SELAMAT MEMBACA..Jangan lupa tinggalkan komen atau cadangan agar Mya boleh buatkan cerita lebih menarik okeh!datang lagi...sayang korang...(^_*)

Jom follow blog Mya.... ;)

Tuesday 20 December 2011

Andai Dia Jodohku ep6

BAB 6
“Man... Bila kita nak bertunang?” soal Shahfira tiba-tiba. Mereka baru saja tiba di restoran yang berhampiran dengan pejabatnya. Wajah Norman yang nampak terkejut itu dipandang seketika.
“Apesal Fira tiba-tiba tanya pasal ni?” soalan gadis itu dibalas dengan soalan.
“Takdelah. Cuba Man tengok. Yana dengan Syah tu pun dah nak bertunang. Emmy dengan Hasrul dan nak kahwin dua bulan lagi. Kita ni macam mana Man? Man memang tak nak kahwin ke?” nada gadis berkurung putih itu sudah berubah sayu.
“Fira.. Jangan macam tu. Man nak kahwin dengan Fira. Tapi sekarang ni, Man ingat nak tunggu diorang tu selesai dulu. Baru giliran kita. Man tak nak nanti diorang ingat kita nak berlumba dengan diorang. Fira sabar yek.” Pujuk Norman lembut. Dia faham apa yang tersirat di hati gadis kesayangannya itu. Dia sendiri pun tidak sabar untuk memiliki gadis bernama Shahfira Ilyana yang sudah dikenalinya hampir 3 tahun lepas.
Shahfira terdiam. Kata-kata lelaki itu ada benarnya. Tapi ibu bapanya di kampung sudah beberapa kali bertanya tentang hubungan mereka. Sehingga dia sendiri sudah tidak tahu macam mana untuk menjelaskan lagi kepada mereka.
“Dahlah. Jangan fikirkan sangat. InsyAllah. Kalau ada jodoh tak kemana. Man akan tetap tunggu Fira. Dah! Makanlah. Nanti tak sempat nak solat pulak.” Pujuk Norman lembut. Tangan gadis itu yang terletak di atas meja ditepuk perlahan. Cuba meredakan rasa hati gadis tersebut.
Perlahan-lahan Shahfira mengangguk. bibirnya menguntum senyum. Kepercayaannya pada lelaki tampan didepannya itu tidak pernah goyah.
*          *          *          *          *
Balqiss berjalan sendirian. Satu shopping complex itu sudah dipusingnya. Tapi masih tidak bertemu apa yang dicari. Punggungnya dilabuhkan di bangku yang telah disediakan. Otot kaki yang kejang perlu berehat. Matanya liar memandang sekeliling.
Tiba-tiba matanya tertumpu pada sepasang teruna dara. Dia kenal wajah lelaki itu. Hiss! Tak malu ke berkepit, berpeluk sakan kat tempat awam macam ni. Geli mata aku tengok. Desis Balqiss sendirian.
Pasangan itu masih tidak sedar bahawa mereka diperhatikan oleh sepasang mata cantik Balqiss. Si perempuan yang hanya memakai skirt sendat dan berbaju tanpa lengan tali halus itu kelihatan memeluk manja lengan lelaki disebelahnya itu. Si lelaki pula langsung tidak keberatan dirinya dipeluk sesuka hati.
Cantik jugak minah tu. Apesallah dia boleh tersangkut kat mamat sengal macam tu. hishh! Bodoh betul. Bebel Balqiss lagi.
Tiba-tiba telinganya menangkap satu suara.
“Mama! Mama! Kakak tu crazy ke mama. Dia talk sorang-sorang.” Ujar satu suara agak kuat.
Balqiss berpaling. Kelihatan sorang kanak-kanak lelaki sedang merenungnya dengan pandangan aneh. Wanita yang dipanggil mama itu pula seakan serba- salah.
“Err maaf ye dik. Anak akak ni memang banyak cakap.” ujar wanita itu teragak-agak.
Balqiss terdiam. Kesian memandang wajah bersalah wanita yang nampak lebih tua beberapa tahun darinya itu.
“Takpelah akak. Budak-budak.” Balasnya lembut. Tajam matanya merenung wajah kanak-kanak yang cuba berselindung di sebalik tubuh mamanya itu.
“Irfan! Pergi salam akak tu. Minta maaf. Cepat!” arah wanita itu lagi. Tubuh kecil itu didorong sedikit ke hadapan.
Ingin tergelak Balqiss apabila melihat tangan kecil itu terketar-ketar menghulurkan salam. Tetapi pantas disambutnya.
“I’m sorry sis. Irfan tak sengaja. Please jangan angry.” Pinta kanak-kanak itu lembut sambil mengucup lembut tangan Balqiss.
Balqiss tersenyum. Kepala Irfan digosok perlahan.
“Sis tak marah pun. Sis salah sebab sis cakap sorang-sorang. Tapi sis tak crazy tau.” Balas Balqiss separuh mengusik. Cuba mengusir rasa takut kanak-kanak itu terhadapnya.
Irfan menarik nafas lega. Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyum.
“Okeylah dik. Akak kena pergi dulu ni. Lagipun si Irfan dah janji dengan papa dia. Irfan. Say good bye kat sis.”
Balqiss tersenyum. Huluran wanita itu disambut.
“Goodbye sis. See you again!” jerit Irfan kuat sambil melambai Ke arah Balqiss.
Setelah kelibat dua beranak itu menjauh, Balqiss berpaling. Ingin meneruskan hasratnya yang tergendala. Tiba-tiba tubuhnya terlanggar seseorang. Mujurlah dia dapat mengimbangi dirinya.
“Hey! You ni buta ke hah?” jerkah satu suara nyaring.
Balqiss tersentak. Sudahlah dia yang dilanggar. Dimarahi pula.
Kepalanya diangkat. Ingin melihat gerangan yang terlalu biadap itu.
“What? You? Again?” ujar lelaki di sebelah wanita bersuara nyaring itu.
“Baby... You kenal ke perempuan ni? Siapa ni?” soal wanita itu manja. Lengan lelaki di sebelahnya dipeluk erat.
Balqiss menayang muka loya. Bibirnya bergerak-gerak mengajuk gaya percakapan wanita tersebut.
“Takde apalah Maya. Jomlah kita pergi.” Balas Zarul Zikuan perlahan. bukan dia tidak nampak Balqiss mengajuk cara wanita bernama Maya itu. Bimbang juga dia jika berlaku pergaduhan antara keduanya.
“No! Mana boleh baby. Dia dah langgar you.” Maya masih tidak berganjak. “ Hey perempuan. I nak you mintak maaf dengan boyfriend I ni.” Arahnya seakan mengarah anak buahnya di butik.
Balqiss tersentak. Dia paling benci jika ada yang mengarahnya tanpa sebab.
“Kalau aku tak nak?” balasnya tegas.
“What? I tak kira. You kena minta maaf jugak.”
“Apesal aku kena minta maaf? Kau yang salah.” Balqiss masih tidak mahu mengalah. Pandangan tajam Maya itu langsung tidak menggerunkannya.
“You ni memang nak kena kan. I cakap minta maaf, minta maaf jelah!” bentak wanita itu lagi. Lengan Balqiss sudah dicengkam kuat.
“Maya.. Jomlah. I dah cakap kan takde apa-apa. So, buat apa lagi you nak gaduh dengan minah ni.” Zarul Zikuan bersuara. Sebal hatinya apabila beberapa pasang mata sudah memerhatikan tingkah laku mereka.
Balqiss menahan rasa. Kuku panjang Maya mencengkam kuat lengannya.
“Lepaskan tangan aku boleh tak?” pinta Balqiss kasar.
“No! Selagi you tak say sorry kat boyfriend I.”
“Weh! Apa nama betina ni?” soal Balqiss sambil menyepak kuat kaki Zarul Zikuan. Geram melihat lelaki itu begitu asyik membelek wajahnya.
“Auch!! Sakitlah! Maya!” balas Zarul Zikuan sambil menggosok kakinya perlahan. Boleh tahan jugak tenaga minah ni. Desisnya perlahan.
 “Baby! You okey ke?” soal Maya kuat. Lengan Balqiss dicengkam makin kuat. Sebelah lagi tangannya sibuk mengusap pipi Zarul Zikuan. Seperti Balqiss menyepak pipi lelaki itu. Sedangkan kaki yang sakit.
“Oo.. Madam Maya. Aku tak nak berkasar dengan kau. So, aku minta baik-baik dengan kau, tolong lepaskan tangan aku.” Pinta Balqiss sambil tersenyum sinis melihat Zarul Zikuan yang sedang berkerut menahan sakit.
“Apa you buat ni? I takkan lepaskan you selagi you tak minta maaf dengan dia. And for your imformation, I belum kahwin, so call me, Miss!” Balas Maya angkuh.
Balqiss tersenyum sinis. Tangannya pantas memulas lengan Maya dan disilangkan kebelakang.
“Hey! What are you doing? Sakitlah!” jerit Maya kuat apabila tangannya dipulas ke belakang. Tersentak dengan tidakan pantas gadis tersebut.
“Baby... Help me.. Sakit..” rengeknya separuh menangis. Mengharap lelaki itu membantunya.
Zarul Zikuan yang terkejut dengan tidakan Balqiss itu sekadar memandang. Entah kenapa, rayuan Maya langsung tidak menggerakkan hatinya untuk membantu. Dia kaku melihat wajah kemerahan Balqiss. Dia terus mengatur langkah. Tidak mahu berlama di situ. Rindunya pada gadis kesayangannya semakin membuak.
“Madam Maya. Aku dah pesan tadi kan. Jangan sampai aku berkasar dengan kau. Nah! Rasakan!” bisik Balqiss perlahan di telinga Maya. Sengaja dia menekan perkataan ‘Madam’ kerana ingin mengusik wanita tersebut. Dia berlalu sebaik saja tangan Maya dilepaskan.
“Shit! I akan ajar you nanti!” jerit Maya kuat.
Matanya memandang sekeliling.
“Baby...” mencari kelibat Zarul Zikuan.
“Baby!!” laungnya kuat sebaik saja terlihat tubuh lelaki itu sudah jauh meninggalkannya.
Maya menghentak kaki kuat. Geram apabila ditinggalkan oleh lelaki tersebut.

No comments: