
BAB 27
Balqiss yang sedang tekun menaip tersentak. Bunyi
ketukan yang bertalu-talu dari luar semakin kuat. Hish! Siapa pulak yang datang
malam-malam ni. Bebelnya. Tombol pintu tetap dibuka. Tersembul seorang pemuda memapah
lelaki yang nampak sudah tidak sedarkan diri. Terus dibaringkan tubuh lelaki
yang sudah lemah itu di atas katil.
“Eh! Apesal tiba-tiba datang bilik saya ni? Awak ni
siapa? Dia ni pulak siapa?” soal Balqiss bertalu-talu.
Lelaki yang nampak muda beberapa tahun darinya itu
mendiamkan diri. Walaupun jelas nampak riak terkejut diwajahnya. Dia terus
berlalu sebaik saja selesai kerjanya.
“Eh! Awak! Tunggu!” jerit Balqiss kuat. Tapi lelaki
itu langsung tidak mengendahkan panggilannya.
Nafasnya dilepaskan kasar. Akhirnya dia mengambil
keputusan untuk membiarkan pintu terbuka luas. Langkah diatur ke arah katil.
Tubuh pemuda yang nampak sedang membelakanginya dipandang geram. Ditarik
sedikit bahu lelaki itu agar dapat melihat dengan jelas wajahnya. Alangkah
terkejutnya Balqiss sebaik saja memandang wajah itu.
“Zzz...Zarul?” bisiknya perlahan.
“Zarul! Bangun!” tubuh lelaki itu digoncang beberapa
kali. Kedua pipi lelaki itu juga ditampar lembut. Tapi langsung tidak berhasil.
Hish! Apa aku nak buat ni. Balqiss buntu. Dia berjalan mundar mandir
di dalam bilik. Memikirkan cara untuk mengejutkan lelaki tersebut. Akhirnya
senyuman terukir di bibir. Dia pantas melangkah ke dalam bilik air. Mengisi
sedikit air di dalam gayung dan dibawa ke katil Perlahan-lahan dia merenjis air
pada wajah Zarul Zikuan.
Balqiss menarik nafas lega sebaik saja mata lelaki
itu kelihatan bergerak-gerak.
Zarul Zikuan membuka mata perlahan. Terasa suasana
di sekelilingnya agak asing. Kelihatan seorang gadis sedang duduk disisinya.
Matanya ditenyeh beberapa kali.
“Eh! Balqiss! Kau buat apa kat sini?” soal Zarul
Zikuan sebaik saja wajah gadis itu nampak jelas dimatanya. Dia bingkas bangun. Duduk bersila di atas
katil. Menghadap Balqiss.
Balqiss mencuka. Geram dengan perangai lelaki di
depannya itu. Belum sempat dia membalas, terdengar suara orang memberi salam.
“Assalamualaikum.”
Zarul Zikuan dan Balqiss berpandangan.
“Waalaikummussalam.” Jawab Balqiss sambil melangkah
ke pintu. Kelihatan beberapa orang lelaki agak berumur berdiri di depan
pintu.Hatinya sudah berasa tidak enak. Lelaki-lelaki berkopiah itu memandangnya
denag pandangan yang amat sukar ditafsirkan.
“Err.. Ada apa ni encik?” soalnya teragak-agak.
Tombol pintu dipegang kejap.
“Kami terima aduan ada berlaku perkara sumbang kat
sini. Mana pasangan kamu?” lelaki berbaju melayu putih bersuara.
Terasa lemah lutut Balqiss mendengar kata-kata
tersebut. Air matnya mengalir laju.
Zarul Zikuan bingkas bangun. Dia dapat mendengar
dengan jelas kata-kata lelaki dari luar bilik itu. Dia menuju menghampiri
Balqiss yang sudah lemah di tepi pintu.
“Tapi kami tak salah encik.” Jawabnya cuba membela
diri.
“Kamu ni pasangan suami isteri ke?” soal salah
seorang daripada lima lelaki berkopiah itu.
Zarul Zikuan mengeleng. Wajah Balqiss yang sudah
dibasahi dengan air mata dipandang sayu.
“Dah tu? Apa kamu buat kat sini? Masih tak nak mengaku
lagi?” soal lelaki yang memakai tag nama Fuad itu sinis.
“Kami terpaksa tahan kamu berdua. Sila ikut kami dan
beri kerjasama.” Ujar lelaki itu lagi tegas.
Zarul Zikuan terpana.
Balqiss terduduk. Seluruh tubuhnya terasa semakin lemah
sebaik mendengar kata-kata tersebut. Wajah ibu bapanya di kampung menari-nari
di ruang mata. Akhirnya Balqiss terkulai tidak sedarkan diri.

No comments:
Post a Comment