Follow by Email

SELAMAT MEMBACA..Jangan lupa tinggalkan komen atau cadangan agar Mya boleh buatkan cerita lebih menarik okeh!datang lagi...sayang korang...(^_*)

Jom follow blog Mya.... ;)

Tuesday, 20 December 2011

Andai Dia Jodohku ep8

BAB 8
“Bos. Hari ni jadual bos penuh. Pukul 11 nanti bos ada meeting dengan Encik Hakimiey dari Dzulkarnain Holdings. After lunch, bos ada perjumpaan dengan Datuk Malik, usahawan dari Sabah. And malam nanti, bos ada appointment dengan Datin Azizah pukul 8 malam. Datin cakap bos wajib hadir.” Ujar Mila. “Oh ye bos. Lunch date bos dengan Fatin Tan Sri Mansor terpaksa dibatalkan sebab dia ada hal. So, bos kena lunch sorang-soranglah hari ni.” Sambung gadis itu lagi.
Zarul Zikuan mengerutkan dahi. “Apesal pulak boleh batal? Bukan ke memang dah janji?” soalnya hairan.
“Memanglah bos. Tapi dia cakap ada hal yang lebih penting lagi.” Terang Mila. Memang sudah menjadi rutinnya mengatur lunch date lelaki di depannya itu.
“Kalau macam tu, awak aturkan lunch date saya dengan Kamelia. Model iklan mandian tu.” arah Zarul sambil tersenyum simpul. Sudah dapat dibayangkan wajah jelita model tersebut.
“Tapi bos. Saya rasa tak dapatlah.”
“Apesal?”
“Sebab Kamelia kan ada hubungan dengan Jefri anak Tan Sri Muzafar. Takkan bos nak potong line orang kot.” Balas Mila lembut.
“Alah Mila. Cuba awak tengok. Antara saya dengan si Jefri tu, mana yang lebih handsome? Mesti bos awak ni kan? So, saya nak try jugak. Mana tahu kalau-kalau si Kamelia tu cair dengan saya. Awak jugak yang untung nanti. Boleh jumpa model terkenal tu.” balas Zarul riak. Dia tersenyum apabila melihat setiausahanya itu mencebik.
“Dah! Tak payah nak buat muka kat situ. Cepat uruskan lunch date saya.” Arahnya lagi.
“Baik bos!” balas Mila malas sebelum berlalu keluar. Tiga tahun menjadi setiausaha kepada lelaki muda itu, bermacam-macam jenis wanita sudah ditemuinya. Setiap hari ada saja wanita yang mencari lelaki tersebut. malah kerjanya bukan saja mengatur temu janji anak lelaki Dato’ Muhd Zahari itu, malah menjadi operator tidak rasminya.
Hai! Nasib kaulah Mila. Dapat bos moyang buaya tembaga macam dia tu. Bisik hati kecil Mila sebaik duduk di kerusinya.
Baru saja dia ingin menarik nafas, sudah datang kerjanya.
Lenggok wanita yang berbaju merah itu dipandang sekilas. Harumannya menusuk hidung. Beberapa kali Mila menggosok hidungnya agar tidak terbersin.
“Bos you ada?” soal wanita itu dingin.
“Err... Cik ni siapa?”
“Bagitahu kat bos you, Kirana nak jumpa.” Balas wanita itu sombong.
“Ok. Cik Kirana tunggu sekejap.” Mila terus bangun. Terdengar arahan masuk sebaik saja pintu bilik lelaki itu diketuk.
“Bos. Girlfriend bos yang entah nombor berapa ada kat luar. “
“Siapa?” soal Zarul hairan.
“Kirana. Anak tauke tudung kat Kelantan.” Balas Mila sambil membelek fail yang memuatkan biodata girlfriend bosnya itu.
Zarul Zikuan mengangguk. Memang dia sengaja mengarahkan gadis itu menyediakan fail tersebut. Mudah membantunya sekiranya dia terlupa maklumat-maklumat gadis-gadis yang keluar dengannya.
“Ok. Panggil dia masuk. And Mila, pastikan saya tak diganggu.” Arahnya.
“Ok bos. And bos.. Pastikan pukul 11 nanti bos pergi meeting tu.” balas Mila mengajuk gaya percakapan pemuda tersebut.
Zarul Zikuan ketawa perlahan. Gadis itu selamba mengenakannya.
“Ok Mila.” Balasnya lembut.
Mila terus keluar.
“Hai sayang!” tegur Kirana sebaik saja menjengulkan wajahnya.
“Hai sayang. Masuklah.” Balas Zarul mesra. Dia bersandar senang di kerusi kerjanya.
Gadis itu terus memeluk mesra leher Zarul Zikuan. Wangian yang dipakainya merebak di segenap bilik besar itu.
“What are you doing here Kirana?” soal Zarul Zikuan. Tubuh tinggi lampai itu ditolak perlahan. Lemas dengan pelukan erat gadis tersebut.
“I miss you sayang. Sebab tu I datang. Nak tunggu you datang cari I, urmm jangan haraplah.” Ada nada rajuk pada kata-kata tersebut.
Zarul Zikuan tersenyum. Rambut yang diwarnakan perang itu dimainkan dengan jarinya. Langsung tidak sesuai dikatakan anak tauke tudung. Masakan tidak, ayahnya merupakan tauke beberapa buah gedung menjual tudung, tapi anaknya langsung tidak bertudung. Malah pakaian dan penampilannya juga mengalahkan orang barat.
“I busy sayang. Bukan I tak nak cari you. Lagipun I sengaja nak biarkan you rindukan I. Nak jugak tengok I ni penting ke tak bagi you.” Matanya dikenyit.
Kirana tersenyum simpul. Kembang hatinya mendengar kata-kata lelaki kacak itu.
“So sekarang ni you dah nampaklah kan yang I memang sayangkan you?” soalnya manja. Pipi lelaki itu diusap perlahan.
Zarul mengangguk laju. Senyuman menggoda tidak lekang dibibirnya.
“Really?” gadis itu menjerit kuat.
“Yess sayang. So, apa kata you balik dulu, nanti I datang jumpa you. I tak boleh lama-lama ni sayang. I ada meeting.” Pujuknya lembut. Hidung mancung gadis itu dicuit perlahan.
Kirana tidak jadi menarik muncung. Memang lelaki didepannya itu begitu hebat berkata-kata.
“Ok sayang. Promise you akan datang jumpa I?” soalnya menagih janji.
“Promise! Bye sayang. Hati-hati.” Balas Zarul Zikuan sambil mengusap lembut tangan gadis itu.
Dia tersenyum lega sebaik saja tubuh tinggi lampai itu menghilang di sebalik pintu.
Tok!! Tok!!
“Apa lagi Mila?” soalnya malas sebaik saja melihat wajah setiausahanya di muka pintu.
“Bos. Dah dekat pukul 11. Tak nak jalan lagi ke?” soal Mila selamba.
Zarul Zikuan melirik jam di atas mejanya. Hanya tinggal 5minit lagi pukul sebelas. Dia tersenyum.
“Oklah. Saya nak pergilah ni. Dah sediakan semua fail?” soalnya kepada gadis tersebut.
Mila mengangguk.
“Good Mila. Jom!” ujarnya sambil mengatur langkah. Bangga dengan kerajinan pembantunya itu.













No comments:

There was an error in this gadget