SELAMAT MEMBACA..Jangan lupa tinggalkan komen atau cadangan agar Mya boleh buatkan cerita lebih menarik okeh!datang lagi...sayang korang...(^_*)

Jom follow blog Mya.... ;)

Monday 19 December 2011

Bahagia Yang Kudamba ep 1

BAB 1
Mac 2001
“Farisya!”
“Ye mak!”
Seorang gadis berumur 14tahun pantas menyahut. Dia yang sedang enak terbaring menonton televisyen pantas bangun menuju ke dapur. Tersenyum sendiri gadis itu melihat tubuh wanita 30-an yang sedang sibuk di dapur itu.
“Yang sengih-sengih tu apesal? Sedar tak sekarang ni dah pukul 11 pagi? Awak tak nak pergi sekolah ke tuan puteri?” soal Puan Rafidah. Dia memandang gadis yang berdiri tidak jauh darinya itu.
“Err.. Kalau tak pergi, boleh tak mak?” soal gadis genit itu. Matanya dikejipkan beberapa kali. Comel sekali. Itulah taktiknya setiap kali ingin memujuk wanita yang sedang merenung tajam ke arahnya itu.
“Amboi-amboi. Sedapnya. Kali ni alasan ape pulak nak bagi kat Tuan Razak kamu tu?” Soal Puan Rafidah. Dia sudah sedia maklum dengan perangai anak ketiganya itu. Sejak memasuki sekolah menengah, anaknya itu amat liat untuk ke sekolah. Ditambah lagi sekarang dia bersekolah sesi petang. Maka makin bertambahlah kemalasannya. Memang perangai Farisya agak berbeza dengan anak-anaknya yang lain. Walaupun anak ketiga, tetapi manja mengalahkan adik bongsunya, Fairus Hamiza.
“Alah mak. Takpelah. Nanti Tuan Razak tu, mak serah je kat ateh. Ateh boleh handle lah.” Balas Farisya sambil memeluk mesra bahu wanita kesayangannya itu.
“Ikut suka kamulah ateh. Dah! Pergi sidai kain baju kamu tu. Dari semalam mak tengok masih dalam bakul tu lagi. Apa kamu ingat kain tu kering ke kalau kamu letak kat situ je? Malas mengalahkan lelaki kamu ni.” bebel Puan Rafidah. Dia memang tidak suka memaksa semua anak-anaknya. Asalkan mereka tahu apa yang mereka lakukan.
“Ala.. Ateh lupalah mak. Ingatkan angah dah tolong sidaikan. Tapi kan mak, kalau adelah orang reka mesin yang boleh basuh, keringkan dan lipat kain, mesti best kan. Masukkan je kat dalam tu.” Ujar Farisya. Dia sengaja ingin mengusik emaknya.
“Hah! Banyaklah kamu punye best. Apesal kamu tak mintak orang reka mesin yang tolong kamu pakaikan baju tu? Lagi bagus. Dah! Pergi sana.” Sempat lagi wanita itu memerli. Farisya hanya tersengih. Dia terus meluru ke belakang rumah dengan membawa bakul yang dipenuhi dengan kain, bajunya sendiri.
Sambil menjemur kain, sempat lagi dia menyanyi kecil. Gembira hatinya kerana tidak dipaksa ke sekolah.
“psssttt...Risya..” dia mencari-cari suara tersebut.
“Risya.....” panggil suara itu perlahan. Farisya menoleh.
Akhirnya matanya dapat menangkap satu kelibat di sebalik pokok-pokok kecil yang memisahkan rumahnya dengan rumah Mak Senah, jirannya. Dia tersenyum. Tiba-tiba akal jahatnya datang.
“Mak Senah! Mak Senah! Cepat! Ada pencuri kat belakang rumah Mak Senah.” Laung Farisya kuat. Suaranya itu turut membuatkan Puan Rafidah dan Encik Razak yang baru pulang dari kerja bergegas menghampirinya.
“Kenapa ni ateh? Apa yang bising-bising panggil Mak Senah tu?” soal Encik Razak. Berkerut dahinya memandang wajah anak gadisnya yang sedang tersenyum simpul itu.
“Hah! Mana pencuri tu Risya?” Mak Senah datang tergesa-gesa. Mukanya berpeluh. Di tangannya terdapat sebatang kayu api. Mungkin dia sedang menghidupkan dapur kayunya semasa Farisya menjerit sebentar tadi.
“Tu hah. yang bergerak-gerak kat semak tu?” pantas jarinya dihalakan ke arah suara yang memanggilnya sebentar tadi. Semua mata turut memandang ke arah yang ditunjukkan Farisya itu.
Mak Senah pantas melangkah. Semakin lama semakin dekat. Tiba-tiba susuk tubuh di balik semak itu bangun berdiri. Kuat kedengaran suara Mak Senah terpekik.
“Arrghhh!!” wanita itu mengurut dada.
“Hish kamu rupanya. Apa kamu buat kat dalam semak tu? Dah takde kerje lain ke? Orang suruh pergi sekolah, malas. Ee apa nak jadilah dengan kamu ni.” bebel Mak Senah. Laju je tangan tua itu memiat telinga budak lelaki yang tersengih dihadapannya itu.
“Lah. Bukan apa pun mak. Abang saje je nak kacau si Risya tu. Dah dia yang tiba-tiba jerit cakap ada pencuri.” Syafiq cuba membela diri.
“Padanlah dengan muka kamu tu. Yang gatal-gatal nak kacau anak dara orang tu apesal? Dah. Pergi balik. Aku balik dululah Fidah, Razak.” Ujar Mak Senah sambil berlalu pulang.
“Hish kamu ni Syafiq. Takde kerja lain ke? Elok sangatlah tu. Dua-dua malas sekolah.” bebel Encik Razak pula.
Farisya dan Syafiq hanya tersenyum.
“Wei. Yang kau jerit panggil mak aku tu apesal? Bongoklah kau ni Sya.” Pantas Syafiq menyerang. Tangannya menolak lembut kepala gadis yang hanya di paras ketiaknya itu.
“Padan muka kau! Lain kali buatlah lagi. Nanti aku jirus dengan air panas. Kau nak?”ugut Farisya. Walaupun gurauan mereka agak kasar, tetapi mereka sudah rapat sejak kecil lagi.




p/s : mya post cerita ni kat penulisan2u..tapi guna tajuk mr.pilot vs cikgu..

1 comment:

Anonymous said...

salam...cter ni memang tergantung ke?teringin nak tau ending cmna..