SELAMAT MEMBACA..Jangan lupa tinggalkan komen atau cadangan agar Mya boleh buatkan cerita lebih menarik okeh!datang lagi...sayang korang...(^_*)

Jom follow blog Mya.... ;)

Friday 23 December 2011

Andai Dia Jodohku ep10

BAB 10
Zarul Zikuan tidak jadi menyuap makanan. Dia perasan. Sejak dia turun dan duduk menyertai ibu bapanya dimeja itu, pandangan Datin Azizah seakan melekat di wajahnya.
Zarul meraba pipinya. “Bu... Apesal ibu pandang Wan macam tu? Wan ada buat salah ke? Ada yang tak kena ke?” soalnya ingin tahu.
Datin Azizah tersenyum manis.
“Wan dan buat keputusan?”
“Keputusan apa bu?” Zarul Zikuan menyuap laju nasi goreng cili padi yang masih berasap itu.
“Bila Wan nak ibu hantar rombongan meminang?” soal wanita itu lagi.
Tersedak Zarul Zikuan mendengar soalan tersebut. Tangannya pantas mencapai gelas berisi air masak dan diteguk hingga habis.
“Ibu nak pinang siapa ni? Wan belum jumpa lagilah perempuan yang Wan berkenan. Nanti bila dah sampai jodoh Wan tu, Wan kahwinlah bu. Ibu janganlah risau.” Balas Zarul Zikuan perlahan. Wajah abahnya yang sedang membaca akhbar dipandang seketika.
“Apesal pandang abah? Abah tak tahu apa-apa.” Ujar Dato’ Muhd Zahari. Tidak mahu masuk campur.
“Wan ni sengaja je kan. Ibu ingat nak pinang si Qistina tu untuk Wan. Wan nak tak?”
“What?? Qistina? Oh my god!” Zarul Zikuan mengeluh. “Bu... Macam nilah. Ibu bagi masa Wan fikir dulu. Nanti Wan bagitahu balik ok?” Zarul Zikuan cuba berkompromi.
“Ok. Ibu bagi masa kat Wan. Tapi ingat! Tiga bulan je. Kalau Wan masih tak jumpa jugak, ibu akan pinang Qistina. Muktamad!” balas Datin Azizah tegas.
“Tapi bu...”
“Takde tapi-tapi. Ingat apa yang ibu cakap tu.” wanita itu memintas dan terus berlalu ke dapur.
“Abah.. Macam mana ni?” Zarul Zikuan cuba meraih simpati abahnya.
“Mana abah tahu. Kalau kamu tak nak si Qistina tu, kamu kenalah bawak balik calon lain jumpa ibu kamu tu. Abah tak boleh nak tolong.” Balas lelaki itu selamba. Dia turut bangun. Meninggalkan pemuda tersebut sendirian di meja makan.
                                       *          *          *          *          *
Nur Airisya Balqiss mengeluh lemah. Kata-kata emaknya sebentar tadi terngiang-ngiang ditelinga.
“Sampai bila kamu nak macam ni Balqiss oi? Tengok si Emmy tu dah nak kahwin. Yana pun dah nak bertunang. Fira dah ada kawan. Kau tu bila lagi Qiss?” soal wanita itu di talian.
“Alah mak ni. Sabarlah. Qiss muda lagilah. Tak terfikir lagilah nak kahwin-kahwin ni.” Balasnya malas. Memang itulah soalan pertama yang akan keluar dari mulut emak setiap kali menghubunginya.
“Banyaklah kamu punya muda. Umur kamu tu dah nak msuk 26 tahu tak? Kak Long dulu umur baya kamu tu dah nak masuk dua anak. Kamu nak mak tolong carikan ke?” wanita itu masih tidak mahu mengalah. Impiannya untuk melihat anak bongsunya itu mendirikan rumah tangga begitu menggunung.
“Itu kak long. Qiss ni lain mak. Qiss tak nak terikat lagi. Banyak lagi perkara yang Qiss nak fikirkan selain kahwin.” Balasnya lemah.
“Kamu jangan nak bagi alasanlah Balqiss. Mak tak kira. Kalau kamu tak bawak jugak teman lelaki kamu jumpa mak, mak kahwinkan aje kamu dengan anak Pak Leman kat kampung sebelah tu.” ugut wanita itu lagi.
Balqiss tersentak. “Mak ni biar betul! Takkan nak kahwinkan Qiss dengan si Mail gigi jongang tu. Hish! Tak naklah Qiss mak.” Bulat mata Balqiss membayangkan wajah Mail anak Pak Leman itu. Bukan dia tidak tahu yang Mail juga memang ada hati dengannya sejak dulu lagi. Cuma dia yang malas melayan lelaki tersebut.
“Mak peduli apa. Daripada kau tu tak laku. Baik mak kahwinkan aje kamu tu dengan si Mail.” Mak Imah masih tidak mahu mengalah.
“Qiss! Yang kau termenung kat meja tu apesal?” tegur Fira sambil menepuk lembut bahu sahabatnya itu.
Balqiss tersentak. Kata-kata emaknya sebentar tadi lesap begitu saja. Wajah Shahfira yang sedang merenungnya kehairanan itu ditatap seketika.
“Apesal ni Qiss? Kau ada masalah ke?” soal gadis itu lagi. Bimbang melihat Balqiss asyik termenung. Amat jarang dia dapat melihat gadis cantik itu termenung sebegitu. Pasti ada yang menganggu fikirannya.
“Takde apalah Fira. Mak aku call tadi. Ada ke patut dia nak kahwinkan aku dengan si Mail anak Pak Leman kat kampung sebelah tu.”
“Mail?”
“Alah Fira. Mail gigi jongang tu. Takkan kau dah lupa kot.” Balas Balqiss lagi.
“Oo.. Mail gigi jongang yang selalu ushar kau kat kelas dulu tu ke? Yang setiap hati letak Cadbury kat bawah meja kau tu?” soal Shahfira kuat. terbayang wajah pelajar lelaki yang sering menganggu Balqiss di sekolah beberapa tahun dulu. Lelaki itu jugalah yang sering menghadiahi Balqiss coklat Cadbury. Boleh dikatakan setiap pagi pasti ada je bungkusan Cadbury di bawah meja gadis tersebut.
Balqiss mengangguk perlahan.
Kedengaran ketawa kuat meletus.
“Fira. Kau jangan nak ketawakan aku pulak ek. Ni semua korang punya pasallah ni.” Marah Balqiss. Geram melihat gadis itu begitu galak mentertawakannya.
“Lah! Apesal pulak salah aku?”
“Iyelah. Kalau korang tak gatal-gatal nak kahwin, mesti mak aku kat rumah tu tak sibuk-sibuk bimbangkan aku.” Balas Balqiss geram. Dia terus bangun menuju ke halaman rumah. Ingin menenangkan fikiran.
*          *          *          *          *
“Qiss.. Apesal kau diam je malam ni?” soal Syahrul. Hairan melihat wajah gadis di depannya itu muram. Biasanya mulut Balqisslah paling riuh setiap kali mereka keluar bersama.
“A’ahlah Qiss. Kau ada masalah ke?” soal Hasrul pula.
Malam ini mereka sengaja berkumpul makan malam bersama. Balqiss pun ditarik untuk turut serta kerana sudah agak lama dia tidak turut serta. Kali terakhir ialah ketika dia bergaduh dengan Zarul Zikuan di restoran KFC sebulan yang lepas.
Balqiss diam. Wajah rakan-rakannya yang berada di meja tersebut dipandang sekilas sebelum anak matanya bertemu pandang dengan sepasang mata milik lelaki yang dibencinya. Pantas tangannya mencapai garfu lalu dihalakan ke arah lelaki tersebut. Bukan dia tidak sedar. Lelaki itu dari tadi asyik memerhatikannya. Darah panas sudah menyerbu diwajahnya.
“Nak?” Soalnya perlahan. Wajah Zarul Zikuan yang duduk di depannya dipandang geram.
Zarul Zikuan pantas mengeleng. Tidak mahu mencari gaduh.
“Aku okeylah.” Balas Balqiss perlahan.
“Tapi aku tengok kau macam ada masalah je. Asyik termenung dari tadi.” Tokok Norman pula.
“Alah korang ni. Normallah tu. Perempuan. Mesti period tu.” Ujar satu suara.
Balqiss tersentak. Wajahnya semakin merah.
“Wey mamat sengal! Kau jangan bising boleh tak? Aku korek biji mata kau karang.” Marah Balqiss kuat. Garfu ditangannya digenggam erat.
“Qiss.. Dahlah tu. Tak payah gaduh-gaduh.” Tegur Emmy perlahan. Cuba menenangkan sahabat baiknya itu.
“Kau ingat aku takut ke? Setakat tubuh kecik macam kau tu, aku humban je kat dalam air tasik tu. Nak?” Balas Zarul tidak mahu mengalah.
“Alah! Kalau berani cubalah. Sikit pun aku tak heran.”
“Kau jangan cabar aku!”
“Apesal? Kau ingat aku takut ke?” Balqiss sudah berdiri. Wajah Zarul Zikuan dipandang tajam.
“Ai minah ni. Aku cium jugak karang.”
“Tak heranlah mamat sengal!” balas Balqiss sambil membuat muka sombong.
“Baik kau diam minah period!” marah Zarul Zikuan pula.
“Kalau aku tak nak?” soal Balqiss berani.
“Tak nak? Aku cium kang. Nak?” ugut Zarul Zikuan.
“Apa cium-cium?? Kau ingat aku macam girlfriend-girlfriend kau yang macam sotong takde tulang tu ke hah? Lu silaplah bro.” Balqiss masih melawan.
“Kau jangan cabar aku Balqiss! Nanti kau jugak yang menyesal.” Zarul Zikuan mula bangun. Langkahnya diatur menuju ke arah Balqiss.
Balqiss kaget. Tidak sangka lelaki itu begitu nekad. Wajah lelaki yang semakin hampir itu dipandang lama. Cepat-cepat tangannya menepuk kuat dahi Zarul Zikuan. Mujur lelaki itu tidak terjatuh.
“Aduh! Sakitlah Balqiss!” ujar lelaki itu kuat.
“Padan muka kau! Kau ingat aku takut ke lelaki macam kau tu. Jangan harap!” balas Balqiss berani.
Semua yang ada di situ ketawa.
“Eh korang berdua ni kan, takde kerja lain ke? Asyik nak gaduh je.” Tegur Liyana.
“Entah-entah korang ni memang ada jodoh kot.” Giat Emmy pula.
“Eh Emmy! Kau tak sayang mulut ke hah?” Balqiss menjenggilkan matanya. Tidak suka dengan kata-kata Emmy itu.
“Alah Qiss. Kalau iye pun apa salahnya. Nanti takdelah mak kau kat kampung tu susah-susah nak kahwinkan kau dengan si Mail tu.” Shahfira pantas menelup mulut sebaik saja melihat Balqiss sudah memberikan isyarat diam kepadanya.
“What?” Emmy dan Liyana bersuara serentak.
Balqiss diam. Tajam matanya memandang wajah Shahfira yang sedang menayang muka bersalahnya.
“Mak kau nak kahwinkan kau dengan Mail? Mail mana ni Qiss? Mail Jongang tu ke?” soal Emmy lagi.
Balqiss tiada pilihan. Dia hanya mengangguk lemah.
Norman, Hasrul dan Syahrul berpandangan. Pelik kenapa tiba-tiba sahaja gadis itu ingin dikahwinkan.
Akhirnya Balqiss menceritakan tentang perbualan dengan emaknya siang tadi. Tapi dia hanya memberitahu yang emaknya sekadar mengugutnya sahaja.
Zarul Zikuan bungkam. Entah kenapa hatinya berasa tidak enak mendengat khabar tersebut.
“Errr korang. Aku blah dululah. Ada janji.” Ujarnya lemah sebelum berlalu meninggalkan restoran tersebut.





No comments: