Follow by Email

SELAMAT MEMBACA..Jangan lupa tinggalkan komen atau cadangan agar Mya boleh buatkan cerita lebih menarik okeh!datang lagi...sayang korang...(^_*)

Jom follow blog Mya.... ;)

Tuesday, 20 December 2011

Andai Dia Jodohku ep9

BAB 9
Zarul menghempaskan tubuhkan di atas tilam. Matanya berkelip-kelip memandang siling. Waktunya sudah banyak dihabiskan di pejabat pada siang hari dan malamnya pula dihabiskan bersama-sama koleksi teman wanitanya. Tapi wajah gadis itu masih belum mampu diusir dari kotak ingatannya.
Wajah ayu itu sentiasa menemani hidupnya. Tawa mesra gadis itu seakan terngiang-ngiang di cuping telinganya. Senyuman manis itu juga sentiasa hadir dalam mimpinya saban malam. Perlahan-lahan air mata lelakinya mengalir. Sungguh dia rindukan kehadiran gadis tersebut dalam hidupnya.
Azan Maghrib berkumandang di masjid yang terletak tidak jauh dari banglo milik Dato’ Muhd Zahari. Zarul Zikuan terus bangun melangkah ke bilik air. Tanggungjawabnya terhadap Pencipta tidak pernah diabaikan. Itupun atas kesedaran yang dititipkan oleh gadis yang telah menghuni hatinya itu.
                                       *          *          *          *          *
“Abang baru bangun ke?” soal suara di talian.
Zarul tersenyum. Jam sudah menunjukkan ke angka 3. “Iye sayang. Sorry. Abang letih sangat malam tadi. Tak sedar dah petang.” Balasnya tanpa rasa bersalah.
Gadis itu mengeluh kasar. Talian terus dimatikan.
Zarul kaget. Didailnya nombor gadis itu berkali-kali. Akhirnya panggilannya disambut.
“Apesal ni sayang? Abang ada buat salah ke?” soalnya hairan.
“Abang tak buat salah dengan Ma. Tapi abang buat salah dengan Dia. Mana tanggungjawab abang sebagai umat Islam? Ma dah letih nasihatkan abang. Kalau susah sangat, abang tak payah cari Ma lagi lepas ni. Ma tak nak ada hubungan dengan orang tak bertanggungjawab.”
“Apa maksud Ma ni?” soal Zarul hairan.
“Abang kan bijak. Fikirlah apa yang Ma cakap. Oklah abang. Assalamualaikum.” Talian terus dimatikan.
Zarul tersentak. Berkali-kali dia beristighafar. Terasa amat payah untuk mengusir bayangan gadis itu dari hatinya.
                                                *          *          *          *          *
“Ya Allah yang tuhanku. Sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui dan Maha Pengampun. Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu Ya Allah. Ampunilah segala dosaku dan kedua ibu bapaku. Rahmatilah hidup kami Ya Allah. Engkau bersihkanlah hati kamu dari sebarang noda. Engkau jauhkanlah kami dari sebarang kejahatan dan bisikan syaitan.
Ya Allah, Kau cucurilah rahmatmu kepada arwah Akma. Lindungilah dia dari seksaan-Mu. Andai dia bukan jodohku, Kau hilangkanlah kerinduanku terhadapnya. Sesungguhnya Kau yang Maha Mengatur semua kejadian di dunia ini. Aku memohon kepadamu Ya Allah. Kau permudahkanlah jodohku Ya Allah. Sesungguhnya hanya pada-Mu tempatku memohon. Aku bertaubat kepadamu Ya Allah. Terimalah segala ibadatku. Amin.” Air mata yang mengalir dipipinya dikesat perlahan.
Akhirnya dia bangun. Sejadah digantung. Dia perlu bersiap sekarang. Takut nanti dileteri oleh ibunya. Dia tahu agenda ibunya malam ini. Pasti ingin menemukannya dengan anak gadis rakannya. Sudah acap kali rancangan ibunya itu ditolak mentah-mentah.
Langkahnya diatur perlahan-lahan. Kedengaran suasana riuh di ruang tamu. Pasti tetamu yang dijemput sudah tiba. Tekanya.
“Hah! Itu pun anak teruna saya. Wan, mari sini. Kat ibu.” Tegur Datin Azizah sambil menepuk lembut ruang disebelahnya mengisyaratkan agar anaknya itu duduk disitu.
Zarul melemparkan senyuman manis pada tiga wajah asing yang ada di ruang tamu tersebut. Tangan lelaki yang kelihatan sebaya abahnya dikucup lembut.
“Kenalkan anak teruna saya, Zarul Zikuan. Wan. Ni kawan abah, Datuk Halim. Yang sebelah ibu tu Datin Hamidah. And the young girl, Qistina Aisya. Baru balik dari London.” Dato’ Muhd Zahari memperkenalkan tetamu kepada Zarul Zikuan.
Zarul mengambil tempat di sebelah Datin Azizah. Wajah gadis yang sedang tersenyum manja memerhatikannya itu dipandang. Dia hanya tersenyum. Wajah gadis itu dipandang lama. Seakan dia pernah melihatnya sebelum ini. Tapi dimana? Dia sendiri tidak pasti.
“Zarul, pergilah bawak Qistina ke taman. Kamu boleh berbual.” Cadang Datin Azizah. Terasa kembang hatinya apabila melihat Zarul Zikuan seakan berkenan dengan calon yang dipilihnya itu. Bukan dia tidak perasan mata nakal anaknya itu begitu ralit meneliti raut wajah gadis yang nampak ayu berbaju kebaya nyonya berwarna jingga itu.
Zarul sekadar menurut. “Jom Qistina.” Ajaknya lembut.
Qistina Aisya tersenyum manja. Hatinya sudah tertarik dengan ketampanan jejaka di depannya itu. Memang tidak rugi dia mengikut kata mamanya sebentar tadi.
Mereka berdua berbual-bual di taman yang memang sering dijaga rapi oleh Datin Azizah. Dibiarkan orang tua mereka berbual-bual di ruang tamu. Sengaja Zarul menurut saranan ibunya sebentar tadi. Apa yang dia tahu, dia mahukan jawapan mengenai persoalan yang bermain di benaknya tika itu. Banyak soalan yang diaju kepada gadis tersebut. Daripada pelajaran, kerjaya mahupun peribadi.
Akhirnya Zarul Zikuan puas. Dia sudah dapat apa yang diinginkan. Dia tersenyum simpul. Keputusan yang dibuatnya muktamad.

No comments:

There was an error in this gadget