SELAMAT MEMBACA..Jangan lupa tinggalkan komen atau cadangan agar Mya boleh buatkan cerita lebih menarik okeh!datang lagi...sayang korang...(^_*)

Jom follow blog Mya.... ;)

Monday 19 December 2011

Bahagia Yang Kudamba ep 7

BAB 7
 “Woi Mat! Kau nak tau tak. Tadi aku nampak awek kau, si Risya tu.” Mail menepuk bahu Mamat yang sedang tekun mencoret sesuatu di dalam buku teks Sejarah. Ketika itu Cikgu Fazlan sedang memberi penerangan tentang tajuk Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme Di Asia Tenggara.
“Alah. Biasalah tu kalau kau jumpa dia. Dia kan belajar kat sini jugak.” Balas Mamat selamba. Dia memang dari dulu menaruh hati terhadap gadis bernama Farisya. Tetapi Farisya hanya melayannya sama seperti lelaki lain. Hanya dia yang beria-ria mengaku gadis itu sebagai aweknya.
“’Tu aku taulah. Tapi ni lain. Aku nampak dia jalan dengan laki lain. Budak baru kot. Handsome dari kau lagi tau. Aku rasalah, sekelip mata je si Risya tu jatuh kat tangan budak tu. Sebab dah beberapa kali jugaklah aku tengok diorang tu asyik berdua je. Ai.. Melepaslah kau Mat.” Balas Mail membakar perasaan rakannya itu. Dia tahu, Mamat tidak boleh melihat Farisya dekat dengan mana-mana lelaki. Pasti ade saja tindakannya.
“Ape kau cakap?” Mamat pantas menoleh ke arah Mail. Panas hatinya mendengar berita tersebut. Baginya tidak ada sesiapa yang boleh mengambil Farisyanya itu.
“Betul. Tak tipu. Kalau kau tak caya, kau tanye je orang lain. Semua nampak. Bukan main mesra lagi. Budak tu pun aku tengok asyik je tenung si Risya tu.”
“Hish! Ni tak boleh jadi ni!” Mamat pantas melangkah keluar kelas tanpa mempedulikan guru yang sedang mengajar.
“Woi! Kau nak pergi mana?” Mail tahu. Soalannya itu sia-sia. Mamat sudah jauh melangkah.
Cikgu Fazlan langsung tidak mempedulikan tindakan pelajar lelaki itu. Sudah maklum dengan perangai Mamat yang biadap dan langsung tidak pandai menghormati guru. Dia juga sering membuat masalah dengan pelajar-pelajar lain. Sehinggakan guru disiplin sendiri sudah malas mengenakan hukuman terhadapnya.
#          #          #          #          #          #          #          #          #          #
Mamat berdiri di luar kelas 2 Elit. Matanya memerhati gerak-geri gadis yang selama ini dipujanya. Dia sanggup melakukan apa sahaja demi gadis itu. Walaupun Farisya melayannya endah tak endah, tapi dia puas.
Lama dia menatap wajah gadis itu hingga tidak sedar waktu sekolah sudah tamat. Dia mahu berdepan dengan gadis itu. Dia rindu menatap wajah comel tersebut. Walaupun dia tahu terlalu ramai saingannya itu mendapatkan hati milik Nur Farisya Humaira, tapi dia tidak akan berputus asa.
Bukan baru tadi dia mendengar desas-desus Farisya rapat dengan Hakimiey. Malah sudah acap benar. Sengaja dia memekakkan telinga dan membutakan mata. Baginya gadis comel itu berhak berdampingan dengan sesiapa saja, asalkan senyuman di bibir itu tidak pudar. Dia turut sama gembira sekiranya Farisya gembira. Tapi dia bertekad tidak akan membenarkan mana-mana lelaki mempermainkan hati gadis kesayangannya itu. Teringat pertemuan empat matanya dengan Hakimiey sebentar tadi.
“Woi! Kau budak baru kat sini kan?” soal Mamat. Dia terserempak dengan Hakimiey ketika hendak keluar dari tandas manakala lelaki itu baru tiba di situ. Wajah pelajar lelaki yang kemas beruniform sekolah itu dipandang lama.
“A’ah. Aku Hakimiey. Kau?” balas Hakimiey tenang.
“Mamat.”
“Oo.. Sorrylah Mamat. Aku nak masuk dulu. Dah tak tahan ni.” Hakimiey pantas masuk ke tandas.
“Kimiey! Sini jap.” Hakimiey terkejut. Tidak sangka Mamat masih menantinya di luar tandas. Pantas kakinya mengorak langkah menghampiri lelaki tersebut.
“Kau kenal Risya?” wajah Mamat serius.
“Apesal kau tanya?”
“Kau suka dia ke?” dia bertanya lagi.
“Aku kena jawab ke soalan kau tu?” soalan Mamat tidak dijawab.
“Kau jawab je dulu. Kau suka dia ke tak?” akhirnya Hakimiey mengangguk. Mamat mengeluh lemah. Dia tahu dia tidak mampu bersaing dengan pemuda di hadapannya itu. Hakimiey nampak lebih segala-galanya darinya.
“Ok lah. Kalau kau betul-betul sukakan dia, kau jagalah dia baik-baik. Risya tu budak baik. Innocent.” Ujar Mamat. Nafasnya dihembus berat. Dia bangun ingin meninggalkan Hakimiey.
“Oh ya. Sebelum aku lupa. Aku nak ingatkan kau. Jangan sekali-kali kau sakitkan hati dia, buat dia sedih. Kalau aku tau kau sia-siakan dia, nahas kau!” gertak Mamat sambil berlalu pergi meninggalkan Hakimiey yang masih termangu.
Tiba-tiba lamunannya terganggu. Dia melihat meja gadis itu ditepuk kasar oleh Ilyana Mahmud. Tetapi dia hanya membatu, mahu tahu apa yang sebenarnya berlaku.
#          #          #          #          #          #          #          #          #          #
Farisya yang sedang mengemas buku tersentak apabila mejanya ditepuk kuat.
“Hey betina! Kau ni memang tak tau malu kan.” Merah padam muka Yana menahan geram. Sakit hatinya apabila mendengar ramai yang bercerita tentang keakraban Farisya dengan Hakimiey. Pelajar baru yang handsome dan diminati oleh semua pelajar perempuan sekolah itu termasuknya. Baginya hanya dia yang layak berdampingan dengan lelaki tersebut. Bukan Farisya.
“Apesal pulak? Kali ni kau marah aku pasal lelaki mana pulak ni?” soal Farisya selamba. Dia masih lagi duduk. Madiey, Aisyah dan Aini hanya mendengar. Ramai jugak pelajar lain yang menjadi penonton tidak dijemput berdiri di luar kelas.
“Yang kau gatal sangat dekat dengan si Hakimiey tu apesal? Kau tau tak dia tu aku yang punya? Dah takde jantan lain dah ke kau nak menggatal?” soal Yana kuat. Sengaja dia mahu semua dengar apa yang dicakapkan supaya dapat memalukan Farisya.
“Lah. Pasal Hakimiey pulak ke? Aku ingatkan saperlah tadi. Sorrylah Yana. Aku tak taulah pulak dia tu kau yang punyer. Lagipun takde pun cop kat dahi ke muka dia ke yang cakap dia tu hak kau. And for your information, Miss Ilyana Mahmod, dia yang datang kat aku. Bukan aku yang cari dia. Ok? Understand?” balas Farisya sambil tersenyum.
“Kau ni memang pompuan tak malulah Risya. Pompuan jalang. Entah-entah dah memang kaum kerabat kau darah macam tu kut. Murah!”
Berdesing telinga Farisya apabila keturunannya disebut dan dicemuh sebegitu. Wajahnya yang sebentar tadi tenang, berubah kemerahan. Bergetar bibirnya menahan marah.
“Kau ni kan. Kalau dah memang dasar bodoh, bodoh jugaklah kan. Aku rasalah kan, semua yang kau cakap tadi tu, bukan kaum kerabat aku. Tapi kau. Kau tengok jelah perangai kau tu. Memang seratus peratus sama dengan apa yang kau cakap tadi. Cuba kau Tanya diorang yang kat luar tu, aku rasa diorang setuju kut ngan aku. So, Ilyana Mahmod. Pleaselah. Dahlah malukan diri sendiri. Kau takde maruah ke datang serang aku semata-mata sebab lelaki hah?” soal Farisya. Nadanya kemabali tenang. “Opps.. Lupa pulak aku. Kalau dah memang keturunan kau yang macam kau cakap tadi tu, memanglah tak malu kan?” sambung Farisya sinis. Keningnya dijongketkan.
“Tak guna kau Risya!” Ilyana pantas meluru ke arah Farisya. Ingin disiat-siat mulut gadis tersebut.
“Arrgh! Sakitlah bodoh!” belum sempat tangannya dilayangkan ke pipi mulus itu, tangannya sudah dipaut ke belakang.
“Eh! Kau saper hah nak sentuh-sentuh pipi aku yang memang dah sedia cantik ni? Bukan macam kau. Kena tempek tepung gandum 4 kilo dulu. Ni last warning dari aku. Lain kali aku boleh buat lagi teruk dari ni. Faham??” bentak Farisya. Muak dengan perangai gadis itu yang suka mencari gaduh dengannya.
“Sa… Sakit… Risy.. Risya….”
“Farisya Humaira! Apa kau buat ni?” sergah satu suara. Semua mata tertumpu kepada suara tersebut. Tak lain tak bukan, Hazirah. Penolong Ketua Pengawas.
Farisya melepaskan pegangannya. Pantas Ilyana berlari mendapatkan rakan-rakannya. Berbirat lengannya dengan pegangan kemas gadis kecil itu. Tidak sangka kuat juga kudrat Farisya.
“Kau ni tak habis-habis buat masalah kan. Kau tak malu ke hah? Umur baru setahun jagung dah berlagak.” Keras kata-kata tersebut.
Farisya yang baru saja tenang kembali mengetap bibir. Ai minah ni lagi sorang. Tak habis-habis nak cari pasal ngan aku. Bisik hatinya.
“Yang kau ni tak tahu asal-usul datang-datang nak herdik aku apesal? Aku ada kacau hidup kau ke? Kacau tepi kain kau ke? Aku rasa kau yang lebih-lebih kacau hidup aku. Aku tak marah pun. Tak bising-bising pun.” Balas Farisya lancar. Matanya mencerlung tajam pengawas tersebut.
“Hei Risya. Kau ni memang tak sedar diri kan. Kau ingat semua budak sekolah ni suka kat kau ke? Kau ingat semua budak laki kat sekolah ni gilakan kau ke? Diorang tu sebenarnya nak mainkan kau je. Kau tu je yang terover gedik, gatal. Kau tau tak?” Hazirah sudah seperti diserang histeria. Marahnya sudah meluap-luap.
“Ahh! Ada aku kisah semua tu. Kau ingat aku ni hadap sangat ke budak-budak laki sekolah ni? Kau kan. Nama je pengawas, duduk kelas Sains. Tapi kan, sorry to say lah. Kau tu bengap memang tak hilang lagi kan. Cakap tu fikir dululah kawan. Apa yang kau kata kat aku tu sebenarnya kau tuju kat diri kau sendiri, tau tak? Hissh! Malaslah aku nak layan orang pompuan tak malu macam korang ni. Aku bukan tak tahu, korang tak puas hati ngan aku sebab lelaki kan? Aku sikit pun takde hati kat diorang. Kalau korang nak saper-saper pun, ambiklah. Aku tak kisah. Tapi itu pun kalau diorang nak jugaklah kat korang berdua ni. Ok lah. Aku nak balik. May I?” balas Farisya panjang lebar. Dia tersenyum puas. Belum sempat dia melangkah keluar, kakinya disekat.
“Arrgghhh…” Farisya memejam mata rapat. Terasa tubuhnya diawan-awangan.
“Farisya Humaira… Hei.. Ok tak ni?” Lelaki itu bersuara cemas.
Farisya terasa pipinya ditepuk perlahan. Baru sebentar tadi dirinya melayang. Sekarang pipinya pula ditepuk-tepuk. Pantas dia membuka mata. Wajah itu terlalu dekat dengannya.
Eh! Apesal dia dekat sangat dengan aku ni? Eh! Dia peluk aku ke? Apa ni? Soalnya sendirian. Matanya merenung anak mata hitam pekat itu. Dadanya bergetar hebat.
“Ehem!”
Hakimiey cepat-cepat membantu Farisya berdiri. Merah wajahnya menahan malu. Begitu juga dengan Farisya. Pelajar lain yang ada di situ tersenyum. Tetapi tidak bagi Hazirah dan Ilyana.
“Kalau dah memang gatal tu, gatal jugak.” Perli Hazirah.
“Siapa yang gatal Jiey?” soal Hakimiey. Bukannya dia tidak tahu siapa yang dimaksudkan. Tetapi dia sengaja bertanya. Sakit hatinya melihat gadis kesayangannya itu dilayan sebegitu rupa.
“Kimiey… Dahlah tu. Awak boleh tolong hantarkan saya balik tak? Hari ni driver saya tak dapat datanglah.” Regek Yana manja. Pantas dia mencapai lengan lelaki tersebut. Tubuh Farisya yang berdiri di sisi Hakimiey ditolak.
Hakimiey terkejut. Dia melirik kearah Farisya yang mengalihkan pendangan ke luar kelas. Dia dapat mengagak apa yang tersirat di hati gadis itu. Dia tersenyum lebar.
“Eh Yana! Kau ni ape hal? Kimiey… Awak boleh tolong saya tak? Tolong ajarkan saya Kimia hari ni. Awak pun tau kan esok kita ade test.” Ujar Hazirah pula. Tangannya berusaha melurutkan pegangan Ilyana pada lengan lelaki itu. Bermulalah perang mulut dan tolak-menolak antara mereka berdua pula. Hakimiey di tengah-tengah cuba melepaskan diri.
“Ahhhh! Sudah!” pekik Hakimiey. Terdiam kedua-dua pelajar perempuan itu.
“Korang tak malu ke semua orang tengok tu? Hish! Tadi aku dengar bukan main lagi korang mengata kat Farisya. Tapi korang yang tak malu sebenarnya. Dahlah. Kalau korang bergaduh, menangis air mata darah pun, aku tetap takkan sukakan korang berdualah.” Ujar Hakimiey tegas. Dia memandang kedua gadis itu.
“Tapi hari tu saya dengar awak cakap awak suka pompuan comel, kecil, pandai. Tu semua macam awak sukakan saya lah.” Ujar Yana sambil menundukkan wajah. Terdengar tawa halus dari beberapa pelajar yang masih setia melihat drama free tersebut.
“Hei bodoh! Tu akulah. Bukan kau.” Bidas Hazirah.
“Akulah! Kau tu tak cantik pun. Muka macam minah jual kuih tepi jalan, badan kurus kering macam kerepek pisang tak laku, ade hati nak lawan aku.” Balas Ilyana pula.
I said stop it!!”
“Kimiey. Awak bagitaulah kat kerepek pisang tak laku tu yang awak tak suka dia.” Rengek Ilyana lagi. Yakin benar dia bahawa lelaki itu menyukainya.
“Dahlah Ilyana, Hazirah. Sebenarnya, both of you just as my friend. Aku sukakan Farisya Humaira. Bukan korang.” Balas Hakimiey lembut. Matanya memandang wajah gadis yang duduk memeluk tubuh di atas kerusi itu.
“Yeay!” sorak Madiey, Aisyah dan Aini serentak sambil menepuk tangan.
Farisya membutang. Terkejut dengan apa yang didengarnya.
“Aku minta maaf kalau aku dah buat korang rasa aku sukakan korang. Tapi aku just anggap korang macam kawan-kawan aku yang lain je. Aku mintak, mulai hari ni korang dahlah kacau Risya.” Ujar Hakimiey lagi separuh merayu. Dia melangkah menghampiri Farisya dan bertenggek di meja gadis itu. Dia tersenyum memandang wajah yang masih kebingungan itu.
Ilyana dan Hazirah mengetap bibir. Dia menghentak kuat kaki dan melangkah meninggalkan kelas tersebut.

No comments: