SELAMAT MEMBACA..Jangan lupa tinggalkan komen atau cadangan agar Mya boleh buatkan cerita lebih menarik okeh!datang lagi...sayang korang...(^_*)

Jom follow blog Mya.... ;)

Saturday 10 December 2011

Andai Dia Jodohku ep3

BAB 3
“Kau tak kerja ke hari ni Yana?” soal Balqiss sambil melabuhkan punggung di atas kerusi. Roti bakar yang sudah siap disapu jem strawberi itu dikunyah perlahan. Belakang badan gadis yang sedang membacuh air dipandang.
“Aku cuti hari ni.” Balas Liyana perlahan. “Woi minah! Aku punya tu. Kau ni bangun-bangun tidur terus je melantak. Dengan giginya tak gosok, muka tak cuci. Tak senonoh langsung.” Bebel Liyana. Merenung tajam wajah yang masih selamba mengunyah roti bakar sampai habis.
“Alah kau ni. Membebel je kerja kau kan. Alah Yana. Bukannya ada orang lain pun. Kau dengan aku je. Tak kan dengan kau pun aku nak malu. Tak heranlah beb.” Cawan yang berisi teh ‘o’ panas yang baru dituang oleh Liyana dicapai dan diteguk perlahan.
Liyana sekadar menggeleng. Mereka sudah bersahabat hampir sepuluh tahun. Perangai gadis di depannya itu masih tidak berubah.
“Kau tak call mak kau kat kampung ke?” soalnya.
“Dah..” balas Balqiss sambil menghirup air yang masih panas itu dengan berhati-hati.
“Bulan lepas.” Sambungnya lagi apabila melihat raut ingin tahu yang terpancar di wajah Liyana itu.
Liyana mengeluh perlahan. “Qiss... Aku tanya betul-betul ni. Yang kau main-mainkan aku apesal. Aku tanya yang latestlah. Bukan yang last month.” Dia cuba menahan geram.
“Alah Yana. Aku malaslah. Kau bukannya tak tahu mak aku tu. Bila aku call je, takde soalan lain yang dia nak tanya aku. Dah dapat kerja ke belum dengan bila nak kenalkan kat mak calon menantu mak. Aku rimaslah Yana. Bila jawapan aku tak je, dia membebel. Takkan kau nak suruh aku kelentong dia pulak.” Rungut Balqiss perlahan.
Memang sudah dihafalnya perangai emaknya yang dipanggil Mak Imah oleh orang kampung itu.
“Kau ni kan Qiss. Mak kau tu bukannya apa. Dia cuma risaukan kau. Dahlah takde kerja tetap. Duduk kat KL ni. Yang memang kos serba tinggi. Tentulah dia bimbang. Kena-kena pulak umur kau tu dah nak masuk 26 dah tahun depan. Lagilah dia risau kalau kau tak kenalkan mana-mana lelaki kat dia.” Giliran Liyana pula membebel.
“Miss Norliyana Amira bt Firdaus, kau jangan mengada-ngada nak ambik takhta mak aku pulak yek. Kau jangan buat tak reti pulak. Aku kan memang ada kerja aku sendiri. So, jangan nak membebel macam nenek kau kat kampung tu. Lagipun umur 26 tu tak lah nampak tua sangat. Maintain lagi apa.” Balqiss bersuara selamba.
“Miss Nur Airisya Balqiss... Aku tahulah kau tu memang penulis. Tapi maksud mak kau tu, dia nak tengok kau dapat kerja tetap. Lagipun orang tua ni mana faham kerja-kerja penulis yang hanya duduk kat rumah macam kau tu. sekurang-kurangnya kau boleh gunakan ijazah kau tu untuk cari kerja. Jadikan menulis tu sebagai kerja sampingan. Bukan sepenuh masa. Faham tak?” bebel gadis itu geram.
“Tapi...”
“Ishh! Malaslah aku cakap dengan kau ni Qiss. Membazir air liur aku je. Baik aku tengok tv.” Liyana pantas berlalu. Malas mahu melayan perangai sahabatnya itu. Bukan dia tidak tahu. Gadis itu akan menjawab selagi termampu.
Seharian mereka menghabiskan masa melepak dirumah. Biasanya Balqiss akan tinggal berseorangan sekiranya Liyana, Shahfira dan Emmy keluar bekerja. Dan masanya banyak dihabiskan dengan menulis dan mencari idea-idea baru.
* * * * *
“Qiss oo Qiss...” laung Yana dari dapur.
Balqiss yang baru selesai menaip satu bab cerita untuk novel terbarunya pantas menjenguk di pintu dapur. “Apa?”
“Syah call. Ajak dinner kat luar. Jom!”
“Ah! Tak nak aku.”
“Apesal pulak? Jomlah. Lagipun nanti kau nak makan apa? Aku tak masak. Kau sendiri pun bukannya rajin sangat nak masak kan?” Liyana mengeluarkan modalnya.
Balqiss menayang muka malas.
“Jomlah Balqiss sayang intan payung. Si Fira dengan Emmy pun ada. Jomlah.” Pujuk Liyana lagi.
“Tak nak. Titik!” Liyana diam. Bukan tidak tahu perangai Balqiss. Jika sudah dikeluarkan perkataan titik itu maknanya memang dia tidak akan boleh diubah lagi keputusannya.
“Apesal?”
“Aku tak nak jumpa mamat sengal tu. Lagipun aku takut nanti sekali dengan meja-meja pulak yang terbang. Kau nak ke? Nanti korang jugak yang malu.” Ujar Balqiss tanpa rasa bersalah.
Liyana diam. Memang sebentar tadi pun Syahrul sudah memberitahunya bahawa Zarul Zikuan juga akan menyertai mereka.
“Takpelah. Nanti aku tapau untuk kau yek.” Pujuk Liyana lembut.
Balqiss tersenyum. “Hah! Ni yang buat aku makin sayang kat kau ni Yana.” Balas Balqiss sambil mencuit dagu Liyana.
“Mengada-ngadalah kau ni Qiss. Ok lah. Aku pergi dulu. Jangan lupa kunci semua pintu.” pesan Liyana sebelum berlalu.
“Yess boss!” Balqiss mengangkat tabik hormat ala-ala tentera.
Pintu dikunci dan dia kembali meneruskan kerja-kerja menaipnya yang tergendala sebentar tadi.



No comments: