SELAMAT MEMBACA..Jangan lupa tinggalkan komen atau cadangan agar Mya boleh buatkan cerita lebih menarik okeh!datang lagi...sayang korang...(^_*)

Jom follow blog Mya.... ;)

Tuesday 20 December 2011

Andai Dia Jodohku ep7

BAB 7
Hujung minggu sebegini merupakan hari yang paling dinantikan oleh Balqiss. Ketiga-tiga orang sahabatnya tidak berkerja. Pagi inilah akan digunakan sepenuhnya oleh mereka bertiga untuk tidur dengan sepuasnya. Dan bagi Balqiss pula, masa inilah akan digunakannya untuk mengenakan ketiga gadis tersebut.
Tombol bilik Liyana dipulas perlahan. Kelihatan gadis itu sedang nyenyak tidur. Bukan dia tidak tahu Liyana pulang agak lewat malam tadi kerana keluar dengan keluarga Syahrul.
Lipstick berwarna merah  milik gadis itu dicapai. Dengan perlahan-lahan Balqiss mempamerkan bakat melukisnya. Tidak sampai lima minit, dia tersenyum bangga melihat hasil kreatifnya.
Sebaik sahaja keluar dari bilik Liyana, tombol pintu bilik Emmy yang terletak bersebelahan dengan biliknya dipulas perlahan.
“Hah! Kau nak apa masuk bilik aku ni? Terhendap-hendap macam pencuri!” sergah Emmy kuat.
Balqiss tersentak. Mujurlah dia tidak terlanggar gadia tersebut. Batang tubuh Emmy yang berdiri bercekak pinggang di depannya dipandang sambil tersenyum sipu. Aduh! Kantoi! Apesallah aku boleh lupa yang si Emmy ni memang bangun awal. Dahinya ditepuk perlahan.
“Ni memang takde kerja lain kan? Nak kenakan oranglah tu.” teka Emmy. Bukan dia tidak kenal dengan perangai Balqiss. Malah sudah masak benar dengan gadis tersebut. Ada saja ideanya untuk mengenakan orang lain.
Balqiss tersenyum simpul. Menutup malu.
“Err.. Kau nak pergi mana ni Emmy?” soalnya ramah.
“Pergi mana apa pulaknya cik Balqiss ooi! Kau tak nampak ke aku pakai macam mana. Tak kan nak keluar pakai macam ni.” Balas Emmy geram.
Sekali lagi Balqiss terkena. Mulutnya ditampar perlahan. Apalah aku ni. Takkan minah ni nak keluar pakai seksi macam ni. Bebelnya perlahan. Emmy yang hanya bersinglet dan berseluar pendek paras peha dipandang seketika.
“Err.. Takpelah Emmy. Aku nak turun bawah dululah.” Balas Balqiss sambil berlalu menuruni tangga.
Emmy menggeleng perlahan.
“Qiss... Qiss... Macam-macamlah kau ni.” Ujarnya sambil turut mengikut Balqiss turun ke tingkat bawah.
“Aik! Mana pulak budak ni? Takkan dah hilang kot.” Emmy bercakap sendirian. Kelibat Balqiss tidak kelihatan. Tiba-tiba matanya terhala pada pintu bilik Shahfira yang agak terbuka. Langkahnya diatur perlahan-lahan. Tubuh Balqiss yang sedang melakar sesuatu di wajah Shahfira dipandang.
Emmy segera menapak ke dapur. Ingin menyediakan sarapan. Tetapi niatnya terbatal sebaik sahaja melihat semangkuk besar Nasi Goreng yang sudah tersedia di atas meja.
“Hah! Apesal tengok aje. Makanlah!” tegur Balqiss dari arah belakang.
“Hiss kau ni Qiss. Terkejut aku tahu tak.” Balas Emmy sambil mengurut dada.
“Hehe.. Sorry. Makanlah.” Balas Balqiss sambil menayang muka tak bersalahnya.
“Pelik aku. Apesal kau rajin sangat hari ni. Biasanya kalau nak tunggu kau masak, alamat kebulurlah orang kat rumah ni.” Perli Emmy perlahan sambil menyuap nasi goreng kemulutnya. Memang tidak dinafikan, masakan gadis itu kecil itu memang sedap. Walaupun Balqiss hanya sekali-sekala masuk ke dapur, tapi bakat memasak yang dimiliki oleh gadis tersebut memang tidak dapat ditandingi.
Balqiss sekadar tersenyum. Langsung tidak ambil hati dengan kata-kata Emmy itu.
“Kau tak makan sekali ke Qiss?” soal Emmy sebaik melihat gadis itu melabuhkan punggung di sofa di ruang tamu.
“Kalau kau nak tahu. Aku masak tu sebab aku memang dah lapar tahap dewa. So, aku dah makan awal-awal bagi mengelakkan aku mati kebulur nak tunggu bakal-bakal isteri orang yang ada kat rumah ni masak.” Balas Balqiss kuat.
Emmy sekadar tersenyum mendengar kata-kata tersebut. Si Balqiss tu bukan boleh dilayan sangat. Ada je idea nak kutuk orang. Daripada aku layan dia, baik aku makan. Fikirnya.
                                                *          *          *          *          *
Balqiss dan Emmy yang sedang ralit menonton televisyen tersentak apabila Shahfira berjalan laju menuju ke arah pintu.
Balqiss pantas menutup mulut Emmy agar gadis itu tidak menghamburkan tawa sebaik saja melihat wajah Shahfira yang baru bangun tidur itu. Dengan baju tidur gambar Hello Kitty paras lutut, rambut yang berserabai dan wajah comot hasil kerja seni Balqiss. Tidak mustahil sesiapa saja yang memandang pasti akan tergelak sakan.
“Kau nak kemana tu Fira?” soal Balqiss hairan. Jangan-jangan minah ni mengingau kot. Tekanya dalam hati.
Shahfira terkejut lantas mengurut dada. Langsung tidak perasan dua gadis yang bertenggek di atas sofa itu sambil memerhatikannya. Kepalanya yang tidak gatal digaru. Makin bertambah serabai rambutnya yang panjang melebihi bahu itu.
“Norman.” Balasnya pendek.
Emmy dan Balqiss saling berpandangan. Wajah masing-masing penuh dengan riak hairan.
“Apa kena pulak dengan Norman? Ai minah ni. Mengingau ke apa?” bisik Emmy perlahan di telinga Balqiss.
Balqiss mengangguk perlahan.
“Yang tiba-tiba kau sebut nama Norman ni apesal? Kau sedar tak ni Fira?” soal Balqiss kuat sambil membaling bantal yang ada dalam pelukannya ke arah gadis tersebut. Tepat mengena bahu Shahfira.
“Sakitlah Qiss! Aku sedarlah. Norman ni hah. Dia call aku. Cakap nak datang. Ambik beg laptop dia tertinggal kat dalam kereta aku semalam.” Jawab Shahfira geram.
“Ooh macam tu.” Emmy pantas berlalu masuk ke dalam bilik Shahfira. Tidak lama kemudian dia keluar dengan bert-shirt dan berkain batik. Sehelai selendang dicampakkan di riba Balqiss. Mujurlah bilik Shahfira berada di tingkat bawah. Memang selalunya bilik itulah yang akan menjadi bilik persalinan sekiranya ada lelaki yang datang ke rumah mereka.
Balqiss dan Emmy memang sudah bertudung. Hanya Shahfira dan Liyana sahaja yang masih belum bertudung. Katanya belum sampai seru. Entahlah. Masing-masing sudah besar. Kalau dipaksa nanti, ada yang salah faham. Akhirnya Balqiss dan Emmy hanya mampu berdoa agar mereka berdua mendapat seru yang dimaksudkan.
“Kau nak jumpa Norman dengan muka macam tu ke? Tak mandi?” soal Emmy. Tapi dia pantas menekup mulut sebaik saja melihat isyarat diam yang diberikan oleh Balqiss.
“Alah! Tak pelah. Emmy. Lagipun bukan dia tak biasa tengok muka aku baru bangun tidur.” balas Shahfira tanpa mengesyakki sesuatu.
“Assalamualaikum!”
Shahfira pantas membuka pintu.
Terdengar tawa kuat dari mulut Norman sebaik saja melihat wajah kekasih hatinya itu.
Shahfira hairan. Biasanya lelaki itu tidak begitu. Bukan tidak pernah Norman melihatnya dengan wajah baru bangun tidur.
“Apesal Man ketawa kuat sangat ni?” soalnya hairan.
“Man. Masuklah.” Pelawa Emmy sambil turut ketawa. Geli hatinya melihat wajah ingin tahu Shahfira itu. Peha Balqiss yang galak ketawa di sebelahnya juga ditepuk kuat.
Norman masih lagi ketawa.
Shahfira hairan. Wajahnya dikesat dengan belakang tangan. Terserlah kesan merah di tangannya. Cepat-cepat dia berlalu ke dalam bilik mencari cermin.
“Nur Airisya Balqisssssss!!!!!” terdengar jeritan yang kuat dari dalam bilik. Serentak dengan itu, dia keluar dari bilik dengan muka geram.
Balqiss yang masih galak ketawa langsung tidak sedar kehadiran Shahfira di belakangnya. Tiba-tiba satu bantal kecil singgap dibelakang badannya.
Buk!!
“Aduh! Sakitlah Fira.” Balasnya sambil mengekek ketawa.
Shahfira mengetap gigi. Geram melihat gadis itu masih lagi mentertawakannya.
“Sayang. Dahlah tu. Abaikan je si Qiss tu.” pujuk Norman lembut. Tubuh Shahfira ditarik agak duduk disebelahnya. Sedaya upaya ditahan agar tidak ketawa.
“Jahatlah kau ni Qiss!” ujar Shahfira geram. Bantal kecil yang berada di tangannya dibaling tepat mengena wajah Balqiss.
Balqiss mengekek ketawa.
“Alah Fira... Sorrylah. Lagipun dah lama aku tak kenakan kau. Nak-nak lagi si Norman pulak yang datang. Memang nasib kaulah tu.” balas Balqiss sambil mengerdipkan matanya beberapa kali.
“Dah! Tak payah buat muka macam tulah. Tak comel pun.” Balas Shahfira geram. “Man tunggu sini jap. Fira nak mandi.” Arahnya pada Norman pula.
Norman sekadar mengangguk. Wajah riang Balqiss dipandang seketika. Dia menggeleng beberapa kali. Memang sejak mengenali gadis itu hampir tiga tahun lalu, Balqiss langsung tidak berubah. Selalu ceria tidak kira masa. Malah keceriaannya itulah membuatkan semua insan di sekelilingnya turut ceria. Dalam diam, dia bahagia dapat berdampingan dengan gadis-gadis yang berada di rumah tersebut.









2 comments:

ai_resya said...

actually,fira btudung x??
coz lam bab 6,ckp fira btudung..
bab ni xpula..
confuse2..!!!
cube writer check blik...

mya aryssa said...

ok...sorry resya...fira x bertudung..nanti mya check balik keyh....tengs sebab gitaw...=)