SELAMAT MEMBACA..Jangan lupa tinggalkan komen atau cadangan agar Mya boleh buatkan cerita lebih menarik okeh!datang lagi...sayang korang...(^_*)

Jom follow blog Mya.... ;)

Friday 23 December 2011

Bahagia Yang Kudamba ep 13

BAB 13
Setelah seminggu Hakimiey menghabiskan masa dengan keluarganya, tiba giliran dia menunaikan janji dengan Farisya. Hari ini dia membawa gadis itu sekali lagi ke restoran kegemaran Farisya.
“Maira. Tahu tak hari ni hari ape?” matanya tidak lepas memandang gadis yang semakin manis di depannya itu.
“Sabtu. Apesal?” Farisya hairan. Apesal mamat ni? Takkan hari ape pun tak tahu. Getusnya.
“Taulah Sabtu. Tapi Maira ingat tak something special tentang hari ni?” soalnya lagi.
“Urmm.. Sebab hari cutilah. Tak payah pergi sekolah.” balas gadis itu ceria. Hakimiey mengeluh. Nasibnya berpasangan dengan ‘budak-budak’.
“Maira salah ke? Sorry.” Farisya tersenyum sambil mengedipkan matanya beberapa kali. Dia serba salah apabila mendengar keluhan lelaki itu. Pasti ada yang tak kena.
Hakimiey tersenyum. Tingkah manja itu sering kali mampu meredakan ketegangan dalam dirinya. “Takpe. Miey tak kisah. Kalau Maira nak tahu. Hari ni kan dah genap dua tahun Maira jadi awek Miey. Lagipun kan tahun lepas Miey tak boleh balik, sebab tu tahun ni Miey ingat nak celebrate dengan awek Miey yang busuk ni.” seloroh Hakimiey. Dia ketawa lepas bila melihat mulut gadis itu sudah memuncung. Dia suka melihat wajah itu setiap kali diusik.
“Maira nak makan apa?” soal Hakimiey. Gadis didepannya direnung lama. Farisya masih lagi mendiamkan diri.
“Alah busuk ni merajuk ke? Sorry sayang. Miey gurau je tadi.” Dia cuba memujuk. Tapi tiada respon oleh gadis itu. Matanya melihat keadaan di Restoran Secret Recipe itu. Tidak ramai yang datang. Mungkin masih awal untuk menjamu selera. Tekanya. “Eh. Miey ada something nak bagitau ni. Penting! Maira nak tau tak?” Wajahnya serius.
Akhirnya gadis itu berpaling melihatnya. “Apa?” soalnya pendek. Hakimiey tersenyum. Jeratnya mengena.
“Maira kan bila merajuk makin comel. Geram sangat Miey tengok pipi tembam ni?” Balas Hakimiey sambil tangannya sempat mencubit pipi gadis itu. Farisya menarik muka. Dia terkena lagi. “Hahaha... Sorry. Miey gurau je.” Hakimiey mengusap lembut pipi yang kemerahan itu.
Seorang pelayan restoran datang membawa sekotak kek dan meletakkannya di atas meja. Farisya hanya melihat dengan riak terkejut. “Eh. Apesal dia tinggal kat sini? Bila kita order?” soalnya memandang pelayan wanita yang sudah berlalu pergi itu. Seingatnya sepanjang mereka duduk di situ belum ada lagi pelayan yang datang mengambil order mereka.
“Urmm. Entahlah. Cuba Maira bukak. Tengok apa kat dalam tu.” Hakimiey memberikan cadangan. Gadis itu mengerutkan dahi.
“Eh tak naklah Maira. Bukan Maira punya.” Dia menolak sedikit kotak tersebut.
“Alah. Takpe. Tengok dulu. Nanti kita ikat balik. Tengoklah.” Pujuk Hakimiey lagi.
Akhirnya Farisya mengalah. Perlahan-lahan dia membuka kotak tersebut. Bulat matanya melihat kek tersebut. Dia atasnya tertulis ‘HAPPY 2nd  ANNIVERSARY HUMAIRA SAYANG.
“ Maira.. Tengs for being my princess and make me happy. Miey tak pernah rasa happy macam ni. Maira dah buat hidup Miey jadi terisi, bermakna. Kalau boleh Miey nak Maira jadi yang pertama dan terakhir dalam hidup Miey. I love you so much my dear.” Bisik Hakimiey lembut. Farisya terkedu. Tidak sangka. Wajahnya diangkat. Memandang tepat jejaka di depannya itu. Hakimiey tersenyum. Membalas renungan gadis tersebut. Dia kaget setelah melihat mata gadis itu sudah berkaca.
“Maira tak suka ke?” soalnya.
“Tak. Maira tak sangka. Macam tak caya je Miey buat semua ni kat Maira.  Thanks Miey. Maira suka sangat. Rasa macam nak nangis je. Tak sangka Miey ni mat jiwang gak yek.” Ujar gadis itu sambil tergelak manja. Sempat lagi dia mengusik Hakimiey.
“Aduh Maira. Janganlah buat Miey suspen. Miey ingat Maira tak suka. Miey tak kisah buat semua ni untuk Maira. Asalkan Maira happy.” Hakimiey tersenyum senang. Dia tahu kejutannya itu tidak seberapa. Tetapi dia tetap bertekad untuk memberikan yang terbaik kepada gadis kesayangnnya itu.
Sorry. Tak boleh. Nak nangis.” Farisya bersuara manja.
“Miey ada suprise untuk Maira. Jom!”Hakimiey bangun sambil menarik lembut tangannya gadis itu.
“Pergi mana?” soal Farisya.
Hakimiey hanya membisu. Gadis itu hanya mengikut langkahnya.
#          #          #          #          #          #          #          #          #          #          #          #          #
Farisya terkedu. Hakimiey membawanya ke banglo itu lagi. Macam tau-tau je yang dia memang dah rindukan seluruh isi rumah itu. Tapi apesal banyak sangat kereta kat rumah ni? soalnya di dalam hati.
“Jom sayang. Turun. Semua dah tunggu tu.” Dia masih lagi termangu di dalam kereta. Tak sedar Hakimiey sudah membukakan pintu kereta untuknya.
Hakimiey sebenarnya turut hairan. Mungkin rakan bisness papanya yang datang. Agaknya. Pantas dia menoleh ke arah Farisya. Gadis itu kelihatan tidak selesa.
“Jom Maira. Suprise tu ade kat dalam.” ajaknya. Farisya hanya menurut.
“Assalamualaikum.” Sapa Hakimiey sambil melangkah memasuki banglo mewah itu. Kedengaran suara ibu bapanya berbual-bual dengan beberapa suara yang agak asing di telinganya.
“Waalaikummussalam. Eh Maira pun ada? Maira sihat? Dah lama Mak Leha tak jumpa Maira. Makin tembam pipi ni. Comel,” Mak Leha, pembantu rumah itu pantas menuju ke arah mereka berdua. Dia lantas memeluk mesra gadis di hadapannya itu. Kedua pipi Farisya dikucupnya penuh kasih. Dia amat senang dengan Farisya. Sejuk matanya memandang wajah Farisya. Gadis itu juga pandai mengambil hati tuanya dan suka benar mengusik.
“Sihat. Hish. Tak tembam lah Mak Leha. Mak Leha saja je kan nak kenakan Maira. Mak Leha mesti sihat kan. Maira tengok pipi Mak Leha tu yang makin tembam. Tengok ni, dah macam belon dah hah.” Farisya pantas mengusik wanita di hadapannya itu. Hakimiey hanya mendengar. Dia tergelak apabila melihat wanita tua itu mencubit lembut lengan gadis kesayangannya.
“Auchh! Sakitlah Mak Leha...” rengek Farisya manja.
Hakimiey tersenyum. Dia senang dengan kemesraan yang terjalin antara Farisya dengan pembantu rumahnya itu. Mak Leha sudah lama berkhidmat dengan Datuk Helmi dan Datin Norma. Wanita itu sudah dianggap seperti ibunya sendiri kerana wanita itu juga yang telah menjaganya dari kecil.
Dahulu pernah sekali Mak Leha bercadang untuk berhenti. Mahu tinggal di kampung katanya. Tetapi niatnya itu dihalang oleh Hakimiey. Dia tidak sanggup berjauhan dengan ibu keduanya itu. Setelah puas dipujuk oleh Hakimiey, barulah Mak Leha mengalah dan membatalkan niatnya itu.
Lamunan Hakimiey terhenti apabila mendengar tawa Farisya dari arah dapur. Tiada lain kerjanya. Pasti mengusik Mak Leha. Tidak sedar sejak bila dia ditinggalkan sendirian. Pantas kakinya menghala ke arah suara tersebut. Dilihatnya Farisya sedang galak berborak dengan Mak Leha sambil memerhatikan wanita itu menghidangkan air untuknya. Gadis itu masih tidak sedar akan kehadirannya.
“Miey nak air? Nanti Mak Leha ambilkan.” tegur Mak Leha.
“Takpe Mak Leha. Miey minum air ni je.” Pantas Hakimiey menghalang wanita itu. Gelas yang masih berisi separuh air oren di depannya di ambil. Habis diteguknya.
“Apesal ambik air Maira? Tak malulah Miey ni.” dia yang baru saja ingin mencapai gelas minumannya itu tersentak apabila melihat gelas tersebut sudah kosong.
“Saja je. Siapa suruh Maira tinggal Miey kat depan tu sorang-sorang?” ujarnya sambil tersenyum. Mak Leha hanya tersenyum melihat pasangan muda itu. Dia bersyukur jika Hakimiey dijodohkan dengan Farisya. Dia yakin. Pasti lelaki itu bahagia. Walaupun gadis itu masih muda, tapi dia tahu Farisya pasti akan dapat membahagiakan lelaki yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri itu.
“Lah. Kat sini rupanya Miey. Jom join us kat depan.” Tegur Datin Norma yang berdiri di muka dapur. “Eh! Maira pun ada? Bila sampai?” soalnya. Terkejut melihat gadis itu. Maira maju menghulur salam. Tetapi tidak bersambut. Tubuhnya ditarik ke dalam pelukan wanita itu. Sekali lagi pipinya menjadi sasaran kucupan wanita sebaya ibunya itu. “Mama rindu sangat dengan Maira. Dah lama kita tak jumpa kan?” ujarnya sebak. Diusap lembut pipi gadis itu. Memang dia sudah jatuh sayang dengan gadis tersebut. Sejak pertama kali bertemu lagi.
“Baru je ma. Maira pun rindu nak jumpa Datin Norma ni. Makin cantiklah mama. Slim gitu.” Usik Farisya. Dia sempat mengenyitkan matanmya kepada Hakimiey. Hakimiey ketawa. Begitu juga dengan Mak Leha.
“Amboii!! Sedapnya mengata mama yek.” Datin Norma mengjenggilkan mata dan berpura-pura marah. Tangannya mencubit geram pipi gadis yang masih tersenyum memandangnya itu.
“Aduh ma! Sakit. Sorry-sorry. Gurau je. Lama tak usik mama. Tapi betullah ma. Mama nampak slim je sekarang ni. Diet yek? Mesti papa suka kan ma?” Farisya pantas berlari ke belakang Hakimiey. Takut sempat dicapai oleh Datin Norma.
“Farisya Humaira!” Datin  Norma mengetap bibir sambil bercekak pinggang. Dia memandang tepat susuk tubuh yang berdiri di belakang tubuh sasa anak lelakinya itu. Riuh ruang dapur itu dengan tawa mereka.
“Hai. Apesal yang riuh sangat ni? Sampai kat depan tu dengar. Mama buat apa lagi kat sini? Dah! Cepat siapkan makanan tu.” Tegur Datuk Helmi. Dia tidak nampak susuk tubuh Farisya yang masih berlindung di belakang Hakimiey.
“Takde apelah bang. Tu hah si Maira. Tak habis-habis nak mengusik.” Ujar Datin Norma sambil tersenyum. “Kak Leha. Dah siap masak ke?” soalnya sambil melangkah ke arah Mak Leha. Pantas dia membantu pembantu rumahnya itu menghidangkan makanan untuk tetamu.
“Maira mana pulak ni Miey?” soal Datuk Helmi. Hairan apabila nama Farisya disebut sedangkan kelibat gadis itu tidak kelihatan.
“Assalamualaikum papa.” Sapa Farisya sambil tersenyum. Pantas dia melangkah mendekati lelaki separuh abad itu. Dihulurkan tangan dan mengucup lembut tangan lelaki yang masih terkejut dengan kemunculannya itu.
“Waalaikumussalam. Lamanya papa tak jumpa anak papa ni. Maira sihat?” balas Datuk Helmi lembut. Sempat dia mengusap lembut kepala yang dilitupi tudung itu.
“Sihat pa. Papa sihat? Maira ingatkan papa dah lupa kat Maira. Asyik ingat kat mama je tiap masa. Mama kan dah makin cantik sekarang.” Seloroh Farisya lagi. Bulat mata Datin Norma melihat gadis itu. Semua yang ada di dapur itu turut ketawa dengan usikan tersebut.
“Eh. Dahlah. Papa ada tamu tu. Kalau nak layan si Maira ni sampai esok pun tak habis. Jom papa kenalkan kamu dengan tetamu papa tu. Miey. Jom!” Ajak Datuk Helmi. Dia turut gembira dengan kehadiran Farisya.
“Err. Miey pergi jelah. Biar Maira tolong Mak Leha. Mama pun pergilah depan.” Balas Farisya. Dia tidak biasa. Fikirnya lebih baik dia duduk di dapur sahaja dengan Mak Leha.
Perlahan-lahan Hakimiey mengangguk. Berat kakinya melangkah meninggal gadis itu. Kalau boleh dia hanya mahu mengahabiskan masa bersama Farisya. Tetapi demi menjaga air muka orang tuanya, diturutkan juga langkah kedua-duanya itu ke ruang tamu.
Farisya mula menolong Mak Leha menghidangkan makanan. Sambil mulutnya tidak henti-henti berceloteh. Diselang seli dengan tawa wanita tua itu.

1 comment:

Idha Chunhyang said...

Suka-suka cerita nya.... :) :)