SELAMAT MEMBACA..Jangan lupa tinggalkan komen atau cadangan agar Mya boleh buatkan cerita lebih menarik okeh!datang lagi...sayang korang...(^_*)

Jom follow blog Mya.... ;)

Sunday 1 January 2012

Bahagia Yang Kudamba ep 17

BAB 17
 “Maira. I’m sorry ok. Miey tak tau pun yang dia sanggup datang dan cakap macam tu kat Maira. Please sayang. Abaikan je apa yang dia cakap tu. Perkara tu dah lepas.” Pujuk Hakimiey. Setiap hari dia datang ke sekolah untuk bertemu gadis manis itu. Tetapi dia tahu, Farisya sengaja mengelak.
“Farisya Humaira. Please say something. Jangan diam macam ni je. Kalau Maira nak marah pun, marahlah. It’s more better than keep silent.” Dia merenung lembut wajah putih bersih itu. Kulitnya yang licin tanpa sebarang cela, alis mata yang menawan, bibir kemerahan yang sering mengukirkan senyuman dan sepasang mata bulat yang galak bersinar. Cukup sempurna ciptaan itu.
Farisya hanya diam. Dia masih lagi terus menyiapkan latihan yang diberikan oleh guru Matematik Tambahannya sebentar tadi. Kalau boleh dia tidak mahu membawa pulang kerja tersebut di rumah. Dia lebih suka bersenang saja di rumah nanti. Walaupun dia selalu ponteng sekolah tetapi keputusan peperiksaannya selalu membanggakan. Kerana itulah dia tidak pernah dikenakan sebarang hukuman disiplin.
Farisya langsung tidak menghiraukan kehadiran lelaki di depannya itu. Tiga orang gadis yang sering bersama dengannya sudah menghilangkan diri. Mungkin ke perpustakaan. Pasti mereka ingin memberi ruang baginya bersama dengan pemuda yang sedari tadi tercongok di depannya.
“Farisya Humaira… Dengar tak apa yang Miey cakap ni? Hey! Dengar sini. Miey mintak maaf sangat-sangat. Miey tau Miey tak patut biarkan pompuan tu datang cari Maira. Tapi Miey tak tahu. Sumpah! Miey ingat dia saja je ugut Miey.” Rayu Hakimiey. Gusar hatinya dengan kebisuan Farisya.
Wajah Farisya yang sedang berusaha menyelesaikan latihan dipandang lama. Sekejap raut itu berkerut seperti memikirkan sesuatu, sekejap tersenyum. Hakimiey sudah biasa dengan gelagat Farisya. Dia tersenyum sendiri. Dia akui, Farisya mempunyai daya penarik tersendiri yang mampu membuatkan mana-mana lelaki jatuh kasih padanya.
Farisya berhenti mengira. Dahinya berkerut. Soalan terakhir itu agak sukar baginya. Lantas dia menolak sedikit buku latihan itu kepada Hakimiey.
“Apa?” soal Hakimiey. Bukan dia tidak faham maksud Farisya. Tapi sengaja ingin mendengar gadis itu bersuara.
“Tak pandai. Tolong buat sekalilah. Malas.” Balas Farisya sambil mengedipkan matanya beberapa kali. Comel sangat!
Hakimiey hanya tersenyum. Dia mencapai buku tersebut tetapi tidak menyelesaikan seperti yang dipinta oleh Farisya. Sebaliknya dia hanya memberikan penerangan dan memberi formula yang boleh digunakan bagi soalan tersebut. Kalau boleh dia tidak mahu terlalu memanjakan gadis itu berkaitan pelajaran. Dia mahu Farisya berjaya dengan usaha sendiri.
Farisya mencebik. Tetapi tetap menyambut buku latihan tersebut. Setelah beberapa minit, dia menutup buku. Lelaki di depannya itu dipandang.
“Jom belanja Maira makan. Laparlah.” Rengeknya.
“Hah?” pantas Hakimiey mengangkat wajah.
Farisya menyembunyikan senyum dengan tindak balas jejaka tersebut.
“Apesal? Tak boleh belanja ke? Urmm takpelah kalau macam tu. Maira pergi dulu. Bye!” Dia sengaja menduga.
“Eh! Maira. Tunggu!” pantas Hakimiey memegang tangan kecil itu. Menghalang dari berlalu. “Bukan tak boleh. Tapi confuse. Maira tak marah Miey dah ke?” soalnya.
“Bila pulak Maira marah? Ada nampak macam Maira marah ke? Ada ke Maira tengking Miey?” soal Farisya. Dia tersenyum melihat perubahan pada wajah lelaki itu.
“Err.. Tak marah ke?” soal Hakimiey teragak-agak.
“Takde pun. Tapi kalau tak belanja Maira makan, baru Maira nak marah. Nanti bila Maira marah, Maira makan Miey. Nak?” Farisya mengugut. Sengaja dia membulatkan mata dan beriak seakan ingin menerkam lelaki tersebut.
“Eh! Tak. Miey belanja. Maira nak makan apa? Tapi Maira kena janji something ngan Miey. Boleh?”
“Apa? Kite makan nasi ayam nak?” Farisya sudah tersenyum. Perutnya memang sudah lapar ketika itu.
“Maira tak boleh simpan apa-apa rahsia pun dari Miey. Boleh?”
“Alah. Ingatkan apa. Boleh. Jom!” jawabnya tanpa berfikir panjang. Mereka melangkah beriringan menuju ke kereta milik Hakimiey.
#          #          #          #          #          #          #          #          #          #
“Maira. Hari tu siapa datang jumpa Maira?” Hakimiey memandang tepat wajah gadis yang sedang sibuk menyuap nasi itu.
Farisya hanya membiarkan soalan itu. Kalau boleh dia malas untuk menjawab. Tapi setelah melihat wajah yang penuh tanda tanya di depannya itu, akhirnya dia berhenti menyuap. Menolak pinggan yang sudah licin ke tepi.
“Tengku Amelia. Maira rasa tak payahlah Maira bagitau apesal dia datang kan? Miey pun dah boleh agak kot.” Dia menyedut perlahan air sirap laici kegemarannya itu.
“Tak. Miey Cuma nak tau apa yang dia cakap kat Maira je. Please Maira. Miey rasa Miey patut tau.” Balas Hakimiey. Dadanya berdegup kencang. Dia tau silapnya juga kerana merahsiakan tentang Tengku Amelia daripada pengetahuan gadis itu.
Farisya mengalah. Dia menceritakan apa yang telah berlaku dan juga apa yang dilihatnya ketika di rumah lelaki tersebut tempoh hari. Hakimiey terkejut. Tidak sangka. Patutlah mood gadis itu berubah. Terbit rasa kesal dalam di hatinya.
“Habis tu, Maira tak kisah ke dengan apa yang dia bagitau kat Maira? Sorry Maira. Miey tak niat pun nak simpan apa-apa dari Maira. Miey sebenarnya nak lupakan semua tu.” Dia takut Farisya salah-sangka dengan kejujurannya selama ini. Sungguh dia teramat sayangkan gadis itu.
“Laa Maira tak kisah pun. Tapi kalau boleh Miey settle jelah dengan dia tu. Lagipun kalau Miey rasa dia boleh buat Miey happy, just go on je. Maira tak halang. Miey takyah lah rasa bersalah dengan Maira pulak.” Balas Farisya tenang.
Hakimiey tersentak. Hampir tersembur air yang dihirupnya ketika itu. Hatinya berdegup kencang. Pantas dia mengangkat muka. Merenung wajah tenang gadis tersebut. Ketenangan suara dan wajah gadis itu tidak mampu melegakan Hakimiey.
“Apa Maira cakap ni? Tak Maira! Miey tak kan tinggalkan Maira. Selama ni Miey rasa hidup Miey jauh lebih happy bila Maira ada dengan Miey. Miey tak nak buat silap lagi. Dulu Miey salah sebab pilih dia. Sorry sangat sayang. Miey tak sangka dia nekad datang jumpa Maira. Maira jangan risau ek. Nanti Miey sendiri pergi jumpa dia. Settle semua sekali. Tapi satu je Miey mintak. Please jangan cakap camtu lagi.” Hakimiey mencapai tangan kecil yang berada di atas meja itu. Diramasnya lembut.
“Miey sayang sangat kat Maira.” Sambungnya perlahan. Dipandang sepasang mata bulat itu. Pandangan gadis itu menikam perasaanya. Dia sedar. Tidak ada gadis lain yang mampu membuatkan dirinya lemah seperti sekarang. Bukan Tengku Amelia. Tapi, hanya Nur Farisya Humaira. Terasa lega sedikit hatinya bila tangan itu turut membalas genggamannya.
Farisya tersenyum. “Dahlah jiwang-jiwang. Maira ni budak-budak lagi. Geli tau. Nilah padahnya melayan orang tua-tua kan.” Usiknya. Dia ketawa apabila terasa tanganya diramas kuat. Mesti lelaki itu bengang dengan usikannya.
“Sakitlah Miey. Maira gurau jelah. Miey janganlah marah-marah macam ni. Nampak makin tua tau tak?” usik Farisya lagi.
Hakimiey yang mendengar kata-kata gadis itu mengeratkan lagi pegangannya. Geram dengan telatah Farisya yang suka benar mengusik. Tapi dia akui, dia bahagia setiap kali bersama Farisya. Ada sahaja idea Farisya untuk mengusiknya.

1 comment:

Idha Chunhyang said...

sukalah kat Farisya, tenang je menghadapi masalah yg ada....

huhuhu... padan muka si Amelia tu... hihihihi....