Follow by Email

SELAMAT MEMBACA..Jangan lupa tinggalkan komen atau cadangan agar Mya boleh buatkan cerita lebih menarik okeh!datang lagi...sayang korang...(^_*)

Jom follow blog Mya.... ;)

Tuesday, 20 December 2011

Andai Dia Jodohku ep5

BAB 5
“Morning Dato’!” tegur Mila sebaik saja melihat kelibat lelaki lewat 40-an itu berhenti betul-betul di depannya.
“Pagi Mila. Bos kamu ada kat dalam?” soal Dato’ Muhd Zahari sambil melemparkan senyuman kepada setiausaha anak bujangnya itu.
“Err.. Encik Zarul tak masuk lagi Dato’.” Balas Mila tenang.
“What? Tak masuk lagi? Dia takde appointment ke hari ni?” soal lelaki itu agak kuat.
“A... Ada dato’. After lunch.” Balas gadis itu teragak-agak.
“Ok. Kamu tolong inform kat setiausaha saya yang saya keluar. Tunda appointment saya after lunch.” Arah lelaki itu sebelum berlalu meninggalkan gadis itu terangguk-angguk di mejanya.
*          *          *          *          *
Zarul Zikuan membuka mata perlahan-lahan. Terasa pedih matanya dengan cahaya yang menerobos masuk ke bilik tidurnya itu. Dia bangkit. Kepala yang tidak gatal digaru beberapa kali.
“Hah! Bos baru bangun ke?” tegur satu suara.
Hampir  terloncat pemuda di atas katil mendengar suara tersebut. Bulat matanya memandang batang tubuh lelaki yang sedang bersandar senang di sofa bertentangan dengan katil.
“A.. Abah!” tegurnya perlahan.
“Hah! Abahlah ni. Apesal? Ingat hantu ke?” soal Dato’ Muhd Zahari pantas.
“Errr... Apa abah buat kat dalam bilik Wan ni?” soalnya perlahan.
“Apesal? Sejak bila pulak abah tak boleh masuk bilik kamu?” balas Dato’ Muhd Zahari. Diabaikan soalan anaknya itu.
Pemuda itu sekadar menunduk. Tidak berani menentang wajah tegas abahnya itu.
“Dah! Pergi mandi. Kerja kat office tu belambak tunggu kamu. Jangan asyik tidur je. Ni hah! Malam tadi kamu kemana? Sampai lewat pagi baru reti nak balik rumah. Kamu ingat rumah abah buat ni hotel ke? Ikut suka kamu je nak balik bila-bila masa.” Bebel lelaki itu lagi. Tajam matanya merenung wajah pemuda di depannya itu sebelum berlalu keluar.
Zarul Zikuan diam. Sedar memang salahnya. Perlahan-lahan dia melangkah  ke bilik air.
*          *          *          *          *
“Morning bu!” tegurnya sebaik saja terpandang wajah Datin Azizah di meja makan. Wanita itu nampak sibuk mengemas meja.
“Urmmm.. Assalamualaikum. Selamat Pagi bos muda!” balas wanita yang nampak anggun berbaju kurung kain sutera berwarna biru.
Zarul Zikuan tersenyum. Faham perlian ibunya itu. Pipi wanita tersebut dikucup lembut sebelum duduk.
“Waalaikummussalam Datin Azizah. Selamat pagi.” Balasnya sambil mengekek ketawa.
“Dah pukul berapa ni Wan? Apesal lambat lagi hari ni? Tak pasal-pasal abah kamu tu balik kejutkan kamu. Kamu ni memang sengajalah nak buat dia marah.” Bebel Datin Azizah sambil mencedokkan mee goreng ke dalam pinggan pemuda yang nampak segak berkemeja hitam itu.
“Alah bu. Bukannya selalu pun.”
“Memang bukan selalu. Tapi hari-hari!” balas Datin Azizah geram.
Zarul Zikuan sekadar tersenyum.
“Bu... Janganlah marah. Ibu marah-marah macam ni, tak cunlah bu. Nampak tua nanti.” Usiknya lembut.
“Ah! Biarlah. Ibu ni dah pening pikirkan perangai kamu yang tak pernah nak berubah tu. dari dulu sampai sekarang, tak habis-habis dengan perangai mat romeo. Bila ibu suruh kahwin, kamu tak nak. Macam-macam alasan. Tapi tiap-tiap malam asyik berkepit je dengan perempuan. Apa nak jadilah dengan kamu ni Wan. Umur kamu tu bukannya makin muda. Dah nak masuk 30 dah.” Bebel wanita itu panjang lebar.
“Ibu tak kira! Nanti ibu nak kenalkan kat kamu anak kawan ibu. Ibu nak kamu kahwin dengan anak kawan ibu tu.”sambung wanita itu lagi sebelum berlalu meninggalkan Zarul Zikuan yang hampir tercekik mendengar kata-kata berbaur ugutan itu.
Mee goreng yang masih banyak di dalam pinggan dipandang sepi. Seleranya sudah mati. Kata-kata ibunya sebentar tadi bukan boleh dibuat main. Dia sedar wanita itu sudah tekad. Briefcase dan kunci kereta dicapai. Apa yang dia tahu dia perlu keluar dari rumah itu untuk menenangkan fikiran.




There was an error in this gadget