
BAB 24
Balqiss tekun melipat pakaian yang akan dibawanya
sepanjang bercuti nanti. Itulah rutinnya setiap kali sudah kehabisan idea untuk
menghasilkan buku terbaru. Dia langsung tidak kisah bercuti sendirian. Baginya
dengan itu akan lebih memudahkannya dalam mendapatkan idea-idea baru yang lebih
bagus. Kali ini Pulau Perhentian menjadi destinasi pilihannya.
Terjenggul wajah Liyana dan Emmy di muka pintu.
“Qiss. Kali ni kau pergi berapa lama?” soal Emmy
sambil merebahkan badannya di sisi Balqiss.
“Entahlah. Tak pasti lagi. Apesal?”
“Takdelah. Kau takde kat rumah. Aku bosanlah. Kalau
nak harapkan minah tu temankan aku, huh jangan haraplah.” Balas Emmy. Mulutnya
dihalakan kepada Liyana yang terbaring di sisinya.
“Ek eleh minah ni. Kau jangan layan sangat si Emmy
tu Qis. Mengada je lebih. Aku takut nanti dia je yang tak lekat kat rumah.
Asyik berkepit aje dengan si Hasrul dia tu.” Liyana pula membalas. Kepala Emmy
ditolak lembut.
“Hish! Kau ni kan!” Emmy berpura-pura marah. Tangan
Liyana ditepis lembut.
“Apa?” Liyana menyoal. Pinggang Emmy dicuit beberapa
kali. Emmy tergeliat kegelian. Riuh bilik itu dengan tawa gadis mereka berdua.
Balqiss turut ketawa. Geli hatinya dengan perangai
gadis-gadis tersebut.
“Weh korang! Runtuh katil aku ni kang.” Balqiss
bersuara.
“Alah kau ni Qiss. Kalau runtuh, kau suruh jelah si
Emmy bodek cik abang dia. Kan si Hasrul tu tauke perabot.” Liyana terkekek
ketawa.
Emmy sudah menayang muka. “Kau ingat kilang perabot
tu dia yang punya ke? Tu bapak dia punyalah.” Balas Emmy geram. Giliran dia
pula menggeletek Liyana.
“Weh Emmy. Dah-dah. Aku letih...” akhirnya Liyana
mengaku kalah. Peluh di dahi diseka. Jelas kelihatan keletihan di wajahnya.
Emmy tersenyum menang.
“Qiss.. Kalau boleh aku pun nak ikut kau. Aku dah
lama teringin nak ke pulau tu. Tapi masalahnya aku tak boleh ambik cutilah.
Nanti nak kahwin, kena cuti lagi. Mengamuk pulak si botak tu karang.” Emmy
bersuara. Terbayang wajah bosnya yang digelar si botak itu. Walaupun Emmy
pekerja kesayangannya, tapi setiap kali memohon cuti, pasti sukar diluluskan.
“Alah! Kau bukan tak tahu. Si botak kesayangan kau
tu sebenarnya bukan apa. Dia takut dia rindukan kau kalau kau cuti lama-lama
sangat. Sebab tu dia tak luluskan cuti kau tu.” usik Balqiss.
Emmy tersengih. Memang itulah modal mereka untuk
mengenakannya.
“Banyaklah kau punya rindu. Kau nak suruh aku jadi
bini nombor empat ke apa?” balas Emmy dengan matanya dibeliakkan.
“Elok jugak tu.” Liyana pantas membalas. Dia
tergelak kecil apabila satu cubitan singgah dipehanya. Tak lain tak bukan kerja
si Emmy.
“Hish! Gila! Tak nak aku. Lagipun tak sanggup aku
kena serang dengan bini nombor tiga dia tu. Takut sangat laki dia kena kebas.
Padahal bukan dia tak sedar yang dia pun rampas laki orang.” Emmy menggeleng
beberapa kali. Dapat dibayangkan wajah isteri ketiga bosnya itu. Sudahlah susah
untuk senyum, mulutnya pula boleh tahan pedasnya.
“Kalau dia fire
kau, kau firelah dia balik.” Ajar
Liyana.
“Malaslah aku layan korang ni. Cik abang aku dah
ada. Beratus-ratus kali ganda lagi handsome
dari si botak tu. Lagipun nanti lepas kahwin, Hasrul suruh aku kerja dengan dia
je. Senang. Tiap-tiap hari boleh berkepit. Jangan jeles ek Miss Liyana.” Emmy tersenyum bangga. Pipi Liyana dicuit gatal.
“Uwek!! Takde maknanya aku nak jeles.” Liyana
berpura-pura ingin muntah.
Balqiss buat-buat tak dengar.
“Ek eleh! Ye ke ni? Macam tak percaya je.
Entah-entah nanti kau pun bodek gak cik abang kau tu nak kerja kat hotel dia.
Kau ni bukan boleh pakai sangat Yana.” Emmy masih tidak mahu mengalah. Wajah Liyana
di depannya itu dipandang geram.
“Alah! Kau tu boleh ke kalau nak resign dari syarikat tu? Entah-entah
nanti kau yang rindukan si botak. Maklumlah. Aku tengok botak tu handsome jugak.” Liyana masih ingin
mengusik.
“Takde! Hasrul aku lagi handsome. Kan Qiss?” Emmy cuba memancing Balqiss agar gadis itu
menyebelahinya.
Balqiss tersenyum. “Iyelah. Handsome. Tapi kan, aku tengok kau dengan botak tu pun sesuai
jugak. Lebih sesuai daripada kau dengan Hasrul.” Balas Balqiss sambil disambut
gelak kuat Liyana.
“Qiss! Yana! Jahatlah korang ni!” jerit Emmy geram.
Wajahnya sudah mencuka.
Balqiss dan Liyana masih galak ketawa. Merah padam
muka dua gadis itu akibat terlalu banyak ketawa.
“Huh! Tak naklah layan korang!” Emmy pura-pura
merajuk. Dia terus bangun dan melangkah keluar daripada bilik Balqiss.
Balqiss dan Liyana berpandangan seketika. Mereka
menjungkit bahu. Kemudian terdengar kembali tawa kuat dari dua gadis tersebut.
Rajuk Emmy langsung tidak dihiraukan.

No comments:
Post a Comment