SELAMAT MEMBACA..Jangan lupa tinggalkan komen atau cadangan agar Mya boleh buatkan cerita lebih menarik okeh!datang lagi...sayang korang...(^_*)

Jom follow blog Mya.... ;)

Sunday 1 January 2012

Bahagia Yang Kudamba ep 16

BAB 16
Aini, Aisyah dan Madiey yang leka berbual mengalihkan pandangan ke arah lelaki yang berdiri di muka pintu. Lelaki itu tersenyum manis. Matanya meliar seakan mencari sesuatu.
“Farisya mana?” soal Hakimiey lembut. Dia duduk di kerusi guru. Berhadapan dengan tiga gadis bertudung sekolah itu.
“Risya tak datang. Dah dua hari dah.” Balas Aini.
“Tak datang? Apesal?” lelaki itu mengerut dahi. Walaupun dia tahu memang Farisya agak liat untuk ke sekolah, tapi biasanya tidak dua hari berturut-turut.
“Lah. Takkan tak tau kot. Risya kan demam. Kena hujan tempoh hari.” Madiey yang sedang mengemas beg sekolahnya itu menjawab. Hairan. Biasanya semua tentang Farisya diketahui oleh lelaki tersebut.
“Oo. Tak. Aku tak tau pun. Lagipun dah seminggu aku tak datang jumpa dia.” Hakimiey bersuara lemah. Memang kedatangannya ke sekolah pada hari ini untuk bersemuka dengan gadis itu. Sudah hampir seminggu sejak peristiwa di rumahnya dulu, gadis itu menyepikan diri. Panggilannya langsung tidak berjawab. “Macam mana dia boleh kena hujan tu? Kan dia memang alergik dengan hujan. Korang ajak dia main hujan ke?” soalnya lagi.
“Eh taklah. Hari tu ada sorang pompuan datang nak jumpa dia. Diorang lepak-lepak kat bangku tepi sekolah tu. Pastu time dia nak masuk kelas tulah dia kena hujan. Dia main redah camtu je.” Aisyah yang membisu sedari tadi menyampuk. Teringat akan pertemuan antara Farisya dengan gadis cantik berkereta mewah tempoh hari. puas ditanya, tapi gadis itu hanya tersenyum tanpa menjawab.
“Pompuan mana? Korang tak kenal ke?” soal Hakimiey. Dia seperti dapat mengagak apa yang telah berlaku.
“Tak! Tak pernah nampak pun sebelum ni. Tapi aku nampak si Risya tu macam terkejut je tengok pompuan tu. Yang aku pasti, pompuan tu mesti kaya. Kereta dia, fuhh! Cantik giler!” ujar Aisyah teruja.
“Hah! Aku dengar Risya panggil dia Tengku. Tak taulah Tengku apa.” tambah Aini pula.
Hakimiey terkesima. Dia pasti. Tengku Amelia yang dimaksudkan. Tidak sangka gadis itu begitu nekad. Tiba-tiba dadanya berdebar hebat. Tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku pada hubungannya dengan Farisya Humaira.
“Err korang. Takpelah. Aku blah dulu. Nanti korang kirim salam kat Risya yek. Nah. Ni tolong bagi kat Risya.” ujar Hakimiey sambil sempat meninggalkan sekeping not seratus kepada gadis bertiga itu. Dia sudah terbiasa memberi duit kepada buah hatinya itu. Untuk belanja. Dulu gadis itu nampak seakan tidak senang dengan perbuatannya itu, tetapi setelah diyakinkan bahawa dia ikhlas, gadis itu akhirnya mengalah.
Gadis bertiga itu terpinga dengan tingkah laku Hakimiey.
“Ni mesti dia kenal awek cun tu kan.” Duga Aini.
“A’ahlah wei. Kan si Hakimiey tu kaya. Awek tu pun kaya. Mesti ade something ni. Aku risaulah wei.” Balas Madiey pula.
“Aku pun takut pompuan tu cakap apa-apa kat Risya.” Pantas Aisyah menyokong kata-kata Madiey itu. Mereka sudah lama mengenali antara satu sama lain. Sampaikan bila salah seorang dari mereka sedih, yang lain turut sama bersedih. “Eh jom pi tengok Risya. Boleh bagi duit ni sama.” Sambung gadis montel itu. Kata-katanya disambut dengan anggukan Aini dan Madiey.
#          #          #          #          #          #          #          #          #          #
Hakimiey memecut BMW M6 Hurricane miliknya. Fikirannya berserabut. Yang pasti dia perlu bersemuka dengan Tengku Amelia. Tidak sangka gadis itu begitu berani. Sangkanya Tengku Amelia sekadar mengugutnya tempoh hari.
“Hakimiey. I tak kira. I nak you balik ngan I. I need you sayang. I sedar I tak boleh hidup tanpa you. Please Kimiey.. Baliklah pada I. I tau. You tak serious pun dengan budak tu kan. I jauh lebih segala-galanya dari dia. I boleh buat you bahagia.” Angkuh sekali nada gadis berambut perang itu. Hakimiey hanya memandang.
Tengku Amelia Natasya datang ke rumahnya tanpa diundang. Kebetulan kedua orang tuanya berada di Indonesia ketika itu. Mujurlah Mak Leha ada di rumah. Kalau tidak, entah apa yang dilakukannya untuk menghalau gadis berketurunan kerabat itu.
“You ingat I ni barang ke Amy? Time you nak, you datang ambik, time tak nak, you boleh buat ikut suka you. I’m not like that ok! Ni lagi satu, ke mana boyfriend you anak Tan Sri tu? Dah tinggalkan you ke? I ni apalah sangat Amy. Harta pun kurang. Tapi tolong jangan libatkan Maira dalam hal kita. Dia takde kena-mengena pun dengan kita. You yang tinggalkan I. So, you yang salah.” Balas Hakimiey. Dia cuba bertenang menghadapi gadis itu.
Yes! I tau salah I. Sebab tu I datang jumpa you, minta maaf. I nak kita balik macam dulu. I tau, you lebih bahagia dengan I. I janji takkan ulang apa yang I buat dulu. I need you Kimiey. I miss you so much. 3 years is enough to make me realize that I really love you.” Rayunya lagi. Dia merapatkan kedudukan di sisi Hakimiey. Tangannya mengelus lembut tangan lelaki tersebut.
“Hey pleaselah! I tak nak you lagi dah. I rasa I lebih happy dengan Maira sekarang berbanding dengan you dulu. I tak perlu hipokrit dengan dia. She’s everything for me. So, please jangan ganggu I lagi. Kisah kita dulu dah lepas. I dah tak nak ingat lagi dah. You balik jelah Amy. I tak mungkin terima you balik. Never!” Tegas kata-kata tersebut.
Berubah wajah gadis yang hanya berskirt pendek dan memakai t-shirt putih sendat itu. Tengku Amelia sengaja memilih pakaian tersebut. Sangkanya Hakimiey akan tergoda. Tapi dia silap. Hati lelaki itu semakin keras..
“Ok. Fine! I harap you takkan menyesal and I akan buat datang merayu dengan I satu hari nanti. I tak kan biarkan you all bahagia.” Balas gadis tersebut sambil bangun dan melangkah meninggalkan Hakimiey.
Ponn! Hakimiey tersedar dari lamunan. Lampu isyarat sudah lama hijau. Dia pantas memasukkan gear dan menekan minyak. Hiss! Macam mana aku nak terangkan kat Maira ni? Rungutnya sendirian. 

No comments: