SELAMAT MEMBACA..Jangan lupa tinggalkan komen atau cadangan agar Mya boleh buatkan cerita lebih menarik okeh!datang lagi...sayang korang...(^_*)

Jom follow blog Mya.... ;)

Saturday 4 February 2012

Andai Dia Jodohku ep12



BAB 12
 “Wei. Aku letihlah!” ujar Balqiss sambil melabuhkan punggung di bangku yang tersedia di shopping complex tersebut. Sudah hampir  tiga jam mereka berkejar dari satu bangunan ke satu bangunan yang lain semata-mata ingin mencari pakaian yang sesuai untuknya.
Zarul yang mendengar rungutan dari mulut gadis itu tersenyum. “Alah! Takkan singa dah tak larat kot.” Balasnya sinis.
“Kau jaga sikit mulut tu yek! Aku cili-cili jugak mulut kau nanti. Aku nak tolong kau ni pun dah kira bagus, kau tau tak?” balas Balqiss geram. Sakit hatinya mendengar kata-kata lelaki tersebut.
“Qiss! Rilekslah. Kau ni tak boleh usik sikit. Asyik nak marah je.” Ujar Zarul tanpa rasa bersalah. Dia turut mengambil tempat disisi gadis yang nampak comel berkemeja pink lembut dan berjeans itu. Nampak seperti remaja yang baru habis SPM saja lagaknya.
“Kau tak payahlah tengok aku macam tu. Aku cekik-cekik kau kat depan orang ramai nanti kang.” Balqiss bersuara tanpa menoleh.
Zarul tersenyum sendirian. Matanya meliar memandang sekeliling. Tiba-tiba dia terpandang satu butik pakaian muslimah tidak jauh dari tempat mereka duduk.
“Qiss! Jom.”
Balqiss tersentak. Aish mamat ni. Memang tak boleh tengok aku senang sikit. Ada je... Bebel Balqiss sendirian.
Zarul berpaling.
“Qiss cepatlah. Tak payah nak membebel macam tulah. Tak comel pun.” Usik Zarul sebaik saja menangkap bibir gadis itu terkumat kamit seakan berbicara sesuatu.
Balqiss mengeluh perlahan. Kakinya diatur menyaingi langkahan lelaki tersebut.
Hye. Welcome to our boutique.” Sapa seorang wanita sambil melemparkan senyuman manis.
“Puan nak cari baju macam mana?” soal wanita itu lagi.
Balqiss diam. Dia mana pandai soal memilih pakaian untuk ke majlis-majlis sebegitu. Malah langsung tidak pernah terlintas di hatinya memakai pakaian dari gedung berjenama.
You tolong pilihkan pakaian yang sesuai untuk dia ni. Kitorang ada function malam ni. Pertunjukkan fesyen untuk malam amal.” Ujar Zarul Zikuan apabila melihat Balqiss hanya diam tidak terkutik.
Wanita itu mengangguk dan terus memilih beberapa helai pakaian yang dirasakan sesuai dengan function yang bakal dihadiri oleh mereka berdua malam nanti.
“Apa kata kalau isteri encik try baju-baju ni.” Beberapa helai baju dihulurkan kepada Balqiss.
What? Isteri?? Sorry err… Kak.. Dia ni bukan suami saya.” Balas Balqiss. Tidak senang dengan anggapan wanita tersebut.
Aku boleh dikata isteri mamat sengal ni? Hish! Mintak simpang malaikat empat puluh empat. Tak sanggup aku. Bebelnya sendirian.
“Opps! Maaf cik. Err.. Cik cubalah baju-baju ni.” Wanita itu tersenyum manis.
Balqiss mencapai pakaian yang dihulurkan itu apabila melihat Zarul Zikuan sekadar mendiamkan diri. Langkahnya diatur mengikut wanita yang memakai tag nama Saleha ke bilik persalinan. Baju-baju yang diberikan dicuba sehelai demi sehelai.
Balqiss menarik nafas hampa apabila pakaian yang kelima dicubanya tidak dipersetujui oleh Zarul Zikuan. Lelaki itu sekadar menggeleng setiap kali melihat pakaian yang tersarung di tubuhnya. Akhirnya tinggal sehelai dress muslimah berwarna coklat cair. Dress itu dicuba. Lalu keluar mendapatkan lelaki yang setia menanti di luar.
Zarul Zikuan yang sedang membelek majalah yang disediakan di atas meja terkedu. Tubuh tegak wanita di depannya dipandang tidak berkelip. Matanya seperti sudah digam pada wajah putih kemerahan milik gadis tersebut.
Balqiss kaget. Tidak senang dengan renungan lelaki tersebut. Tangannya dilambai beberapa kali.
“Zarul Zikuan!” pekik Balqiss agak kuat. Hujung kasut lelaki itu disepak kuat.
Zarul Zikuan tersentak. Dia berdehem beberapa kali bagi menutup malu. Terasa sakit juga hujung jarinya yang disepak oleh gadis itu. Tapi sengaja ditahan. Bukan dia tak perasan pekerja bernama Saleha itu sejak tadi lagi asyik memandang mereka berdua.
“Pergilah tukar!” arahnya dingin.
Balqiss mencebik. Pintu bilik ditutup agak kuat. Sakit hatinya dengan lelaki tersebut. Sebaik sahaja keluar, baju-baju yang telah dicubanya sebentar tadi terus diletakkan di atas meja.
“I nak yang last tadi. Tolong carikan sekali dengan tudung ok.” Ujar Zarul Zikuan sambil berlalu ke kaunter. Langsung tidak dihiraukan Balqiss yang sudah mencuka di belakangnya.
Setelah selesai membayar pakaian, Balqiss diheret pula ke kedai-kedai kasut. Pening kepalanya memilih kasut yang sesuai. Mujurlah ada pekerja-pekerja kedai yang membantu. Wajah Zarul Zikuan dipandang geram. Lelaki itu bukannya mahu menolong. Sempat lagi dibebelnya Balqiss kerana tidak pandai bergaya.
                                                *          *          *          *          *
“Kau tak payah balik rumahlah.” Zarul tiba-tiba bersuara.
“Dah tu aku tak payah mandi?” soal Balqiss. Berkerut dahinya memandang wajah tenang di depannya itu.
“Balik kondo akulah. Mandi, bersiap kat sana.” Zarul Zikuan bersuara selamba.
Balqiss yang sedang menghirup air tersedak. Dadanya ditepuk kuat.
“Yang kau terkejut sampai macam tu sekali apesal?” soal Zarul hairan.
“Kau nak suruh aku balik kondo kau? Kau dah gila ke apa?” Balqiss mencerlung geram.
“Lah! Yang kau nak gelabah tak tentu pasal ni apesal? Tak payah risaulah. Semua selamat. Lagipun bukan kita berdua je. Aku bawak Mila. Suruh dia mekapkan kau.”
“Oo macam tu. Ikutlah. Aku tak kisah.” Balas Balqiss selamba sambil meneruskan suapannya.
                                       *          *          *          *          *
“Zah! Zarul kemana? Tak balik lagi ke? Saya tengok kat ofis tadi, dah takde.” Soal Dato’ Muhd Zahari.
Datin Azizah yang sedang sibuk mencabut rumput di dalam pasu bunga berpaling. Wajah lelaki yang hanya berbaju pagoda itu dipandang seketika.
“Entahlah abang. Tak balik kot. Tak pun dia bersiap kat kondo je. Kan malam nanti dia kena rasmikan majlis amal tu kat hotel.” Balasnya lembut.
“Oh ya! Lupa pulak saya. Awak tak tanya ke perempuan mana pulak dia nak bawak nanti?” lelaki itu menepuk dahi. Bukan dia tidak tahu. Malah acara tersebut sudah menjadi acara tahunan bagi syarikatnya. Cuma tahun ini sahaja diarahkan agar Zarul Zikuan pergi menggantikannya.
Datin Azizah tersenyum. Faham benar makna soalan suaminya itu.
“Tak pulak. Abang bukan tak tahu anak teruna abang tu. Perempuan dibuat macam salin pakaian. Tapi saya rasalah kan, tentu dia bawak si Qistina tu temankan dia. Lagipun saya nampak dia macam berminat je dengan budak tu.” Datin Azizah sudah mengambil tempat di sisi suaminya. Sarung tangan yang sudah kotor dibuka.
“Kita tunggu dan lihat ajelah Zah. Anak saya, anak awak jugak. Entah perangai siapalah dia ambik. Nak kata perangai saya masa muda dulu, jauh langit dengan bumi. Tapi saya tak berapa yakinlah kalau budak Qistina tu awak nak buat menantu. Anak teruna awak tu takkan setuju punya.” Ujar Dato’ Muhd Zahari yakin.
“Apesal abang cakap macam tu?” soal Datin Azizah hairan.
“Saya ni lelaki Zah. Saya faham apa yang orang lelaki nak. Lagipun cuba awak tengok si Qistina tu. Sama tak gayanya dengan teman wanita Zarul yang lain? Sama je kan?” lelaki itu berhenti seketika. Pandangannya jatuh di wajah Datin Azizah.
“Lelaki macam Zarul tu akan kahwin dengan gadis yang takde langsung ciri-ciri macam tu. Awak percayalah cakap saya. Saya pun tak terkejut kalau menantu kita nanti budak kampung.” Balas lelaki itu yakin.
“Saya tak kisah bang menantu kita tu orang kampung ke susah ke. Langsung tak kisah. Asalkan baik budaknya.” Balas Datin Azizah. Apa yang dia tahu dia ingin melihat anak lelakinya itu menamatkan zaman bujangnya.

No comments: