SELAMAT MEMBACA..Jangan lupa tinggalkan komen atau cadangan agar Mya boleh buatkan cerita lebih menarik okeh!datang lagi...sayang korang...(^_*)

Jom follow blog Mya.... ;)

Thursday 8 December 2011

Andai Dia Jodohku ep2


BAB 2
“Hai korang!” sapa satu suara.
Enam pasang mata di meja tersebut tertumpu pada jejaka yang sudah melabuhkan punggung di salah kerusi kosong yang ditinggalkan oleh Balqiss sebentar tadi.
“Hah! Jam kat banglo besar kau tu rosak ke?” soal Norman pantas.
Lelaki yang nampak santai dengan t-shirt putih kosong dan berjeans berseluar tiga suku itu tersenyum. Faham dengan perlian sahabatnya itu.
“Apesal kau lambat Wan?” soal Syahrul pula.
“Sorry guys. Aku balik lewat malam tadi. So, korang faham-faham jelah yek. Ini pun dah kira awal dah. Kalau bukan sebab Mak Som yang kejutkan aku pagi tadi, memang aku dah tak datang. Korang ni pun satu, apesal tak call aku tadi?” Zarul Zikuan bersuara tanpa rasa bersalah. Malas mahu menceritakan kejadian sebentar tadi kepada mereka yang ada di situ.
“Kau ni kan Wan. Dari dulu sampai sekarang memang tak pernah berubah.” Rungut Norman. Memang sudah tahu benar dengan perangai sahabatnya yang seorang itu. “Dah tu malam tadi kau keluar dengan siapa pulak?”
“Alah bro. Rilekslah. Dengan Sara.” Balas Zarul sambil tersenyum senang.
“What??” ketiga-tiga lelaki itu terkejut.
Zarul Zikuan menjungkit bahu sambil. Senyuman tidak lekang di bibirnya.
“Kau biar betul Wan?” Syahrul seakan tidak percaya.
“Lah! Betullah. Takkan aku nak tipu korang pulak.”
“Siapa Sara tu? Apesal korang nampak macam shock sangat bila dengar Wan sebut nama dia?” soal Emmy mencelah.
“Sara tu anak pemilik syarikat binaan kat bandar Johor Bharu, Tan Sri Razif. Bapak dia baru je bukak cawangan kat sini.” Terang Hasrul perlahan.
“Oooo... Kau ni memang playboylah Wan. Mujurlah aku tak terpikat dengan kau dulu.” Balas Liyana selamba.
Zarul Zikuan tersenyum. Bukan dia tidak nampak perubahan pada wajah Syahrul sebaik saja mendengar kata-kata tersebut.
“Alah Yana. Dulu pun aku pernah gak nak test kau. Tapi tak sempat. Syah dah warning awal-awal kat aku.” Balasnya selamba. Sengaja ingin mengenakan sahabatnya yang sudah merenungnya tajam.
“Apa kau cakap Wan? Aku tak berapa nak dengarlah.” Soal Syahrul sambil memegang telinganya.
“Alah Syah! Rilekslah. Aku gurau jelah. Lagipun takkan aku ni kejam sangat nak potong line member. Hish kau ni.” Balas Zarul Zikuan sambil ketawa perlahan.
“Eh Fira! Mana si Balqiss? Dari tadi tak muncul-muncul.” Tegur Norman tiba-tiba. Baru dia sedar gadis tersebut masih belum kembali.
“Siapa pulak tu Man? Kau pasang dua ke?” soal Zarul. Hairan mendengar nama yang disebut oleh sahabatnya itu. Sangkanya dia yang terakhir sampai. Tapi masih ada lagi orang yang lebih lambat darinya.
“A’ah.” Balas Norman selamba.
“Aduh!! Sakitlah sayang. Sorry-sorry.” Kesan merah akibat dicubit oleh Shahfira digosok perlahan.
“Hah! Padan muka kau. Gatal sangat. Kalau aku jadi kau Fira, aku bagi je sebijik kat muka dia tu.” ujar Liyana sambil ketawa melihat wajah cemberut Norman. Semua yang ada di meja tersebut turut ketawa.
“Hah! Kau pergi mana? Apesal lambat?” soal Liyana tiba-tiba. Matanya merenung tajam wajah gadis yang sedang berdiri di belakang Zarul Zikuan.
“Sorry guys! Ada hal sikit tadi. Entah mamat sengal datang dari planet mana entah tiba-tiba langgar aku. Dahlah tak reti minta maaf. Cakap banyak pulak tu. Sengal betul. Sakit hati aku ni.” Ujar satu suara dari belakang Zarul Zikuan.
Zarul yang sedang menghirup air di depannya tersentak.
Eh! Macam pernah kudengar je suara ni. Tapi kat mana yek? Desis hatinya. Dia terus berpaling. ingin melihat gerangan yang berada di belakangnya itu.
Zarul tersentak. Dadanya berdebar hebat. Berkali-kali dia menggosok mata. Tidak percaya.
 “Kau?” Balqiss kaget. Walaupun dia tidak meneliti wajah lelaki yang bergaduh dengannya sebentar tadi, tetapi dia dapat mengagak daripada pakaian lelaki tersebut.
“Errr....”
“Apa kau buat kat sini?” soal Balqiss tidak senang. Raut lelaki yang sedang merenungnya itu dijeling.
“Qiss... Wan... Korang dah kenal ke?” soal Liyana tiba-tiba. Hairan melihat wajah kedua insan di depannya itu.
“Wan.. Aku tahu apa yang ada kat kepala kau. But behave yourself. She’s not her.” Bisik Syahrul perlahan di telinga Zarul Zikuan.
Balqiss mendengus. Tidak senang dengan pandangan lelaki tersebut.
“Mamat sengal ni buat apa kat sini? Korang kenal ke dia ni?” soalnya Balqiss kasar. Matanya merenung tepat pada wajah Zarul Zikuan yang masih diam tanpa kata.
Mereka yang ada di meja itu tergelak. Apatah lagi apabila melihat wajah cemberut Zarul Zikuan. Mungkin marah dengan kata-kata Balqiss sebentar tadi.
“Balqiss. Kenalkan. Ni Zarul Zikuan. Member aku yang selama ni memang tak sempat kitorang nak kenalkan kat kau. Bila kau ada, dia takde. Bila dia ada, kau pulak yang takde. So, sebab tulah kau tak pernah jumpa dia.” Ujar Hasrul tenang. Riak terkejut di wajah Zarul Zikuan masih jelas kelihatan. Tetapi sengaja diabaikan.
“Wan. Ni Balqiss. Homemate and bestfriend budak bertiga ni.” Sambung Hasrul lagi. Bahu Zarul Zikuan ditepuk perlahan.
Zarul Zikuan mengangguk. Matanya masih tidak lepas merenung wajah gadis yang sedang mencuka menahan rasa.
Enam pasang mata yang berada di meja itu terdiam. Pelik dengan tingkah laku dua insan tersebut.
“Kau pernah rasa tak mata kau tu kena korek?” soal Balqiss tiba-tiba. Matanya masih melekat pada botol sos cili yang berada di tangannya. Wajahnya sudah memerah menahan malu. Dia memang tidak boleh direnung sebegitu.
Norman berdehem.
Syahrul menyiku lembut lengan lelaki berbaju putih itu.
Zarul tersentak.
“Kau cakap dengan aku ke?” soalnya.
“Tak. Dengan botol ni.” Balas Balqiss geram.
“Oo.. Baru hari ni aku jumpa orang cakap dengan botol. Tak sangka aku bertuah jumpa orang tak betul macam kau kat sini.” Zarul sengaja membangkitkan amarah gadis tersebut.
“Hah! Dah tu? Kau nak menangis ke?”
“Boleh jugak!”
“Nangislah!”
“Uwekkkkk!!!” balas Zarul sambil membuat mimik muka sedih. Rakan-rakannya yang lain juga turut ketawa. Hanya Balqiss yang memaparkan wajah tidak senang.
“Kau ni kan...”
“Qiss.. Apa kata kau duduk dulu. Tak pun pergilah order makanan dengan Yana ni. Kesian budak tiga orang ni dah lapar. Dari tadi duk tunggu kau.” Belum sempat Balqiss membalas, Syahrul sempat mencelah. Takut suasana semakin tegang. Bukan dia tidak kenal dengan perangai Zarul Zikuan dan gadis tersebut. Dua-dua tidak akan mengalah.
Norman memberi isyarat mata kepada Shahfira agar membawa gadis tersebut berlalu dari situ. Mujurlah gadis itu faham. Pantas sahaja dia berlalu sambil menarik tangan Balqiss menuju ke kaunter.
*          *          *          *          *                                             
Tiga pasang mata yang berada di meja tersebut berpusat ke arah Zarul Zikuan. Menunggu kata-kata yang bakal diucapkan oleh lelaki tersebut.
“She’s really like her...” Kata-kata itu meluncur perlahan di bibirnya.
“But she’s not her. They are different person.” Balas Syahrul lembut. faham apa yang tersemat di hati pemuda seusia dengannya itu.
“Aku tak percaya Syah. Aku dapat rasa macam....”
“Macam Akma yang ada kat depan mata kau? Macam tu?” pintas Hasrul.
Zarul mengangguk perlahan.
“Tak Wan! Dia Balqiss. Bukan Akma. Aku dah siasat semua tu. Diorang memang bukan orang yang sama. Langsung takde hubungan.” Balas Norman pula.
“Yana, Emmy dengan Fira tahu tak pasal ni?” soal Zarul lemah.
Ketiga lelaki tersebut mengeleng laju.
“Dahlah Wan. Lupakan jelah apa yang dah jadi tu. Life must be go on. Aku yakin, dia pun tak nak kau macam ni.” Nasihat Syahrul.
“Yelah Wan. Kau masih tak boleh terima hakikat yang arwah dah pergi kan? Sebab tu kau rela pilih kembali dengan perangai playboy kau tu. kau dah lupa ke yang kau pernah janji dengan arwah yang kau takkan buat semua tu lagi? Mana janji kau Wan? Aku yakin, pasti arwah sedih dengan kau.” Tokok Hasrul pula. Bahu sahabatnya itu ditepuk lembut.
Zarul tersenyum hambar. Kata-kata sahabatnya itu ada benarnya. Tapi dia masih tidak dapat melupakan segala yang berlaku.
 “Apa yang korang bincangkan ni? Nampak macam serious je?” soal Yana tiba-tiba. Sekaligus mematikan perbualan lelaki-lelaki tersebut. Dulang berisi makanan yang dibawa diletakkan di atas meja.
Balqiss mengambil tempat di hujung meja. Bertentangan dengan Zarul Zikuan yang mengambil tempat duduknya sebentar tadi. Wajahnya mencuka. Dibiarkan saja Yana, Fira dan Emmy yang sibuk mengagihkan ketulan-ketulan ayam di dalam pinggan.
“Apesal kau memuncung sangat ni Qiss?” Syahrul menyoal.
“Takde apa-apalah.” Balas Balqiss perlahan sambil mencapai pinggan yang dihulur oleh Emmy. Seketul peha ayam yang berada di dalam pinggannya dicapai.
“Laparlah tu. Kau ni pun Syah. Takkan tak faham lagi.” Balas satu suara.
Balqiss pantas mengangkat muka.
“Kau ni apesal? Tak habis lagi nak gaduh ngan aku?” soalnya geram. Peha ayam digigit geram. Terbayang seperti sedang mengigit lelaki yang sedang tersenyum sinis di depannya itu.
“Dah betul apa yang aku cakap. Kau lapar, sebab tu muka macam nak telan orang.” Balas Zarul Zikuan sambil tersenyum sinis.
“Memang aku lapar. Tapi rasa lapar tu macam hilang bila tengok muka kau yang sengal tahap dewa tu. Ee... Entah apa yang ada kat muka kau tu pun aku tak tahulah.” Balqiss membalas selamba.
Berubah wajah Zarul Zikuan mendengar kata-kata tersebut. Dia baru saja ingin bersuara, tapi sempat dihalang.
“Qiss, Wan... Dahlah tu. Takkan tengah makan pun nak gaduh jugak.” Tegur Emmy perlahan.
“Kau tengoklah si mamat sengal tu. tak habis-habis nak mengata aku.” Adu Balqiss geram.
“Apa kau panggil aku? Mamat sengal? Kau tu apa? Minah singa. Garang semacam. Kalah singa lapar kat hutan tu.” balas Zarul geram.
Buk!!
Peha ayam yang baru sekali digigit dibaling ke arah Zarul. Malangnya lelaki itu tidak sempat mengelak. Peha ayam itu terkena betul-betul pada bahunya.
Aish! Dasyat gila minah ni. Bahagian bahunya dikerling sekilas. Ternampak kesan kuning pada bajunya. Tak boleh jadi ni. Desis hati Zarul Zikuan.
Tangannya pantas mencapai bahagian ayam yang berada di dalam pinggannya lalu dibaling ke arah Balqiss. Tapi balingannya tersasar dan mengenai dinding.
“Hahahaha... Tangan kau cap cicak ke? Baling tu pun tak kena.” Balqiss ketawa kuat.
Merah padam muka Zarul Zikuan mendengar kata-kata tersebut. Bertambah membara hatinya mendengar gadis itu galak ketawa. Dia mencapai seketul lagi ayam goreng di dalam pinggan dan dibaling kearah gadis tersebut.
Ternganga mulut Balqiss. Terkejut dengan tindakan pantas lelaki itu. Dia mengelak. Mujurlah balingan itu tidak kuat dan jatuh betul-betul di dalam pinggannya.
“Eh korang berdua ni apesal? Makanan pun main baling-baling. Tak malu ke budak-budak tengok?” tegur Norman pula.
“Perangai macam budak-budak tak matang.” Tokok Hasrul.
“Korang tanyalah mamat sengal tu. Tak reti nak hormat orang langsung. Harap muka je tua, otak macam budak-budak.” Balas Balqiss geram. Sakit hatinya melihat wajah selamba lelaki tersebut.
“Eh kau ni kan...”
“Wan... Dahlah tu.” tegur Hasrul pula. Mecantas kata-kata Zarul. Tidak mahu pergaduhan antara mereka berdua melarat.
Zarul Zikuan memuncung. Matanya memandang tepat wajah Balqiss.
Balqiss tersenyum. Sebaik saja melihat orang lain tidak memandangnya, cepat-cepat dia mengangkat ibu jari dan tersenyum mengejek kepada lelaki tersebut.
Zarul Zikuan bengang. Dijelingnya wajah Balqiss yang tersenyum girang.

No comments: