SELAMAT MEMBACA..Jangan lupa tinggalkan komen atau cadangan agar Mya boleh buatkan cerita lebih menarik okeh!datang lagi...sayang korang...(^_*)

Jom follow blog Mya.... ;)

Monday 19 December 2011

Bahagia Yang Kudamba ep 4

BAB 4
Farisya melangkah laju. Dia melihat jam di pengelangan tangan. Tepat pukul 7.45 pagi. Dia menepuk dahi.
“Aduh! Masak aku kalau si Minah Keding tu yang bertugas hari ni.” ngomelnya sendirian.
Dari jauh dia sudah dapat menangkap kelibat beberapa orang pelajar yang berbaris. Pasti ditahan kerana lambat. Kemudian matanya beralih ke arah seorang pengawas yang memang suka mencari salahnya itu. Dia melangkah perlahan-lahan menuju ke arah pintu pagar yang sudah ditutup.
“Hah! Farisya Humaira. Apesal tuan puteri kita ni lambat lagi hari ni?” ujar satu suara separuh mengejek.
Farisya mengangkat muka. Wajahnya kemerahan menahan malu. Semua mata memandang ke arahnya. Hiss! Malang lagi aku kali ni. Dahlah ayah tinggal kat tepi jalan, nak kena langgar, kena sembur dengan mamat penakut tu, ni kena mengadap pompuan keding ni pulak. Aduss! Bosan giler aku hari ni. Dia mengeluh perlahan.
“Ateh. Ayah tinggalkan ateh kat depan sana jelah yek. Ayah kena pergi bandar Dungun ni. Takut lambat. Tengok jelah kat depan tu. Jam. Boleh kan?” soal Encik Razak. Dia melirik ke arah anak gadisnya yang sedang memuncung. Bukan tidak tahu perangai Farisya yang memang malas berjalan jauh. Tetapi dek kerana ingin mengejar masa, dia tiada pilihan.
“Alah ayah. Jauhlah. Letih. Kalau tau macam ni, ateh tak gi sekolah pun takpe.” Balas Farisya. Pandangannya dilemparkan keluar.
Encik Razak tersenyum. “Hah! Pandailah kamu kan. Sebab tu ayah tak bagitau kamu awal-awal. Takde. Turun sekarang. Ayah dah lambat ni.” gesa lelaki itu lagi.
Farisya turun dari kereta dengan muka mencuka. Hiss! Apelah nasib aku. Pagi-pagi lagi dah kena jalan kaki. Malang betul. Desis hatinya. Lambat-lambat dia menyambut dan mengucup tangan lelaki kesayangannya itu. Tetapi dia tidak terus melepaskan tangan kasar tersebut.
“Dah ni apesal pulak? Ayah dah lewat ni.” ujar Encik Razak sambil memandang wajah anaknya itu.
Farisya tersenyum manja. Datang idea gilanya. Jarinya bergerak-gerak. Isyarat meminta duit.
“Oo.. Patutlah buat muka macam tu. Pandai yek. Nah. Ayah tambah sikit. Boleh beli air. Kan ateh cakap letih jalan jauh. Ambik ni.” lelaki itu pantas menghulurkan not berwarna hijau kepada Farisya. Farisya tersenyum.
“Terima kasih ayah. Ayah pergilah dulu.” Balasnya sambil tersenyum.
Gadis kecil itu melangkah riang. Tiba-tiba...
Ponn!
“Oi mak kau!” Farisya pantas mengelak. Mujur tindak balasnya cepat. Mujur dia tidak jatuh. Matanya merenung tajam  ke arah sebuah kereta mewah yang baru melintasinya. “Apa punya oranglah. Mentang-mentang kereta besar. Kau ingat ni jalan mak bapak kau ke bawak kereta laju-laju.” bebelnya.
Belum sempat kakinya kembali melangkah, kereta mewah hitam metalik itu mengundur laju ke arahnya.
“Hish! Apehal pulak orang ni? Mabuk ke? Ke dia nak langgar aku?” bisiknya sendirian.
Seorang pemuda lingkungan 20-an keluar dari kereta tersebut. “Sorry dik. Adik tak ape-ape ke? Tak nampak adik kat tepi tadi.” Ujar lelaki itu. Mungkin risau kerana telah mencederakan gadis beruniform sekolah itu.
Farisya merenung pemuda yang sedang membetulkan kedudukan cermin mata itu. Handsome. Wajahnya seperti orang korea. Suit pejabat yang sangat sesuai dengan tubuh tinggi lampai itu menambahkan lagi daya tarikan lelaki tersebut.
“Adik. Adik ok ke?” soal lelaki itu lagi apabila melihat gadis itu hanya mendiamkan diri. Comelnya budak ni. Desis hatinya.
“O..Ok..Ok..” balas Farisya. Mukanya jelas kemerahan apabila menjadi tatapan mata hitam itu.
“Err.. Saya pergi dululah.”
“Eh adik ni sekolah kat situ ke?” soal Hakim Dzulkarnain lagi. Jarinya dihalakan ke arah pintu gerbang sekolah.
Farisya hanya mengangguk sebagai jawapan. Malas mahu berlama. Dia takut terlewat.
“Abang pun nak ke sana. Hantar adik abang kat dalam kereta tu. Dia baru tukar sekolah. Marilah pergi sekali.” Ujar lelaki itu lagi.
“Takpelah aa.. err Encik. Saya jalan je. Lagipun dah dekat dah. Boleh exercise sekali pagi-pagi ni. Kalau saya dari hujung jalan sana, memang saya dah tumpang dah.” Balas Farisya selamba. Sempat matanya melirik ke dalam kereta, tetapi cermin yang terlalu gelap membataskan pandangannya.
Kata-katanya itu disambut dengan tawa lelaki tersebut. Tetapi dimatikan oleh suara dari dalam kereta tersebut.
“Abang. Jomlah. Dah lewat ni. Tak payah dilayan sangat minah-minah tepi jalan ni. Buang masa je.” tegas sekali nadanya. Tetapi Farisya masih tidak dapat melihat wajah di dalam kereta itu kerana hanya tingkap bahagian belakang yang dibuka.
Hakim terdiam. Terkejut dengan kata-kata itu. Dia tahu, pasti gadis di depannya itu dengar.
“Dik. Sorry yer. Dia tu memang macam tu sikit dengan orang dia tak kenal. Tapi sebenarnya dia ok. Jangan ambik hati yek.” Ujar Hakim serba salah.
Farisya hanya berwajah selamba. “Alah Encik. Saya tak kisah pun. Tapi kan. Saya hairanlah. Apesal mamat-mamat naik kereta mewah ni sombong-sombong sangat eh? Dahlah sombong, penakut pulak tu. ‘Sound’ sambil menyorok. Tak cool langsung. Encik tolong kirim salam sikit kat adik encik tu. And cakap kat dia, nama saya bukan Minah.” Ujarnya lantang. Sengaja dia mahu lelaki di dalam kereta itu mendengar kerana tingkap kereta itu masih terbuka.
Hakim tersenyum. Berani betul budak ni. Desis hatinya. “Ok lah dik. Nama abang Hakim Dzulkarnain. So, tak payahlah panggil encik. Macam dah tua sangat je abang ni. panggil je Abang Hakim. Lagipun abang takde adik pompuan. Suka gak abang kalau dapat adik segera comel macam adik ni.” Hakim sekadar mengusik. Dia ketawa apabila melihat wajah di depannya itu merona kemerahan.
“Hish! Mengarut!.Apesal abang cool. Tapi adik garang macam monster tercabut ekor je? Betul ke adik beradik?” soal Farisya. Suaranya yang sedia kuat itu dikuatkan lagi.
Hakim Dzulkarnain sekadar ketawa. Pasti Hakimiey yang sedang mendengar panas hati. Dia tahu gadis itu sengaja ingin Hakimiey mendengar kata-katanya.
“Hoi pompuan! Jaga sikit mulut kau tu. Aku bukan penakut sangat. Tapi tak hingin nak jatuhkan kemachoan aku ni gaduh ngan kau kat tepi jalan. Kau blah lah!” balas suara dari dalam kereta itu. Kuat.
Farisya tergelak. Langsung tidak berbekas kata-kata itu di hatinya. “Oklah abang Hakim. Saya pergi dulu. Kan lagi lama, boleh meletup kereta abang tu.” Ujar Farisya selamba.
Hakim mengelangkan kepala beberapa kali. Gadis itu memang ada aura tersendiri.
“Hish! Mintak-mintaklah saya tak kenal muka adik abang tu. Kalau tak...” Bisik Farisya perlahan.
“Kalau tak ape?” pantas Hakim bertanya. Berkerut dahinya memandang senyuman penuh makna gadis itu.
“Adalah tu. Secret. Haha.... Oklah. Saya pergi dulu. Assalamualaikum.” Farisya tersenyum penuh makna. Dia berlalu sambil menyanyi kecil.
“Hoi! Kau dahlah datang lambat. Sempat lagi berangan yek. Kau jangan buat aku hilang sabar boleh tak?” ujar Hazirah. Matanya mencerlung tajam ke arah Farisya.
 “Alah. Dah memang aku lambat. Kau nak ambik nama aku, ambik jelah. Tak payah nak memekak boleh tak. Suara kau tu dahlah tak sedap. Macam anak itik lekat pasir je.” Balas Farisya selamba.
Enam orang pelajar yang turut sama di tahan hanya ketawa. Mereka amat takut dengat Penolong Ketua Pengawas yang tegas itu. Tetapi tidak bagi Farisya Humaira.
Hazirah menahan geram. Belum sempat dia membalas kata-kata Farisya, rakannya datang menerpa.
“Jiey! Kau nak tau satu berita hot tak?” soal Fatin tercungap-cungap.
“Apehal pulak ni? Kau tak nampak ke aku tengah sibuk ni?” soal Hazirah. Matanya masih merenung tajam gadis tingkatan dua itu. Sakit hatinya dengan wajah selamba Farisya itu.
“Ada budak laki baru masuk. Handsome giler tau tak. Muka dia macam muka orang Korea je.” Cerita Fatin lagi.
“Alah Fatin. Nanti-nantilah. Aku tau. Nanti dia akan jatuh kat tangan aku jugak. Kau jangan gigit jari sudahlah.” Balas Hazirah sombong.
Farisya ketawa kuat. Geli hatinya mendengar kata-kata tersebut. Dia sudah maklum dengan perangai Hazirah dan rakan-rakan yang suka membangga diri dan perasan cantik itu.
“Apa-apalah korang ni. Dahlah. Aku blah dulu. Buang masa je kat sini.” Farisya pantas meninggalkan tempat tersebut. Kemarahan Hazirah langsung tidak berbekas dihatinya. Baginya senang, kalau dilayan orang yang bodoh, dirinya juga pasti akan nampak lebih bodoh.

No comments: