SELAMAT MEMBACA..Jangan lupa tinggalkan komen atau cadangan agar Mya boleh buatkan cerita lebih menarik okeh!datang lagi...sayang korang...(^_*)

Jom follow blog Mya.... ;)

Monday 26 March 2012

Andai Dia Jodohku ep 20


BAB 20
Balqiss yang sedang khusyuk menonton cerita Korea di saluran Astro tersentak sebaik saja tubuhnya dipeluk erat. Kedengaran suara tangisan.
“Apesal ni Fira?” soalnya lembut. Belakang badan sahabatnya itu digosok lembut.
“Qiss... Aku sedih sangat Qiss. Apesal mak ayah aku buat aku macam ni?” Shahfira berkata-kata. Tangisannya masih belum reda.
“Apesal? Diorang buat apa?”
Shahfira mengangkat wajah. Wajahnya dibasahi air mata. Hidung yang merah sudah tidak dihiraukan.
“Mereka dah terima pinangan tu Qiss. Aku tak nak! Aku tak kenal pun siapa anak kawan diorang tu.” adu Fira sebak.
“Pinangan apa pulak ni?” soal Balqiss bodoh.
“Ada orang datang pinang aku semalam. Parents aku dah terima Qiss. Mak aku baru je bagitahu aku tadi.”
Balqiss terdiam. Wajah sedih Shahfira dipandang sayu. Kasihan dengan nasib sahabatnya itu.
“Kau tak cakap elok-elok ke dengan diorang Fira? Diorang sendiri kan kenal dengan Norman. Macam mana boleh jadi macam ni pulak?” Balqiss hairan.
Shahfira mengesat air matanya. Kata-kata emaknya di talian sebentar tadi tidak akan dilupakan.
“Mak dah terima pinangan dari kawan mak tu. Hujung bulan nanti mak nak kamu kahwin.” Ujar wanita itu tegas.
Shahfira kelu. Langsung tidak terduga akan menerima berita tersebut.
“Tapi mak. Akak tak kenal dia. Akak dah ada pilihan sendiri. Apa akak nak cakap kat Norman nanti? Apesal mak dengan ayah tak bincang dengan akak dulu?” soal Shahfira lemah.
“Dah lama mak dengan ayah tunggu si Norman tu meminang kamu. Tapi sampai sekarang tak datang-datang jugak. Entah-entah dia sengaja nak main-main dengan kamu. Mak tak kira. Keputusan mak ni muktamad. Mak nak kamu balik masa majlis tu nanti.” Arah wanita itu lagi. Sendu anak gadisnya langsung tidak diendahkan.
“Mak aku dah tetapkan hujung bulan ni aku kahwin. Aku nak cakap apa kat Norman nanti Qiss? Aku sayangkan Norman. Nanti mesti dia ingat aku sengaja main-mainkan dia. Aku tak sanggup Qiss. Kau tolonglah aku Qiss. Aku rasa macam baik aku mati je sekarang ni. Aku tak sanggup tengok Norman kecewa.” Esak tangis Shahfira kembali kedengaran.
Balqiss turut sebak. Dia sendiri sudah menyaksikan betapa gadis itu bahagia dengan Norman. Tubuh Shahfira ditarik kedalam pelukannya. Cuba menenangkan Shahfira. Dia sendiri tidak dapat membayangkan penerimaannya sekiranya dipaksa kahwin oleh orang tuanya.
“Qiss.. Kau janji dengan aku. Jangan bagitahu Norman pasal ni. Janji yek Qiss?” pinta Shahfira sebak.
Balqiss mengangguk perlahan. Air mata yang mengalir di pipi gadis itu diseka dengan ibu jarinya.
“Dahlah Fira. Kalau kau menangis air mata darah sekalipun, mak bapak kau tak nampak jugak. Baik kau fikirkan macam mana nak selesaikan masalah kau ni.” Pujuk Balqiss lembut.
Shahfira diam. Kata-kata Balqiss itu ada benarnya.
“Eh Fira! Kau cakap mak kau suruh kahwin hujung bulan ni?” soal Balqiss tiba-tiba.
Shahfira mengangguk lemah.
“Fira... Hari ni dah 17 haribulan. Kau cuma ada masa tak sampai dua minggu lagi. Aku rasa baik kau terus-terang dengan Norman. Fikir apa yang patut korang buat.” Cadang Balqiss lagi.
“Tapi Qiss....”
“Takde tapi-tapi Fira. Norman berhak tahu.” Balqiss memintas.
“Tapi...”
“Tapi apa? Kau nak ke kahwin dengan calon mak kau tu?” soal Balqiss lagi.
“Tapi...”
“Apesal kau banyak sangat tapi ni Fira?” Balqiss menyoal geram. Wajah sugul Shahfira ditatap.
“Qiss.. Kau boleh tak dengar dulu apa yang aku nak cakap?” soal Shahfira geram.
Balqiss diam. Kepalanya diangguk beberapa kali.
“Aku nak cakap yang si Norman sekarang ni pun dah lain. Dia macam sengaja nak jauhkan diri dari aku. Lepas pada balik dari majlis tunang Yana tempoh hari, dia terus berubah. Sampai sekarang, aku belum jumpa dia lagi.” Mata gadis itu kembali berkaca.
Layanan dingin Norman terhadapnya begitu mengecewakan. Langsung tidak disangka lelaki itu akan berubah sebegitu.
Balqiss mengucap panjang. Patutlah Shahfira dilihatnya sudah jarang keluar. Setiap kali Emmy dan Yana keluar dengan tunangan mereka, Shahfira sering mengurungkan diri di dalam bilik.
“Apesal kau tak cerita awal-awal kat aku Fira? Boleh aku jumpa si Norman tu.” soal Balqiss geram.
“Sebab tulah aku tak nak cerita kat kau Qiss. Aku kenal sangat perangai kau. Mesti kau akan cuba nak tolong aku. Aku tak nak susahkan kau Qiss.” Balas Shahfira sayu.
Balqiss mengeluh. Berat benar masalah temannya itu kali ini.
“Qiss.. Aku ingat nak ambik cuti. Aku nak balik kampung. Aku rasa baik aku ikut je rancangan mak ayah aku tu. Lagipun Norman sendiri dah tak perlukan aku. Kau temankan aku Qiss.. Kita balik esok.”
Balqiss melongo. Tidak percaya dengan kata-kata tersebut.
“Kau biar betul Fira? Kau jangan buat keputusan terburu-buru. Nanti kau jugak yang menyesal.”
“Tak Qiss. Aku dah fikirkan pun perkara ni. Cuma tadi tu aku sedih sangat. Aku just nak kongsi kesedihan aku tu je dengan kau.” Shahfira nampak nekad. Senyuman cuba diukir. Walaupun jelas nampak hambar.
Balqiss mengangguk lemah. Dalam hatinya simpati menggunung terhadap gadis di depannya itu. Bahu Shahfira ditepuk lembut.
“Dahlah tu Qiss. Aku ok. Kau tak payahlah buat muka toya kau tu kat aku.” Shahfira cuba membangkitkan mood ceria.
“Fira... Betul ke kau ok ni?” soal Balqiss mengambil berat. Wajahnya redup.
“Iyelah. Kau tak payah risaulah.” Gadis itu tergelak.
“Betul ni?” Balqiss masih inginkan kepastian.
Shahfira mengangguk laju.
“Kalau iye pun kau ok, tak payahlah angguk macam tu. Dah macam burung belatuk je aku tengok.” Usik Balqiss sambil ketawa kuat.
Shahfira membuat muka.
“Fira. Apa kata kau pergi masak kat dapur tu. Aku laparlah...” rengek Balqiss. Dia mengerdipkan matanya beberapa kali.
“Oo pandai kau ye. Takpelah Qiss. Disebabkan kau tu comel, aku masakkan spaghetti special untuk kita berdua. Mehlah teman aku borak-borak kat dapur. Tak bestlah buat kerja sorang-sorang.” Balas Shahfira sambil menarik lengan gadis tersebut.
“Alah!”
“Jomlah Qiss… Tak payahlah kau buat muka malas kau tu kat sini. Cepat! Temankan aku.”
Wajah Balqiss yang sudah memuncung dipandang. Dia tersenyum. Sahabatnya itu nampak comel dengan bert-shirt pink dan berseluar putih paras peha itu. Ditambah lagi dengan rambutnya yang disanggul tinggi di sebelah kiri. Nampak seperti remaja belasan tahun. Langsung tidak sesuai dengan umurnya yang sudah hampir menjangkau 26 tahun itu.


3 comments:

Anonymous said...

Mm..lama stop dah citer ni..agak2 bila novel nak terbit nik cik mya..

eizzara eizzaty said...

kenapa lama tak update cerita ni .... rindu laaaa

mya aryssa said...

mya tengah tunggu publisher terima ke tak je cite ni.kalo terima baru akan pblish.sory sebab lama tak update. sekarang ni Mya busy sangat2.dengan study lg.nanti bila dah ok,Mya update semua ok? sorry again... tengs sebab still sokong Mya.. :)