SELAMAT MEMBACA..Jangan lupa tinggalkan komen atau cadangan agar Mya boleh buatkan cerita lebih menarik okeh!datang lagi...sayang korang...(^_*)

Jom follow blog Mya.... ;)

Monday, 19 December 2011

Bahagia Yang Kudamba ep 6

BAB 6
“Makan bang.” Pelawa Datin Norma sebaik sahaja melihat kelibat suaminya yang baru tiba di pintu dapur. Datuk Helmi hanya mengangguk dan tersenyum.
“Hah! Mana anak teruna awak tu? Tak pergi sekolah ke?” soal Datuk Helmi sambil mencapai sebiji karipap.
“Eh abang ni. Budak tu dari pagi tadi lagi dah pergi.” Balas Datin Norma.
“Awalnye.. Pak Mail hantar ke?” soal Datuk Helmi lagi. Hairan dengan perangai anak terunanya itu.
“Tak. Dengan motor. Katanya tak nak susahkan Pak Mail.”
“Apesal awak tak suruh tunggu saya dulu? Saya boleh hantarkan.” Ujar Datuk Helmi sambil merenung wajah di depannya itu.
“Dah. Tapi nampak macam nak cepat je. Pelik saya tengok budak tu. Buat saya risau je.” Jelas nada kerisauan pada kata-kata wanita berumur 40-an itu.
“Apesal pulak? Hish awak ni. Ada-ada jelah. Entah-entah dia dah janji ngan kawan-kawan dia kot.” Balas Datuk Helmi.
“Takdelah. Dulu bukan main lagi marah-marah. Taknak pergi sekolah tu. Alih-alih hari ni bukan main ceria lagi dia. Awal-awal lagi dah tercongok kat meja ni tunggu sarapan. Siap senyum lebar lagi. Saya risaulah bang. Berubah sangat budak tu hari ni.” Keluh Datin Norma lagi. Dia perasan wajah Hakimiey ceria saja sebelum berangkat ke sekolah sebentar tadi. Berbeza dengan hari pertama di ke sekolah tersebut. Anaknya itu merungut kerana tidak suka dengan sekolah yang dipilihnya.
“Awak ni. Dah. Jangan pikir yang bukan-bukanlah. Awak tak suka ke tengok dia ceria macam tu?” soal Datuk Helmi lagi.
“Takdelah bang. Dah lama saya tak tengok dia gembira macam tu. Memanglah saya bersyukur sangat dia dah kembali macam dulu. Tapi hati saya ni hah. Tak senang.” Keluhnya lagi.
“Dahlah. Mainan perasaan awak je tu. Saya dah nak pergi ni. Nanti tengah hari saya balik makan.” Ujar lelaki tersebut sambil berjalan keluar sambil diikuti oleh wanita tersebut. Memang itulah perangainya. Lebih suka makan tengahari di rumah berbanding di luar.
#          #          #          #          #          #          #          #          #          #
“Woi Miey!”
“Woi! Eh mak kau woi! Takde kat sini.” Latah Hakimiey. Dia yang baru saja selesai memakirkan motosikal berpaling. Asyraf tersengih.
“Laa bro. Takkan latah kot. Tak sangka aku. Kau ni nampak je macho. Tapi mat latah gak yek.” Balas Asyraf sambil ketawa kuat. Tidak sangka rakan barunya itu melatah. Sangkanya selama ini, perempuan saja yang suka melatah. Dia mengelengkan kepala memandang wajah masam Hakimiey itu.
“Hish kau ni. Dahlah. Malulah aku.” Balas Hakimiey sambil melangkah meninggalkan lelaki itu. Matanya meliar mencari kelibat seseorang.
“Wei. Sorry-sorry. Kalau iye pun, tunggulah dulu.” Asyraf menepuk perlahan bahu rakannya itu. Mereka melangkah beriringan masuk ke kelas 5 Sains 1. Setibanya di tepi tangga untuk naik ke kelasnya, Hakimiey dirempuh seseorang.
Sorry. Tak nampak tadi.” Ujar satu suara. Hakimiey pantas menundukkan kepalanya. Sah! Gadis itu. Dia tersenyum.
“Eh Risya. Risya tak ape-ape  ke?” soal Asyraf apabila melihat Hakimiey sekadar tersenyum dan tidak membalas kata-kata gadis tersebut.
“Tak. Sorry. Risya nak cepat tadi. Tak perasan ada orang. Awak tak apa-apa ke?” soal gadis itu lembut. Dia memandang kearah lelaki yang dilanggarnya itu. Wajahnya merona kemerahan apabila menyedari sepasang anak mata hitam pekat itu begitu asyik merenungnya.
Hakimiey tersentak apabila terasa pinggangnya disiku oleh Asyraf. “Err. Tak. Takpe. Saya ok. Awak tak apa-apa ke?” balasnya sekadar untuk menutup kealpaan sebentar tadi.
“Takpelah kalau macam tu. Saya ok. K lah awak, Acap. Risya pergi dulu. My father panggil.” Balas Farisya sambil mengenyitkan mata kepada Asyraf yang lebih dikenali sebagai Acap. Lelaki tersebut sekadar tersenyum. Tetapi dia dapat lihat wajah lelaki di sebelah Asyraf itu berubah kelat.
Farisya pantas melangkah meninggalkan 2 jejaka itu. Dia dipanggil oleh Cikgu Rizal yang digelar ‘father’nya oleh pelajar di sekolah tersebut.
#          #          #          #          #          #          #          #          #          #
Tok,tok.
Suasana kelas 5 Sains 1 yang tadinya riuh kembali sepi. Hampir semua mata memandang ke arah pintu. Gadis bertubuh kecil itu tersenyum.
“Eh! Awek aku datanglah.” Pekik salah satu suara.
Hakimiey, Asyraf, Budin dan Amir masih lagi leka berbual dan bergelak ketawa di bahagian belakang kelas. Mereka langsung tidak sedar akan kehadiran gadis tersebut.
“Hai Risya sayang. Risya datang nak jumpa abang Faiz ke?” usik Faiz. Dia memang sudah lama menyimpan perasaan terhadap gadis itu.
“Tak. Nak jumpa Acap.” Balas Farisya sambil tersenyum.
“Aduh Risya sayang. Janganlah senyum macam tu. Tak lena tidur abang malam ni.” Kata-kata Faiz itu disambut gelak tawa oleh rakan sekelasnya.
“Woi Faiz. Dia nak jumpa Acaplah. Bukan nak jumpa kau.” Keras suara tersebut. Farisya berpaling mencari empunya suara itu. Hazirah memandang tajam ke arahnya.
“Ek eleh. Sibuklah minah ni. Kau diamlah!” balas rakan baik Faiz, Junaidi. “Apesal Risya nak jumpa Acap? Acap kat belakang. Apa kata Risya jumpa abang Di je.” Sambung lelaki berkumis nipis itu. dia tersenyum. Menampakkan gigi depannya yang jarang itu.
Farisya hanya tersenyum. Matanya meliar memandang ke arah belakang kelas seperti yang diberitahu oleh Junaidi sebentar tadi. Kelibat empat pelajar lelaki yang leka bersembang. Dia sudah cukup masak dengan gelagat pelajar lelaki di sekolah itu. Dalam masa yang sama, dia sedar kebanyakkan pelajar perempuan kelas itu tidak suka akan kehadirannya. Pantas dia mengorak langkah ke arah pintu belakang kelas tersebut.
“Acap.” Panggil Farisya.
Empat pasang mata menoleh memandangnya. Farisya tersenyum.
“Eh Risya. Ada apa-apa yang abang boleh bantu?” Soal Asyraf sambil tersenyum. Dia sengaja mengusik gadis tersebut. Dia suka melihat rona kemerahan di wajah itu.
Farisya hanya mencebik. Terdengar tawa dari bibir lelaki itu.
“Duduklah dulu.” Pelawa Amir sambil menyorongkan kerusi kepada Farisya.
Thanks Mir.” Farisya melabuhkan punggung di tengah-tengah antara Amir dan Hakimiey. Dadanya bergetar sebaik sahaja bertemu pandang dengan pelajar baru itu.
“Ehem! Kalau iye pun, janganlah kau tenung dia lama sangat. Kesian dah aku tengok si Risya tu.” Tegur Budin sambil menepuk peha Hakimiey. Amir dan Asyaf ketawa apabila melihat Hakimiey tersenyum malu. Farisya pula hanya menundukkan wajahnya. Dia malu.
“Hah! Kan dan merah muka dua-dua. Hish kau ni Din. Kalau ye pun, janganlah kuat-kuat sangat. Wei Miey. Sekarang kau dah tengok kan puteri sekolah ni. Amacam? Mana cantik dengan gadis-gadis kat KL tu?” giat Amir pula.
Hakimiey hanya terdiam. Matanya masih sempat melirik gadis itu.
“Miey. Korang belum kenal lagi kan? Ni Farisya. Student form 2. Risya. Ni Hakimiey. Yang Risya langgar tadi.” Asyraf memperkenalkan keduanya. Farisya hanya mengangguk dan tersenyum.
“Sebenarnya kitorang dah jumpa semalam. Dia yang tolong tunjukkan pejabat sekolah  kat aku.” Ujar Hakimiey perlahan. Lelaki bertiga itu berpandangan lantas tersenyum.
“Amboi kau ni Miey. Awal-awal lagi dan jumpa si Risya ni. Kau nak tau tak. Risya ni ramai peminat. Kau jangan Miey. Aku takut nanti ada yang kena cepuk kan.”Balas Budin. Dulu dia sendiri pernah meminati gadis tersebut. Tetapi dia tahu, mana mungkin Farisya akan terpikat dengannya. Begitu juga dengan Amir dan Asyraf. Kerana itulah mereka menganggap Farisya seperti adik mereka sendiri.
“Eh. Mana ada. Budin sengaja je reka cerita kan. Awak jangan layan sangat diorang ni. Pandai-pandai je.” Sangkal Farisya. Senyuman masih tak lekang di bibir gadis itu. “Acap. Risya datang ni nak bagitau. Tadi ‘my father’ dah inform yang minggu depan ada tournament. Dia nak team kita join. Acap tolong handle ek.” Ujar Farisya. Matanya sengaja dikelipkan beberapa kali memandang Asyraf. Manja sekali.
“Hah. Pandailah taktik nak mintak simpati kan. Ok lah. Nanti Acap bagitau balik.” Asyraf mengalah. Dia memang tidak sampai hati menolak sebarang permintaan gadis yang sudah dianggap seperti adiknya itu.
Farisya tersenyum. “Ok. Tenkiu my big brother. Risya pergi dulu. Dah lewat. Ni pun Risya ponteng masa Cikgu Maria. Bye abang-abang semua.” Balas Farisya. Dia sempat lagi melayangkan flying kiss kepada keempat jejaka tersebut. Sengaja mengusik.
Gulp! Hakimiey tersentak. Dia memegang dadanya. Terasa sakit sekali. Wajah comel itu sudah berlalu. Apesal aku rasa sakit sangat ni? Soalnya sendirian. 

No comments: