SELAMAT MEMBACA..Jangan lupa tinggalkan komen atau cadangan agar Mya boleh buatkan cerita lebih menarik okeh!datang lagi...sayang korang...(^_*)

Jom follow blog Mya.... ;)

Monday 19 December 2011

Bahagia Yang Kudamba ep 3

BAB 3
“Mama tak kira. Mama dah daftarkan Miey kat sekolah tu. Esok mama nak Miey pergi jugak kat sekolah tu. Miey jangan nak malukan mama ye.” Tegas suara wanita berblouse merah terang itu. Geram dengan sikap degil dan sombong remaja lelaki yang sedari tadi matanya tidak lepas ke arah peti televisyen.
“Miey dengar tak cakap mama ni?” soal wanita itu lagi separuh menjerit. Wajah putih bersih lelaki itu dipandak geram.
“Dengar.” Balas lelaki itu pendek. Malas melayan amarah mamanya.
“Lepas ni, mama tak nak dengar Miey buat masalah lagi. Miey kena habiskan belajar kat sekolah tu je. Ni peluang terakhir mama bagi kat kamu.” Ujar wanita awal 40-an itu lagi.
“Alah mama. Kalau iye pun, carilah sekolah yang setaraf dengan kite. Miey dah cakap kan. Miey tak nak sekolah kat situ. Tak kanlah Miey nak campur ngan budak-budak kampung, miskin pulak tu. Hish! Tak naklah mama.” Ujar lelaki itu angkuh.
Semakin membara hati Datin Norma mendengar kata-kata tersebut. Dia mengetap bibir. Pantas tangannya mencapai dan memulas telinga anaknya itu.
“Aduh! Sakit ma. Apa mama ni?” Hakimiey mengaduh kesakitan. Digosok telinganya yang sudah kemerahan itu. Tidak sangka dengan tindakan wanita yang sedang merenungnya tajam.
“Amboi-amboi. Sedapnya kamu cakap ye. Sekolah mana yang setaraf dengan kamu tu? Cuba cakap sikit kat mama. Heh Hakimiey. Dengar sini ye. Mama dengan papa tak pernah ajar kamu bersikap macam ni tau tak? Sombong tak tentu pasal. Kamu tak malu ke hah?” bebel wanita itu.
“Nak malu ape pulak?” Hakimiey yang sedari tadi terbaring, bangun mengadap mamanya itu.
“Kamu tanya lagi? Yang kamu sombong sangat tu apesal? Tak nak campur dengan budak miskin konon. Apa? Kamu ingat kamu tu kaya sangat ke?” soal Datin Norma. Hidungnya kembang-kempis menahan geram. Tidak sangka dengan perangai sombong anak bongsunya itu.
“Lah. Dah memang kita kaya kan. Mama. Miey ni anak Datuk Helmi. Bisnessman berjaya. Tak kanlah Miey nak bercampur dengan budak-budak kampung tu. Tak sesuailah mama.” Balas Hakimiey bangga dengan kemewahan dan kekayaan yang dimiliki oleh keluarganya itu.
“Ewah-ewah. Sedapnya kamu bercakap. Yang kaya tu Datuk Helmi. Bukan kamu Muhd Hakimiey Dzulkarnain. Kamu tu takde apa-apa pun. Jadi sedarlah diri tu sikit ye. Kalau Datuk Helmi tu sekat semua belanja bulanan kamu, kamu dah tak boleh nak berlagak macam ni dah.” Ujar Datin Norma panjang lebar. Sengaja ingin menyedarkan anaknya itu. Dia takut jika Hakimiey berterusan berperangai sebegitu.
“Alah ma. Nanti harta papa jatuh kat Miey ngan abang Hakim jugak. So, harta papa, harta Miey jugaklah.” Hakimiey masih tidak mahu mengalah. Memang dia rasa terpukul dengan kata-kata mamanya itu. Tetapi dia ego.
“Oo macam tu ye. Ape kata nanti mama cadangkan papa buat wasiat, harta dia tu, sedekahkan je kat rumah anak yatim. Buat apa bagi harta tu kat orang yang tak sesuai kan? Yang penting sekarang ni mama nak papa sekat dulu belanja bulanan kamu. Biar padan muka orang berlagak macam kamu tu. Oh ye. Mama lupa nak cakap. Semua buku bank kamu, mama dah ambik. Mama nak simpan. Kereta dengan motor kamu pun mama yang akan pegang kunci. Kalau kamu nak pakai kereta ke motor ke, belilah sendiri yek. Kan encik Hakimiey ni banyak duit. Tak gitu?” panjang lebar wanita itu berkata-kata. Dia tersenyum sinis memandang wajah anaknya itu.
Hakimiey menelan liur. Eh mama aku ni betul ke tak? Tak boleh jadi ni. Malulah aku. Nanti aku nak belanja guna apa? Dia berbisik sendirian.
Datin Norma tersenyum. Dia sengaja ingin mengenakan anaknya itu. “Oklah. Mama nak naik dulu. Sembahyang. Kamu tu jangan liat sangat. Mama tengok sejak kamu kenal dengan si Amelia tu dulu, kamu langsung dah tak sembahyang kan. Kamu jangan lupa diri Hakimiey. Kita ni bila-bila masa je Dia boleh ambik. Dah! Pergi naik!” wanita itu bangun dan menuju ke arah tangga untuk naik ke biliknya di tingkat atas. Belum sempat kakinya mencecah tangga, dia berpaling. Hakimiey yang sedang membatu di sofa dipandang. “Lagi satu. Fikirkan apa yang mama cakap tu. Ok Hakimiey? Renung-renungkan dan selamat beramal.” Sempat dia meniru dialog yang sering diucapkan oleh Professor Izzi dalam siaran Hot Fm itu.
Hakimiey memandang kosong lenggok wanita tersebut. Terdetik rasa kesal di hatinya. Sudah agak lama dia terleka dan melupakan-Nya.

No comments: