SELAMAT MEMBACA..Jangan lupa tinggalkan komen atau cadangan agar Mya boleh buatkan cerita lebih menarik okeh!datang lagi...sayang korang...(^_*)

Jom follow blog Mya.... ;)

Monday 19 December 2011

Bahagia Yang Kudamba ep 10

BAB 10
“Wei. Yang kau tenung awek aku lama-lama tu apesal?” Hakimiey yang baru selesai berpakaian membalingkan tuala lembabnya ke arah sepupunya, Hafieyzan.
“Patutlah kau beria-ria citer pasal dia kat aku. Sampaikan si Amelia tu pun kau dah tak layan. Yang ni lagi cun. Tapi nampak budak-budak sangatlah bro. Form berapa ni?” soal Hafieyzan sambil meletak kembali frame gambar yang dihiasi wajah Farisya itu.
“Yang kau tiba-tiba sebut nama betina tu apesal? Tak payah bandingkan Maira aku dengan dialah. Memang Maira tu jauh lebih segalanya dari dia.” Rugut Hakimiey. Dia sudah tidak mahu mengenangkan lagi sejarah lama termasuk gadis bernama Amelia. Dia serik. Benci.
“Eh Miey. Tu bukan awek kau ke?” soal Syamir sebaik saja kaki mereka melangkah masuk ke Starbucks Cafe. Hakimiey pantas mengalihkan matanya ke arah yang ditunjukkan oleh Syamir itu. Sah! Memang Amelia. Siapa lelaki di sebelah gadis itu? Lelaki itu dengan mesra mengelus manja pipi Amelia. Bermesra sakan nampak. Orang ramai di cafe tersebut tidak dihiraukan. Darah mudanya mendidih.
“Jap Syam. Kau tunggu sini.” Pantas kakinya melangkah ke arah mereka berdua.
“Hai Amy. Happy nampak.” Tegur Hakimiey sambil melabuhkan punggung di hadapan teruna dara itu. Amelia kaget. Tetapi tidak menolak tangan lelaki disebelah yang masih erat memeluk pinggangnya.
“You buat apa kat sini?” soal Amelia. Dia tersenyum bagi menutup gugup.
“Saja. Lepak ngan Syamir. Tak sangkan you busy dengan jantan ni.” Hakimiey tersenyum sinis. Lelaki di sebelah Amelia sudah merenungnya tajam.
“Err. Apesal you ni? Tiba-tiba nak marah. You takde hak nak halang I dengan siapa-siapa pun. I dengan you just for fun. Tak lebih. So, kenalkan. Boyfriend I, Zack. Zakri Tan Sri Mustafa.” Amelia dengan bangganya memperkenalkan lelaki tersebut kepada Hakimiey.
Hakimiey terkedu. Tidak sangka. Selama ini dia begitu setia dengan gadis tersebut. Tanpa mengambil masa, dia pantas bangun. Ingin berlalu. “Ok. Nice to meet you Zack. Bye.” Pantas dia berlalu.
#          #          #          #          #          #          #          #          #          #
“Woi bro. Yang kau termenung ni apesal?”
“Woi mak kau!” latah Hakimiey.
“Kau ni kan. Hey tak taulah aku nak cakap ape.,” ujar Hakimiey geram.
“Dah kau tu. Asyik mengelamun je. Aku tanyea pun tak jawab. Form berapa budak ni?” soal Hafieyzan selamba. Dia akui, gadis yang sedang tersenyum di dalam gambar itu sangat comel. Pasti dia terlalu istimewa bagi Hakimiey sehinggakan dapat membuatkan lelaki itu kembali ceria seperti dahulu.
Form 2.”Hakimiey menjawab pendek.
What? Budak lagi tu. Kau jangan main-main Miey. Mentah sangat tu.” Bulat matanya memandang Hakimiey yang selamba menyuapkan Mee goreng ke mulut.
“Zan pun tak caya kan. Mama masa first jumpa dia haritu pun macam tak yakin je dengan Hakimiey ni. Innocent sangat budak tu.” Sampuk Datin Norma yang baru keluar dari dapur. Dia sudah menganggap Hafieyzan tidak ubah seperti anak sendiri. Dari kecil Hafieyzan tinggal dengan mereka sekeluarga. Hafieyzan dan Hakimiey sudah seperti pasangan kembar. Malah mereka berkongsi banyak persamaan dari segi minat dan ketinggian yang hampir sama. Hafieyzan lebih mesra dengannya berbanding ibunya sendiri.
“Laa mama dah jumpa ke? Amacam ma? Comel tak? Ok?” soal Hafieyzan tidak sabar.
“Ok. Comel budak tu. Mama berkenan sangat. Peramah, pandai ambil hati.” Kata-katanya terhenti seketika. Datin Norma terbayangkan raut gadis kecil itu semasa bertemu dengannya tempoh hari. Jelas tergambar riak terkejut dan takut-takut di wajah putih mulus itu. Tetapi setelah agak lama berbicara, barulah terserlah keperibadiannya yang sebenar. Datin Norma amat menyenangi tingkah laku gadis yang telah banyak membawa perubahan pada diri anaknya itu.
“Tapi mama tak setuju kalau Miey nak main-mainkan Maira tu. Miey dengar tak mama cakap ni?”  tambahnya lagi. Wajah Hakimiey ditenung tajam.
Hakimiey berhenti menyuap makanan. Terkejut dengan suara mamanya yang agak keras. Pantas mencapai air dan meneguk rakus. “Kalau boleh kan ma, Miey nak je suruh mama pinang terus si Maira tu.” Balasnya yakin.
Burrr! Tersembur air dari mulut Hafieyzan. Dia terbatuk kecil. Terkejut dengan pengakuan yang keluar dari mulut sepupunya itu. “Kau biar betul Miey.” Ujarnya seakan tidak percaya.
“Ape pulak. Dah mama macam tak caya sangat kat aku.” Hakimiey cuba membela diri.
“Takdelah. Mama ingatkan je. Bagilah peluang Maira tu capai cita-cita dia dulu. Dia muda lagi Miey. Miey pun kenalah ada kerjaya yang kukuh, harta sendiri dulu. Baru boleh pinang anak orang. Miey ingat kalau Miey takde kerja, asyik harapkan duit dari papa je, mak bapak dia nak bagi ke anak dia kat kamu? Kalau mamalah, mama takkan bagi. Kawan pun mama tak bagi, tau.” Serius wajah Datin Norma. Hafieyzan ketawa kuat memandang wajah Hakimiey yang sedang terkulat-kulat.
“Hah kamu pun sama Izan. Jangan sibuk ketawakan Hakimiey je. Belajar rajin-rajin. Abah kamu dah cakap kat mama. Minta tolong mama pujuk kamu sambung belajar nanti ambik bisness. Nak bagi kamu ambil alih syarikat nanti katanya.” Sambung wanita itu lagi sambil memandang Hafieyzan.
“Alah mama. Zan tak minatlah nak urus syarikat abah tu. Lagipun si Hafizah dengan adik-adik ada lagi.” Hafieyzan cuba mengelak. Walaupun dia anak sulung, tetapi dia lebih gemar menyerahkan segala tugas sebagai anak sulung kepada kembarnya, Hafizah.

No comments: