SELAMAT MEMBACA..Jangan lupa tinggalkan komen atau cadangan agar Mya boleh buatkan cerita lebih menarik okeh!datang lagi...sayang korang...(^_*)

Jom follow blog Mya.... ;)

Sunday 1 January 2012

Bahagia Yang Kudamba ep 21

BAB 21
“Miey dah fikir masak-masak ke?” Soal Datin Norma. Belas hatinya melihat kemurungan lelaki akhir belasan tahun itu.
“Miey... Jangan buat sesuatu terburu-buru. Jangan ikutkan sangat perasaan tu. Lagipun Miey sendiri yang cakap tak nak hari tu kan. Jangan musnahkan masa depan Miey semata-mata nak penuhi kehendak orang lain.” Nasihat Datuk Helmi pula. Sudah hampir tiga hari mereka sekeluarga berkampung di rumah agam Datuk Malik. Esok, Hakimiey akan melangsungkan pertunangan dengan Nabila.
“Miey. Maira ada call abang tadi. Dia cakap dah banyak kali dia cuba call Miey. Tapi Miey tak jawab. Dia tau tak pasal ni?” soal Hakim pula. Matanya merenung tepat ke wajah sugul Hakimiey. Sebaik sahaja adiknya itu membuat keputusan semasa di hospital tempoh hari, tiada lagi senyuman menghiasi wajah tampan itu. Begitu juga Datin Norma. Wanita itu hanya bersedih. Sedih mengenangkan pengorbanan yang dilakukan oleh anak bongsunya dan juga tidak tahu apa yang akan terjadi dengan hubungan Hakimiey dengan Farisya. Dia langsung tidak berkenan dengan bakal tunangan Hakimiey.
Hakimiey mengeluh lemah. Silapnya kerana membiarkan gadis kesayangannya itu tercari-cari. Tapi dia tidak mampu untuk berterus-terang dengan Farisya. mendengar suara itu pun sudah cukup membuatkan dirinya dihimpit rasa bersalah yang teramat. Maira... Miey minta maaf banyak-banyak. Miey sayangkan Maira. Tapi Miey terpaksa buat semua ni. Maafkan Miey... rintihnya sendirian.
“Mama rasa baik Miey terus-terang je dengan Maira. Kesian dia tu. Mama takut nanti dia tak boleh terima and dia ingat Miey sengaja nak tipu dia.” Cadang Datin Norma. Dia turut rasa bersalah terhadap Farisya.
“Entahlah ma. Miey tak berani. Miey takut dia marah dan bencikan Miey. Miey tak sanggup ma. Miey tak sanggup nak tengok dia sedih. Miey sayang sangat kat Maira ma..” Luah Hakimiey lagi. Tangan wanita itu digenggam bagi mendapatkan kekuatan.
“Hati perempuan Miey. Memanglah awal-awal tu marah, kecewa. Tapi lama-lama diorang boleh terima. Miey cubalah. Mama tak nak nanti dia ingat anak mama ni saja nak mainkan dia, tipu dia. Miey faham kan maksud mama?” lembut wanita itu berbicara. Dia menggosok lembut kepala Hakimiey.
“Miey perlukan masa ma. Miey belum sedia lagi nak bagitau Maira.”
“Mama faham sayang. Tapi Miey tak boleh ambil masa lama sangat. Mama takut benda lain pulak yang jadi.” Balas Datin Norma lagi.
“Iye ma. Miey tau. Tapi Miey....”
“Dah. Tak payah nak tapi-tapi lagi. Mama rasa elok balik sana nanti Miey terus jumpa dia. Slow talk ngan dia. Mama yakin Maira pasti faham. Dahlah. Miey tidur je. Esok lepas majlis, kita terus balik sana. Mama pun dah rimas duduk kat sini.” Datin Norma bangun. Sebelum berlalu sempat Hakimiey mengucup pipi tua itu.
#          #          #          #          #          #          #          #          #          #
“Abang tak pelik ke? Saya tengok papa tu aktif semacam je. Tak nampak pun rupa macam orang baru baik sakit.” Datin Norma menyuarakan isi hatinya. Sebaik sahaja dia masuk ke bilik itu tadi, suaminya dilihat sedang tekun membaca. Itulah salah satu hobi Datuk Helmi dari dulu lagi. Membaca sebelum tidur.
“Abang dengar tak apa yang saya cakap ni?” wanita itu geram kerana langsung tidak mendapat perhatian lelaki tersebut. Buku di tangan Datuk Helmi dicapai dan diletakkan di atas meja.
“Lah awak ni. apa yang nak di hairankan sangat. Dah papa tu senang hati. Sebab tulah dia cepat sihat. Tak kanlah dengan papa pun awak nak simpan curiga Datin Norma oii.” Balas Datuk Helmi selamba.
“Iyelah. Saya tau. Tapi awak dulu pun pernah sakit. Takde pun cepat bebenar baiknya. Hish! Saya tak sedap hatilah bang. Dahlah dengan Hakimiey yang asyik murung je. Makan pun tak lalu. Saya ni mak dia, sampaikan saya pun tak lalu nak makan tengok anak saya macam tu.” Ujar wanita itu lagi. Walaupun umurnya sudah meningkat tapi wajahnya masih tidak menampakkan tanda-tanda penuaan.
Masih jelas di matanya kelibat Datuk Malik sejak Hakimiey bersetuju untuk bertunang dengan Nabila. Lelaki itulah yang kesana sini menguruskan majlis. Malah tingkah lakunya langsung tidak menunjukkan tanda-tanda baru sembuh.
“Dahlah tu. Saya faham perasaan awak tu. Kita sebagai mak bapak dia kenalah bagi sokongan. Nanti ok lah tu. Dulu pun dia macam tu jugak. Mana tau dah memang takdir dia kawin awal.” Tenang suara tersebut.
“Hish! Kalau dia kawin dengan si Maira tu memang saya sikit pun tak larang bang. Tapi dengan anak Rosmah tu. Saya tak berkenan langsung dengan budak tu. Papa tu pun satu. Mentang-mentanglah Rosmah tu anak kandung dia, cepat je diikutnya kata si Rose tu.” Bebelnya lagi.
“Wahai Datin Norma. Tak habis lagi ke bebelan awak tu. Saya dah mengantuk ni. Jomlah tidur.” Datuk Helmi menguap. Malas mahu mendengar bebelan isterinya itu.
“Awak ni kan. Saya cakap ni tentang anak awak tu jugak. Hish orang tua ni, asyik ingat tidur je.” Datin Norma menepuk belakang suaminya yang sudah mengiring membelakangkannya itu. Tetapi langsung tidak mendapat respon.

No comments: