kekayaan yang dimiliki oleh keluarganya itu.
“Ewah-ewah. Sedapnya kamu bercakap. Yang kaya tu Datuk Helmi. Bukan kamu Muhd Hakimiey Dzulkarnain. Kamu tu takde apa-apa pun. Jadi sedarlah diri tu sikit ye. Kalau Datuk Helmi tu sekat semua belanja bulanan kamu, kamu dah tak boleh nak berlagak macam ni dah.” Ujar Datin Norma panjang lebar. Sengaja ingin menyedarkan anaknya itu. Dia takut jika Hakimiey berterusan berperangai sebegitu.
“Alah ma. Nanti harta papa jatuh kat Miey ngan abang Hakim jugak. So, harta papa, harta Miey jugaklah.” Hakimiey masih tidak mahu mengalah. Memang dia rasa terpukul dengan kata-kata mamanya itu. Tetapi dia ego.
“Oo macam tu ye. Ape kata nanti mama cadangkan papa buat wasiat, harta dia tu, sedekahkan je kat rumah anak yatim. Buat apa bagi harta tu kat orang yang tak sesuai kan? Yang penting sekarang ni mama nak papa sekat dulu belanja bulanan kamu. Biar padan muka orang berlagak macam kamu tu. Oh ye. Mama lupa nak cakap. Semua buku bank kamu, mama dah ambik. Mama nak simpan. Kereta dengan motor kamu pun mama yang akan pegang kunci. Kalau kamu nak pakai kereta ke motor ke, belilah sendiri yek. Kan encik Hakimiey ni banyak duit. Tak gitu?” panjang lebar wanita itu berkata-kata. Dia tersenyum sinis memandang wajah anaknya itu.
Hakimiey menelan liur. Eh mama aku ni betul ke tak? Tak boleh jadi ni. Malulah aku. Nanti aku nak belanja guna apa? Dia berbisik sendirian.
Datin Norma tersenyum. Dia sengaja ingin mengenakan anaknya itu. “Oklah. Mama nak naik dulu. Sembahyang. Kamu tu jangan liat sangat. Mama tengok sejak kamu kenal dengan si Amelia tu dulu, kamu langsung dah tak sembahyang kan. Kamu jangan lupa diri Hakimiey. Kita ni bila-bila masa je Dia boleh ambik. Dah! Pergi naik!” wanita itu bangun dan menuju ke arah tangga untuk naik ke biliknya di tingkat atas. Belum sempat kakinya mencecah tangga, dia berpaling. Hakimiey yang sedang membatu di sofa dipandang. “Lagi satu. Fikirkan apa yang mama cakap tu. Ok Hakimiey? Renung-renungkan dan selamat beramal.” Sempat dia meniru dialog yang sering diucapkan oleh Professor Izzi dalam siaran Hot Fm itu.
Hakimiey memandang kosong lenggok wanita tersebut. Terdetik rasa kesal di hatinya. Sudah agak lama dia terleka dan melupakan-Nya.

Bahagia Yang Kudamba ep 2

BAB 2
Farisya melangkah laju. Hari ini merupakan hari pertama dia bersekolah setelah bercuti selama 2 minggu. Dilihatnya pintu pagar sekolah sudah sedia untuk ditutup. Dia pantas berlari.
“Hah! Kau Risya. Apesal kau lambat?” Sergah seorang pelajar perempuan beruniform pengawas. Dia bercekak pinggang melihat gadis yang tercungap-cungap itu.
Sorry kak. Tak sengaja. Bangun lambat tadi.” Balas Farisya jujur. Wajah pengawas tingkatan 5 itu dipandang. Cuba menagih simpati. Tapi dia tahu, semua tu sia-sia.
Sorry mori. Makan biskut Marrie. Kau dah lambat. Aku terpaksa ambik nama kau.” Balas pengawas itu sambil mencatat nama Farisya di dalam buku notanya. Dia tersenyum sinis memandang raut terkejut gadis kecil itu. Huh! Padan muke kau! Getus hatinya.
“Alah. Saya bukan sengaja pun.” Ujar Farisya lagi. Kalau boleh dia tidak mahu dipanggil oleh guru disiplin akibat kelewatannya itu.
“Ahh! Takde. Aku tak boleh terima alasan kau tu. Dah. Tunggu je Cikgu Maria panggil kau nanti.” Balas gadis berbaju kuning cair itu.
Farisya hanya mengetap bibir. Dia tahu. Pengawas itu sengaja cuba mengenakannya. Ni tak boleh jadi ni. Kau ingat aku takut sangat ke? Ni Farisya lah. Hatinya berkata-kata. Pantas dia tersenyum. Wajah pengawas bernama Hazirah itu dipandang lama.
“Yang kau pandang aku macam tu apesal? Kau tak puas hati ke aku nak bagi nama kau kat Cikgu Maria? Huh! Tau pun takut. Ingat! Lain kali jangan cari pasal.” Angkuh sekali perempuan itu.
“Alah! Kau ingat aku takut sangat ke? Setakat buat salah macam ni, tak heranlah sister! Pergilah bagi nama aku tu kat cikgu. Sekarang pun boleh. Aku pun bukannya hadap sangat nak tengok muka kau tu. Tapi kan. Buanglah taik mata kat mata kiri kau tu. Buat malu je.” Ujar Farisya selamba. Sebelum melangkah, sempat lagi dia mengenyitkan kepada pengawas tersebut.
Hazirah menghentakkan kaki. Geram dengan keberanian Farisya. makin bertambah sakit hatinya apabila beberapa orang pelajar yang ada di situ dilihat seakan ingin mentertawakannya. Segera dia mengatur langkah ke bilik disiplin.
#          #          #          #          #          #          #          #          #          #
“Risya. Cikgu Maria nak jumpa kau.” Beritahu Nazmi. Ketua kelas 2 Elit.
“Apesal Cikgu Maria tu nak jumpa Risya?” soal Aisyah ingin tahu. Pelik. Pagi-pagi lagi kawan baiknya itu sudah dipanggil ke bilik disiplin.
“Entah. Tadi pun aku terserempak dengan dia kat pejabat. Dia pesan suruh panggil Risya. Sya. Pergilah. Dia tengah tunggu kau tu.” Balas Nazmi selamba.
“Kau nak aku teman ke Sya?” soal Aini.
Farisya hanya tersenyum. Dia tahu kenapa dirinya dipanggil. “Takpelah. Kejap je ni. Bye korang. Doakan aku yek.” Sempat lagi dia berseloroh.
Rakan-rakanya hanya mengeleng. Tahu benar dengan perangai gadis bernama Farisya. Pasti ade kesalahan yang dilaporkan oleh pengawas mengenai gadis itu. Tetapi Farisya tetap tenang. Hanya satu kelemahan gadis itu yang agak ketara, dia tidak boleh ditengking atau dimarahi dengan suara yang kuat. mudah saja air matanya mengalir. Kerana itulah, dia sering juga diusik oleh guru Geografi mereka yang agak garang. Biasanya Cikgu Mahmud akan membawa rotan masuk ke kelas dan meja pertama yang ditujunya ialah meja Farisya. Malah beliau sengaja memukul kuat meja Farisya dengan rotan tersebut.


Bahagia Yang Kudamba ep 1

BAB 1
Mac 2001
“Farisya!”
“Ye mak!”
Seorang gadis berumur 14tahun pantas menyahut. Dia yang sedang enak terbaring menonton televisyen pantas bangun menuju ke dapur. Tersenyum sendiri gadis itu melihat tubuh wanita 30-an yang sedang sibuk di dapur itu.
“Yang sengih-sengih tu apesal? Sedar tak sekarang ni dah pukul 11 pagi? Awak tak nak pergi sekolah ke tuan puteri?” soal Puan Rafidah. Dia memandang gadis yang berdiri tidak jauh darinya itu.
“Err.. Kalau tak pergi, boleh tak mak?” soal gadis genit itu. Matanya dikejipkan beberapa kali. Comel sekali. Itulah taktiknya setiap kali ingin memujuk wanita yang sedang merenung tajam ke arahnya itu.
“Amboi-amboi. Sedapnya. Kali ni alasan ape pulak nak bagi kat Tuan Razak kamu tu?” Soal Puan Rafidah. Dia sudah sedia maklum dengan perangai anak ketiganya itu. Sejak memasuki sekolah menengah, anaknya itu amat liat untuk ke sekolah. Ditambah lagi sekarang dia bersekolah sesi petang. Maka makin bertambahlah kemalasannya. Memang perangai Farisya agak berbeza dengan anak-anaknya yang lain. Walaupun anak ketiga, tetapi manja mengalahkan adik bongsunya, Fairus Hamiza.
“Alah mak. Takpelah. Nanti Tuan Razak tu, mak serah je kat ateh. Ateh boleh handle lah.” Balas Farisya sambil memeluk mesra bahu wanita kesayangannya itu.
“Ikut suka kamulah ateh. Dah! Pergi sidai kain baju kamu tu. Dari semalam mak tengok masih dalam bakul tu lagi. Apa kamu ingat kain tu kering ke kalau kamu letak kat situ je? Malas mengalahkan lelaki kamu ni.” bebel Puan Rafidah. Dia memang tidak suka memaksa semua anak-anaknya. Asalkan mereka tahu apa yang mereka lakukan.
“Ala.. Ateh lupalah mak. Ingatkan angah dah tolong sidaikan. Tapi kan mak, kalau adelah orang reka mesin yang boleh basuh, keringkan dan lipat kain, mesti best kan. Masukkan je kat dalam tu.” Ujar Farisya. Dia sengaja ingin mengusik emaknya.
“Hah! Banyaklah kamu punye best. Apesal kamu tak mintak orang reka mesin yang tolong kamu pakaikan baju tu? Lagi bagus. Dah! Pergi sana.” Sempat lagi wanita itu memerli. Farisya hanya tersengih. Dia terus meluru ke belakang rumah dengan membawa bakul yang dipenuhi dengan kain, bajunya sendiri.
Sambil menjemur kain, sempat lagi dia menyanyi kecil. Gembira hatinya kerana tidak dipaksa ke sekolah.
“psssttt...Risya..” dia mencari-cari suara tersebut.
“Risya.....” panggil suara itu perlahan. Farisya menoleh.
Akhirnya matanya dapat menangkap satu kelibat di sebalik pokok-pokok kecil yang memisahkan rumahnya dengan rumah Mak Senah, jirannya. Dia tersenyum. Tiba-tiba akal jahatnya datang.
“Mak Senah! Mak Senah! Cepat! Ada pencuri kat belakang rumah Mak Senah.” Laung Farisya kuat. Suaranya itu turut membuatkan Puan Rafidah dan Encik Razak yang baru pulang dari kerja bergegas menghampirinya.
“Kenapa ni ateh? Apa yang bising-bising panggil Mak Senah tu?” soal Encik Razak. Berkerut dahinya memandang wajah anak gadisnya yang sedang tersenyum simpul itu.
“Hah! Mana pencuri tu Risya?” Mak Senah datang tergesa-gesa. Mukanya berpeluh. Di tangannya terdapat sebatang kayu api. Mungkin dia sedang menghidupkan dapur kayunya semasa Farisya menjerit sebentar tadi.
“Tu hah. yang bergerak-gerak kat semak tu?” pantas jarinya dihalakan ke arah suara yang memanggilnya sebentar tadi. Semua mata turut memandang ke arah yang ditunjukkan Farisya itu.
Mak Senah pantas melangkah. Semakin lama semakin dekat. Tiba-tiba susuk tubuh di balik semak itu bangun berdiri. Kuat kedengaran suara Mak Senah terpekik.
“Arrghhh!!” wanita itu mengurut dada.
“Hish kamu rupanya. Apa kamu buat kat dalam semak tu? Dah takde kerje lain ke? Orang suruh pergi sekolah, malas. Ee apa nak jadilah dengan kamu ni.” bebel Mak Senah. Laju je tangan tua itu memiat telinga budak lelaki yang tersengih dihadapannya itu.
“Lah. Bukan apa pun mak. Abang saje je nak kacau si Risya tu. Dah dia yang tiba-tiba jerit cakap ada pencuri.” Syafiq cuba membela diri.
“Padanlah dengan muka kamu tu. Yang gatal-gatal nak kacau anak dara orang tu apesal? Dah. Pergi balik. Aku balik dululah Fidah, Razak.” Ujar Mak Senah sambil berlalu pulang.
“Hish kamu ni Syafiq. Takde kerja lain ke? Elok sangatlah tu. Dua-dua malas sekolah.” bebel Encik Razak pula.
Farisya dan Syafiq hanya tersenyum.
“Wei. Yang kau jerit panggil mak aku tu apesal? Bongoklah kau ni Sya.” Pantas Syafiq menyerang. Tangannya menolak lembut kepala gadis yang hanya di paras ketiaknya itu.
“Padan muka kau! Lain kali buatlah lagi. Nanti aku jirus dengan air panas. Kau nak?”ugut Farisya. Walaupun gurauan mereka agak kasar, tetapi mereka sudah rapat sejak kecil lagi.




p/s : mya post cerita ni kat penulisan2u..tapi guna tajuk mr.pilot vs cikgu..

Sunday, 11 December 2011

Andai Dia Jodohku ep4

BAB 4
“Yana! Kau sorang je ke? Si singa tu tak ikut sekali?” soal Zarul Zikuan sebaik saja melihat gadis itu tiba bersama Syahrul.
“Apesal kau tiba-tiba cari si Qiss ni? Dah angau ke?” usik Norman sambil disambut tawa Hasrul dan yang lain.
Zarul Zikuan terkedu.
“Mana ada. Aku saja je tanya. Takkan tak boleh kot. Kalau dia datang, aku nak blah. Tak kuasa aku nak layan baran kawan kau tu.” balasnya membela diri.
“Pandailah kau. Entah-entah memang betul kau dah syok kat si Qiss tu.” Giat Norman lagi.
“Ni yang aku malas nak join korang ni. Ada je nak kenakan aku.” Protes Zarul.
“Eh Yana! Kau tak ajak dia ke?” soal Emmy terus mematikan usikan terhadap Zarul Zikuan.
“Dah ajak dah. Korang nak tahu dia cakap apa?”
“Apa?” soal Fira pantas. Pelik. Biasanya gadis itu tidak akan menolak jika diajak keluar bersama.
“Aku tak nak jumpa mamat sengal tu. Lagipun aku takut nanti sekali dengan  meja-meja pulak yang terbang. Kau nak ke? Nanti korang jugak yang malu.” Liyana mengeluarkan kembali ayat yang diucapkan oleh Balqiss sebentar tadi.
Kedengaran tawa kuat dari mulut pemuda-pemuda yang ada di meja tersebut. Hanya Zarul Zikuan yang diam memuncung.
“Korang tengoklah minah Singa tu. Ada ke patut dia panggil aku mamat sengal. Memang nak kenalah dia tu dengan aku.”
“Memang sesuai pun nama tu dengan kau.” Balas Hasrul sambil ketawa kuat. Seakan tidak percaya melihat lelaki tampan yang ada di depannya itu diperlekehkan oleh Balqiss.
“Hah! Gelaklah gelak!” marah Zarul Zikuan.
*          *          *          *          *
Zarul Zikuan menghela nafas panjang. Sengaja dia mengambil angin di laman rumahnya. Pulang saja dari makan malam bersama rakan-rakannya sebentar tadi, terus dia mengambil angin di situ.
Beberapa ekor ikan hiasan yang sedang galak berenang di dalam kolam di pandang penuh asyik. Kotak ingatannya sarat dengan wajah gadis yang telah sekian lama menghuni hatinya. Hingga saat ini wajah itu masih belum mampu dilupuskan dari ingatannya.
“Ma minta maaf. Kita tak boleh teruskan semua ni. Ma tak sanggup nak tipu abang lagi.” Ucap gadis itu lirih. Wajah tampan didepannya ditatap dengan penuh kasih.
“Ma? Apa yang Ma cakap ni? Abang ada buat salah ke?” soal Zarul Zikuan ingin tahu. Tangan lembut Nur Akma digenggam erat.
“Ma nak akhiri semua ni. Ma dah letih dengan hubungan kita. Kita putus abang. Mulai hari ni, Ma harap abang jangan cari Ma lagi. Ma minta maaf.” Air mata tidak henti-henti mengalir di pipi gadis kesayangannya itu. Cuba diseka dengan jemari kasarnya, tetapi gadis itu lebih pantas mengelak.
Akhirnya Nur Akma bangun meninggalkannya sendirian. Sejak hari itu, mereka langsung tidak bertemu. Gadis itu tidak menghiraukan pangilannya, setiap SMS tidak dibalas. Malah mencarinya di rumah juga, gadis itu tidak benarkan.
Apa yang membuatkannya terkilan ialah dia tidak berada di samping gadis kesayangannya itu di saat terakhirnya. Baru dia tahu yang Nur Akma memutuskan untuk meninggalkannya kerana gadis itu sedar dia tidak dapat hidup lama. Gadis itu disahkan menghidap kanser otak dan hanya disedari ketika sudah di tahap kritikal.
Tiba-tiba lamunannya terganggu dek bunyi nyaring dari Iphonenya. Terpapar nama Linda di skrin.
“Hai sayang!” tegur Zarul lemah.
“Darling! You janji nak hang out dengan I malam ni. Dari tadi I tunggu you tau. Dah cair mekap I ni. Bila you nak datang?” rengek gadis tersebut di talian.
Zarul terdiam. Jam di pergelangan tangannya ditatap seketika.
“Opps sorry sayang. I tak sedar. Ingatkan awal lagi. Ok sayang. Give me fifteen minutes. I’ll be right there.” Pujuknya lembut sambil terus menghidupkan Alfa Romeo yang terletak elok di bawah garaj.

Saturday, 10 December 2011

Andai Dia Jodohku ep3

BAB 3
“Kau tak kerja ke hari ni Yana?” soal Balqiss sambil melabuhkan punggung di atas kerusi. Roti bakar yang sudah siap disapu jem strawberi itu dikunyah perlahan. Belakang badan gadis yang sedang membacuh air dipandang.
“Aku cuti hari ni.” Balas Liyana perlahan. “Woi minah! Aku punya tu. Kau ni bangun-bangun tidur terus je melantak. Dengan giginya tak gosok, muka tak cuci. Tak senonoh langsung.” Bebel Liyana. Merenung tajam wajah yang masih selamba mengunyah roti bakar sampai habis.
“Alah kau ni. Membebel je kerja kau kan. Alah Yana. Bukannya ada orang lain pun. Kau dengan aku je. Tak kan dengan kau pun aku nak malu. Tak heranlah beb.” Cawan yang berisi teh ‘o’ panas yang baru dituang oleh Liyana dicapai dan diteguk perlahan.
Liyana sekadar menggeleng. Mereka sudah bersahabat hampir sepuluh tahun. Perangai gadis di depannya itu masih tidak berubah.
“Kau tak call mak kau kat kampung ke?” soalnya.
“Dah..” balas Balqiss sambil menghirup air yang masih panas itu dengan berhati-hati.
“Bulan lepas.” Sambungnya lagi apabila melihat raut ingin tahu yang terpancar di wajah Liyana itu.
Liyana mengeluh perlahan. “Qiss... Aku tanya betul-betul ni. Yang kau main-mainkan aku apesal. Aku tanya yang latestlah. Bukan yang last month.” Dia cuba menahan geram.
“Alah Yana. Aku malaslah. Kau bukannya tak tahu mak aku tu. Bila aku call je, takde soalan lain yang dia nak tanya aku. Dah dapat kerja ke belum dengan bila nak kenalkan kat mak calon menantu mak. Aku rimaslah Yana. Bila jawapan aku tak je, dia membebel. Takkan kau nak suruh aku kelentong dia pulak.” Rungut Balqiss perlahan.
Memang sudah dihafalnya perangai emaknya yang dipanggil Mak Imah oleh orang kampung itu.
“Kau ni kan Qiss. Mak kau tu bukannya apa. Dia cuma risaukan kau. Dahlah takde kerja tetap. Duduk kat KL ni. Yang memang kos serba tinggi. Tentulah dia bimbang. Kena-kena pulak umur kau tu dah nak masuk 26 dah tahun depan. Lagilah dia risau kalau kau tak kenalkan mana-mana lelaki kat dia.” Giliran Liyana pula membebel.
“Miss Norliyana Amira bt Firdaus, kau jangan mengada-ngada nak ambik takhta mak aku pulak yek. Kau jangan buat tak reti pulak. Aku kan memang ada kerja aku sendiri. So, jangan nak membebel macam nenek kau kat kampung tu. Lagipun umur 26 tu tak lah nampak tua sangat. Maintain lagi apa.” Balqiss bersuara selamba.
“Miss Nur Airisya Balqiss... Aku tahulah kau tu memang penulis. Tapi maksud mak kau tu, dia nak tengok kau dapat kerja tetap. Lagipun orang tua ni mana faham kerja-kerja penulis yang hanya duduk kat rumah macam kau tu. sekurang-kurangnya kau boleh gunakan ijazah kau tu untuk cari kerja. Jadikan menulis tu sebagai kerja sampingan. Bukan sepenuh masa. Faham tak?” bebel gadis itu geram.
“Tapi...”
“Ishh! Malaslah aku cakap dengan kau ni Qiss. Membazir air liur aku je. Baik aku tengok tv.” Liyana pantas berlalu. Malas mahu melayan perangai sahabatnya itu. Bukan dia tidak tahu. Gadis itu akan menjawab selagi termampu.
Seharian mereka menghabiskan masa melepak dirumah. Biasanya Balqiss akan tinggal berseorangan sekiranya Liyana, Shahfira dan Emmy keluar bekerja. Dan masanya banyak dihabiskan dengan menulis dan mencari idea-idea baru.
* * * * *
“Qiss oo Qiss...” laung Yana dari dapur.
Balqiss yang baru selesai menaip satu bab cerita untuk novel terbarunya pantas menjenguk di pintu dapur. “Apa?”
“Syah call. Ajak dinner kat luar. Jom!”
“Ah! Tak nak aku.”
“Apesal pulak? Jomlah. Lagipun nanti kau nak makan apa? Aku tak masak. Kau sendiri pun bukannya rajin sangat nak masak kan?” Liyana mengeluarkan modalnya.
Balqiss menayang muka malas.
“Jomlah Balqiss sayang intan payung. Si Fira dengan Emmy pun ada. Jomlah.” Pujuk Liyana lagi.
“Tak nak. Titik!” Liyana diam. Bukan tidak tahu perangai Balqiss. Jika sudah dikeluarkan perkataan titik itu maknanya memang dia tidak akan boleh diubah lagi keputusannya.
“Apesal?”
“Aku tak nak jumpa mamat sengal tu. Lagipun aku takut nanti sekali dengan meja-meja pulak yang terbang. Kau nak ke? Nanti korang jugak yang malu.” Ujar Balqiss tanpa rasa bersalah.
Liyana diam. Memang sebentar tadi pun Syahrul sudah memberitahunya bahawa Zarul Zikuan juga akan menyertai mereka.
“Takpelah. Nanti aku tapau untuk kau yek.” Pujuk Liyana lembut.
Balqiss tersenyum. “Hah! Ni yang buat aku makin sayang kat kau ni Yana.” Balas Balqiss sambil mencuit dagu Liyana.
“Mengada-ngadalah kau ni Qiss. Ok lah. Aku pergi dulu. Jangan lupa kunci semua pintu.” pesan Liyana sebelum berlalu.
“Yess boss!” Balqiss mengangkat tabik hormat ala-ala tentera.
Pintu dikunci dan dia kembali meneruskan kerja-kerja menaipnya yang tergendala sebentar tadi.



Thursday, 8 December 2011












mesti korang kat luar 2 ada listkan ciri2 suami/isteri idaman kan? so, kt sini Mya ada listkan beberapa ciri2 memilih suami/isteri..korang bolehlah tgk2 yep..tp if ada yg korang x stju 2,Mya xtaulah.sbb ni Mya buat ikut apa yg Mya baca & tgk apa yg ada kat sekeliling Mya... :)





SIFAT DALAM MEMILIH CALON SUAMI / ISTERI

  1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
  2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
  3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
  4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
  5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
  6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
  7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
  8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
  9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
  10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.


 korang akan rasa bahagia sekiranya korang dapat teman hidup yg macam korang impikan. Mya harap korang semua akan dapat kebahagiaan tersebut...aminn.... =)