SELAMAT MEMBACA..Jangan lupa tinggalkan komen atau cadangan agar Mya boleh buatkan cerita lebih menarik okeh!datang lagi...sayang korang...(^_*)

Jom follow blog Mya.... ;)

Sunday 11 December 2011

Andai Dia Jodohku ep4

BAB 4
“Yana! Kau sorang je ke? Si singa tu tak ikut sekali?” soal Zarul Zikuan sebaik saja melihat gadis itu tiba bersama Syahrul.
“Apesal kau tiba-tiba cari si Qiss ni? Dah angau ke?” usik Norman sambil disambut tawa Hasrul dan yang lain.
Zarul Zikuan terkedu.
“Mana ada. Aku saja je tanya. Takkan tak boleh kot. Kalau dia datang, aku nak blah. Tak kuasa aku nak layan baran kawan kau tu.” balasnya membela diri.
“Pandailah kau. Entah-entah memang betul kau dah syok kat si Qiss tu.” Giat Norman lagi.
“Ni yang aku malas nak join korang ni. Ada je nak kenakan aku.” Protes Zarul.
“Eh Yana! Kau tak ajak dia ke?” soal Emmy terus mematikan usikan terhadap Zarul Zikuan.
“Dah ajak dah. Korang nak tahu dia cakap apa?”
“Apa?” soal Fira pantas. Pelik. Biasanya gadis itu tidak akan menolak jika diajak keluar bersama.
“Aku tak nak jumpa mamat sengal tu. Lagipun aku takut nanti sekali dengan  meja-meja pulak yang terbang. Kau nak ke? Nanti korang jugak yang malu.” Liyana mengeluarkan kembali ayat yang diucapkan oleh Balqiss sebentar tadi.
Kedengaran tawa kuat dari mulut pemuda-pemuda yang ada di meja tersebut. Hanya Zarul Zikuan yang diam memuncung.
“Korang tengoklah minah Singa tu. Ada ke patut dia panggil aku mamat sengal. Memang nak kenalah dia tu dengan aku.”
“Memang sesuai pun nama tu dengan kau.” Balas Hasrul sambil ketawa kuat. Seakan tidak percaya melihat lelaki tampan yang ada di depannya itu diperlekehkan oleh Balqiss.
“Hah! Gelaklah gelak!” marah Zarul Zikuan.
*          *          *          *          *
Zarul Zikuan menghela nafas panjang. Sengaja dia mengambil angin di laman rumahnya. Pulang saja dari makan malam bersama rakan-rakannya sebentar tadi, terus dia mengambil angin di situ.
Beberapa ekor ikan hiasan yang sedang galak berenang di dalam kolam di pandang penuh asyik. Kotak ingatannya sarat dengan wajah gadis yang telah sekian lama menghuni hatinya. Hingga saat ini wajah itu masih belum mampu dilupuskan dari ingatannya.
“Ma minta maaf. Kita tak boleh teruskan semua ni. Ma tak sanggup nak tipu abang lagi.” Ucap gadis itu lirih. Wajah tampan didepannya ditatap dengan penuh kasih.
“Ma? Apa yang Ma cakap ni? Abang ada buat salah ke?” soal Zarul Zikuan ingin tahu. Tangan lembut Nur Akma digenggam erat.
“Ma nak akhiri semua ni. Ma dah letih dengan hubungan kita. Kita putus abang. Mulai hari ni, Ma harap abang jangan cari Ma lagi. Ma minta maaf.” Air mata tidak henti-henti mengalir di pipi gadis kesayangannya itu. Cuba diseka dengan jemari kasarnya, tetapi gadis itu lebih pantas mengelak.
Akhirnya Nur Akma bangun meninggalkannya sendirian. Sejak hari itu, mereka langsung tidak bertemu. Gadis itu tidak menghiraukan pangilannya, setiap SMS tidak dibalas. Malah mencarinya di rumah juga, gadis itu tidak benarkan.
Apa yang membuatkannya terkilan ialah dia tidak berada di samping gadis kesayangannya itu di saat terakhirnya. Baru dia tahu yang Nur Akma memutuskan untuk meninggalkannya kerana gadis itu sedar dia tidak dapat hidup lama. Gadis itu disahkan menghidap kanser otak dan hanya disedari ketika sudah di tahap kritikal.
Tiba-tiba lamunannya terganggu dek bunyi nyaring dari Iphonenya. Terpapar nama Linda di skrin.
“Hai sayang!” tegur Zarul lemah.
“Darling! You janji nak hang out dengan I malam ni. Dari tadi I tunggu you tau. Dah cair mekap I ni. Bila you nak datang?” rengek gadis tersebut di talian.
Zarul terdiam. Jam di pergelangan tangannya ditatap seketika.
“Opps sorry sayang. I tak sedar. Ingatkan awal lagi. Ok sayang. Give me fifteen minutes. I’ll be right there.” Pujuknya lembut sambil terus menghidupkan Alfa Romeo yang terletak elok di bawah garaj.

No comments: