SELAMAT MEMBACA..Jangan lupa tinggalkan komen atau cadangan agar Mya boleh buatkan cerita lebih menarik okeh!datang lagi...sayang korang...(^_*)

Jom follow blog Mya.... ;)

Monday 19 December 2011

Bahagia Yang Kudamba ep 9

BAB 9
Hakimiey bersendirian di buaian yang terdapat di laman banglo 2 tingkat milik Datuk Helmi. Ingatannya terarah kepada gadis yang bernama Farisya Humaira. Terlalu sukar baginya untuk melupuskan raut itu dari ingatan. Senyuman, lenggok badan, renungan dan semua tentang gadis itu mampu membuatkan dirinya tersenyum riang.
Sudah hampir dua bulan perkenalan mereka. Hakimiey dapat merasakan bahawa dia gembira setiap kali bersama gadis tersebut. Tetapi ada sesuatu yang masih belum mampu diungkapkan kepada Farisya. Keinginan hatinya. Dia takut Farisya akan menolak. Walaupun Farisya sudah tahu akan isi hatinya, tetapi gadis itu seakan sengaja tidak mempedulikan perasaannya. Gadis itu masih mentah. Baru minggu lepas gadis tersebut menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-14 tahun. Dia tersenyum mengenangkan wajah terkejut Farisya sebaik sahaja dia muncul di kelasnya bersama sebiji kek.
Happy Birthday my sweet liltle princess.” Ujar Hakimiey sambil mengenyitkan matanya kepada gadis Farisya. Farisya hanya tersenyum malu. Wajahnya sudah merona kemerahan. Waktu itu sesi pembelajaran sudah tamat. Kebanyakkan pelajar telah meninggalkan kelas. Hanya Farisya yang ditemani oleh rakan-rakannya Aisyah, Aini dan Madiey sahaja yang masih berada di dalam kelas.
“Terima kasih. Tapi macam mana Miey tau birthday Maira? Mesti kerja korang kan?” soal Farisya sambil memandang ke arah 3orang rakan baiknya yang hanya tersenyum nakal.
“Ish. Janganlah marah diorang. Budin yang bagitau semalam. Diorang tu Miey mintak tolong pujuk Maira balik lambat je.” Balas Hakimiey sambil tersenyum. “Maira marah ke?” soalnya. Matanya masih tidak lepas memandang ke arah Farisya yang mengelengkan kepala dan tersenyum. Nur Farisya Humaira. Nama secantik tuannya. Sebaik saja Hakimiey mendengar nama penuh gadis itu, dia sengaja meminta untuk memanggilnya Maira. Katanya dia mahu memanggil gadis tersebut Maira kerana inginkan kelainan. Gadis itu tersenyum tanda membenarkan.
#          #          #          #          #          #          #          #          #          #
Hakimiey tidak sedar dia sedang diperhatikan oleh kedua orang tuanya dari balkoni.
“Saya tengok kan bang, lepas dia ke sekolah tu dia dah jauh berubah. Selalu je senyum sorang-sorang. Kalau dulu, lepas dia putus dengan si Amelia tu, susah sangat nak tengok dia senyum. Sekarang ni, duduk sorang macam tu pun boleh senyum.” Ujar Datin Norma sambil matanya memandang susuk tubuh di halaman rumahnya itu.
“Awak tak cuba tanya ke? Pergilah tanya. Hakimiey tu kalau tak ditanya, dia takkan cerita kat kita.” Balas Datuk Helmi. Dia turut senang dengan perubahan yang berlaku pada diri anak bongsunya. Hakimiey dan Hakimlah permata hati mereka. Selepas melahirkan Hakimiey, isterinya sudah tidak dibenarkan mengandung lagi oleh doktor.
“Takdelah pulak. Kalau si Hakim tu ada, bolehlah kita tanya dia. Diorang tu kan rapat. Jomlah bang. Kita turun.” Ajak Datin Norma sambil manarik tangan suaminya. Datuk Helmi hanya menurut langkah isterinya itu.
#          #          #          #          #          #          #          #          #          #
“Miey. Buat apa sorang-sorang kat sini? Esok tak sekolah ke?” tegur Datuk Helmi sambil melabuhkan punggung di kerusi berdekatan dengan Hakimiey.
“Eh papa, mama. Takde. Saje ambik angin. Bosan kat bilik. Sekolah pa. Awal lagi nak tidur.” Balas Hakimiey sambil melemparkan senyuman kepada kedua orang tuanya itu.
Sudah lebih 2 tahun Datuk Helmi dan Datin Norma berpindah ke bandar Kuala Terengganu kerana Datuk Helmi membuka cawangan baru di bandar ini. Sebelum ini mereka tinggal di Kuala Lumpur dan syarikat miliknya di KL diuruskan oleh anak sulungnya sekarang, Hakim Dzulkarnain. Jika sebelum ini, Hakimiey terlalu liat untuk tinggal bersama mereka di sini, tetapi tiga bulan lepas, Datuk Helmi sendiri yang memaksanya berbuat demikian.
Dulu Hakimiey seorang remaja baik dan mendengar kata.  Tetapi tingkahnya berubah setelah memasuki sebuah sekolah menengah swasta di ibu negara dan rapat dengan  seorang gadis berdarah kerabat, Tengku Amelia Natasya. Gadis itu telah banyak mempengaruhi kehidupan Hakimiey. Hakimiey berubah menjadi seorang yang degil dan sombong. Bahkan untuk melihatnya sujud di tikar sembahyang juga amat sukar.
2 tahun lepas, sebulan sebelum  pasangan suami isteri itu berpindah ke Terengganu, mereka dikejutkan dengan kepulangan Hakimiey dalam keadaan tak terurus dan marah-marah. Setelah puas didesak, barulah jejaka itu membuka cerita. Amelia telah meninggalkannya kerana lelaki lain. Sejak dari peristiwa tersebut, Hakimiey berubah menjadi seorang yang pendiam dan agak sukar untuk melihatnya tersenyum. Datin Norma ada memujuknya mengikut beliau tinggal di Terengganu, tetapi ditolak. Banyak masanya dihabiskan di luar rumah dengan rakan-rakan lelakinya. Hakim sudah tidak tahu bagaimana untuk mengawal adiknya itu. Kerana itulah, Datuk Helmi bertegas mengajak Hakimiey tinggal bersama mereka.
“Hish papa kamu ni. Sempat lagi mengelamun. Ni mesti ingat kat perempuan lain ni.” Datin Norma menyiku lengan suaminya.
“Ingat kat siapa lagi sayang oi. Awak sorang je isteri saya. Awak dah cukup cantik dah bagi saya. Mama kamu ni, makin tua makin kuat cemburunya Miey.” Datuk Helmi pantas tersedar lantas memeluk mesra bahu isterinya itu. Hakimiey tergelak melihat kemesraan kedua ibu bapanya itu. Dalam diam dia berdoa agar suatu hari nanti dia dikurniakan kebahagiaan seperti mereka berdua.
“Malaslah saya nak layan orang tua gatal macam awak ni. Hah Miey! Macam mana sekolah baru tu? Ok tak?” Datin Norma pantas menukar topik. Dia tahu pasti suaminya tidak akan berhenti mengusik.
“Ok je ma. Best.” Balas Hakimiey pendek. Ingin rasanya dia berterima kasih kepada mamanya itu kerana memilih sekolah tersebut. Tetapi dia malu. Dulu dia yang beria-ria menolak. Tetapi didesak oleh wanita tersebut.
Best? Hai Miey. Dulu Miey jugak yang tak nak. Tak sukalah. Kampunglah. Tengok sekarang. Miey ni ada apa-apa ke? Tak nak kongsi dengan mama?” Datin Norma sudah mula masuk jarum. Dapat dilihat senyuman anak terunanya itu semakin melebar.
“Takde apelah ma.” Balas Hakimiey cuba berselindung.
“Mama yang mengandungkan dan besarkan kamu Miey. Mama tahu. Miey adeasorokkan sesuatu kan?” teka wanita itu lagi. Suaminya hanya mendengar sahaja. Tidak mahu masuk campur.
“Alah mama ni. Takdelah.”
“Dah tu. Gambar budak mana dalam bilik Miey tu?” soal Datin Norma. Hakimiey terkulat-kulat setelah mendengar soalan tersebut. Pasti mamanya sudah melihat gambarnya bersama Farisya yang diambil semasa birthday gadis itu tempoh hari. Dia tersenyum.
“Oo. Tu. Maira. Comel kan mama?” soal Hakimiey sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Memanglah comel. Budak mana? Anak saper?” soal Datin Norma lagi.
Hakimiey tersenyum. “Budak sekolah tulah mama. Dia yang tolong Miey masa Miey mula-mula kat sekolah tu. Dia tinggal dekat-dekat situlah. Anak orang biasa-biasa je ma.” Hakimiey memandang tepat wajah wanita kesayangannya itu.
“Oo. Jadi budak tulah yang buat kamu tersengih sorang-sorang yek?” Datuk Helmi bersuara. Dia tersenyum melihat anaknya itu sekadar mengangguk dan tersenyum malu.
“Nanti kenalkan kat mama dengan papa. Mama tak kisah siapa keluarganya. Asalkan baik, ada agama, pandai bawak diri. Dahlah mama nak masuk dulu. Esok kirim salam mama kat dia. Dah! Pergi masuk tidur. Jom bang.”  Datin Norma bangun dan menepuk bahu anaknya itu sebelum berlalu pergi. Hakimiey tersenyum gembira. Tidak sabar rasanya untuk mempertemukan Farisya dengan kedua orang tuanya itu. Dia bersyukur kerana ibu bapanya bukan orang yang mementingkan darjat dan harta.

No comments: