SELAMAT MEMBACA..Jangan lupa tinggalkan komen atau cadangan agar Mya boleh buatkan cerita lebih menarik okeh!datang lagi...sayang korang...(^_*)

Jom follow blog Mya.... ;)

Thursday 8 December 2011

Andai Dia Jodohku ep1

BAB 1
Restoran KFC agak sesak. Mungkin kerana waktu makan tengah hari. Ramai pelanggan kelihatan beratur untuk membeli makanan. Meja-meja yang disediakan di dalam ruang restoran itu juga sudah dipenuhi.
Liyana menjengah ke arah pintu masuk. Sudah beberapa kali jam di pergelangan tangannya dipandang. Tapi insan yang ditunggu masih belum tiba. Wajah-wajah yang berada di depannya dipandang satu persatu. Emmy sibuk berbisik dengan tunangannya, Hasrul. Manakala Shahfira leka berbual dengan Norman. Syahrul pula ralit dengan handphone di tangannya. Entah apa yang dibelek lelaki itu.
“Syah! Mana kawan Syah tu. Dah satu jam kita duduk tercongok kat sini. Yana laparlah.” Liyana akhirnya bersuara. Geram dengan kelewatan sahabat teman lelakinya itu. Handphone Blackberry yang berada di tangan Syahrul dicapai. Oh! Main Facebook rupanya. Ingatkan berSMS dengan perempuan lain. Bisik hati Liyana. Dia tersenyum sendirian. Mujurlah Syahrul tidak tahu apa yang bermain di benaknya.
“Korang tak tahu ke dia kemana?” soal Syahrul kepada Hasrul dan Norman.
“Aku baru je SMS dia. Jap lagi sampailah tu. Tak kan kau tak tahu si Zarul di kalau dah tidur. Bom meletup kat tepi pun memang tak sedar.” Balas Norman selamba.
Kata-kata Norman itu disambut anggukkan Hasrul.
“Kalau macam tu, boleh tak kita makan dulu. Aku pun dah lapar ni.” Sampuk Fira pula.
“Korang pergilah order dulu. Nanti bila mamat tu sampai, pandai-pandailah dia nak isi perut dia tu.” balas Hasrul pula. “Emmy.. Tolong beli untuk Rul sekali yek.” Pintanya lembut. Wajah gadis bernama Emmy Elzana itu ditatap penuh kasih.
“Ok!” balas Emmy sambil tersenyum manja. Syahrul dan Norman membuat muka mendengar kata-kata Hasrul sebentar tadi.
“Yana.. Tolong beli untuk Syah sekali yek.”
“Fira.. Tolong beli untuk Man sekali yek.”
Ujar Syahrul dan Norman serentak.
Hasrul tersentak. Sedar yang kata-katanya sudah dijadikan bahan gurauan mereka berdua. Bulat matanya merenung wajah lelaki-lelaki yang sedang galak mentertawakannya itu.
Emmy yang sedar perubahan wajah tunangnya itu turut tersenyum.
“Alah Rul. Biarkan jelah diorang ni. Lagipun bukan Rul tak tahu. Diorang tu jeles, tak boleh nak bermanja dengan gf diorang.” Pujuk Emmy lembut sambil tersenyum. Dia sememangnya sudah biasa dengan perangai mereka yang suka mengusik. Ditambah lagi dengan sikap pemalu tunangannya itu. Kerana itulah lelaki itu sering menjadi sasaran usikan teman-temannya.
“Alah Emmy. Takde maknanya kitorang nak jeles dengan si keding tu. Cuma kelakar. Bukan selalu tau nak tengok si Hasrul ni bermanja depan kitorang. Betul tak Syah?” giat Norman lagi sambil ketawa.
Syahrul mengangguk laju.
“Eh! Ni apesal tak pergi lagi. Tadi bukan main lagi cakap lapar.” Norman kembali bersuara. Pelik melihat tiga gadis itu masih lagi tidak berganjak.
“Nantilah. Tunggu Balqiss.” Fira menjawab.
Emmy dan Liyana sekadar mengangguk.
*              *              *              *              *                                                              
Alamak! Aku dah lewat ni. Masak aku kali ni kena tadah telinga dengan budak-budak tu. Zarul menepuk dahi perlahan. Jam di dashboard keretanya dikerling seketika. Tepat pukul 12 tengahari. Satu jam dia lewat. Sempat lagi dia membelek wajah dengan melihat cermin pandang belakang. Rambut yang mencacak dibetulkan sedikit. Pantas dia keluar dan mengunci kereta Alfa Romeo yang baru dibelinya beberapa bulan lepas. Kakinya diatur menuju ke dalam sebuah restoran makanan segera.
Sambil berjalan, matanya asyik membelek handphone. Langsung tidak dihiraukan pandangan-pandangan yang dilemparkan kearahnya.
Bukk!!
Tiba-tiba tubuhnya dirempuh. Handphone ditangannya terjatuh bersama dengan tubuh insan yang merempuhnya.
“Aduh!!” telinganya sempat menangkap suara tersebut.
Zarul Zikuan pantas melihat ke arah tubuh kecil yang sedang duduk sambil menggosok perlahan sikunya. Kemudian matanya singgah pada handphone Nokia miliknya yang sudah berkecai berdekatan gadis tersebut.
“Alamak! Handphone aku!” Zarul menepuk dahi.
“Lain kali kalau jalan tu pakai mata. Jangan main redah je.” Laju kata-kata tersebut meluncur dari mulut Zarul Zikuan. Dia berlalu meninggalkan gadis tersebut tanpa langsung tidak berniat untuk membantunya. Sempat dikutip gajet kecil itu dan dijeling sekilas wajah gadis yang berkemeja biru lembut itu. Tapi tidak jelas kerana gadis itu hanya menunduk.
*              *              *              *              *                                                              
Balqiss tersentak. Berdesing telinganya mendengar kata-kata yang keluar dari mulut lelaki tersebut. sudahlah dirinya sakit, kena marah pulak tu.
Dia bingkas bangun. Siku yang sakit sudah tidak dihiraukan.
“Kalau saya jalan pakai mata, tapi awak jalan pakai jari tak jadi jugak. Dah sah-sah diri tu salah, tak reti-reti ke nak mintak maaf? Eei.. Entah apalah nak jadi orang zaman sekarang.” Balas Balqiss kuat. Tajam matanya merenung tubuh lelaki yang sedang berjalan menuju ke dalam restoran. Mata-mata yang memandang sudah tidak dihiraukan.
Zarul Zikuan berhenti melangkah.
“Kau cakap dengan aku ke?” soalnya setelah berpaling menghadap gadis berkemeja biru tersebut.
Balqiss tersenyum sinis. Tanpa mendongak, mulutnya pantas membalas. “Eh! Kau terasa ke? Entahlah. Aku pun tak tahu aku cakap dengan siapa. Tapi siapa yang minum air panas, lidah dialah yang melecur kan?”
Boleh tahan jugak minah ni. Desis hati Zarul Zikuan. Wajah gadis didepannya itu cuba diintai. Tetapi gagal. Gadis itu lebih memilih untuk memandang lantai daripada memandang wajahnya yang tampan itu.
“Yang kau asyik sangat pandang lantai tu apesal? Kau takut ke nak tengok muka aku yang handsome ni? Takut cair?” usiknya lembut. Bukan dia tidak sedar banyak mata-mata gadis yang  melekat pada wajah dan tubuh tegapnya itu. Tidak hairanlah jika gadis tersebut terjatuh sebaik saja terlanggarnya sebentar tadi.
Balqiss ketawa kuat. Kata-kata lelaki itu kedengaran agak lucu di telinganya.
“Apesal kau gelak?”
“Takde. Kelakarlah kau ni. Aku rasa lantai ni lagi lagi menarik dari kau. Sebab tu aku suka tengok lantai dari tengok muka kau yang memang dah tak handsome tu. Lagipun kalau setakat perangai macam kau ni, takde maknanya aku nak cair. Lu silap oranglah bro.” Balas Balqiss geram.
Zarul Zikuan tersentak. Terkejut dengan sikap berani gadis di depannya itu.
“Malaslah aku layan kau ni. Buang masa je. Dahlah tak reti nak minta maaf. Apa, kat sekolah dulu tak pernah belajar ke minta maaf bila buat salah?” soalnya sambil berlalu pergi. Matanya dikenyit sambil melemparkan senyuman menggoda ke arah beberapa pelanggan wanita yang sedang menyaksikan pergaduhan mereka.
“Errr..” Balqiss kehilangan kata-kata. Tubuh yang sudah menjauh dipandang geram. Jagalah kau bila aku jumpa kau sekali lagi! Bibir diketap geram. Dia terus melangkah ke tandas. Itulah tujuan sebenarnya sebentar tadi. Sebaik berpaling, matanya bertembung dengan beberapa pasang mata yang tidak dikenalinya. Mungkin mereka menyaksikan pergaduhannya sebentar tadi. Ah!! Lantaklah! Omelnya perlahan.

2 comments:

hasnah.amy.husna said...

Permulaan yg sgt best... dh ade ke novel ni di psrn?

mya aryssa said...

terima kasih...novel ni blom ada di pasaran lagi... =)