Follow by Email

SELAMAT MEMBACA..Jangan lupa tinggalkan komen atau cadangan agar Mya boleh buatkan cerita lebih menarik okeh!datang lagi...sayang korang...(^_*)

Jom follow blog Mya.... ;)

Monday, 19 December 2011

Bahagia Yang Kudamba ep 8

BAB 8
Mail menepuk lembut bahu sahabatnya. Mamat berpaling.
“Apehal kau cari aku ni?”
“Takdelah. Risau aku. Kau dah berapa hari tak datang sekolah. kau tak sihat ke?” soal Mail. Dia merenung wajah murung didepannya itu.
“Takde apelah. Aku malas.”
“Kau tak payah nak tipu akulah Mat. Aku dah lama kenal kau. Ni tentu pasal kes Risya kan?” teka lelaki berambut kerinting itu. “Dahlah tu Mat. Biarkan jelah dia tu. Bukannya takde orang lain dah kat dunia ni. selama ni pun dia dah selalu bagitau kau yang dia anggap kau kawan je kan. So, tak bolehlah nak salahkan dia.” Tambahnya lagi.
“Aku taulah. Tapi aku sebenarnya kesian kat dia tu. Tak habis-habis kena maki dengan pompuan lain. Kalau nak ikutkan hati aku ni, aku dan tampar-tampar pipi Yana dengan si Hazirah tu kau tau tak.” Dia geram melihat Farisya diperlakukan sebegitu rupa tempoh hari. Mujurlah gadis itu pandai mengawal diri.
“Dahlah tu Mat. Sekarang ni pun dia dah happy ngan si Hakimiey tu. Biar jelah. Weh! Aku nak mintak tolong kau ni.” Mail cuba mengubah topik. Dia tahu, Mamat sedang cuba melupakan gadis bernama Farisya.
“Apa?” soal Mamat pendek.
“Tolong baiki motor aku ni. Tak tau apa problem dia. Asyik meragam je.”
“Huh! Ni takde lain lah ni. mesti nak free kan? Kau ingat bengkel bapak aku ni pusat kebajikan ke?” Mamat memandang ke arah Mail yang tersenyum malu.
“Alah. Dah kat sini je aku selalu datang. Lagipun servis ok apa. Kau ni pun. Takkan dengan aku pun nak berkira kot.” Balas Mail sambil menepuk perlahan bahu rakannya itu.
“Hish! Kalau ada sepuluh orang macam kau ni, mau lingkup bengkel bapak aku ni tau tak.” Rungut Mamat sambil membelek motor Mail.
Mail hanya memerhatikan tingkah rakannya. Walaupun Mamat seorang pelajar yang nakal, tetapi dia merupakan seorang rakan yang baik. Dia tidak lokek membantu rakan-rakannya yang kesusahan. Malah Mail sendiri sudah banyak terhutang budi dengannya.

No comments:

There was an error in this gadget