SELAMAT MEMBACA..Jangan lupa tinggalkan komen atau cadangan agar Mya boleh buatkan cerita lebih menarik okeh!datang lagi...sayang korang...(^_*)

Jom follow blog Mya.... ;)

Monday 19 December 2011

Bahagia Yang Kudamba ep 11

BAB 11
“Ateh. Apesal kau sekarang ni termenung je? Ade problem ke?” Hayati runsing melihat adiknya selalu benar mengelamun sekarang.
“Takde apelah ngah. Saja je. Ambik angin. Angah takde kelas ke petang ni?” soal Farisya sambil memandang ke arah kakaknya itu. Hayati sebaya dengan Hakimiey tetapi berlainan sekolah. Farisya sendiri tidak mahu bersekolah di sekolah yang sama dengan kakaknya itu. Sudah jenuh dipujuk oleh ayahnya, tetapi dia tetap dengan kemahuannya. Tidak mahu setiap perlakuannya diketahui oleh kakaknya. Dia tidak suka.
“Ada. Malas nak pergi. Eh ateh. Hari tu kawan angah nampak kau dengan budak laki kat pekan. Kau ngan saper?” soal Hayati. Sudah lama dia ingin bertanya kepada gadis itu tetapi tidak berkesempatan.
“Kawan. Apesal?”
“Takdelah. Saja je tanya. Eh jom! Mak suruh pergi umah Mak Su. Hantar kuih.” Ajak Hayati. Dia tidak mahu memanjangkan cerita tersebut. Dia yakin Farisya sudah pandai menjaga diri. Dari kecil adiknya itu memang suka berkawan dengan budak lelaki berbanding perempuan. Farisya bukan sahaja seorang gadis yang comel, tetapi pandai bergaul. Ke mana saja dia pergi, pasti ada kenalannya. Mujurlah kelakuannya tidak terpengaruh seperti lelaki.
“Jom. Ateh pun dah lama tak pergi rumah Mak Su.” Mereka melangkah beriringan sambil bergurau senda.
#          #          #          #          #          #          #          #          #          #
“Ateh! Oo ateh!” laung Puan Rafidah. Bingit telinganya mendengar bunyi telefon milik Farisya yang tidak henti-henti berdering itu.
“Ye mak! Jap.” Balas Farisya sambil berlari mendapatkan handphonenya itu.
“Hish. Entah siapalah yang duk sibuk sangat telefon tu. Lain kali letak je benda tu kat lain. Takdelah sakit telinga mak ni dengarnya. Duk menyanyi dari tadi.” Bebel wanita itu lagi. Sempat dijeling anak daranya yang sedang bergelak ketawa di luar rumah. “Ateh. Dah malam ni kan. Masuk! Tak elok anak dara duk kat luar rumah.” Sambungnya lagi.
Farisya pantas menamatkan perbualan. Tidak mahu disoal oleh emaknya nanti. “Ye mak. Nak masuklah ni.”
“Hah. Siapa yang telefon? Bukan main berbisik-bisik lagi mak tengok.” Farisya memandang gerak-geri wanita yang sedang sibuk memasak itu. Dia hanya duduk memandang. Bukan mahu menolong.
“Kawan. Ayah mana mak?” dia cuba menukar topik.
“Pandai je kamu ni kan. Ayah pergi masjid. Teh. Ambik telur tu, goreng. Kejap lagi ayah balik, boleh terus makan.” Arah wanita tersebut. Farisya bingkas bangun. Walaupun gadis itu agak nakal tetapi dia memang boleh diharap dalam hal ehwal memasak. 

No comments: